4/12/2010

Kena Langgar..

Tengah duduk-duduk tadi dayah teringat satu peristiwa..ehh!! entri Pekanbaru tak habis-habis lagikan, takpe kita cerita nanti eh..Okay berbalik dengan peristiwa yang menyayat hati ni, eh tak sangat menyayat hati tapi menyentuh hati dayah..

Masa berlaku ni dayah masih tengah berlajar lagi..Selalu kalau pergi class dayah senang bawa kereta kancil sebab senang nak parking, parking tu kecik pun kalau adjust betul-betul muat kancil berbanding dengan kereta honda..So nak dijadikan cerita masa kejadian tu dayah entah kenapa tergatal pergi bawa kereta honda, sebelum tu mama dah nasihat JANGAN PERGI MANA-MANA, so maksudnya pergi class lepas tu balik jangan nak merayau ke mana-mana..Pergi giant pun jangan sebab tempat dayah dekat dengan giant..So dayah cakap okay..

Tetapi bila dah sampai kolej, dah jumpa kawan-kawan lupa tau apa yang mama nasihat..Jadi masa tengah break, kawan dayah cakap jom kita pergi giant..kan mama dah cakap JANGAN WALAUPUN GIANT..So dayah pun angkutlah kawan-kawan dayah pergi giant, masa dekat carpark tu dayah pusing-pusing nak cari parking yang dekat-dekat, tiba-tiba ada satu kereta nak keluar so dayah pun tunggulah, by the time tengah tunggu tu -okay kalau nak masuk parking kita mesti tunggu belakang kereta orangkan- Tengah syok-syok tunggu boleh pulak ada kereta dia pergi undur kereta, BOOMM!! arghh!! masa tu semua dalam kereta menjerit, kereta dayah dah lah tak ada hon so tak boleh nak hon, nak undur tak sempat sebab panic punya pasal..Menggigil jugak time tu, terus dayah keluar kereta..Adoii!! kemek tau..Dia pun keluar..Dayah cepat-cepat masuk parking jumpalah minah ni, boleh dia cakap dia tak nampak ada kereta belakang kereta dia..punyalah besar kereta boleh dia tak nampak..Sibuk dia nak blamming dayah..Nasib baik ada kawan dayah yang berani telah membahasa kan dia sikit, sebab masa tu dayah tengah menggigil, first time kena langgar kot..

Adalah few orang kerumun, biasalah kalau dekat malaysia ni kan kalau ada orang kena langgar ke ada je yang nak busy body, kalau nak tolong takpe gak, ni tak, boleh dia borak-borak dengan kawan dia pasal tayar kereta dayah..

Malam tu terpaksalah dayah pergi oldtown sebab si minah ni suruh dayah pergi oldtown sebab tunang dia kerja sana, kira nak settlekan lah..Masa tu ayah dayah pun cakaplah macam ni macam tu, dia still lagi nak blamming kan dayah so apa-apa jelah..Minah ni pyscho lah sama je dengan tunang dia tu..geram betul..Okay kitaorang buat deal, dia bayar half dayah bayar half..Okay kira settle, tunggulah dia masukkan rm200 tapi dia tipu kami so dia masukkan rm100 je..Bila call dia tak jawab..So sampai sekarang kami tak halalkan rm100 tu, biarlah dia..

Sampai sekarang dayah benci sangat-sangat kereta SAVVY COLOUR MERAH..

Jadi moral of the story: Kalau mak atau ayah nasihat tu baik kita dengar kalau tak dengar nilah jadinya..Taubat tau..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...