4/17/2010

Pekanbaru Trip - day 5

Masa untuk balik Malaysia..Lepas breakfast rehat kejap, tidur sikit..Lepas tu packing, sebenarnya malam sebelum tu dah kemas cuma ni tinggal yang saki baki je..Kitaorang check out terus shuttle bus dah tunggu nak hantar ke airport..

Sampai airport awal lagi, tak silap dayah flight pukul 3 petang..Makan dekat CFC kejap..Ni kedai fast food macam Kfc tapi best gila sebab ada milkshake tau..Lepas makan terus pergi check-in sebelum tu masuk kena scan beg, adoi!! part ni dayah memang rasa macam nak marah je orang yang ada dekat situ..Bayangkan dayah nak scan beg ni boleh pulak ada mak cik mak cik ni pergi tindihkan beg dia atas beg dayah..Rasa macam nak pukul je kan tapi takpe tahap kesabaran tu masih ada lagipun dia makcik so hormat sikit..

Masa tengah check-in tu ada satu rombongan nak ke KL, diorang naik AA jugak..So agak kelam kabut and airport nya taklah besar sangat kecik je..


bergambar depan bilik sebelum balik..

airport..

Masa tengah tunggu ni dayah sempatlah kenal dengan seorang lelaki ni, dia dari company yang buat rombongan ke KL tu..Orangnya baik sempat jugak kitaorang tukar-tukar email..Diorang ni nak pergi Genting Highlands, semua company tanggung diorang bawa pocket money je..Wah best kan??

Kitaorang landed dekat KL dalam pukul 4 petang..Kejap je naik flight, ahh!! tak bestlah nak order makananpun tak sempat sebab by the time dia nak sampai dekat dayah okay kita nak landing dah..

Sampai LCCT, mama terus cakap kita ambik bus dulu sebab tak nak malam sangat sampai rumah..Tak sempat nak makan..Sampai rumah masa tu time hujan, jap sebelum tu sampai dekat KL Sentral teksi tak ada tau so baba pergi dekat counter untuk beli coupun, dalam 20 minit tunggu baru sampai..Masa nak naik ni kan beg dahlah tak muat dekat bonet okay so baba kena pegang satu luggage, plus dayah, mama and fizah dengan beg masing..Dahlah teksinya kecik so terpaksa lah himpit-himpit dengan beg tukan boleh pulak driver teksi ni cakap, kalau macam ni kena extra charges..Heloo!! kitaorang bagai nak rak angkat semua tu sendiri tanpa bantuan dia, dia sedap-sedap nak extra charges..So the best way kitaorang senyap je masa dia cakap tu so lama-lama dia tak cakap dah..Bengang betul masa tu tau..
Sampai rumah waktu tu tengah hujan lebat so basah kuyup kami..Pergi dinner dekat gerai-gerai yang terdekat je sebab semua kelaparan lagi pun hujan masih turun lagi..

Satay nitey (10 April 2010)

Event: Satay nite + parents annivesary
Venue: Pandan Indah (rumah sendiri)
Date: 10 April 2010
Attire: Simple sahaja
Guest: 4 orang sahaja


Sebenarnya ni pun planning last minit since tempat pembakar ni belum di simpan..Disamping tu kami celebrate sekali annivesary mama and baba..The day before lepas ambik baba dekat office terus pergi Tesco beli barang-barang..Malam tu jugak baba marinate sate-sate tu..Sorang je dia buat, semua temankan tapi temankan tengok tv..
The next day tu baru mama prepare untuk kuah, dan segalanya lah and baba cucuk sate..Penat tau nak cucuk sate ni, nasib baik tak banyak sangat..Macam manalah kan orang yang berniaga sate tu, mau jenuh diorang nak cucuk-cucuk ni..


disediakan oleh puan lili cuma yang sambal kicap tu dayah yang buat..

hasil kerja tangan encik salleh cuma sausage tu dayah yang cucuk..

Lamb burger..sedap!!

teh 'o' ais yang WAJIB..

marshmallow nak bakar lepas tu makan dengan chocolate..

air serai untuk sate..

2 anak wak sate cuba membakar sate..

kami lulus ujian membakar sate..let's celebrate it together..

lain kali guna cooking choc ye, jangan guna cadbury sebab nanti dia hangus..hahaha!!

hasil kerjasama antara dayah and fizah..inilah hasilnya, Pembersembahkan......

tak ketinggalan untuk jiran rasa..

kalau dah tamak memang tak boleh buat apa lagi dah..terima je

marshmallow di bakar..

Pukul 12 tengah malam baru habis event ni tau..Sempat lagi dayah borak-borak dengan jiran sebelah sampai pukul 2 pagi..Syok sangat borak sampai tak sedar..=)

Gambar mama and baba tak dapat untuk disiarkan due to technical problem, ehh!! tak lah adalah sebab-sebab yang memang tak dapat nak elak kan pun..

Harap kalian enjoy dengan gambar-gambar yang ada ni..

p/s: buat-buat lupa pasal diet..;-)

HAPPY ANNIVESARY MAMA ADN BABA..WE LOVE THE TWO OF U SOOOO MUCH..muahhxxx!!

Pekanbaru Trip - day 3 and 4

okay mari-mari sambung kita sambung trip dayah di Pekanbaru hari tu..Aiyoyo!! macam sudah basi je, harus dibuang terus di tong sampah macam ni..Tapi tak sampai hati pulak kan..(memanglah sebab cerita sendiri tak akan nak dibuang kan kan kan??!)

Baiklah hari ke-3 di Pekanbaru kami tak banyak sangat aktiviti..Macam biasa kena bangun pagi sebab breakfast sedang menunggu di bawah..Rugi kalau tak pergikan FREE kot, yang bestnya dayah and fizah sekali free so 4 ORANG FREE OKAY..selalunya kalau extra 2 orang kena bayarkan tapi ni tak perlu..Dah jimat di situ kan..

ni saya punya breakfast, tak kesempatan nak ambik yang lain punya..sebab utama ialah, belum sempat nak snap diorang dah makan dulu..

muka2 sedang breakfast..maaf gambar baba tak nampak, ni kerja si budak fizahlah ni..

Lepas breakfast cadang nak ke mall, saja nak belanja =)..Tengah tunggu teksi manager room kalau tak silap dayah dia datang and approached kitaorang..Borak-borak, lepas tu dia tanya nak kemana so baba pun cakaplah nak ke sudirman square..Sebabnya nak pergi sini, masa first day sampai dayah tengok sudirman square ni macam best je so cadang nak singgahlah tapi bila manager tu cakap sudirman square actually office, nothing special dekat situ so dia dengan baik hatinya (dahlah handsome..ishh!! ishh!! hot betul masa ni) telah memanggil shuttle hotel tu untuk hantar kami pergi ramayana mall..Okay dekat ramayana ni macam-macam ada, kain and everythinglah..Kami tak beli apa-apa pun, sekadar jalan-jalan cuci mata..pedih mata masuk habuk masa on the way tadi..=)

Depan ramayana ni pun ada lagi shopping complex, sorry dayah memang tak ingat apa nama mall ni..Masuk-masuk jumpa A&W so dengan nada yang sangat baik mintak baba singgah sini sebab alasanya dahaga nak minum float..hahah!! sebenarnya saja je, tak dahaga pun..tipu tipu..okay!! tak baik tipu-tipu tau..Tengok menu lama jugak tenung nak makan apa, lepas tu tengok harga sambil kira duit dalam tangan ada berapa, cukup atau tidak..Last-last sekali dayah order waffer and float..Waffer ni best sebab dalam cawan, tak silap waffer sundae, plus ada ice cream and strawberry sauce..fuhh!! lazat tidak terkira..Mama and baba minum root beer je..Fizah fries, hahaha!! kenakan nama tu..so taulah kan dia makan apa..


kunun2 tunggu teksi..dusta semata..hhaa!!

heee=) mama senyum tak payah naik teksi..

angin kuat sangat so dayah macam dah senget kan plus dayah memang senget pun orangnya..=)

orang tua2 pernah berkata: orang tamak selalu rugi..jadi jangan tamak tapi sila jealous sebab saya ada 2 makanan untuk dimakan..

fizah fries..i loike that name fizah ;-)

pada mulanya tangan meraba sambil muka berpaling.....

kemudian itu mama telah mendapati apa yang dirabanya SUDAH HABIS..terus buat muka ini..
dialog dalam hati: tak sempat nak makan dah habis..

Tak lama pun lepak dekat sini..Jalan-jalan dalam mall lepas tu terus balik naik teksi..Dari tengah hari sampailah ke petang baru keluar balik pergi makan..Malam ke3 ni kami tak mau makan nasi padang lagi jadinya kami jalan kaki pergi ke mall makan dekat food court..Baba ada order roti cane (orang sana tulis macam ni dekat menu) dengan kari kambing..Roti canai dahlah frozen punya, kari kambing wah!! macam air sebab tersangatlah cair dan bila di tukar ke mata wang malaysia RM7.00 hinggit..arghh!! mahalnya..Baik dekat malaysia, kalau 7 hinggit ni boleh makan 7 roti canai (ambik kau sampai muntah-muntah makan)..

Nak balik dari mall tu pun kitaorang jalan kaki jugak, exercise sikit lepas makan..On the way nak balik tu happening sikit sebab kiri kanan ada gerai-gerai makan sedang beroperasi..Diorang ni berniaga malam, macam dekat KL..

Sambung ke day 4..Hari ke-4 hari untuk berehat sepenunya..Maksudnya hari ni memang kitaorang lepas je breakfast terus naik bilik and berehat sampai tengah hari, keluar pergi makan nasi minang..Lagi pun the next day dah nak balik..Malam tu baba ajak dinner dekat hotel...


Burger tu mula-mula order satu lepas tu sedap dayah order satu lagi..since milkshake fizah paling lambat sampai so tak ada gambar..Milkshake Strawberry..

kusyuk baba makan sebab SEDAP..tak caya pergi try

curi makan nampak..

sedappppp!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...