4/17/2010

Pekanbaru Trip - day 5

Masa untuk balik Malaysia..Lepas breakfast rehat kejap, tidur sikit..Lepas tu packing, sebenarnya malam sebelum tu dah kemas cuma ni tinggal yang saki baki je..Kitaorang check out terus shuttle bus dah tunggu nak hantar ke airport..

Sampai airport awal lagi, tak silap dayah flight pukul 3 petang..Makan dekat CFC kejap..Ni kedai fast food macam Kfc tapi best gila sebab ada milkshake tau..Lepas makan terus pergi check-in sebelum tu masuk kena scan beg, adoi!! part ni dayah memang rasa macam nak marah je orang yang ada dekat situ..Bayangkan dayah nak scan beg ni boleh pulak ada mak cik mak cik ni pergi tindihkan beg dia atas beg dayah..Rasa macam nak pukul je kan tapi takpe tahap kesabaran tu masih ada lagipun dia makcik so hormat sikit..

Masa tengah check-in tu ada satu rombongan nak ke KL, diorang naik AA jugak..So agak kelam kabut and airport nya taklah besar sangat kecik je..


bergambar depan bilik sebelum balik..

airport..

Masa tengah tunggu ni dayah sempatlah kenal dengan seorang lelaki ni, dia dari company yang buat rombongan ke KL tu..Orangnya baik sempat jugak kitaorang tukar-tukar email..Diorang ni nak pergi Genting Highlands, semua company tanggung diorang bawa pocket money je..Wah best kan??

Kitaorang landed dekat KL dalam pukul 4 petang..Kejap je naik flight, ahh!! tak bestlah nak order makananpun tak sempat sebab by the time dia nak sampai dekat dayah okay kita nak landing dah..

Sampai LCCT, mama terus cakap kita ambik bus dulu sebab tak nak malam sangat sampai rumah..Tak sempat nak makan..Sampai rumah masa tu time hujan, jap sebelum tu sampai dekat KL Sentral teksi tak ada tau so baba pergi dekat counter untuk beli coupun, dalam 20 minit tunggu baru sampai..Masa nak naik ni kan beg dahlah tak muat dekat bonet okay so baba kena pegang satu luggage, plus dayah, mama and fizah dengan beg masing..Dahlah teksinya kecik so terpaksa lah himpit-himpit dengan beg tukan boleh pulak driver teksi ni cakap, kalau macam ni kena extra charges..Heloo!! kitaorang bagai nak rak angkat semua tu sendiri tanpa bantuan dia, dia sedap-sedap nak extra charges..So the best way kitaorang senyap je masa dia cakap tu so lama-lama dia tak cakap dah..Bengang betul masa tu tau..
Sampai rumah waktu tu tengah hujan lebat so basah kuyup kami..Pergi dinner dekat gerai-gerai yang terdekat je sebab semua kelaparan lagi pun hujan masih turun lagi..

2 comments:

Lady of Leisure said...

time check in dengan time nak scan memang tension kan...huhuh

Hiedy said...

btl2..lagi2 kalau pg indonesia sb diorg mcm tak sabar2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...