6/06/2011

Saya nak boleh

Assalamualaikum dan Selamat Pagi/Petang semuaa.....




Okay!! memandangkan dayah dah lama tak masuk apa-apa segmen yang selalu dikendalikan oleh abang Ben Ashaari kita so kali ni gatal-gatal tangan nak join! dan harap saya berjaya, chaiyok chaiyok!! eh!! over pulak sorry ye!! :p


Kalau u olls yang ada blog terasa macam nak join jugak, silalah waktu tutup 4:30 petang ni..Cepat sementara stok masih ada eh!!


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

Percutian di Singapura Hari 1 - Part 3

Assalamualaikum dan Selamat Pagi/Petang semuaa.....


Tak elok kan kita tinggalkan tempat tinggal kita ni lama-lama, dikuatiri nanti berhantu pulak..hahaha!! tak ada kena mengena itu hanyalah sekadar pembuka bicara saja je padahal taklah lama sangatkan dayah tinggalkan blog ni?? Nak jugak update tapi semenjak air kena catu tu badan terasa kering sekali dengan otak ni kering dengan, idea..Setiap kali taip lepas beberapa minit tu dayah delete sambung balik sampai tengah malam, agak-agak mata dah tak boleh buka sign out boomm!! tidur terus..hehe!! So sekarang ni air dah macam normal balik flownya so idea kembali basah..eh!


Sebelum sambung cerita percutian Singapura tu balik saja nak kongsi gambar dengan u olls masa kami berlima iaitu bersama my cousin yang dari Singapura tu menikmati lunch di PNB Darby Park..Sepupu dayah tu baru je di transferkan dari Singapura ke KL so dapatlah berjumpa balik..Ini first time nak mencuba makan di PNB Darby Park so excitedlah sikit eh!! hehe!! *jakun sebenarnya* :p 


Mari kita cekidaut beberapa keping gambar yang sempat di petik :





oren..

-kami berlima memilih chef 's choices on that day, harga 25++..Dalam menunya ada soup, main dish (ini boleh pilih antara Dory Fish or Roasted Chicken) dan juice (ada mangga, oren dan guava)-


tomato sup, patutlah lepas makan terasa kulit macam licin je.. :p

Roasted Chicken with Wanton Mee, rasanya not badlah jugak..

selesai..

Kami kena makan ala-ala naik roket gitu sebabnya sepupu dayah nak rush ke office balik so nak menikmati sangat makanan tu macam tak berkesempatan, takpe next time datang lagi kita makan slow ala-ala siput eh!! hehe!! Lepas habis lunch kami sekeluarga membawa diri ke Axis Atrium untuk menikmati minum petang walaupun belum waktu minum petang lagi sebabnya lepas je makan lunch tadi terus terasa macam mengantuk yang amat sangat, bukan dayah je semua ahli keluarga terlibat sama, so bagi menghilangkan rasa mengantuk itu kami decide untuk singgah Old Town untuk menikmati kopi kaw kaw punya..


orang paling teruk mengalami masalah mengantuk lepas lunch hari tu..

white coffee panas untuk baba..

white coffee sejuk untuk mama, tak sempat nak petik masa air ni masih lagi penuh..

kami dua beradik hanya order air ni sahaja walaupun rasa mengantuk sebabnya.....

fizah nak makan ni, maaf nama dessert ni dayah tak tau main order ikut code number je..

dan dayah pulak teringin nak makan ni lepas tengok gambar dalam menu, ini adalah roti bersama ice cream..Oh!! sungguh sedap rasanya, hilang ngantuk kejap..

wantan goreng di-order oleh fizah, biasalah dia mana cukup satu dish je mesti nak lebih..

ini pulak di-order oleh mama, spring roll..

-the reason kenapa kitaorang dua beradik minum air kosong je adalah yeah!! sebab pertamanya itulah nak oder dessert dessert itu tapi sebenarnya ada sebab yang lain dan ianya adalah KERANA.....-

ini, addicted dengan air bubble sejak kebelakangan ni, dan buat masa sekarang dayah rasa ini adalah air bubble yang terbaik dayah pernah minum dekat area rumah dayah ni, kalau dulu ada satu tapi sekarang kedainya dah tutup dan ini adalah penggantinya.. :) Air ni adalah air wajib beli kalau singgah Axis Atrium..


Baiklah dah puas jamu mata dengan makanan mari kita sambung balik cerita percutian kami di Singapura..Malam tu lepas maghrib kami sekeluarga di hantar terus ke rumah pakcik dayah yang terletak di Ghim Moh oleh sepupu dayah, dia tak dapat ikut serta sebab ada urusan lain..Seperti yang diberitahu, kami ke rumah bakal pengantin tu adalah sebab ingin menolong ye!! menolong untuk menghabiskan segala makanan yang tersedia malam tu, hehe!! apa kerja yang kami nak buat selain makan dan berborak sebab semua kerja dah ada orang yang buat, kami tinggal jalan-jalan tengok diorang buat kerja je *berangan kejap jeee!! jadi mandor* :p

Mari kita tengok apa makanan yang ada malam tu :

area ni adalah main dish yang ada malam tu dan yang paling penting ada SAMBAL GORENG yang dibuat oleh mak pengantin sendiri.. :)

area ni makanan ringan-ringan dan dalam chafing dish tu ada sup tulang merah tapi yang ni tak semerah macam dekat gerai-gerai tu tapi dayah tak makan selepas terjumpa dengan sambal goreng, hehe!!

mee hoon pun ada..

dessert kuih melayu dan kek yang kami dua beradik ambil beberapa kali jugak, nasib tak ada yang perasan..hehe!!

ini pinggan saya, ada nasi, sambal goreng wajib dan daging masak kicap kalau tak berapa nak silaplah..

ini pinggan fizah, ada mee hoon goreng *konon-konon tak nak makan nasi waktu malam* :p dan sambal goreng..

dessert kami malam tu kek lapis dan kek coffee ni, pergh!! kek coffee *entahlah betul kot nama kek ni sebab rasa macam kopi* tu sedap hokey!! 3 tu dayah makan sorang je dan tak lupa air sirap yang banyak kali top up serta teh o panas, berpeluh minum..hehe!!

kuih abuk-abuk sago ni rasanya dayah makan lebih daripada 5, homaigod!! rasa dia sedap sangat dan yang lagi bagus ada pakcik ni pergi transferkan kuih ni dari tempat buffet ke meja yang kami duduk..pucuk dicita ulam mendatang, hehe!!

Mari-mari tengok gambar sebelum nanti masa majlisnya kita upload masa selepas :

buffet line..

pelamin yang belum sepenuhnya siap..

kerja kahwin ni berlangsung dekat bawah kolong flat ni je tapi seriously set up dan makanan dah macam dekat hotel/dewan..


Gambar orang-orang yang menolong menghabiskan makanan pada malam itu :

pinggan tolak tepi so taklah nampak macam makan banyakkan, hehe!! :p

tolak pinggan jugak ke?? hehe!!

okay!! tak payah nak sorokkan pinggan kau fizah, semua dah tau kau makan apa tadi..hahaha!!

tak sorok-sorok eh!! semua yang dayah makan dah reveal tadi..hehe!! cuba tengok mata time ni tuhan je yang tau mengantuknya, masa singgah dekat rumah pengantin nak tengok video masa akad nikah rasa macam nak je terus baring dekat situ..satu malam tak tidur lagi ni!!

Habis je makan kami decide nak pergi cari kek dekat Ghim Moh, dekat area-area pasar sana so berempat berjalan kaki melintas jalan :

sebelum tu sempat petik gambar dapurnya masa diorang tengah sibuk-sibuk memasak untuk esoknya..

wrong timing sebab masa kitaorang pergi ni banyak kedai yang dah tutup, tapi bakery yang mama nak cari kek tu masih buka lagi tapi mama tak jadi nak beli sebabnya expiry date keknya cepat sangat, tak sempat nak bawa balik KL..

lepas kek tak dapat beli terus balik ke rumah pengantin tapi sebelum tu posing dulu jap eh!!

nak jugak, hehe!!

Dalam jam 11 malam kalau tak silap sepupu dayah datang balik untuk fetch kami anak beranak untuk dibawa pulang ke Tampines..Seriously sepupu dayah dah macam driverkan, hehe!! tapi ini atas kerelaan dia okay!! nak jemput hantar kami anak beranak.. :) 

Sampai je rumah sempat online kejap, biasalah nak update status dan kemudian lepas beberapa minit boomm!! terus terbongkang sampai pagi, tak sedarkan diri semuanya sampailah subuh, tidur matilah katakan..

Okay!! next entri masa majlis berlangsung pulak eh!! jumpa kamu disana disana disana.. :D


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...