7/24/2011

Sarapan Pagi Sabtu 23 July 2011

Assalamualaikum dan Selamat Pagi/Petang semuaa.....


Kalau mengikut kajian pakar pemakanan sepatutnya seseorang manusia sangat memerlukan sarapan pagi untuk memulakan harinya, sebab melalui sarapan pagi yang sihat *bukannya nasi lemak + teh tarik eh! itu bukanlah sarapan yang sihat iya pembaca sekalian*, harap maklum, kita dapat menjana tenaga untuk digunakan badan selama kita berkerja ataupun apa saja aktiviti yang bakal dilakukan dalam tempoh satu hari itu sebelum kita tidur..Selain itu sarapan jugak dapat meningkatkan daya fikir yang baik, sentiasa bersikap positif, kekal langsing okay! yang ni fakta menarik *tulis dalam white board sebagai motivasi diri untuk terus sarapan pagi setiap hari* :D 


Ramai yang cuba untuk skip breakfast dengan alasan tak lapar, tak lalu makan pagi, kalau makan pagi kekerapan ke toilet tu sangat tinggi potensinya, nak dietlah dan macam-macam lagilah..Hehe!! even dayah sendiri pun selalu skip breakfast sebabnya konon-konon nak DIET tapi bila baca few artikel sebenarnya kalau kita skip breakfast kemungkinan untuk naik berat badan adalah sangat tinggi sebabnya kita akan berasa lapar dan akan mengambil makanan yang lebih untuk lunch..Ini memang dayah akui benar sebab dayah adalah orang yang jarang mengambil sarapan pagi dan bila tiba nak makan tengah hari perut tak payah cakaplah dia punya bunyi macam buat konsert double trouble wings tu, gamat okay! kriuk kriuk nya..


Bila baca few artikel tentang kepentingannya sarapan pagi ni kan rasa takutlah pulak bila hari-hari dayah skip sarapan pagi..Effectnya banyak pada body kita antaranya kurang daya tumpuan, kekurangan gula dalam darah, decreased work productivity *especially untuk orang yang tengah berkerja*, selain itu tahap kecergasan minda pun terbantut jugak tau *jadi, student should take their breakfast everyday sebelum ke sekolah/kolej/universiti* dan banyak lagi jadi sila google :) Mulai daripada hari ini dayah akan cuba untuk mengambil breakfast tak kiralah lalu atau tidak TAPI breakfast yang sihatlah bukannya nasi lemak tapi nasi lemak dekat Sungai Besi tu sambal and dagingnya perghh!! sedap nak gilerlah bila makan, kalau yang itu excuse bolehkan..*lap air liur bila teringatkan dikau* :D


Memandangkan kesedaran tu kembali secara mendadak jadi pada pagi sabtu semalam yang panas mama kejutkan semua isi rumah untuk diajak sarapan pagi di Kampung Baru..hehe!! lama tak sarapan dekat sini..Kalau nak makan lontong yang sebenar-benarnya lontong inilah tempatnya..Dah nama sarapan pagi ala melayu jadi nak sarapan lebih kepada sihat tu memang nan hado jelahkan jadi tak jadi nak mulakan hari sabtu dengan sarapan yang sihat.. :p takpe kita cuba pada keesokkan harinya pulak, tengok berjaya atau tidak breakfast secara sihat..Tapi Kampung Baru sarapan paginya dah tak sesedap macam dulu-dulu..Agak kureng sikit rasa makanan tadi, macam tak berbaloi je bangun pagi nak pergi makan dekat sana, baik sarapan dekat area rumah ni je,lagi sedap..


nasi lemak lauk ayam yang mana sambalnya manis, fail lah macam ni..Baba order nasi lemak kosong,by the way it's mine.. :)

Lontong yang banyak kekurangannya, fail jugak..Ini dioder oleh mama and fizah..

kuih lopis yang dibeli untuk dibawa balik sebagai makanan untuk lunch nanti, hehe!! okay! tipu untuk minum petang nanti..Ini pun rasanya fail..Haishh!!

Makanan yang kami makan tak ada satu pun yang sedap, atau adakah kami tersalah pilih gerai?? entahlah yang sedap dekat situ dayah rasa air je yang lain semua fail..Haishh!! harap-harap lepas ni datang peniaga-peniaga buatlah makanan ni lebih sedap lagi eh! :)


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

7/21/2011

Mintak kerja jadi penebar roti canailah

Assalamulaikum dan Selamat Pagi/Petang semuaa.....


Sesungguhnya roti canai memang tak dapat dipisahkan dengan rakyat Malaysia, tak kiralah ceruk rantau mana dia datang asalkan IC dia menunjukkan dia adalah rakyat Malaysia mesti akan suka makan roti canai..Ada ke yang tak suka roti canai?? orang yang tengah berdiet je kot tak suka, kan kan :p Kalau sarapan pagi first thing yang dicari mesti kedai mamak sebab nak makan roti canai plus teh tarik *ish ish!! banyaknya kolestrol terkumpul* :) tapi sekarang ni rasanya tak susah lagi nak cari roti canai yang bukan mamak buat sebabnya kedai melayu pun dah ada roti canai jugak, *memecah tradisi kedai melayu pagi-pagi jual nasi lemak..hehe!!* tukang tebar pun orang melayu jugak, cuma dayah tak pernah nampak orang cina tebar roti canai kan..erm!! 


Roti canai ni pun bukanlah untuk sarapan pagi je, masa dayah kerja dulu dekat food courtnya jual roti canai untuk lunch and jangan main-main beratur nak order eh! sedap kot! Kalau malam tak payah cakaplah..Kalau diperhatikan daripada adunan tepung tu macam-macam roti boleh terhasil, roti pisang *ini all-time favorite ok*, roti telur letak bawah and cili padi *perghh!! nangis makan sebab pedas sangat*, roti sardin, murtabak dan banyak lagilah, kalau senaraikan sampai kesudah entri ni tak habis-habis, itu belum masuk lagi yang terlebih creative reka macam-macam flavour dengan roti canai example Hot & Roll..


Al-kisahnya, sabtu yang lepas lepas, sabtu yang dimana KL dilanda bersih kami sekeluarga memang tak keluar rumah langsung, mama kuarantin semua isi rumah so sehari sebelum tu mama dan baba dah stok few makanan so that mama cakap tak payah keluar rumah sampai isnin *nasib keluar sampai garaj rumah boleh* :p Bila dah ada dalam rumah ni, masing-masing akal panjang nak cuba resipi-resipi yang terlintas di kepala hotak, alaa!! resipi-resipi yang bahan-bahan ada dekat rumah je, nak buat apple crumbles bahan tak cukup eh!! hehe!! nak mat saleh je makan kan, tak padan dasar melayu.. :P So dengan bersemangatnya baba menguli tepung campur marjerin untuk dijadikan adunan ROTI CANAI..senang je eh!! rupanya nak buat roti canai ni, semata-mata tepung..Dayah memang respect suspect dengan penebar-penebar roti canai ni sebabnya kan, BUKAN SENANG NAK TEBAR ye!! adik-adik..Adunan memang super senang tapi part nak tebar tu kalau tak betul-betul boleh jadi seluar tarzan ok!  


Mula-mula baba tunjuk skill menebar roti canai walaupun baba sebenarnya bukanlah pandai menebar, hehe!! tapi okaylah jugak untuk orang first attempt kan :) sedang tengok-tengok baba menebar tetiba terlintas di kepala hotak muka mamak gerai belakang rumah menebar roti canai dengan penuh skill, terus cakap dengan baba "ba, meh sini nor try buatkan" tugas bertukar tangan..


tehee!! *angkat-angkat kening*

taraa!! tebar-tebar, gulung-gulung, masak-masak terus terjadi Roti Bom..

last adunan fizah order roti telur tapi maaflah tak sama macam kedai punya..hehe!! tengah-tengah tebar sekali roti jadi seluar tarzan, redo balik tak menjadi-jadi last sekali inilah hasilnya..tapi sedaaappp!! sebab terasa macam letak sepuluh biji telur.. :)


video
percubaan pertama, amacam pass kan?? bolehlah hantar resume dekat kedai mamak lepas ni.. :p


video
percubaan kedua..hehe!!

Makanya lepas ni dayah akan berusaha lebih gigih lagi dalam menebar roti canai..Mana tau boleh buka kedai depan rumah :p

Sekian laporan dari saya untuk Blog ini.. :)


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

7/13/2011

~ Wordless Wednesday ~ - Mencari sesuap nasi

Assalamualaikum dan Selamat Pagi/Petang semuaa.....


Bila Wednesday menjengah, jadilah WORDLESS WEDNESDAY :



- untuk mencari sesuap nasi -


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

7/10/2011

Singgah blog aku sat, BOLEH??

Assalamualaikum dan Selamat Pagi/Petang semuaa.....




Rasa tengah kebosanan sekarang ni, selain dayah tengah masuk contest ni :


nampak nampak?? kalau tak nampak maknanya pendek .... ermm!! tak tak kalau tak nampak cuba pakai KANTA PEMBESAR tu..hehe!! :p

Agak-agak boleh tak dayah menang, nak hadiah tu, tapi lagi best kalau hadiahnya LEE MIN HO kan kan..hehe!! okay! seriously dayah dah angau dengan ini aktor..Takpe abaikan dayah, apa kata kalau u olls pun sedang berasa bosan silalah ke  SINI, silalah cepat sikit eh! sebab dah hampir tamat tempoh pun segmen ni.. :D


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

Mula meminati LEE MIN HO dan KOREAN DRAMA

Assalamualaikum dan Selamat Pagi/Petang semuaa.....


Bak kata pepatah lama TAK KENAL MAKA TAK CINTA kan kan?? So rasanya pepatah ni sangat sesuai untuk di hubung kaitkan dengan cerita yang bakal dayah cerita ni atau pun kita cuba yang ni : JANGAN SESEKALI MEMBENCI SESUATU ATAU SESEORANG SEBAB TAKUT SUATU HARI BENDA YANG DIBENCIKAN TU MENJADI BENDA/ORANG YANG KITA PALING SUKA..Cop! ada ke pepatah sepanjang macam ni?? okay! dah google tak ada pun, tapi takpe take it as pepatah zaman moden..hehe!! 


Perkara macam ni selalu jadi dekat dayah, setiap kali dayah benci sesuatu atau seseorang tu nanti end up dayah akan suka atau get along dengan orang tu, and sometimes boleh jadi suka setengah mati okay! so sometimes dayah takut nak benci yet ini sebenarnya bagus sebab tak adalah hatred dalam hati kita ni kan tapi okay!! no tapi tapi tak jadi nak sambung.. :)


Contoh masa time belajar dulu dayah ada benci sorang budak perempuan ni tau sekali bila terkenal satu hari terus jadi best friend sampai sekarang..Kalau time kerja dulu pun sama jugak, menyampahnya tengok dia tapi end up helooo!! saya minat dekat awaklah..hehe!! Kalau minat lagu pun macam tu jugak, mula-mula rasa macam nak bakar je radio tu bila dengar lagu-lagu yang dayah benci tu tapi end up CD artis ni nak dapatkan dimana eh?? kalau download je tak boleh ke??


Haa!! memang macam tulah yang selalu terjadi kepada dayah, but I bet semua orang pun macam tu jugak kot, this is what we can relate dengan Ada hikmah disebaliknya..Ialah cuba kita think widely, yang tak pasal-pasal kita nak benci orang/lagu/barang tu kenapa kan, tapi bila kita fikirkan balik mungkin tuhan sengaja buat kita benci in order untuk kita realize yang orang/benda tu ada disekeliling kita..


Baiklah sebenarnya dayah nak reveal sesuatu sebenarnya, Ep!! bukan-bukan, bukan dayah nak reveal dayah nak kahwin, apa ingat ini Datuk Siti ke..hehe!! dayah nak reveal yang


DAYAH SUDAH MULA MEMINATI DRAMA-DRAMA KOREA, FILEM KOREA, RANCANGAN KOREA DAN JUGAK AKTOR KOREA..


I LOVE YOU LEE MIN HO, I HEART YOU..


Eh! maaf, terover pulak..Yeah! ini semua gara-gara fizahlah, hari-hari dia pergi buka drama korea, rancangan korea..Habis tu tak akan dayah tak tengok sama kan, bila dah hari-hari tengok eh! macam bestlah korean drama ni, dan terus terminat..hehe!! Yang pasal Lee Min Ho tu tak payah tanyalah kenapa minat dia eh! rasanya semua tau kot kenapa..


Kalau dulu memang dayah adalah orang yang paling anti dengan korean drama, kalau ada orang cakap minat sipolan ni sipolan tu, drama ni drama tu dayah macam erghh!! korean?? eww!! tak bestlah tapi bila dah lama-lama haa!! ambik kau apa kes sekarang ni tiap-tiap Isnin-Selasa kena duduk depan tv nak tengok City Hunter lakonan Lee Min Ho tu belum lagi belah malam tengok cerita You Don't Know Women lakonan Go Se Won, tambah lagi tiap-tiap Jumaat tengok Running Man and tadi tengok last episode Boys Over Flower lakonan Lee Min Ho lagi, hehe!! tapi sayang cerita tu dah tamat pun, tengok part last je so ce cite ce cite kenapa dengan dayah sekarang ni?? hehe!! so kesimpulannya disini MARILAH DISINI KITA BENCI-BENCI ORANG eh!! jangan macam tu tak baik.. :) 


So disini dayah dengan sengajanya telah mereka-reka cerita antara kami berdua, tajuknya When two person met! lakonan Lee Min Ho dan penulis blog ini sendiri, hehe!!


lelaki tinggi memang idamanku..ohkay! dia tinggi..

okay! ini waktu our first date, masa ni Mr.Tinggi *nama gelaran* tengah tunggu dayah bersiap, maklumlah janji melayu..hehe!! muka dah agak berkerut-kerut lama sangat kot tunggunya..

mengambil kata sepakat untuk date di fun fair berdekatan, masa ni tengah tengok dayah makan cotton candy, cair dia tengok macam tu..*melting bersama cotton candy itu*

masing-masing dengan camera sebab nak petik each other picture! how sweetkan??

- masa untuk pulang ke rumah masing-masing -

walaupun baru je berjumpa tapi masing-masing dah rindu each other so kita skype, see bertapa comel dan jambunya my Mr.Tinggi ni..

- beberapa hari tak dapat berjumpa, maklumlah dia kan retis so mestilah busykan -

untuk nampak lebih romantik dayah tulis surat cinta postkan terus ke lokasi shootingnya, nasib tak jauh sangat kalau tak mau pokai nak beli setem.. :D

dan sebagai balasan Mr.Tinggi record lagu yang dia mainkan ni and send it to me via Handphone, sweetkan?? lagu biarlah rahsia, bukan Datuk Siti punya lagu tu..

- setiap pasangan yang bercinta mesti ada pasang surutnya kan, so biasalah kami pun tak lari daripada masalah itu -

bergaduh pasal nak pilih restaurant mana nak dating..erm!! lama jugaklah kami bergaduh ni..

- masing-masing ego tak nak mengalah, jadi rasanya kalau masing-masing still dengan sikap masing-masing ada yang break up nanti, weh! tak naklah break up dengan dia.. :( -

jadi tak mahukan perkara ni berpanjangan dayah pun memberi Mr.Tinggi ni hadiah sebagai tanda mintak maaf sebab demand tinggi sangat dalam pemilihan restaurant tempoh hari..Glad to see dia suka dengan hadiah itu..Apakah di dalamnya??

taraaa!! headphone idamannya, dayah pun ada satu macam ni..hehe!!

- dan hubungan kami semakin baik dari hari ke hari sampailah sekarang ni -

gembira to be together, happily ever after.. :D

Demikianlah drama korea arahan dayah sendiri di dalam blog sendiri, insyaallah kalau ada rezeki dan masa akan dayah sambung sequel nya..hehe!!


p/s : tengah menonton World Date, macam mana nak participate ni eh! mana tau untung-untung dapat jumpa buah hati baru ni.. :D
Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

7/08/2011

Setengah harian di Ipoh : Oldtown

Assalamualaikum dan Selamat Pagi/Petang semuaa.....


Sambungan daripada cerita di entri yang lepas..Entri kali ni malas nak bermukadimah, pendahuluan jadinya markah untuk pendahuluan tak ada untuk entri ini..hehe!! bolehkan??


Selepas sudah menghabiskan beberapa jam merehatkan diri di rumah aunty dayah, disajikan dengan soto dan pulut inti lebihan kenduri kami pun bersiap-siap nak bertolak pulang ke KL..Kalau dibiarkan lagi lama, lagi melarat-larat kami melepak, silap haribulan ada yang tak pergi kerja hari isnin nanti :D lagipun entah kenapa best giler duduk rumah my aunty ni, sejuk jeee! padahal kipas je kot.. Sebelum pulang ke KL aunty dayah dah siap-siapkan satu family 2 cupcakes untuk dibawa pulang..


tu diaa! 2 cupcakes untuk kami..

kasi close-up sikit..comel giler kot babies ni, dayah masih lagi simpan baby nya tu, hehe!! sayang nak buang comel sangat sampai tak sampai hati nak buang tapi kek dah selamat dimakanlah, mana boleh simpan lama-lama..

Jam 5:30 petang ramai sedara mara dah start bersiap sedia untuk pulang ke KL kami dah ready nak naik kereta pun, okaylah kami mengundurkan diri dulu ye! bye orang Ipoh *buat aksi lambai-lambai tangan*..Sebelum betul-betul pulang ke KL kami singgah di Oldtown untuk menikmati minum petang dan makan malam dulu tapi dia punya pusing nak mencari Oldtown ni adalah jugak dalam setengah jam sebabnya baba dah tersalah masuk jalan, so kitaorang main pusing-pusing area yang sama banyak kali jugaklah..At last jumpa jugak ke pangkal jalan, hehe!! semua yang dalam kereta nak minum kopi makan roti, tak nak makan yang heavy heavy sebab semua sedar diri dah makan banyak sebelum ni, kambing plak tu..hehe!!


- Waiter yang ambikkan order ni kan mukanya handsome tu, tapi nak kenyit mata sikit tak dapatlah sebab dia punya muka masam je, tak silap nama dia Andy Iqbal kot, hehe!! ingat tu nama dia *angkat-angkat kening* -


Mocha White Coffee Freeze diorder oleh fizah..

White Coffee Cold kepunyaan mama..

White Coffee Hot versi gelas kepunyaan baba..Mana cukup kalau guna cawan biasa tu, kecil..

Hazelnut White Coffee Freeze, siapa lagi yang tak dapat airnya, ce teka ce teka??

Kaya Butter Double..

Peanut Butter Single untuk yang single sahaja eh!! :p

Fried Chicken Plate kepunyaan fizah..

Gambar tukang makan tak dilupakan untuk di petik :



muka konon-konon tak berapa lalu nak makan..


nehiii nehiii, ini bukan model jam tangan, tengok betul-betul ini adalah ayah saya..hehe!!

ini gambar candid fizah tengah melahap ayam itu, hahaha!! 

Selesai, Alhamdulillah..

Perut masing-masing dah kenyang jadi bolehlah kita mulakan perjalanan untuk pulang ke Kl ye! tapi sebelum tu singgah untuk beli limau bali dulu ye!, tapi tak jadi pun beli sebabnya harga sebiji 15 hinggit..Uisshh!! mahalnya patutlah aunty dayah cakap asal tak bilang dia awal-awal kalau tak boleh dia belikan, agak murah sikitlah dia boleh dapatkan..Loorr!! manalah kami tau tapi takpe pun sebenarnya mama nak beli untuk bagi jiran sebelah bukan untuk kami pun sebab isi rumah ni tak suka sangat limau bali ni..Jadi kita substitute kan dengan benda lain iaitu entah apa eh!! yang mama bagi, tak silap lauk kot..hehe!! jiran pemurahkan kami ni *angkat kening sebelah je*  

memang gerai jual limau bali, betul-betul tepi jalan je!

tu dia semangat mama kita hendak membeli limau bali tapi hampa..

Selepas habis aktiviti singgah menyinggah ni baba terus memecut kancilku untuk pulang ke KL..Dalam 3 1/2 jam jugaklah kami sampai KL, cepat jugak eh! so please don't underestimate kancil lagi eh! hehe!! Mama ajak singgah makan tapi semua dah terbayangkan bantal, selimut so kita postponed je aktiviti makan tu pada keesokkan harinya eh! Balik je terus mandi dan bommm! terbongkang sampai pagi, letih semacam pulak rasanya kali ni, mungkin sebab cuaca tak berapa nak menentu kot..

Jadi itulah dia aktiviti kami sekeluarga ahad yang lepas..Okaylah nak tidurlah, esok bangun pagi mata bengkak kang, tak seri muka I olls tau..hehe!! :D


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

7/07/2011

Setengah harian di Ipoh :Majlis Akikah

Assalamualaikum dan Selamat Pagi/Petang semuaa.....


Percubaan untuk dayah update blog ni sejurus pulang dari Ipoh selepas menghadiri majlis akikah anak sepupu dayah nampaknya tidak berhasil, kena jugak ditangguhkan dalam 3 hari baru boleh nak buka cerita, ini semua bukan gara-gara kekangan masa *iyalah saya kan pengganggur mana ada busy sangat kan kan* ini adalah disebabkan penyakit malas sedang beraja di dalam badan *cewah!* sama masa time belajar dulu suka buat kerja last minit and tangguh-tangguhkan kerja/assignment  -_- tengok terbawa-bawa sampai sekarang ni, ish ish! not good not good..


Baiklah cukuplah tu mukadimah sebanyak 84 patah perkataan termasuk muka innocent saya tu, :p kalau ikutkan markah untuk pendahuluan karangan peringkat sekolah menengah ni dah boleh dapat markah penuh ni..hehe!! *dah-dah tak payah nak gatal-gatal kira balik* 


Berbalik kepada story kita, jam 7 pagi mama dah kejut sambil jerit menggunakan nada suara yang medium, kang guna yang low tak ada yang bangun langsung kan, so anak-anaknya termasuk suaminya taklah bangun secara mengejut seperti hantu pocong, anak-anak dan suaminya bangun dengan begitu well behave sekali, sempat menggolek-golekkan diri sambil bilang mama "ma, 5 minit lagi eh!" padahal kalau ikutkan kiraan yang tepat dayah golek-golek atas toto tu adalah dalam 15 minit.. :D Dayah ada satu peel kalau bangun je daripada tidur dayah tak boleh pergi terus mandi so dengan itu dayah telah menyuruh fizah untuk mandi dulu lepas tu bila siap lambat dan mama mula menggunakan nada tinggi ning baizura dia jerit suruh cepat sebab katanya baba dah tunggu lama dalam kereta *padahal pintu kereta pun belum buka lagi* ALASAN! untuk suruh anaknya ini berada dalam keadaan cuak -_- haa!! mulalah time tu merungut dalam hati menyesal atas perbuatan lampau tak mandi dulu kalau tak, tak adalah kena jerit-jerit macam ni, tak adalah tak sempat nak sikat rambut bagi cun sikit, tak adalah tak sempat nak pakai anting-anting sampai kena pakai dalam kereta *bawa satu mangkuk subang tau* tak adalah sampai pakai salah kasut..erm! -_-


Dalam masa satu jam kami dapat bersiap, pukul 8 dah keluar rumah, selamat tinggal KL kejap..


matahari pun malu-malu lagi nak keluar..

Kami bertolak dari rumah awal sebabnya baba cadang nak ikut jalan lama dan alasannya kenapa nak ikut jalan lama adalah kerana pertama: baba nak cari breakfast kampung-kampung, kedua: nak jimat duit tol :) ketiga: baba tak nak guna line paling kiri sekali bila di highway *sila maklum kami guna kancil je*..Cadangan asal guna jalan lama sebabnya baba nak singgah beli nasi lemak sedap, memang serious sedap, nasi lemak kampung-kampung simple je tapi entahlah apa nama kedai tu pun dayah tak tau tapi tulah bukan rezeki barangkali sebabnya bila lalu je gerainya tutup..Sungguh berjaya makcik dan pakcik tu sebabnya dulu bannernya kad manila je tapi sekarang guna sign board okay! siap ada lampu-lampu lagi..Nampak pakcik makcik tu berkerja keras kan jual nasi lemak.. :D

nasib ada chocolate ini untuk mengalas perut yang tiba-tiba berbunyi merdu..

Baba terus ke depan lagi mencari  kedai makan, tekak masing-masing teringin nak makan nasi lemak tapi satu kedai pun tak ada, bila time nak, time ni lah semua kedai nasi lemak tutup..Sudah setengah perjalanan masih tak jumpa-jumpa lagi, yang jumpa kedai mamak jual roti canai..Nehiiii!! breakfast mamak, lunch mamak, dinner mamak, minum petang je tak mamak, nanti panggil mama mamak baru tau, so tak jadi lagi singgah, kaki sebelah dah nak keluar kereta tapi dimasukkan balik sebab mahu cari kedai melayu *melayu sejati katakan* Tapi bila dah jumpa pulak bila tanya :

" kak, nasi lemak kukus ada?? "

" maaf dik, nasi lemaknya habis, yang ada tinggal roti canai je "

nehiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii *dalam hati*

Laa! baik singgah kedai yang tadi je, ishh! banner besar-besar letak NASI LEMAK KUKUS tapi bila tanya tak ada, habis, tak buat..

" takpelah kak "

Kami terus bangun dan meninggalkan kakak itu..Bila bangun macam tu mestilah semua mata pengunjung yang ada terarah ke kami berempat..Perjalanan diteruskan lagi sampailah di Slim River, perut dah makin berbunyi so cari punya cari jumpalah gerai kecil jual makanan melayu, maksudnya ada nasi lemak, bihun, mee goreng, nasi campur pun dah ready padahal jam baru pukul 10 pagi..Bila tanya nasi lemak ada?? biasalah jawapannya tak ada lagi, okay! tak payah bangun cari kedai lain sebab perut dah lapar sangat ni lagipun hari dah lewat nanti kalau sibuk asyik cari kedai makan je bilanya ni nak sampai Ipoh..Dayah pilih untuk makan bihun goreng dengan telur rendam minyak, giler banyak betul minyaknya macam goreng ayam, mama pilih makan kuih je, baba mee goreng dan 2 biji telur, fizah bihun goreng dengan sambal sotong..Maaf gambar tak sempat nak petik, dah makan baru teringat..hehe!!

Jam 12 tengah hari kami sampai di Ipoh, tanpa menggunakan khidmat 'GPS manusia' kami selamat tiba di rumah sepupu dayah tu..Majlis kali ni dibuat di rumah sepupu dayah punya wife so nak ke rumahnya tu ingat-ingat lupa jugaklah, maklumlah masuk ni baru 2 kali kami pergi rumahnya, first time masa kenduri kahwin 2 tahun lepas tapi itu pun guna khidmat ikut belakang orang..hehe!! tapi disebabkan baba adalah seorang yang senang ingat jalan makanya kami tak sesat pun, ikut landmark yang ada semuanya selamat kami sampai..Landmark paling kami ingat sekali adalah.....

ni gambar 2 tahun lepas masa majlis perkahwinan sepupu dayah tu, landmarknya tu haa!! bus stand tu, depan bus stand ni lah rumah sepupu dayah..senangkan??

Kami sampai boleh dikatakan agak kelewatan jugaklah sebabnya sepupu-sepupu dan makcik-makcik dayah daripada KL semua dah sampai dan dah siap makan lagi..huwaa!! kambing I u olls jangan habiskan..Tanpa toleh kiri kanan kami terus serbu makanan..Nak ambik gambar memang tak dapatlah sebab makanan pun hampir-hampir habis so gambar-gambar yang ada ni semua berkat curi di FB sepupu dayah..hehe!!

ayam goreng kesukaanku, sedappp!

ini apa nama lauk ni dayah tak ingatlah..

ikan masin bulu ayam, masa nak ambil tengok tinggal kepala je.. :(

sambal belacan..

kuih muih, yang sempat dayah makan pulut inti tu je sebab banyak bakinya aunty dayah bawak balik rumah, taklah kempunan..

kelibat dulang buah ni pun tak sempat nak tengok..

- Sebenarnya ada lagi 2 lauk iaitu kambing masak kurma dan kari kambing tapi nak curi gambar tak ada, fail lah macam ni gambar makanan tak lengkap, hehe!! -

Disebelah pagi ada marhaban dan bacaan doa selamat, dayah tak sempat nak attend yang tu so gambar-gambar yang ada ni pun semuanya gambar curi tapi curi sambil mintak permission okay! :D


baby Ummar bersama uminya..

Ummar bersama aunty nya..Such a cute little boy isn't??

selepas menjamah makanan kami berborak-borak..

Lepas kenduri aunty dayah suruh ke rumah dia dulu sebelum pulang, baiklah dengan menurut perintah kami semua termasuk ahli-ahli keluarga yang lain datang ke rumah aunty dayah yang hanya beberapa kilometer je daripada rumah kenduri ni..Senangkan berbesan dekat-dekat ni..eh! Tujuan kami dijemput semua kesana adalah untuk merehatkan diri sebenarnya, aunty dayah suruh kami lepak rehat-rehat, makan, minum sebelum pulang ke KL..ohh!! baik sungguh aunty kita ni tau..hehe!! 

Jap sambung ke entri yang seterusnya..


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...