7/08/2011

Setengah harian di Ipoh : Oldtown

Assalamualaikum dan Selamat Pagi/Petang semuaa.....


Sambungan daripada cerita di entri yang lepas..Entri kali ni malas nak bermukadimah, pendahuluan jadinya markah untuk pendahuluan tak ada untuk entri ini..hehe!! bolehkan??


Selepas sudah menghabiskan beberapa jam merehatkan diri di rumah aunty dayah, disajikan dengan soto dan pulut inti lebihan kenduri kami pun bersiap-siap nak bertolak pulang ke KL..Kalau dibiarkan lagi lama, lagi melarat-larat kami melepak, silap haribulan ada yang tak pergi kerja hari isnin nanti :D lagipun entah kenapa best giler duduk rumah my aunty ni, sejuk jeee! padahal kipas je kot.. Sebelum pulang ke KL aunty dayah dah siap-siapkan satu family 2 cupcakes untuk dibawa pulang..


tu diaa! 2 cupcakes untuk kami..

kasi close-up sikit..comel giler kot babies ni, dayah masih lagi simpan baby nya tu, hehe!! sayang nak buang comel sangat sampai tak sampai hati nak buang tapi kek dah selamat dimakanlah, mana boleh simpan lama-lama..

Jam 5:30 petang ramai sedara mara dah start bersiap sedia untuk pulang ke KL kami dah ready nak naik kereta pun, okaylah kami mengundurkan diri dulu ye! bye orang Ipoh *buat aksi lambai-lambai tangan*..Sebelum betul-betul pulang ke KL kami singgah di Oldtown untuk menikmati minum petang dan makan malam dulu tapi dia punya pusing nak mencari Oldtown ni adalah jugak dalam setengah jam sebabnya baba dah tersalah masuk jalan, so kitaorang main pusing-pusing area yang sama banyak kali jugaklah..At last jumpa jugak ke pangkal jalan, hehe!! semua yang dalam kereta nak minum kopi makan roti, tak nak makan yang heavy heavy sebab semua sedar diri dah makan banyak sebelum ni, kambing plak tu..hehe!!


- Waiter yang ambikkan order ni kan mukanya handsome tu, tapi nak kenyit mata sikit tak dapatlah sebab dia punya muka masam je, tak silap nama dia Andy Iqbal kot, hehe!! ingat tu nama dia *angkat-angkat kening* -


Mocha White Coffee Freeze diorder oleh fizah..

White Coffee Cold kepunyaan mama..

White Coffee Hot versi gelas kepunyaan baba..Mana cukup kalau guna cawan biasa tu, kecil..

Hazelnut White Coffee Freeze, siapa lagi yang tak dapat airnya, ce teka ce teka??

Kaya Butter Double..

Peanut Butter Single untuk yang single sahaja eh!! :p

Fried Chicken Plate kepunyaan fizah..

Gambar tukang makan tak dilupakan untuk di petik :



muka konon-konon tak berapa lalu nak makan..


nehiii nehiii, ini bukan model jam tangan, tengok betul-betul ini adalah ayah saya..hehe!!

ini gambar candid fizah tengah melahap ayam itu, hahaha!! 

Selesai, Alhamdulillah..

Perut masing-masing dah kenyang jadi bolehlah kita mulakan perjalanan untuk pulang ke Kl ye! tapi sebelum tu singgah untuk beli limau bali dulu ye!, tapi tak jadi pun beli sebabnya harga sebiji 15 hinggit..Uisshh!! mahalnya patutlah aunty dayah cakap asal tak bilang dia awal-awal kalau tak boleh dia belikan, agak murah sikitlah dia boleh dapatkan..Loorr!! manalah kami tau tapi takpe pun sebenarnya mama nak beli untuk bagi jiran sebelah bukan untuk kami pun sebab isi rumah ni tak suka sangat limau bali ni..Jadi kita substitute kan dengan benda lain iaitu entah apa eh!! yang mama bagi, tak silap lauk kot..hehe!! jiran pemurahkan kami ni *angkat kening sebelah je*  

memang gerai jual limau bali, betul-betul tepi jalan je!

tu dia semangat mama kita hendak membeli limau bali tapi hampa..

Selepas habis aktiviti singgah menyinggah ni baba terus memecut kancilku untuk pulang ke KL..Dalam 3 1/2 jam jugaklah kami sampai KL, cepat jugak eh! so please don't underestimate kancil lagi eh! hehe!! Mama ajak singgah makan tapi semua dah terbayangkan bantal, selimut so kita postponed je aktiviti makan tu pada keesokkan harinya eh! Balik je terus mandi dan bommm! terbongkang sampai pagi, letih semacam pulak rasanya kali ni, mungkin sebab cuaca tak berapa nak menentu kot..

Jadi itulah dia aktiviti kami sekeluarga ahad yang lepas..Okaylah nak tidurlah, esok bangun pagi mata bengkak kang, tak seri muka I olls tau..hehe!! :D


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...