8/02/2010

2nd Trip to Perth, Australia Part 5

Hari ke-5, pagi ni kami tak ambik heavy breakfast, cuma sekadar minum coffee dan biskut je sebabnya tengah hari nanti kami cadang nak pergi picnic..wehuu!! location untuk picnic kami pilih rockingham..Kalau dulu masa first time pergi dah ke Cottesloe beach so kali ni nak cuba melawat di Rockingham pulak..Dari perth city nak ke rockingham adalah dalam 50km dan mengambil masa dalam setengah jam nak sampai..Masa kami pergi ni cuaca mendung je, dan sekali sekala gerimis..Sebelum tu mama ada buat nasi goreng dan dayah pulak buat spaghetti and adalah dessert sikit, ni je juadah kami untuk picnic..bolehlah kan??

mountway apartment..



otw ke Rockingham..

orang tak breakfast langsung, dalam kereta dah kelaparan nasib ada bekal noodle ni..


kapal ni besar, dayah tak taulah kawasan ni untuk apa sebab ada few kapal sekitarnya..

nampak macam panas tapi tak pun..


ke depan lagi sikit untuk ke beachnya..

rockingham city, kawasan yang kecil je..


Kami sampai terus je cari kawasan untuk makan kira buat picniclah, kebetulan ada disediakan kerusi dan meja jadi okaylah, dengan masing-masing perut dah kelaparan..Baik kami sampai je dekat kawasan picnic tu hujan renyai-renyai turun, mulannya ingatkan hujan tak lah lebat tapi lama kelamaan hujan dah semakin nak lebat, kami pun dengan segeranya terus masuk dalam kereta, masuk je dalam kereta hujan turun dengan selebat-lebatnya..Huwaa!! tak jadi nak picnic, last-last picnic dalam kereta je..=(, dalam kereta pun dalam keretalah asalkan boleh makan..By the time kami makan hujan pun berhenti, kami sempat jalan-jalan sekitar kawasan pantai dan bergambar..

inilah spaghetti yang dayah masak..makanan lain tak sempat nak snap biasalah dah dimakan..



cuaca mendung, nak hujan lagilah ni..



nak merasa kesejukkan air..

kami jumpa titi ni so kami pinjam untuk posing kejap..

jernih airnya..




baba tak datang untuk bergambar di atas titi ni, dia tunggu di kereta je katanya nak bergambar dengan kereta je..hahaha!! tak adalah baba tengah jaga kereta atau sedang berfikir macam mana nak bawak balik malaysia kereta ni..





silalah tekan mana2 button yang bertulis *kami muak tengok picture korang dgn kereta je*..

muka ni lagi muak tengokkan..silalah mencari button2 tu sekarang..cari je kat mana2

sepatutnya tempat yang berbumbung tu lah tempat kami picnic..:'(

selepas puas menyedut udara segar di pantai, mengambil gambar di titian dan jugak di kereta serta picnic dalam kereta kami pun pulang semula..Masa ni kami gelarkan baba sebangai pemandu teksi sebab ada gaya bila pakai sweater tu..heheh!!

Since Mandurah berdekatan je dengan rockingham, tak sampai 1/2 jam dah sampai kami pun saja jalan-jalan ke mandurah..Nama tempat ni macam kat Indonesialah..Madurah pun pekannya kecil je, ada jugak shopping complex disediakan dan kedai-kedai menjual perabot rumah..


Jom kita ke Mandurah pulak..

sila ikut speed limit yang dibenarkan..




Kami tak singgah pun dekat sini cuma jalan-jalan dalam kereta je..Selepas tu kami cadang nak balik ke perth je terus tapi masa on the way tu ternampak sign board fremantel pulak, terus baba ajak singgah, saja jalan-jalan mencari kedai minum..=) Sementara baba and mama minum dayah and fizah ambik kesempatanlah berjalan-jalan sekitar fremantel ni, tau tak kami jumpa shopping complex ni:


yeah u are my Target..apa lagikan kami pun masuk spend agak lama jugak dekat sini, belinya tak tapi mencuba kasut-kasut yang ada dalam ni..baju pun cantik2 gak..=)

Dah agak pening mencuba kasut tapi tak beli (frust bila dah balik malaysia menyesal tak beli selipar yang sangat cantik dekat target ni) kami pun jalan lagi dan jumpa lagi satu shop lot jual baju, hehe!! sorry kali ni no gambar..Punyalah lama kami dekat sini sampai mama datang cari marah-marah sebab parking limit untuk kereta dah tamat waktunya, yang kami tak habis-habis lagi pusing-pusing kedai tu padahal kedai tak besar mana tapi disebabkan rambang mata..:-D

                                               
ke fremantel untuk kedua kali nya..

otw ke fremantel..

dah tak ramai orang bila waktu malam..kawasan ni berdekatan dengan fremantel market..

Agak lama kami berpusing-pusing di fremantel mencari jalan nak ke perth city, masa datang memang senang terus je bila balik agak confius sikit, maybe sebab waktu dah gelap, tak nampak sangat jalannya..=)

On the way balik baba isi minyak dulu sebab esoknya kereta ni nak dipulangkan semula =(
Dayah memang kagumlah orang dekat sini kalau isi minyak diorang datang park kereta terus isi dan bila dah habis isi pergi di counter cakaplah isi minyak di both berapa dan terus bayar..Tak macam kat sinikan bayar dulu baru boleh isi..Tengok diorang sangat trust each other, dayah memang kagum betul..Cuba dekat sini kita buat macam tu kan bagus..=)

Balik macam biasa mama dan baba terus ke dapur dan prepare untuk makan malam..Dayah terlupa nak snap pic makan malam ni sebab lapar sangat terus terlupa, sampai je nasi terus ambik pinggan *bayangkan dengan rakusnya mengambil pinggan dan lauk* terus makan..tak pandang kiri kanan tau..

next entry kita sambung bukan lepas ni tapi lepas satu ni okay!!

p/s: sedang menikmati cupcakes yang dibuat sendiri tadi, malam2 tak elok makan, jangan lupa gosok gigi ye sebelum tidur..pesanan ringkas dari blog dayah..:-D

2nd Trip to Perth, Australia Part 4


Kita mulakan cerita dengan apa yang kami breakfast di hari yang ke-4..Seperti biasa baked beans, scramble eggs dan roti, disamping tu ada salad (nanti scroll ke bawah pasti jumpa salad wajib tu) dan secawan coffee..Perhh!! ini pun dah boleh buat kenyang lepas makan terus buat pengakuan tak nak makan tengah hari nanti..

tadaa!! salad wajib ada..(sampai balik m'sia pun buat salad yang sama)..:-D

Apa aktiviti kami kali ni, hari ni hari best sebab lepas je breakfast kami sekeluarga terus pergi ke town (seperti biasa merentasi jambatan adalah perkara wajib ketika disana) dan terus menuju ke Herz, korang mesti tertanya-tanyakan tempat ni ada apa..Sebenarnya baba beberapa bulan sebelum kami datang ke sini baba dah bercadang nak sewa kereta, katanya nak try memandu dekat perth nanti lepas tu banyaklah cadangan lagi nak melawat farm strawberry lah, farm buah-buahan lah, macam-macam lagi lah..So masa di KL lagi baba dah booking cuma pembayaran je belum dibuat..Boleh dikatakan sewa kereta di perth ni murah, dayah cakap murah sebab kereta yang disewa bukan kereta-kereta kecil, semuanya yang luxury, ada Audi, Skoda, Toyota Camry eh!! pedek kata memang kereta-kereta besarlah..Harga yang kami bayar untuk sewa 3 hari including insurance ialah 179.23 aud..

Dah search semua baba tertarik nak booking toyota camry sekali sampai je toyota camry tak ada lagi pun masa booking tu memang ada stated yang diorang akan bagi kereta mengikut availability kereta tu lah..So bukan rezeki kami agaknya nak pakai camry so dia bagi kereta buatan Australia, tapi sampai sekarang dayah masih tak tau apa nama kereta tu..:-D


muka syok nak ambik kereta..

tak sabar..

lagi tak sabar..


inilah kereta sewa kami..:-D



okay!! dah ready untuk jalan tapi nanti dulu..kami kena belajar dulu fungsi2 dalam kereta ni, baba tengah mencari macam mana nak sejukkan aircond ni sebab angin yang keluar waktu ni ialah angin panas..=) agak lama gak tersadai tepi jalan ni..

akhirnya berjaya jugak kami..okay!! jom kita mulakan perjalanan..

Cadangan kami kali ni nak melawat ladang strawberry atau any fruit farm lah..Dayah trylah cari dalam itinerary yang kami bawah tu..Jumpa tapi semuannya jauh..Last-last dapat satu farm dekat Kalamunda, 24km je dari perth..Yang menjadi masalah nak ke sana tu yang kami tak tau so baba berhenti di salah satu kedai, baba cuba tanya for the direction, orang kedai tu dengan baik hatinya bagilah direction nak kesana, dah dia tolong kita kan so kita pun balas balik dengan membeli barang-barang makanan sikit dekat kedai dia..Baikkan kami sekeluarga..hehe!! :p

Kami dah ikut direction yang dia bagi tapi malangnya kami tak jumpa pun, atau mungkin kami terlepas pandang atau mungkin bukan musim buah-buahan so tak ladang tu tutup, boleh jadi jugak macam tu..Akhirnya kami hanya jalan sekitar kawasan tu je, kawasan ni berbukit jadi permandangan nya cantik..

freeway..


nice place untuk cuci mata..

the driver..

and his wife..

jalan punya jalan kami terjumpa ladang ni, ni mungkin ladang milik persendirian so tak boleh masuk..Untuk menghilangkan rasa hampa sebab tak jumpa apa yang dicari kami pun bergambarlah dekat sini kejap..Jadilah kan dari tak ada..=)

nice view, udara sangat segar dekat sini dan kereta pun tak banyak yang lalu lalang..

excited nak bergambar dengan plat kereta..

saya di ladang..

Memandangkan farm yang dicari tak jumpa kami pun just ronda-ronda naik kereta dekat kawasan-kawasan situ, akhirnya kami jumpa satu supermarket..hahahah!! supermarket lagikan, iya kami memang gila dengan supermarket diorang..Kali ni supermarket ni kecil je, kira untuk penduduk kawasan tu je kot..Saja kami menghabiskan masa dan jugak duit disini..Apa yang dayah perhatikan dekat perth ni bawang putih sangat mahal, tak silap dayah dekat supermarket ni sekilo bawang putih dalam 20 aud, mak aihh!! dayah beli satu ulas je..hehe!! nak masak malam nanti (tunggu next entry dayah tunjuk apa yang dayah masak)..Lagi murah kalau beli garlic paste..Buah-buahan sangat fresh disini mungkin ditanam dekat-dekat kawasan sini jugak..=)

                                
sedang meng adjust parking, maklumlah kete besarkan..hehe!!

sebelum masuk bergambar dulu..

selepas malaburkan sedikit duit di dalam..


Dah puas berjalan-jalan sekitar kawasan hills ni kami pun pulang balik ke perth, sebelum tu okay tolong jangan terkejut lagi, kami terjumpa supermarket yang kami suka pergi tu..Dayah lupa nak inform nama supermarket ni Woolworth, kami jumpa ni yang besar punya, kalau di perth tu hanya yang kecik je tapi ni dah macam satu bangunan tesco extra..Kami singgah sini pun sebab nak beli barang makanan untuk di masak malam nanti..Dah puas berjalan dan menghabiskan duit kami pun terus pulang ke perth city..

                                     
swan river..nice view bila waktu malam..


bell tower perth, tak dapat nak captured the whole building..Cantik bila waktu malam sebab bell tower ni akan bertukar2 warna..terletak dekat dengan swan river..

orang disebalik tabir yang bertanggungjawab menyediakan makanan..

orang disebalik tabir untuk menyediakan salad malam tu..:-D

castard tart, ehh!! bukan dayah yang buat, kedai yang buat..=) sedap tak tipu..

makan malam kami..masih tak jumpa dengan halal shop=(..so makan sardine lagi, jadilah asalkan kenyang..

sambung next entry please..

p/s: mencari remote control yang hilang..adoii!! mana dia menyorok ni??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...