8/02/2010

2nd Trip to Perth, Australia Part 5

Hari ke-5, pagi ni kami tak ambik heavy breakfast, cuma sekadar minum coffee dan biskut je sebabnya tengah hari nanti kami cadang nak pergi picnic..wehuu!! location untuk picnic kami pilih rockingham..Kalau dulu masa first time pergi dah ke Cottesloe beach so kali ni nak cuba melawat di Rockingham pulak..Dari perth city nak ke rockingham adalah dalam 50km dan mengambil masa dalam setengah jam nak sampai..Masa kami pergi ni cuaca mendung je, dan sekali sekala gerimis..Sebelum tu mama ada buat nasi goreng dan dayah pulak buat spaghetti and adalah dessert sikit, ni je juadah kami untuk picnic..bolehlah kan??

mountway apartment..



otw ke Rockingham..

orang tak breakfast langsung, dalam kereta dah kelaparan nasib ada bekal noodle ni..


kapal ni besar, dayah tak taulah kawasan ni untuk apa sebab ada few kapal sekitarnya..

nampak macam panas tapi tak pun..


ke depan lagi sikit untuk ke beachnya..

rockingham city, kawasan yang kecil je..


Kami sampai terus je cari kawasan untuk makan kira buat picniclah, kebetulan ada disediakan kerusi dan meja jadi okaylah, dengan masing-masing perut dah kelaparan..Baik kami sampai je dekat kawasan picnic tu hujan renyai-renyai turun, mulannya ingatkan hujan tak lah lebat tapi lama kelamaan hujan dah semakin nak lebat, kami pun dengan segeranya terus masuk dalam kereta, masuk je dalam kereta hujan turun dengan selebat-lebatnya..Huwaa!! tak jadi nak picnic, last-last picnic dalam kereta je..=(, dalam kereta pun dalam keretalah asalkan boleh makan..By the time kami makan hujan pun berhenti, kami sempat jalan-jalan sekitar kawasan pantai dan bergambar..

inilah spaghetti yang dayah masak..makanan lain tak sempat nak snap biasalah dah dimakan..



cuaca mendung, nak hujan lagilah ni..



nak merasa kesejukkan air..

kami jumpa titi ni so kami pinjam untuk posing kejap..

jernih airnya..




baba tak datang untuk bergambar di atas titi ni, dia tunggu di kereta je katanya nak bergambar dengan kereta je..hahaha!! tak adalah baba tengah jaga kereta atau sedang berfikir macam mana nak bawak balik malaysia kereta ni..





silalah tekan mana2 button yang bertulis *kami muak tengok picture korang dgn kereta je*..

muka ni lagi muak tengokkan..silalah mencari button2 tu sekarang..cari je kat mana2

sepatutnya tempat yang berbumbung tu lah tempat kami picnic..:'(

selepas puas menyedut udara segar di pantai, mengambil gambar di titian dan jugak di kereta serta picnic dalam kereta kami pun pulang semula..Masa ni kami gelarkan baba sebangai pemandu teksi sebab ada gaya bila pakai sweater tu..heheh!!

Since Mandurah berdekatan je dengan rockingham, tak sampai 1/2 jam dah sampai kami pun saja jalan-jalan ke mandurah..Nama tempat ni macam kat Indonesialah..Madurah pun pekannya kecil je, ada jugak shopping complex disediakan dan kedai-kedai menjual perabot rumah..


Jom kita ke Mandurah pulak..

sila ikut speed limit yang dibenarkan..




Kami tak singgah pun dekat sini cuma jalan-jalan dalam kereta je..Selepas tu kami cadang nak balik ke perth je terus tapi masa on the way tu ternampak sign board fremantel pulak, terus baba ajak singgah, saja jalan-jalan mencari kedai minum..=) Sementara baba and mama minum dayah and fizah ambik kesempatanlah berjalan-jalan sekitar fremantel ni, tau tak kami jumpa shopping complex ni:


yeah u are my Target..apa lagikan kami pun masuk spend agak lama jugak dekat sini, belinya tak tapi mencuba kasut-kasut yang ada dalam ni..baju pun cantik2 gak..=)

Dah agak pening mencuba kasut tapi tak beli (frust bila dah balik malaysia menyesal tak beli selipar yang sangat cantik dekat target ni) kami pun jalan lagi dan jumpa lagi satu shop lot jual baju, hehe!! sorry kali ni no gambar..Punyalah lama kami dekat sini sampai mama datang cari marah-marah sebab parking limit untuk kereta dah tamat waktunya, yang kami tak habis-habis lagi pusing-pusing kedai tu padahal kedai tak besar mana tapi disebabkan rambang mata..:-D

                                               
ke fremantel untuk kedua kali nya..

otw ke fremantel..

dah tak ramai orang bila waktu malam..kawasan ni berdekatan dengan fremantel market..

Agak lama kami berpusing-pusing di fremantel mencari jalan nak ke perth city, masa datang memang senang terus je bila balik agak confius sikit, maybe sebab waktu dah gelap, tak nampak sangat jalannya..=)

On the way balik baba isi minyak dulu sebab esoknya kereta ni nak dipulangkan semula =(
Dayah memang kagumlah orang dekat sini kalau isi minyak diorang datang park kereta terus isi dan bila dah habis isi pergi di counter cakaplah isi minyak di both berapa dan terus bayar..Tak macam kat sinikan bayar dulu baru boleh isi..Tengok diorang sangat trust each other, dayah memang kagum betul..Cuba dekat sini kita buat macam tu kan bagus..=)

Balik macam biasa mama dan baba terus ke dapur dan prepare untuk makan malam..Dayah terlupa nak snap pic makan malam ni sebab lapar sangat terus terlupa, sampai je nasi terus ambik pinggan *bayangkan dengan rakusnya mengambil pinggan dan lauk* terus makan..tak pandang kiri kanan tau..

next entry kita sambung bukan lepas ni tapi lepas satu ni okay!!

p/s: sedang menikmati cupcakes yang dibuat sendiri tadi, malam2 tak elok makan, jangan lupa gosok gigi ye sebelum tidur..pesanan ringkas dari blog dayah..:-D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...