Dayah kalau bab-bab membuat kuih raya atau dessert ni memang dayah minat sangat..Kalau boleh raya tu tak nak satu pun kuih beli, semua nak buat sendiri macam laratkan lepas tu macam jadi semua kuih tu..haha!! Bukan apa kalau buat sendiri dayah suka tengok balang-balang kuih tu penuh dengan kuih lepas tu tersusun cantik kat dapur *sebenarnya nak orang puji kalau diorang masuk dapur, selalunya diorang cakap eh!! banyak nya kuih raya, beli ke?? mama pun bukalah cerita tak lah ni semua kak nor yang buat, sampai tak tidur-tidur malam, yang tuan buat kuih pun apa lagi kembanglah*hehehe!! Tapi sekarang kalau beli pun bukannya sedap sangat, nak-nak beli yang offer kat jalan TAR tu, alaa!! yang 5 rm10 lah atau silap-silap malam raya 10 jenis rm10 je..Dayah sanggup tak tidur malam buat kuih raya tau, last year satu malam tak tidur sebab nak menyiapkan kuih raya, dah macam buat tempahan, dah lepas je siap terus terbongkang sampai tengah hari..:)
Berbalik kepada buat kek tadi, kek ni sangat senang nak buat sebenarnya tu yang nak try, disebabkan terlampau senang tak serumit kek yang mama buat so dayah tambah buat cupcakes pulak..:) TAPI malang sungguh cupcakes tu tak berapa jadilah T_T..
Jom tengok sikit pic yang sempat si budak fizah ni ambikkan..jom scroll ke bawah cepat:
ni tengah masukkan butter dalam dark chocolate yang dah di double boilkan..
selepas dah bancuh kesemua bahan2 inilah rupanya..
nak tunjukkan ala2 chef kalau bancuhan ni betul, hasilnya begini..hahahah!!
acuan yang baru beli sehari sebelum, ratakan adunan tadi *pstt!! tapi ni tak rata pun* hehehe!! shh!! jgn bagi tau sesiapa..diam2 je sudah
tadaa!! dah siap bakar kek kita..tak tau nak buat bentuk apa, ada cup cake punya paper ambik, ayakkan icing sugar jadilah macam ala2 matahari..:)
pandangan sisi..Lupa nak ambik pic cream yang kat tengah tu, kek ni ada dua lapis..
camera girl dah tidur masa tengah buat cupcakes, dia terjaga bila nak decorate je so tak adalah gambar eh!! tengoklah creativekan kami..hahahaha!!
Itulah dia serba sedikit gambar aktiviti dayah last sunday..Minggu ni tengah dok fikir nak buat resepi apa pulak..:)
p/s: tengok ulangan cerita upik abu dan laura..cute betul cinta laura ni..:)
No comments:
Post a Comment