2/03/2011

1/02/2011 - terapi minda part 1-

Walaupun kereta hanya boleh digunakan satu sahaja dan itu pun baba yang bawa pergi office *ni kes malas bangun pagi untuk hantar baba* tapi kami bertiga berdegil jugak nak keluar, kata mama lama tak naik lrt, ohh!! iyalah dah berapa tahun mama tak naik, habis-habis dia hantar sampai station lrt je..


So semalam gagahkan diri jugak keluar walaupun ada jugak rasa malasnya, iyalah faham-faham jelah malaysia ni kalau nak dapatkan teksi memang payah, kadang-kadang satu peel pulak teksi tak nak pergi tempat yang kita wish tu..So dari rumah kitaorang berjalan *berpeluh-peluh u olls tau basah ketiak* terus ke bank, sebelum ni rasa macam jauh je kalau naik kereta tapi bila jalan kaki lagi cepat dari naik kereta okay!! serious tak percaya silalah cuba sekali sekala di kawasan rumah anda.. :D


Lepas buat segala urusan yang berkaitan dengan bank kami pun tahan teksi nak ke station lrt..Nasib baik teksi tak buat hal senang je dapat semalam..Okaylah kan dah dapat teksi so teksi pun tak banyak songeh nya so senang je, tapi yang buat dayah nak gelak guling-guling dalam teksi tu gak *memang kalau betul-betul buat kena jugak penampar dengan pemandu tu* cara dia bawa kereta tu dayah rasa kereta kancil dayah kalau tengah sakit pun still boleh laju lagi okay!! punyalah lembab dia bawa, dayah dalam teksi gelak sorang-sorang je almaklum kalau naik teksi bertiga yang jadi mangsa macam tourist guide ialah dayah sebab kena duduk sebelah pemandu so nak gelak dengan fizah tak dapat..Lepas keluar baru gelak terbahak termasuk dengan mama sekali..Teksi ni serious kalau agak-agak u olls nak cepat silalah pilih teksi yang lain sebab kalau yang ini potensi untuk anda lewat sangat tinggi okay!!


Dari Cempaka kami terus naik ke station Hang Tuah sebab nak ambik monorail ke Lot 10, orang tak biasa naik lrt haruslah berdiri lama sikit depan map tu nak tengok mana tempat yang harus kami turun, berapa harganya..


kawasan kejadian..

mangsa-mangsa keadaan yang sedang menunggu train..penat okay!! 

keletihan mendaki tangga *ini macam menunjukkan bahawasanya saya dah gemuk balik*

Selepas naik tangga, turun tangga, naik lrt, turun monorail kami pun berjaya dalam misi menggunakan pengangkutan awam sebagai medium untuk sampai ke Lot 10..Untuk kedua kalinya dayah jejakkan kaki disini, *alangkah sedihnya untk seseorang yang berasal dari KL ni* so agak kejakunan jugak bila masuk ke dalam Lot 10 ni..Hahahaha!! so first thing first kita kasi perut-perut ni terisi dulu, dari pagi ni tak makan so can u olls imagine betapa LAPARNYA kami bertiga ni, sempat minum air ice lemon tea je..

Kata orang baru second time jejakkan kaki ke Lot 10 haruslah tak tau yang dalam Lot 10 tak ada food court yang halal seperti kat KLCC tu.. So untuk kepastian yang lebih lagi kami tanya customer service *feeling-feeling tourist jap* memang yang ada food court non-halal je kalau nak yang halal adalah nasi kandar kayu dekat luar kawasan tu, tak pun oldtown..Agak dah bosan makan dekat oldtown *padahal tak selalu pun kot makan kat sana* :D kami terserempak dengan ini :

bukan makan vespa ni eh!! sila lihat dan baca dengan teliti..

yeah!! tepat sekali..Yellow cab pizza, first time mencuba ni..



pertama kali makan so tak tau which pizza yang sedap so kami mencuba classic pizza : New York Finest..Serious topping dahlah banyak dan yang penting pizza dia nipis..Sedap sehingga menjilat cari okay!!

dan ini jugak, Charlie Chan Chicken Pasta..Portion yang agak banyak untuk makan sorang jadinya sangat di cadangkan untuk berkongsi yee!! tolong jangan tamak sangat boleh??

hot kan kalau bawa bekal ni pergi sekolah..?? hari-hari macam ni mak dan ayah bisa pokai..

choices untuk air tak banyak sangat so kami malas nak fikir air apa-apa selain mineral, jaga kesihatan disamping itu setelah makan makanan yang penuh berlemak ye!!

jemput makan *sila beli sendiri*..

makan penuh sopan santun..:D

tak sesantun mamanya..

beberapa minit kemudian..

daun-daun berguguran..

kenyang muka girang.. :D

Dah puas mengisi perut kami jalan-jalan dalam Lot 10 kejap, iayalah dah jauh datang *memang jaaauuuhhh!! sangat* hehe!! so kenalah singgah sebentar..Sempat menjejakkan kaki ke :


sesungguhnya benar 2 kedai ni je yang kami singgah, singgah je okay!! beli tak pun..


Dah bosan dengan Lot 10 kami decide nak ke Time Square yet bila fikirkan balik nak habiskan duit naik monorail balik buat apa sedangkan Pavillion di sebelah je..hehe!! Kami terus jalan kaki ke Pavillion pulak..Masa on-the-way nak ke Pavillion kami terjumpa farenheit, baru buka eh!! shopping mall ni, nak singgah uniqlo tapi malas nak menaiki beberapa anak tangga itu *dasar badan berat*.. Deretan kedai-kedai sepanjang jalan nak ke Pavillion ni membuatkan I feeling macam dekat overseas okay!! Cantik..



Part 2 bersambung di siang hari pulak eh!! izinkan saya mengudurkan diri untuk tidur..

p/s : perlu ke berbahasa pelat in order untuk men-comelkan diri bila berbicara..jawapannya TAK PERLU SAMA SEKALI OKAY!! TAK MACHO MACAM TU!! HEHEH!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...