Memandangkan musim tahun baru cina makanya entrance nak masuk pavillion haruslah ada unsur-unsur seperti di negara Cina..
gendang yang besar semua orang dah conquer so kami ambik yang kecil je lah..
maharaja turun padang..
merah semuanya..
Selepas dah puas bergambar, macam biasa kejakunan sikit kan..Kami terus dengan aktiviti seterusnya ialah mencarikan mama tempat yang sesuai untuk dia duduk bersantai sementara kami melakukan terapi minda atau dalam erti kata lain SHOPPING, hehehe!! kata sale kan so kenalah ikut serta membeli belah..Mula-mula nak menempatkan mama dekat food court tapi macam tertutup pulak nanti mama rimas, so fikir punya fikir.. *mentol*
tengok kedai-kedai yang ada dekat Pavillion ni dulu..*mentol*
taraa!! Starbucks adalah lokasi yang baik untuk tempatkan mama sorang-sorang, lagi pun kawasannya terbuka kan so taklah nanti rimas sangat..
espresso tiramissu..
vanilla latte for mama..serik nak order yang venti size kalau dine-in..:D
chocolate chip cream, rasanya betul kot nama air ni..hehe!!
tak sia-sia kami suruh mama lepak sini sebabnya masa kami tengah sibuk melakukan terapi mama telah terserempak dengan kawan lamanya *patut balik meja penuh dengan pinggan*..Patutlah senyap je, tak sibuk-sibuk call suruh balik cepat rupanya ada yang temankan..hahaha!!
Terapi minda kami pun bermula..:D
Selepas 2 jam menghabiskan masa menjalani terapi okay!! its time untuk balik rumah..Baba pun dah keluar office..
badan dah tak ada, okay!! ini gambar suka suki kami berdua..
jenama-jenama yang menjadi pilihan hati *bukan nak menunjuk sekadar nak berkongsi je* :D
inilah barang-barang yang kami sempat beli..
temankan baba minum petang di kawasan kedai-kedai berdekatan rumah kami..
Itu jelah cerita kami sempena cuti Wilayah yang lepas..Waktu-waktu baba kerja ni lah senang kalau nak ke shopping mall sebab baba adalah orang yang memang tak suka ke shopping mall, ajak dia ikut tapi nanti dia duduk je tak nak ikut masuk-masuk kedai so baik kita jangan bawa terus, kalau nak bawa untuk makan memang tak ada masalah..:D
p/s : mahu ke dapur untuk menyiapkan pudding roti..