7/29/2010

Kesukaanku

Saja nak kongsi makanan favourite dayah..Tengok je pic ni:


chocolate cream puff @ Pavillion

cream puff @ LCCT

Dayah ada simpan 2 keping gambar je, sebenarnya yang dah makan dah banyak pun..Dayah start suka cream puff ni masa bercuti kat singapore dulu, tulah first time dayah try makan..

Dua2 ni cream puff yang sangat sedap pernah dayah makanlah buat masa sekarang ni, kalau ada lagi sedap nanti dayah update..:-D

p/s: mencari recipe untuk buat cream puff..=)

2nd Trip to Perth, Australia Part 3

Sambil menghirup kopi, mari kita sambung cerita tadi..(okay tak rhythm yang dayah reka sendiri, okaylah tu kan)..Okay, dah2 stop sebelum dayah merepek lagi panjang kita sambung je eh terus..


Hari kedua di Perth, hari ni kami sefamily cadang nak naik train nak ke Fremantel..Mula-mula cadang nak pergi Fremantel market nak beli sayur-sayur, buah-buahan, maklumlah dekat sini diorang jual berkonsepkan market tapi tak adalah barang-barang yang wet macam ayam semua tu cuma sayur-sayuran, buah-buahan, gerai souvenir, makanan ad restaurant, boleh dikatakan ala-ala central market lah..


Sebelum berangkat tu kami breakfast dulu, baba sediakan scramble egg, baked beans dan roti (wah duduk negara mat saleh, makan pun ala2 mat saleh tau)..:D Dalam pukul 11:30 baru kami keluar, jalan kaki merentasi jambatan untuk ambik bus red cat..Kali ni kami turun dekat perth station sebab nak ambik train untuk ke fremantel, ingatkan nak ambik family ticket tapi itu untuk weekends je (fri - sun), nak tak nak kenalah ambik single ticket..


inilah breakfast kami..=)

motif gambar ini diambil adalah sebab signboard tu sama colour dengan skirt saya..

menunggu red cat bus..mama semangat pakai red scarf tau..:-D

bus stop ni temporary je..



perth station, sepatutnya turun depan sikit tapi yang depan tu tengah under consruction..

dalam perth station..

Sepanjang perjalanan ke Fremantel mata kami dijamukan dengan view yang menarik, kami lalu pekan-pekan kecil, kawasan perumahan, laut dan port..

dalam train..

fremantel port

fremantel port, maknanya dah dekat nak sampai..

dah sampai pun, masa ni train yang kami naik tadi akan berehat dalam beberapa minit so sesiapa yang beli ticket tadi kalau boleh datang balik within time yang stated dekat ticket tu maknanya tak payahlah beli ticket yang baru..


fremantel town, tak ramai pun orang masa ni mungkin diorang tengah berkerja, kami ni je yang berjalan-jalan..hehe!!

Sempat kami berjalan-jalan, meninjau-nijau kedai2 dekat fremantel ni..Adalah beli sikit barang, tak banyak pun..Dayah sempat beli 2 helai baju sebabnya dayah teruja tengok 2 helai baju harga 5 dollar je, kira murahkan..Lawa-lawa pulak tu..rambang mata..@_@




dayah tertarik nak ambik pic pokok ni sebabnya cantik sangat..

tadikan kami beriya2 nak pergi market dekat sini kan, nak beli itu ini sekali sampai tadaaa!! marketnya tutup..Buka on fri-sun je and baru teringat dulu masa first time pergi kami pergi hari jumaat, ni baru selasa..T_T..inilah akibatnya bila ada itinerary tapi tak tengok, kan dah rugi..PENGAJARAN!!

Memandangkan market dah tutup so baba baru teringat yang ticket tu boleh guna balik, tengok time masa tu ada lagi 15 minutes, kami apa lagi jalan sepantas boleh untuk kejar masa, dan akhirnya berjaya kami sampai dalam masa 10 minutes sebelum tu sempat lagi singgah kedai beli barang..:D (kalau masuk pertandingan pejalan kaki memang dah boleh menang ni) Buat apa nak bazirkan beli another ticketkan..


So kami pun pulanglah balik ke perth dengan perasaan hancur berkecai bak kaca yang berderai (jiwangnya ayat)!! Balik je kami terus jalan-jalan dekat shopping complex Myer, shopping complex ni kira attached sekali dengan perth station..Cuma berjalan-jalan je sebab kebanyakkan barang dalam ni mahal-mahal, kira macam designer stuff lah..



depan tulah perth station..

Cuaca masa ni memang sejuk, so bila sejuk perut ni cepat laparkan..Kami pun carilah kedai halal yang boleh kami makan, jalan-jalan sekali jumpa lebanese punya restaurant, tertarik nak try so kami pun masuk and order makanan..Makanan sama je ada kebab dan sewaktu dengan nya..jom tengok pictures makanan yang kami ordered..


tunggu makanan, time ni tengah lapar tapi maintain..

decoration dalam kedai ni nampak exclusive, mula2 takut gak nak masuk sebab sekali mahal makanannya kan..Sekali tengok menu and pricenya alaaa!! sama je macam kedai2 kebab yang lain..

lamb samosa yang super sedap, di order oleh mama and baba..

seafood platter with rice, sedap jugak dan di order oleh fizah..

lamb kebab, sedap tapi saucenya agak masam sikit ni dayah yang order..Dayah bantai letak pepper banyak2, sedapnya plus panasnya mulutku..

Lepas menjamu selera kami tak tau nak pergi mana so baba ajak jalan-jalan naik bus, kami ambik red cat pusing-pusing town..Last-last kami decided nak pergi supermarket untuk top up sikit barang makanan, kali ni saja je kami jalan ke supermarket berdekatan dengan Kings Park Hotel..Supermarket ni tak besar sangat lagi pun tak best sangat so kami jalan kaki pergi balik supermarket masa first day kami pergi tu..=) lagi pun dah dekat je

tak ingatlah station mana ni tapi kami turun sini sebab nak pergi satu supermarket ni, baba ternampak masa dalam bus, nak cari kot2 ada supermarket yang jual halal meat tapi satu pun tak ada, tanya halal pun dia tak tau..Last2 beli chocolate je..hehe!!

sambil dayah duduk2 dayah perasan ramai yang minum air ni, so terasa macam nak cubalah..Rasanya boleh tahan sedap, lagi sedap kalau sejuk..

melalui london court untuk ke supermarket..

dapat jugak merasa ala2 london walaupun tak real..hehe!!

seronok tau dekat sini kalau petang2 lepak2 minum2 coffee tapi kami minum supa shake banana flavour..

waktu ni baru pukul 5 petang, tapi hari dah mula nak gelap..

Puas berjalan dekat supermarket sampai tak sedar hari dah gelap, padahal masa ni baru pukul 6 petang..Kami terus balik dan macam biasa mama and baba prepare untuk makan malam pulak..Ini adalah barang2 yang dibeli untuk makan malam and breakfast esok..

makan malam kami di hari kedua: sardine, telur, salad (wajib ada) and fish fingers..walaupun simple tapi sedap dan kenyang sampaikan tetido..

Kalau perasan kali ni kami bercuti ke perth banyak menghabiskan masa pergi supermarket, tak percaya tengoklah sambungan trip ni nanti..

p/s: entry ni di edit semula, masa tengah menaip ni dayah LAPAR SANGAT2, tengok pic2 makanan ni lagi kuat perutku bernyanyi..T_T
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...