2/07/2011

Nasib baik

Fuhh!! *lap peluh didahi walaupun setitis peluh pun tak ada* nasib baik sempat bertahan kalau tak mau ada yang tergolek macam nangka busuk tadi..

Itulah dayah dah cakap kesan dadah ni masih ada lagi, ingatkan tadi lepas lunch dah better sikit, better memang better tapi untuk jangka masa yang singkat je tau tak!! arghh!! tadi masa tengah menaip boleh pulak ter 'pause' untuk beberapa minit..Lepas tu tadi saja letak kepala atas meja macam budak-budak sekolah kalau tidur atau menangis tu *ni biasa dulu dekat sekolah buat, hehehe!!* boleh termimpi eh!! macam lena je tidur sekali tersedar..Dan yang hampir-hampir membuatkan ku terasa malu itu bila tengah mengadap pc ni boleh tetido tapi mata terbuka, sekali tiba-tiba terkejut dengan sendirinya, nasib tak jatuh, kaki pada masa itu sangat support badan yang berat ini.. :D

adoii!! air apalah yang dayah minum hari ni, lain macam dia tu tak dapat disangkal okay!! teruk sangat, mata pun dah bengkak ni.. T_T

Hari ni punya cerita

Pagi yang sungguh muram dan bosan..Hari ni dayah tak banyak cakap di office *macam sebelum kau ni ala-ala pot pet, tak okay!!*..Pagi tadi nak cakap morning pun punyalah berat mulut, dalam hati sudah..

Pagi ni dayah agak kelesuan, badan dah start menunjukkan sign seperti mahu demam okay!! so kalaulah bisa ku setengah hari, hari ni memang dah ada dekat rumah sila panggung okay!!

Pagi tadi dayah breakfast dengan milo, mula-mula nak buat kopi 'o' tapi macam tak jadi, macam I perlukan something yang bersusu untuk make me feel more energetic sikit di pagi isnin ni..Tapi, baik minum kopi 'o' je tadi sebabnya lepas satu mug milo habis dayah rasa macam minum dadah okay!! macam dadah terjatuh dalam air, macam milo tu dah dicampurkan dengan dadah, macam macam macam dadah itu berada dalam milo yang sedang dayah minum itu..*ni kalau mama tau anak dia hisap dadah habislah* :D faham tak??!! *marah ni*

Sepanjang daripada pukul 9 dayah habis minum, dia punya pening, dia punya ngantuk, dia punya khayal tu ya allah lain macam okay!! rasa nak je ku bentang toto sebelah kerusi ni tidur terus, jaga pun masa habis office hour..Lagi sikit nak jatuh daripada kerusi ni, kalau jatuh tadi memang malu besar okay!! malu..

Lunch mula-mula nak diet quacker oats tapi macam perlukan something yang spicy untuk spice me up terpaksalah dayah makan sayur dan kentang goreng bersambal tadi, macam much better sikit then before.. :D..Dah boleh melakukan kerja dengan jayanya sekarang ni..Doakan kejayaan dayah menempuh hari ini ye..hahahaha!!

Awangan

terasa ini di awang awangan seperti termakan DADAH!!

arghh!! tak laratnyaaa!!

Crossaint Bread Pudding

Memandangkan cuti selama 4 hari ni dayah hanya berkampung di rumah makanya apa lagi marilah kita menunjukkan skill memasak kita kepada keluarga..So last saturday, petang yang sangat boring tu dayah terus ke dapur, tengok bahan-bahan untuk membuat crossaint bread pudding semua ada..Jeng jeng apa kata kalau kita buat dessert untuk minum petang begini..

Baiklah akak-akak, abang-abang, makcik-makcik semua, hari ni chef dayah ingin menunjukkan cara-cara ingin membuat crossaint bread pudding..Selalunya kalau buat bread pudding kita akan guna roti putih kan or kadang-kadang kita guna jugak roti pintal yang ada di jual di bakery tu kan?? tapi kali ni saya nak tunjukkan kelainan sikit dengan menggunakan crossaint *kalau yang dah pernah buat maknanya tak lah lain sangat resipi ni, :D* Kali ini bread pudding yang bakal dibuat ini tak memerlukan kuah seperti custard untuk menyedapkan lagi sebabnya pudding ni memang dimakan begitu sahaja..

Tanpa melengahkan masa lagi mari saya perkenalkan bahan-bahannya satu persatu-satu :

Bahan-bahan :
  • Roti crossaint (sebanyak 6 keping atau lebih, terpulang)
  • Fresh milk - setengah cawan
  • Cream  putar (whipping cream) - 1 cawan
  • Gula - 6 sudu (mengikut citarasa kalau nak manis boleh tambah kalau tak boleh dikurangkan jugak)
  • Sedikit air
  • 2 biji telur



Cara-cara membuatnya :


sedikit air dipanaskan (jangan terlampau banyak air) bersama gula..

biarkan sehingga mendidih..

biarkan gula dan air tadi masak sehingga nampak seakan-akan caremalized tapi jangan terlalu lama sebab takut nanti gulanya hangus pulak..Kemudian masukkan cream dan terus gaul adunan tadi secara cepat, jangan dibiarkan sebab nanti air gula dan cream itu akan menjadi keras..Setelah adunan sebati dan tidak berketul-ketul bolehlah masukkan susu dan 2 biji telur..Gaul sehingga rata, biarkan seketika dalam 2 minit..*maaf gambar untuk part yang ini tak ada sebabnya photographernya cuti*

beginilah adunan yang telah dibancuhkan dengan semua bahan-bahan tadi..

sementara menunggu adunan itu masak sedikit (tapi ingat jangan terlalu lama dipanaskan), bolehlah kita carik-carikan roti crossaint tadi dan susun di atas mangkuk untuk dibakar nanti..

tuangkan adunan tadi keatas roti yang sudah disusun tadi, biarkan selama 5 minit untuk roti-roti itu serap bersama adunan tadi..Ini menambahkan lagi kesedapan crossaint bread pudding ini nanti.. :D

bakar selama 20 minit atau sehingga puddingnya masak..

taraa!! dah sedia untuk dimakan..tak memerlukan kuah custard untuk dimakan bersama dan sedap dimakan panas-panas.. :D

Serba sedikit resipi yang dapat dayah kongsi bersama..Selamat mencuba ye!! kalau sedap bagilah tau.. :D

Gegar 1,000 blog oleh Ben Ashaari


Saya jugak sokong sangat dengan adanya blog sebagai salah satu social networking alaf ini..Saya jugak suka menulis blog lagi-lagi bila dapat berkongsi sama apa yang terbuku difikiran ini, kadang-kadang kita nak meluahkan sesuatu macam tak ada yang dengar tapi dengan adanya blog at least bolehlah kita luahkan apa yang terbuku walaupun mungkin tak ramai yang membaca tapi rasa lega itu ada sedikit..Selain itu dengan blog boleh jugak kita nak kongsikan resipi-resipi kegemaran kita so dapatlah mereka yang membaca ni mungkin mencuba sekali..Membaca blog pun saya minat sambil tu dapat membaca diari mereka secara maya dan berkongsi kegembiraan dengan mereka, dapat informasi yang dikehendaki sometimes.. :D

http://www.benashaari.com/2011/02/gegar-1000-blog.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...