Baiklah akak-akak, abang-abang, makcik-makcik semua, hari ni chef dayah ingin menunjukkan cara-cara ingin membuat crossaint bread pudding..Selalunya kalau buat bread pudding kita akan guna roti putih kan or kadang-kadang kita guna jugak roti pintal yang ada di jual di bakery tu kan?? tapi kali ni saya nak tunjukkan kelainan sikit dengan menggunakan crossaint *kalau yang dah pernah buat maknanya tak lah lain sangat resipi ni, :D* Kali ini bread pudding yang bakal dibuat ini tak memerlukan kuah seperti custard untuk menyedapkan lagi sebabnya pudding ni memang dimakan begitu sahaja..
Tanpa melengahkan masa lagi mari saya perkenalkan bahan-bahannya satu persatu-satu :
Bahan-bahan :
- Roti crossaint (sebanyak 6 keping atau lebih, terpulang)
- Fresh milk - setengah cawan
- Cream putar (whipping cream) - 1 cawan
- Gula - 6 sudu (mengikut citarasa kalau nak manis boleh tambah kalau tak boleh dikurangkan jugak)
- Sedikit air
- 2 biji telur
Cara-cara membuatnya :
sedikit air dipanaskan (jangan terlampau banyak air) bersama gula..
biarkan sehingga mendidih..
biarkan gula dan air tadi masak sehingga nampak seakan-akan caremalized tapi jangan terlalu lama sebab takut nanti gulanya hangus pulak..Kemudian masukkan cream dan terus gaul adunan tadi secara cepat, jangan dibiarkan sebab nanti air gula dan cream itu akan menjadi keras..Setelah adunan sebati dan tidak berketul-ketul bolehlah masukkan susu dan 2 biji telur..Gaul sehingga rata, biarkan seketika dalam 2 minit..*maaf gambar untuk part yang ini tak ada sebabnya photographernya cuti*
beginilah adunan yang telah dibancuhkan dengan semua bahan-bahan tadi..
sementara menunggu adunan itu masak sedikit (tapi ingat jangan terlalu lama dipanaskan), bolehlah kita carik-carikan roti crossaint tadi dan susun di atas mangkuk untuk dibakar nanti..
tuangkan adunan tadi keatas roti yang sudah disusun tadi, biarkan selama 5 minit untuk roti-roti itu serap bersama adunan tadi..Ini menambahkan lagi kesedapan crossaint bread pudding ini nanti.. :D
bakar selama 20 minit atau sehingga puddingnya masak..
taraa!! dah sedia untuk dimakan..tak memerlukan kuah custard untuk dimakan bersama dan sedap dimakan panas-panas.. :D
Serba sedikit resipi yang dapat dayah kongsi bersama..Selamat mencuba ye!! kalau sedap bagilah tau.. :D
No comments:
Post a Comment