1/19/2012

Pertama kali masuk WAD!! (5-10 Jan 2012)

Assalamualaikum dan Selamat Pagi/ Petang semua.....


Kelamaan penulis blog ini tak update blognya adalah disebabkan kemalasan untuk menaip lately ni, bukan apa balik je office badan terasa letih dan tahap kemalasan tu melampau tingginya..Maaflah kalau ada yang mengikuti blog ni tapi bila tengok tarikh update berminggu-minggu baru reti nak buat new entri, hehe!! Kalau nak katakan cerita banyak nak cerita ni, dari holiday ke Sarawak last year sampailah dapat free ticket ke Sunway Lagoon, tak apa kita update slow-slow se slow tuan punya blog ni ye! :p


Sekali ni dayah nak update tentang my first ever experience duduk dalam WAD atau dalam kata lainnya dayah masuk HOSPITAL..Perkara yang paling dayah tak suka sekali adalah Hospital, doktor, medical check-up dan yang sewaktu dengannya..Kalau nak pergi medical check-up tu hati punyalah risau tuhan je tahu, nak je rasanya skip medical check-up tu..


Baiklah mengikut kronologi kejadian macam mana dayah boleh termasuk wad adalah pada mulanya sebelum new year dayah dah rasa tak sedap badan and sampailah new year, masa new year tu dayah and family ber-holiday sambil melawat pusara arwah datuk dayah dekat Johor, masa dekat JB tulah dayah dah start demam, kepala pening (tuhan je tahu macam mana beratnya kepala ni) tak lalu makan, bayangkan breakfast yang selalunya dayahlah orang paling banyak makan eh! silap :p tapi kali ni breakfast nak habiskan sandwich yang kecil tu pun makan berminit-minit, at last bungkus je bawa balik bilik..Demam dayah tak baik-baik sampailah balik KL, dah pergi klinik ambil injection sampai 3 kali pun still tak reda-reda jugak demamnya last sekali doktor dekat klinik tu cakap you kena refer to specialist sebab dia suspect dayah kena radang paru-paru..Terus mama and baba bawa pergi Hospital Ampang tapi bila sampai sana diorang nasihatkan pergi mana-mana klinik kerajaan yang terdekat dapatkan surat apa entah, almaklumlah masa tu dayah dah agak mamai sikit so ikut je apa yang mama and baba buat..Kami patah balik pergi klinik kerajaan dekat Kampung Pandan, nasib baik tak ramai orang so cepat sikitlah proses-proses check-up, bila diorang check darah dayah diorang cakap dayah punya hemoglobin drop sampai 7.2 and diorang suspect jugak dayah ada infection dalam paru-paru and diorang terus masukkan drip, call ambulance and cakap you nak admit dekat hospital mana so paling dekat dengan rumah dayah adalah Hospital Ampang..Masa dalam ambulance tu dayah rasa macam orang sakit tenat sebab siap dengan bunyi siren semua padahal dayah okay je lagi..


Sampai je dekat Hospital terus diorang letakkan dayah dekat bilik rawatan, masa ni ramai jugak patient yang tengah diberi rawatan, ada yang kena admit, ada yang boleh balik..Bayangkan dayah masuk dari pukul 1:30 tengah hari tunggu sampai pukul 10:00 malam baru masuk wad *tahap kebosanan menunggu tuhan je tau, nak je turun katil tu balik rumah terus* 


actually ni gambar masa dayah dah hampir nak discharge, masa mula-mula masuk memang tak ada mood langsung nak bergambar..

5 hari jugak dayah kena tahan sebab hemoglobin tak naik-naik, sampai masuk 1 pine darah, drip jangan cakaplah berbotol-botol dengan antibiotiknya lagi..Eee!! sekarang baru dayah tau perasaan orang yang kena admit, dayah rasa macam orang bodoh baring je tak buat apa-apa, tengok kiri kanan tidur, nangis nak balik..Hehe!! nampak je dah besar, bayangkan mama kena temankan dayah setiap malam sebab bila tak tengok muka mama, baba atau fizah dayah jadi risau and boleh stress tau, dayah siap cakap dengan mama, "ma, lagi lama nor dekat hospital ni lagi stress nor ma, lagi darah tak nak naik-naik, baik bagi nor balik je" hari-hari repeat cakap benda yang sama je, mama pun menyampah agaknya kan?? :P hari-hari mama and fizah kena datang melawat, baba ambik cuti 2 hari sebab nak uruskan few things and sambil tu melawat dayah dekat hospital, pendek kata kalau family dayah tak ada dayah akan murung, nangis sebab nak balik, tapi kalau diorang datang memang dayah orang paling happy sekali.. :)


tak mau..tak mau..tak mau.. nak balik..

Terima kasih kepada sepupu dayah yang sudi datang melawat, makcik, pakcik dayah and tak lupa to my best friend Nadia all the way from Klang datang visit, appreciated sangat-sangat..Sepupu dayah boleh tanya aku tak percaya bila dengar kau masuk hospital nor, hehe!! things to happened, kita tak boleh nak elak.. :)

perasan tak tangan kiri dayah bengkak, ini semua gara-gara drip tulah..

Alhamdulillah sekarang ni dayah dah rasa sihat sepenuhnya tapi ubat still kena ambik lagi sampailah medical check-up sekali lagi, harap-harap darah dayah dah naik banyaklah sebab kalau rendah lagi nanti kena admit lagi, SAAYAAA TAAKKK NAAKKKK!!!!!

Lupa nak bagi tau dayah discharge hari Selasa lepas, semenjak discharged tu dayah asyik lapar je mungkin due to ubat yang dayah ambil tu ataupun ni pembalasan sebab hampir seminggu jugak dayah tak lalu nak makan langsung.. :) Macam semalam and hari ni dayah kena ambik lunch kalau tak memang rasa macam orang tak makan seminggu, macam ni bertambah-tambah lah berat badan, hehe!!

Sekian cerita dayah tentang masuk wad ni, nanti dayah sambung balik entri Penang and holiday-holiday yang lain yee!! stay tune dengan blog ni eh! jangan curang tau.. :p


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...