12/15/2010

Setengah harian di MELAKA - part 1

Terasa iri hati sangat bila jiran sebelah rumah meninggalkan jiran mereka yang satu lagi ni berholiday di KL sahaja sedangkan mereka bercuti sakan di Langkawi..Ini mana boleh jadi..Mereka sakan bermandi manda di tepi pantai sedangkan kami hanya di bilik air sendiri kemudian mereka sakan memijak-mijak katil empuk bilik hotel tu sedangkan kami tidur beralaskan toto je..Tak lupa jugak kalau dah sampai sana mesti sakan bershopping *pilihan orang ramai Haji Ismail* sedangkan kami tengok je iklan year end sale dekat tv & yang paling penting mereka sakan bershopping chocolate sedangkan kami tengok ana olsen buat cookies menggunakan chocolate..Tak adil, tak adil *hentak kaki, geleng2 kepala*..

Dengan rasa yang amat iri hati tak habis-habis dari tadi, kami mula bercadang untuk ke Melaka walaupun matahari sudah terpacak atas kepala tanda hari dah tengah hari tapi planning tetap dijalankan..Semua bergegas berlari sampai bergegar rumah bersiap untuk berholiday setengah harian di Melaka..Hahaha!! akhirnya dapat jugak kami sibuk2 bersesak2 di plaza tol bersama2 mereka yang bakal ke selatan tanah air.. :-D


orang-orang yang sakan nak bercuti-cuti malaysia..

Kegembiraan jelas terpancar di wajah kami masing-masing termasuk wajah kereta sebelah yang laju memecut, abang tu dah tak sabar nak jumpa orang tuanya di kampung barangkali..Setelah beberapa jam di jalan raya kami tiba di Melaka..Tempat yang pertama ingin dituju adalah gerai makan yang menjual asam pedas yang agak powerlah jugak & menjual jugak kuih muih tradisi dari pelbagai jenis tapi sayangnya gerai yang berlokasi di area Bukit Katil ni dah kehabisan makanan..Kami tiba pun yang tinggal bekas isi asam pedas yang dah kosong, paling sedih siap dah cuci lagi siap dah susun untuk esok punya jualan..Kuih pulak tinggal kerak-kerak je pun..Sedih teramat sangat sebab kami kebuluran sekarang ni, dah muka ceria bertukar duka..


bukti kami di MELAKA..sekadar gambar curi dari dalam kereta, tak jejak kaki pun kesini..

jem

jem yang panjang..perut pun buat lagu 6 minit lamanya..

Dalam kedukaan sebab tak dapat makan asam pedas Bukit Katil, cahaya kegembiraan terpancar semula setelah kami kedepan sedikit jumpa jugak dengan satu gerai yang masih beroperasi dan masih punya lagi asam pedas walaupun lauk yang lain dah banyak yang habis *waktu tiba di lokasi jam menunjukkan pukul 430 petang, adakah masih patut untuk menggelarkan yang kami berempat ni sedang menikmati lunch??*


taklah kempunan sangat tak dapat makan asam pedas..

yang lain punya nasi nak capture diorang tak bagi sebab lapar sangat kata mereka..curi2 jelah capture..


ada tahu sumbat..biasa je rasanya sebab rasanya buat sendiri ikut resepi dalam majalah rasa lagi sedap..

Tapi kepujian harus jugak diberikan kepada kedai ini sebab perghh!! asam pedas bisa terangkat jugak kalau makan..Harap maaf disebabkan kelaparan terlampau kami lupa nak capture gambar nama kedai ni mahupun cuba untuk membaca signboard yang mereka penat sediakan..Terbayang hanya asam pedas & ternampak hanya perkataan itu sahaja..Usaha cuba-cuba mengingati kembali nama kedai itu jugak gagal..Sedang kami sibuk-sibuk makan mereka jugak sibuk -sibuk didapur ohh!! rupanya kami ni last customer yang datang, dah nak tutup rupanya..Nasib baik kami cepat beberapa minit kalau tak alamatnya kempunan asam pedas melaka..*meleleh je air liur*


Cungkil gigi tanda orang kenyang..

para ibu tak perlu cungki gigi tanda kenyang, senyum sinis begini kami semua dah tau..perut full

anak tersandar dengan senyuman..

yang ini kenyang ke lapar ke muka sama je..so dalam situasi ni dua2 pun boleh


Sementara menunggu baba mengisi sedikit air di kereta :

tuan punya kaki request suruh ambik gambar ni..Kasut baru nampak

Dah gembira senang hati perut kenyang, kami menuju ke bandar melaka..Apa kami bikin disana?? Next punya entrilah eh..Cuba u olls tengok jam di dinding, jam di tangan, jam di laptop mahupun desktop, pukul berapa sekarang..Izinkanlah diri ini pergi tidur dulu sebelum sambung cerita di next entry..

Cerita setengah harian tapi mengambil masa 2 hari 2 malam nak post..T_T

p/s: mata kuyu layu macam ayu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...