2/28/2011

Jom kita bakar kalori!!

Hye semuaaa!!

Selepas bercuti-cutian di rumah selama 2 hari ni, malasnya hari ni nak bangun pagi tadi nak pergi kerja, asalkan monday je mesti macam ni kan, bad monday, hehe!! ehh!! tapi tak baiklah isnin kan permulaan hari so think positif sikit dayah so today mood tak lari mana-mana, tak rasa diri ini blur, semua nampak okay!! je, kerja pun smooth je berjalannya..so hari ni totally okay!! good monday.. :D

Hari ni dayah nak kongsi few tips tentang kesihatan, baiklah harus diakui tips ini diambil dari sebuah pamphlet, tapi takpelahkan at least dayah berkongsi bagi mereka yang tak dapatnya..hehe!! Baru-baru ni mama ada received newsletter dari nestle, setiap few months mama akan received mungkin sebab dulu mama selalu deal dengan nestle masa time kerja itu yang sampai ke hari ni tak putus-putus hantar je tapi bagus jugak dapat tau newsletter ni sebabnya setiap kali isu terbaru datang banyak informasi yang kita boleh dapat, resipi ringkas pun ada jugak tau..Ada satu tu dayah still simpan lagi sebab ada resipi milo, macam-macam and dayah pernah jugak tried salah satunya and newsletter ni selalu bagi informasi apa produk terbaru diorang yang baru keluar dipasaran..Macam kali ni punya isu pun ada jugak few product mereka yang baru..

So since masa dapat tu fizah dah katamkan dulu so masa dayah balik je kerja dia suruh baca..

fizah     :  nor, kau baca ni
dayah  : asal??
fizah     : kau cakap nak dietkan, nak jaga kesihatan kan?? ni haa!! tengoklah

Dayah pun belek-belek rupanya dekat dalam tu ada tips macam mana kita boleh kurangkan kalori dengan aktiviti harian kita..Ohh!! begitu..So dayah rasa apa salahnya kongsi sikit maklumat ni dengan u olls kan..baiklah jom kita cakap bersama-sama...SHARING IS CARING.. hehehe!!

Apa itu kalori?? Tak payah jawab, biar dayah bagi jawapannya, duduk je diam-diam situ baca..

Kalori adalah ukuran untuk tenaga dan tubuh badan kita memerlukannya untuk berfungsi, kalau terlampau kurang kalori pun tak bagus jugak contohnya macam lemak, badan kita memerlukannya tapi dalam kuantiti yang sangat minimalah, ini adalah untuk bagi tenaga dekat kita bila kita nak melakukan sesuatu*dah boleh feeling macam kau ambik medic dayah* uwekk!! Tapi kalau pengambilan kalori berlebihan pulak boleh menambahkan berat badan so ini yang paling tidak dimahukan kan..In fact, takut jugak dengan penyakit jantung kalau kita tak kawal kalori dalam badan kita..ishh!! insaf lepas ni nak bersenam..hahha!! So untuk membakar semua kalori kalori yang tak diperlukan itu kita haruslah sentiasa kekal aktif, tak naklah tidur je memanjang *ini kena remind fizah* Jadi ada yang kata nak pergi gym tak sempatlah, tak ada kawanlah, tak tau gym yang mana sesuai nak pergilah, nak jogging sorang-sorang malulah, tak ada kawanlah, dan macam-macam lah lagilah*ini semua alasan dayah sendiri eh!! hehe!!* so takpe nak bakar kalori tak semestinya kita kena bersenam di gym tapi dengan aktiviti harian pun dah boleh bakar kalori tu..

Mengelap/mop lantai :
bukan sahaja rumah kita bersih, berkilat malah sambil mop penat penat tu rupa-rupanya sambil tu kita bakar kalori dalam badan kita ni..Haishh!! kena lebih gigih mop lantai lepas ni, biar sampai boleh jadikan cermin kan.. :D Selama 20 minit aktiviti ini dilakukan sebanyak 62 kalori kita dapat bakar, kalau berjam-jam maknanya berkalori-kalorilah kan..wahh!! okay!! ada sesiapa disini inginkan khidmat bantuan membersihkan lantai rumah?? sila hubungi saya ye!!


Menari
Untuk part ni kan baik u olls cepat-cepat download lagu hindustan sebabnya lagu diorang kalau yang rancak bab menari memang tak kalah so cepatlah tak pun lagu k-pop, kan rancak jugak tu..Haa!! menari boleh tau membakar kalori sebanyak 155 kalori..Uikk!! banyaknya, nak start menarilah balik ni nanti..Poco-poco agak-agaknya okay!! tak??


Berjalan pantas
Kalau ada yang tak suka berjogging yet itu adalah exercise yang terbaik untuk kuruskan badan dan get fit takpe tak marah pun sebab tuan blog ni pun kalau bab jogging dia memang slow sikit tapi kalau tengok orang tengah jogging sibuk merungut nak jogging sama *kalau trackmill saya suka* so to those yang macam tuan blog ni kita boleh amalkan berjalan dengan pantas, tak kira nak pergi kedai ke, dalam office pun boleh jugak atau dekat mana-mana je asalkan berjalan dengan pantas bukan lenggang kangkung mak minah okay!!..Kalori terbakar sebanyak 222 kalori u olls, satu jam dah memadai..Balik nanti nak jalan kaki sepantas kilat..

Berjalan perlahan
Tak suka berjalan pantas?? takpe jugak sebab orang yang berjalan perlahan pun boleh membakar kalorilah so tak payah rushing rushing dah sekarang nak hantar document tu, jalan slow slow, nak nak yang pakai heels tu, kang jatuh susah pulak nanti.. :) 87 kalori dapat dibakar dengan hanya berjalan perlahan selam 30 minit..

Berkebun
Berkebun pun dapat membakar kalori, berkebun ini adalah cara yang baik untuk menggerakkan semua otot dalam badan, iyalah kita nak alihkan pasu bunga bukan calang-calang ringannya, berat okay!! walaupun dayah tak pernah melakukan aktiviti ini tapi tahu heavynya pasu-pasu tu tolak pasu kecil lah, itu melampau cakap berat jugak eh!!..So sesiapa rumah yang ada taman tu tak payah panggil gardener, buat je sendiri, kita yang nak bakar kalori bukan tukang kebun tu, sah-sah dia dah sihat sebab hari-hari berkebun je..Sebanyak 284 kalori dapat dibakar dengan hanya memperuntukkan selama 45 minit berkebun..Rumah dayah tak ada taman so yang ini dayah skip.. :D

Membeli keperluan dapur
Siapa cakap membeli belah tidak dapat membakar kalori sekaligus menguruskan badan?? SIAPA?? selain terapi untuk minda ianya jugak adalah terapi untuk badan kita u olls..Tapi dekat sini cakap keperluan dapur maknanya kalau shopping baju tak falls into this category lah kan?? Baru dayah tau yang membeli barang keperluan dapur dapat membakar kalori, mungkin barang dapurkan berat, bayangkan kalau beli minyak 5kg, beras 10kg tak termasuk yang lain-lain lagi so bila kita tolak troli tu *jangan ingat hangkut pakai tangan eh!! sampai rumah* kan kita menggunakan tenaga yang banyak nak nak kalau terdapat troli yang tayarnya ada masalah, lagilah banyak tenaga kita gunakan.. Sebanyak 145 kalori dapat dibakar selama 45 minit membeli belah barang dapur ni, kalau dayah tak adanya 45 minit, kejap sangat tu..hahahaha!! so kalori I banyak dah terbakar ni..huahahaha!! dan kena lebih gigih ke Tesco Ampang lagi ni..HAHAHAHAA!!

Berbasikal
Ini rasanya semua orang tau kan yang berbasikal adalah bagus untuk kesihatan, so jadikanlah berbasikal salah satu daripada aktiviti mingguan anda..Dulu dayah selalu berbasikal masa zaman sekolah, habis satu taman perumahan tu dayah jelajah, kira siri jelajah petanglah tu..Mana ceruk rantau dayah lalu tapi masih dalam area kawasan rumah dayahlah..Siap pakej kena kejar dengan anjing kecik lagi, nasib basikal ada gear, memangku pecutlah kan..hahah!! padan muka anjing tu kena tinggal kejar lagi kan..Sebanyak 192 kalori dapat dibakar dengan hanya berbasikal selama 1 jam..Kalau kena kejar dengan anjing mesti lagi banyak kalori yang terbakarkan iyalah lagi laju kita kayuh..

Memasak
Memasak pun boleh membakar kalori, wah wah!! macam ni kena lebih gigih masuk dapur untuk masak air..Tulah siapa sangka mak mak kita yang hari-hari memasak untuk kita tu rupanya mereka tu bukan masak untuk sekadar bagi anak dan suami makan tapi rupanya diorang tengah membakar kalori, patutlah mak saya kurus sejak retired ni..hahaha!! Maknanya mak kita ni sihatlah kan iyalah masak kadang-kadang bukan calang-calang lauk, kena berkungfu bagai baru siap satu dish yang sedap..hahaha!! So lepas ni dayah akan cari kerja dalam kitchen eh!! jom join sama..Sebanyak 68 kalori dibakar dengan memasak selama 30 minit, jadi dayah nak masak balik ni..*ermm!! maggi kari kalau rendam dalam air panas adalah jugak 5 minit nak tunggu kembang, nak masuk rencah lagi, masak air lagi..alaa!! kurang 30 minit, nak masak apa ni.....Okay!! MAGGI GORENG..

Tengok, rupa-rupanya nak bakar kalori bukan kita kena bersusah payah sangat pun, kegiatan harian kita ni pun dah memadai untuk membakar kalori so maknanya kita ni memang sentiasa membakar kalori kita cuma sekarang ni cara pengambilan makanan kena berjaga-jaga not too much of calories..Bayangkan aktiviti ni boleh dilakukan setiap hari so setiap hari kita boleh sihat..

 
Jadinyakan lepas dayah baca article ni terus terasa keinsafan diri untuk lebih gigih kuruskan badan dan sekaligus menjadi sihat so dihujung minggu yang lepas lebih spesifik semalam sempena hari ahad dayah telah melakukan salah satu dari aktiviti diatas.. TAK PERCAYA?? sila tengok ni...

 -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tengokkk!! dayah mop lantai semalam..

dengan penuh bergaya okay!!


hasilnya..

Bukan sahaja mengemop lantai tapi jugak :




pasang langsir pun dayah buat, ishh!! gigih berkemas macam esok nak raya je..

baiklah, tipu je..Baba yang pasangkan..

Jadinya mengikut kajian semalam dayah dah membakar banyak kalori..Patutlah hari ni rasa lebih sihat nak bertenaga..hahahaha!! Okay!! so pada u olls ingat eh!! aktiviti harian kita pun dapat membakar beberapa kalori dalam badan so amalkanlah salah satu daripada yang atas tu..

Selamat menjadi sihat.. :D

p/s : lagi sekali lunch tak ada mood nak makan mungkin sebab badan dayah sakit-sakit sekarang ni gara-gara semalam..Satu lagi tangan dayah kasar hari ni sebab semalam banyak kena sabun..bila nak lembut balik ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...