1/09/2011

Ambang tahun baru part 2 - Banana Strawberry Smoothie

Aktiviti makan malam dah lepas *terpaksa korbankan diet TAK NAK MAKAN NASI selama seminggu yang lepas pada hari ini* niat tu memang tak nak langsung sentuh nasi sebulan ni, konon-konon nak tengoklah resultnya macam mana kan..ermm!! Mama pergi masak nasi goreng cili padi tengah hari tadi..Siapa suruh masak ni??!! Ohh!! tadi saya makan tom yam, ayam goreng kunyit, sayur campur, telur bistik, teh 'o' ais tak dilupa sambal belacan..Masa nasi sikit lagi nak habis dayah cakap dengan mama "ma, habis diet nor seminggu ni, hari ni sampai 2 kali kena makan nasi" mama jawab balik "dah orang melayu kenalah makan nasi, tak akan nak makan daging je" "ma, nor mana ada makan daging je, seminggu ni makan sayur, salad, sandwich..tak makan daging pun" cuba menegakkan keadilan walaupun dalam seminggu tu ada termakan sandwich bubuh ayam..T_T..Sambung balik makan nasi sampai habis..Tiba-tiba abang duduk daerah mana entah sound dekat kawan dia begini "weh!! kak liza tu aku tengok dah kurus sekarang ni, dia cakap dia 3 BULAN tak makan nasi, malam makan buah je..Lawa dah dia.." kurang dengar apa yang kawan dia reply sebab TERASA dengan statement mamat tu..Persoalannya, adakah dia dengar perbualan kami anak beranak tadi?? nak terbantut makan nasi dah habis..sob sob..!! redha

Aktiviti mengamalkan 10 000 langkah pun dengan jayanya telah dilakukan tadi *semua gara-gara kereta bermalam di bengkel selama 2 hari ni *..Okay!! T_T tipu-tipu mana ada sampai 10 000 langkah..Pergi makan dekat kawasan yang paling dekat dengan rumah sekali, tadi kira 100 langkah pun tak sampai tapi berpeluhlah jugak..Paling tak berkenan tadi bau-bauan yang harum semerbak bila lalu berdekatan dengan rumah sampah..

Aktiviti menonton filem Seram Sabtu di Astro pun dah selesai..Weh!! gila gugur jantung tengok cerita seram Thailand ni..Tapi terbaiklah, bayangkan kau dah mati tapi tak sedar yang kita ni dah mati, faham?? Satu lagi bila kau dalam flight *tugas sebagai stewardess* kena jaga mayat yang duduk tegak di kerusi penumpang sorang-sorang, mayat tu pulak mati gara-gara kau punya angkara, paling seram kejadian tu waktu malam, apa rasa?? Serious masa tengok hanya satu mata je yang buka..:)

Aktiviti makan biskut loacker flavour hazelnut pun dah selesai, minum air je belum lagi ni..Dah tak kisah pasal mamat daerah mana tadi tu pun..

Jadi aktiviti tu semua dah langsai silalah kita ke aktiviti seterusnya menyambung cerita daripada entri lepas eh!!

Kalau dah makan haruslah ada air kan so malam new year tu dayah telah mencuba untuk membuat Banana Strawberry Smoothie..Paling senang je pun buat air ni, kalau order dekat kedai satu mahal satu lagi gelas nampak je besar tapi sekali sedut dengan sekali nafas boleh setengah air tu..

Untuk tidak berlengah-lengah lagi ayuh kita masuk ke dapur untuk membuat air ni..

Bahan-bahannya :


nama pun nak buat Banana Strawberry Smoothie kenalah bahan-bahan utamanya Pisang & Strawberry, disamping itu sertakan sekali fresh milk *low fat is much better for me..:)* vanilla ice cream, dan ramuan yang harus ada dalam apa jenis smoothie..Yoghurt, ni dayah pilih yang strawberry flavour normally guna yang natural pun dah memadai..Depends on ur needs eh!!

letakkan dalam 4 sudu kecil, kalau letak banyak nanti rasa yoghurt lebih,nanti tak sedap..

tuangkan susu, dalam setengah kotak kecil..

masukkan strawberry..Disebabkan tiada siapa yang pergi ke cameron highlands untuk pesan belikan 3 paket strawberry yang murah dekat pasar malam area brinchang setiap malam ahad, jadinya terpaksalah beli strawberry dalam kotak yang mahal dekat JJ Maluri..

masukkan pisang pulak, pastikan pisang yang kita buat makan tau bukan yang goreng punya..Haruslah berterus-terang, nak ambil gambar je pisang tu dipotong ala-ala baik gitu lepas lensa camera dah beralih habis ku carik-carikan dia..:) ohh!! pisang ni letak dalam 2 dah cukup sebab kalau banyak sangat letak, rasa pisang akan lebih daripada strawberry..

ice cream vanilla, letak mengikut citarasa sendiri..Nak banyak pun boleh tapi janganlah banyak sangat, nak sikit pun boleh je..

begini rupanya bila semua bahan-bahan tadi dah dicampurkan..Dayah memang jenis yang tak reti nak letak sikit-sikit so penuh satu blender..

blend kan semua bahan-bahan tadi..

tambahkan ice kalau nak smoothie ni lagi sejuk..Kalau tak nak no hal..

nak minum untuk 2 orang tapi haa!! macam ada 10 orang tetamu lagi bakal muncul..

dah ready untuk minum, cawan mesti dari Ikea tau..hehe!!

Selain 2 makanan ini dayah ada buat sekali cendawan black papper :


panas dari kuali..Simple je pun resipi ni..

bahagi kepada 2 bahagian..Kami memilih untuk menambahkan lagi berat badan jadi kami tambahkan cheese di atas cendawan tadi dan bakar..Jadilah, black papper mushroom in a boat of cheese!! *ambik haa!! panjang nama kalau nak letak dalam menu list nanti*

Sebelum nak sambut new year tu, sehari sebelum, dayah ada pergi ambik kek yang ditempah khas untuk new year..


kek coklat yang marvelous sedapnya, kalau nak tempah silalah email dayah eh!! :)

kalau dapat makan dengan ice cream lagi meletop-letop..

Setelah proses memasak di habiskan dengan jayanya tanpa sebarang gangguan, akhirnya kami dapat berparti pada malam new year tu seramai 4 orang..


organised by me..wink!!


penyambut tetamu paling pendek di dunia malam itu..


Sambut new year bersama-sama family lagi meriah & best..:)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...