1/28/2011

Saya GEMUK!!

Ini pernyataan berani mati dari pihak saya..hahaha!! iyalah ini pengakuan kebenaran punya sebab ada sesetengah mereka telah beranggapan saya sudah kurus padahal taklah, belum lagi sampai tahap kurus tu..Nampak je kurus sebab iyalah pakai baju colour hitam, baju size besar..Itu je sebab-sebabnya kenapa nampak kurus.. :)

Jadi since tak kurus-kurus, sekarang ni dayah sedang menjalani sesi dieting, cuba nak elakkan nasi langsung (tak nak nasi langsung okay!!) tapi tak boleh so that dayah buat macam ni, makan sekali sahaja dalam kuantiti yang sedikit dalam sehari dan yang paling penting lepas pukul 8 memang dayah cuba sedaya upaya walaupun dugaan datang menjelma (macam semalam, mama makan burger benjo tau!! tergugat iman) tak nak ambik any food kecuali air.. :)

lepas tu tengah hari dayah makan quacker oats selang sehari means that, hari ni makan sayur je esok makan quacker oats pulak so selangkanlah dalam seminggu tu, kalau boleh try nak elakkan meat tapi dulu mama dengan baba dah perkenalkan kambing sedari kecik lagi, siap bawak naik kambing lagi *ini serious okay!! ada gambar dayah dipenggang oleh baba sambil macam nak menunggang kambing tu*, habis tu mana tak dah besar terus minat kambing je kalau makan daging *tapi saya jugak suka ayam, apakah?? ehh!! dulu je dah besar tak akan kot*.. :D Jadinya tak boleh nak elakkan makan daging so makan dalam kuantiti yang sedikit jugak..

Setiap hari dayah akan peruntukkan 5 minit untuk melompat, ada fakta menunjukkan melompat boleh mempercepatkan proses penurunan berat badan tapi ini mesti kes yang lompat sampai bermandikan peluhkan, ini 5 minit je, jalan ke lemak-lemak tu?? Ataupun boleh mencuba skipping, this is good..

Jadi tadi masa tengah lunch tiba-tiba ternampak GYM, wah!! pucuk dicita ulam mendatang u olls..Dengar-dengar kata orang, GYM tu bayar RM50 per month and boleh datang everyday guna facilities nya..Memang sangat berbaloi-baloi dah ni, murah sangat dah..Jadi next week nak pergi try tanya-tanya betul ke ura-ura tu?? kalau betul next week jugak register..ANYONE NAK JOIN?? jom!! kita fit kan badan, tak kurus pun takpelah at least we got an healthy body kan.. :D

Semangat bertambah-tambah bila manager depan dayah ni pun (macam u olls boleh nampak), dia pun determine nak pergi GYM sebab haa!! itu tak dengar sangat sebab apa, think sebab dia dah kembali pulih kot, agaknyalah!!..

p/s : tengah minum vitagen berperisa kolagen, adakah ini kologen yang untuk kecantikkan itu, adakah dengan hanya meminum ini macam kita makan kologen, adakah semurah ini je kologen, adakah harus ku STOP kan persoalan ini..?????

Kueh Teow Kungfu

Okay!! this is forward to everybody who might know about this..

WHAT IS THE SIGNIFICANT OF KUEY TEOW KUNGFU WITH KUNGFU DRAMA THAT YOU ALWAYS FIGHTING WITH YOUR FAMILY TO WATCH THAT AS YOUR MOM MORE PREFER TO WATCH MALAY DRAMAS..??

I've been wondering since lunch time as one of my friend ordered this 'kuey teow kungfu'..Because of the preparatation to make this was time consuming so that i make my own presumption which is that 'makcik' might do his kungfu skill in order to prepare this kan..So it is make sense to called this dish KUEY TEOW KUNGFU kan?? think so..

This is my very first time saw kueh teow kungfu, actually it is kueh teow noodle been covered with eggs then they got some gravy on top of it..See, it doesn't look like kungfu either so where is THE KUNGFU TERM COMES FROM??..*migrain*

p/s : I got alot of work to do but I don't know why I'm not intrested to do it now, boleh??

Makan dimana kita ni??

Tengah hari yang ceria je ni, kan dah bilang happy endorphin terlebih hari ni..Dari tadi gelak je memanjang..Ishh!! nangis malam nanti ni..

Nak dijadikan cerita ni patut terjadi last year, okay!! serious ni last year punya cadangan tau tapi dalam bulan december jugaklah so tak kira tetap last year..Bos ada cakap company nak belanja makan sempena year end 2010 kira macam zaman sekolah-sekolah dulu buat jamuan akhir tahun, tapi ini kira jamuan versi orang dah berkerjalah so harus di restoran instead of dalam office je bawak makanan sendiri..Macam-macam tarikh dah bagi, sekejap tu yang ini puasa, sekejap tu yang ini on leave (tujukan kepada penulis ini sendiri,hehe!!), sekejap tu yang ini puasa for Thaipusam..Sekejap punya sekejap, delay punya delay langsunglah sampai tadi tengah hari tiba-tiba kitaorang macam tertanya-tanya antara kami berdua tentang makan-makan ni..

"tak jadi ke pasal makan-makan tu haa??!!" aadila merangkap kawan dayah bertanya
"a'ahlah, cakap hari tu tapi senyap je.." dayah balas
"iyalah, diorang tak jadi ke nak buat haa!! alaa!! menipu je, pagi harapan pelsu (palsu)
"tulah, bagi harapan tinggi kat kita kita ni, menci (benci) *perkataan apakah ini??*

Tengah-tengah sibuk berborak sambil ingin melintas jalan tiba-tiba ternampak pria berkaca mata hitam melintas di hadapan kami..WAAAHHH!! teruja tau, langsung kawan dayah nak terus melintas tanpa tengok kiri dan kanan, tapi nasib baik otak dayah waras masa tu tarik dia ke tepi jalan sebab dia dah dekat tengah jalan okay!! kereta pulak ada yang mendatang(nasib baik dalam kawasan ini kereta taklah banyak seperti di jalan raya besar, kalau tak mau kami berdua berdarah di tengah jalan tapi still TENGAH JALAN YANG MENURUNI BUKIT OKAY!!)..Bila dah tarik balik dia, tanya weh!! agak-agaklah kalau iya pun ternampak dia, dia cakap dia nak jalan sama dengan pria itu so that pria tu bakal terperasan lagi dia..hahahahahahaah!! suka sangat sampai sanggup bergadai nyawa..

Makan time!! kali ni diorang ajak makan dekat food court..Laa!! diet quacker oats tak dapat dilaksanakan TAPI, tak mengapa masa dekat food court pun dayah makan roti je, itu pun kecik je tau sebab tau roti banyak lemaknya.. :D Lagi pun duit bawah ngam-ngam je hari ni *dah start untuk berjimat cermat*

Habis lunch balik sambung balik gelak terbahak-bahak, entahlah apa yang kelakar sangat ohh!! yaa!! kitaorang tengah mengajuk bos menyanyi (dia ni memang kegemaran dia bernyanyi nyanyi, nak pass or ask for documents mesti nyanyi dulu) Lepas gelak semua senyap..Lepas semua staff dah masuk tiba-tiba salah seorang yang lebih kurang our supervisor tanya pasal acara makan-makan tu, *uikk!! boleh dengar eh rintihan hati kami tadi* hahahaah!! so dia tanya if next wednesday okay tak..We all ni yang ternanti-nanti haruslah cakap okay je!! *macam tak pernah makan, lupa segala diet yang sedang dipatuhi*
jadi telah CONFIRM NEXT WEDNESDAY KAMI DI BELANJA FOR OUR LUNCH..sesiapa nak join??!!

Sekarang ni waktu dan tarikh dah confirm cuma the question now, NAK MAKAN DEKAT MANA?? ni satu hal pening, dayah dan kawan mestilah nak yang mahal-mahal je (alaa!! cakap company bayar haruslah, eheeekkk!!) so tadi kitaorang request nak pergi makan TGI Friday tapi tak sure lagi sebab kalau ikutkan supervisor tu dia nak yang dekat-dekat je nanti tak habis-habis kopitiam, alaa!! itu makan dengan family or friends terdekat je baru nikmat, kalau ada bos tak kot nikmatnya..ermm!! *jari dimulut sambil berfikir pendek* so harap-harap request kami dimakbulkan sebab hampir semua staff dia setuju dengan TGIF, hahaha!! majority mestilah menangkan kalau ikut undian ni..Doakanlah dapat makan dekat TGIF eh!! amin!!

p/s : my 3 for RM 10 vitagen dah sampai..Bayar belum, cakap duit ngam-ngam bawak so isninlah saya bayar eh kak.. :D

Perihal pria ini

Baiklah cerita Annual Dinner belum di publish lagi, tunggu ye!! coming soon very shortly means tengah malam nanti..hehe!! iyalah esokkan dah sabtu so malam ni boleh tidur lambat..ngee!!

Pagi-pagi tadi keluar je rumah arah utara, arah selatan semua jalan jem, kan esoknya ada sambutan Hari Wilayah (yes2!! siap menari-nari lagi hari wilayah nanti kita cuti, korang bagaimana pulak?? Apa?? Selangor?? hehehe!! kena kerja so tak dapatlah nak have fun selasa ni eh!! ) hahaha!! so banyaklah jalan-jalan yang ditutup, semalam je baba trapped in jam sampai satu jam, kesian dia tak pasal-pasal lewat masuk office 1/2 hour okay!! kalau iya pun nak tutup jalan buatlah masa bukan waktu puncak macam ni, masa ni kereta kan tengah menderu-deru banyak nak pergi kerja..Haa!! pagi tadi mula-mula nak ikur MRR2 arah ke Bukit jalil tu tapi keluar je rumah tengok jem, so dayah cakaplah dengan baba, "ba, jem teruk ni" okay!! baba pun buat detour *macam amazing race* ikut arah Kampung Pandan, haa!! lagi teruk jem dia, last-last u-turn balik ikut jalan yang mula-mula disangka jem tu tadi, rupanya tak jem pun, entah kenapa kejap tadi kereta slow..ishh!! suspenkan orang je..

Jalan lancar sehinggalah sampai depan pintu office, baba ni tak tau kena tak trap in jem lagi ke..Mintak-mintak taklah..

Pagi tadi as usual buat kopi 'o' untuk dibuat breakfast, macam tak ada kalsium masuk badan, hanya caffein je kan..Tengah hari ni turn menu Quacker oats so takpe kat situ dah ada kalsium balik..Lepas tu macam biasa lagi untuk mulakan hari harus blogwalking dulu, baca surat khabar online *ini dinamakan berjimat ye, lagi pun kitakan berada di alam cyber sekarang ni haruslah kita manfaatkannya, penat-penat diorang dah set up kan satu website khas untuk pembaca baca secara onlien* :D

Dah beberapa jam di office tiba-tiba dapat one piece of paper, ask me to write it down 4 things about our department which are STRENGTHS, WEAKNESSES, OPPORTUNITTIES & THREATS..Okay!! secara jujur sejujurnya dayah tak berapa suka nak jawab or bagi idea untuk this kind of things tau, iya it is for our company jugakkan, dari sini we can voice out apa yang terbuku teks dihati kan tapi pagi-pagi mana ada idea nak menulis benda-benda macam ni..Takpe kita usahakannya jugak sampai semua column ni terisi..Semangat-semangat!! idea idea munculkan diri kamu sekejap!!

Lepas tu one of my friend hantar emails perihal seseorang yang telah berjaya mencuri hati kami semenjak dua menjak ni..Hati KAMI okay!! maknanya dia mencuri dua sekali hati dalam masa yang sama, tak patut sungguh si berkaca mata berbingkai hitam ini, tamak sungguh..Ohh!! email kawan dayah ni bercerita *macam panjang je email yang dia bagi, tak pendek je tau, guna short form lagi* mengenai si kawan dayah ni nak membuat kerja faxing masa tu kebetulan si berkaca mata hitam daripada indonesia ni duduk berdekatan dengan machine fax tu so kawan dayah ni dengan selamba merungut dengan si machine ni sambil nyanyi-nyanyi *boleh eh!! orang merungut membebel dia boleh nyanyi nyanyi, kau memang sempoi*, okay!! kat situ nyayian terbehenti seketika tatkala machine dah boleh guna balik, lagi sekali dia naik untuk fax  so kali ni senang je kejap je dah boleh, makanya girang sungguh hati dia tapi bertambah girang lagi bila si jejaka berkaca mata hitam ni tegur dia cakap, "dah boleh ke??" *untuk pengetahuan bukan in indonesian ascent tau, melayu ascent*, dapat tak u olls bayangkan bertapa gembiranya kawanku ini?? kan?? mesti masa turun tangga, eh!! salah lift *kesian kedekut sungguh si penulis tulis tangga* dia senyum je kan, cakap sorang-sorang sebab happy sangat..Mana tak happynya dia turun je, duduk terus hantar emails kat dayah tunjukkan betapa excitednya dia..Rasa jealous menebal okay dalam diri ini, hahaha!!
Terus kami berbalas emails cakaplah kalaulah dia tiba-tiba ajak lunch sama ke kan, Oh my ghosttt!! masa tu surelah tak tolak..Okay!! perihal mamat ni, dia ni selalu macam tak cukup kawan je, kadang-kadang tu lone ranger terus masa time lunch, korang tak rasa ke simpati nak temankan ke?? kalau dayah rasa weeehhh!! hahaah!! lagi pun dia nampak innocent je, cuma satu fakta tentang diri dia yang kami tak dapat terima sampai sekarang ni, bila teringat mesti putus harapan, hahahaha!!..Apakah fakta itu?? nak reveal ke nak simpan?? *tengah berfikir-fikiran ni* sedih gak masa dapat tau fakta ni, nak meraung bersama-sama.. :'( baiklah bagi je tau eh!! DIA DAH KAHWIN, SUAMI ORANG TU..hahahahaahahhaha!! tak boleh terima tau hakikat ini pada mulanya tapi lama kelamaan, dapat jugak so purpose sekarang ni nak lunch sama semata-mata kerana nak be friend okay!! tak lebih daripada itu..hahaha!! tapi bila dia bagi respond macam yang berlaku kepada kawan dayah tu bederau jugak jantung kami ni ni.. :D

Dah tutup pasal cerita si berkaca mata hitam itu..

Satu lagi tadi gambar masa annual dinner dah keluar lagi *biasalah bila ramai sangat yang menjadi cameraman tak berbayar malam tu, haruslah banyak folder gambar yang dicreatnya* Tapi malang sungguh bila folder tu dayah tak boleh nak assist, ishh!! bengang je dahlah gambar I banyak dalam tu, posing cantik tu *tak sangka dapat berposing begitu, seperti model sedang menggayakan busana rekaan designer terkenal Malaysia tau* huh!! perasan tak sudah..Takpe-takpe kejap lagi masa lunch kita serbu mana pc yang boleh buka gambar tu..

Tu je cerita di pagi hari..Hari ni happy endorphin terlebih lagi, sebab dari pagi tadi rasa macam nak senyum-senyum, bercakap-cakap, gelak-gelak..Apakah kopi ini?? terhirup kopi sejuk, sah-sah kopi tak habis, niat nak buang dalam sinki lah tu.. T_T membazir je *geleng-geleng kepala*

p/s : kat sini memang diorang suka hantar bunga tau bila birthday or apa-apa je, baru ni one of the staff dapat sejambak bunga, jealous tau, bilalah dayah nak dapat bunga sebegitu..hehe!! :D *baru dapat tau, birthday dia dah nak hampir tiba..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...