1/28/2011

Saya GEMUK!!

Ini pernyataan berani mati dari pihak saya..hahaha!! iyalah ini pengakuan kebenaran punya sebab ada sesetengah mereka telah beranggapan saya sudah kurus padahal taklah, belum lagi sampai tahap kurus tu..Nampak je kurus sebab iyalah pakai baju colour hitam, baju size besar..Itu je sebab-sebabnya kenapa nampak kurus.. :)

Jadi since tak kurus-kurus, sekarang ni dayah sedang menjalani sesi dieting, cuba nak elakkan nasi langsung (tak nak nasi langsung okay!!) tapi tak boleh so that dayah buat macam ni, makan sekali sahaja dalam kuantiti yang sedikit dalam sehari dan yang paling penting lepas pukul 8 memang dayah cuba sedaya upaya walaupun dugaan datang menjelma (macam semalam, mama makan burger benjo tau!! tergugat iman) tak nak ambik any food kecuali air.. :)

lepas tu tengah hari dayah makan quacker oats selang sehari means that, hari ni makan sayur je esok makan quacker oats pulak so selangkanlah dalam seminggu tu, kalau boleh try nak elakkan meat tapi dulu mama dengan baba dah perkenalkan kambing sedari kecik lagi, siap bawak naik kambing lagi *ini serious okay!! ada gambar dayah dipenggang oleh baba sambil macam nak menunggang kambing tu*, habis tu mana tak dah besar terus minat kambing je kalau makan daging *tapi saya jugak suka ayam, apakah?? ehh!! dulu je dah besar tak akan kot*.. :D Jadinya tak boleh nak elakkan makan daging so makan dalam kuantiti yang sedikit jugak..

Setiap hari dayah akan peruntukkan 5 minit untuk melompat, ada fakta menunjukkan melompat boleh mempercepatkan proses penurunan berat badan tapi ini mesti kes yang lompat sampai bermandikan peluhkan, ini 5 minit je, jalan ke lemak-lemak tu?? Ataupun boleh mencuba skipping, this is good..

Jadi tadi masa tengah lunch tiba-tiba ternampak GYM, wah!! pucuk dicita ulam mendatang u olls..Dengar-dengar kata orang, GYM tu bayar RM50 per month and boleh datang everyday guna facilities nya..Memang sangat berbaloi-baloi dah ni, murah sangat dah..Jadi next week nak pergi try tanya-tanya betul ke ura-ura tu?? kalau betul next week jugak register..ANYONE NAK JOIN?? jom!! kita fit kan badan, tak kurus pun takpelah at least we got an healthy body kan.. :D

Semangat bertambah-tambah bila manager depan dayah ni pun (macam u olls boleh nampak), dia pun determine nak pergi GYM sebab haa!! itu tak dengar sangat sebab apa, think sebab dia dah kembali pulih kot, agaknyalah!!..

p/s : tengah minum vitagen berperisa kolagen, adakah ini kologen yang untuk kecantikkan itu, adakah dengan hanya meminum ini macam kita makan kologen, adakah semurah ini je kologen, adakah harus ku STOP kan persoalan ini..?????

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...