Tengah hari yang ceria je ni, kan dah bilang happy endorphin terlebih hari ni..Dari tadi gelak je memanjang..Ishh!! nangis malam nanti ni..
Nak dijadikan cerita ni patut terjadi last year, okay!! serious ni last year punya cadangan tau tapi dalam bulan december jugaklah so tak kira tetap last year..Bos ada cakap company nak belanja makan sempena year end 2010 kira macam zaman sekolah-sekolah dulu buat jamuan akhir tahun, tapi ini kira jamuan versi orang dah berkerjalah so harus di restoran instead of dalam office je bawak makanan sendiri..Macam-macam tarikh dah bagi, sekejap tu yang ini puasa, sekejap tu yang ini on leave (tujukan kepada penulis ini sendiri,hehe!!), sekejap tu yang ini puasa for Thaipusam..Sekejap punya sekejap, delay punya delay langsunglah sampai tadi tengah hari tiba-tiba kitaorang macam tertanya-tanya antara kami berdua tentang makan-makan ni..
"tak jadi ke pasal makan-makan tu haa??!!" aadila merangkap kawan dayah bertanya
"a'ahlah, cakap hari tu tapi senyap je.." dayah balas
"iyalah, diorang tak jadi ke nak buat haa!! alaa!! menipu je, pagi harapan pelsu (palsu)
"tulah, bagi harapan tinggi kat kita kita ni, menci (benci) *perkataan apakah ini??*
Tengah-tengah sibuk berborak sambil ingin melintas jalan tiba-tiba ternampak pria berkaca mata hitam melintas di hadapan kami..WAAAHHH!! teruja tau, langsung kawan dayah nak terus melintas tanpa tengok kiri dan kanan, tapi nasib baik otak dayah waras masa tu tarik dia ke tepi jalan sebab dia dah dekat tengah jalan okay!! kereta pulak ada yang mendatang(nasib baik dalam kawasan ini kereta taklah banyak seperti di jalan raya besar, kalau tak mau kami berdua berdarah di tengah jalan tapi still TENGAH JALAN YANG MENURUNI BUKIT OKAY!!)..Bila dah tarik balik dia, tanya weh!! agak-agaklah kalau iya pun ternampak dia, dia cakap dia nak jalan sama dengan pria itu so that pria tu bakal terperasan lagi dia..hahahahahahaah!! suka sangat sampai sanggup bergadai nyawa..
Makan time!! kali ni diorang ajak makan dekat food court..Laa!! diet quacker oats tak dapat dilaksanakan TAPI, tak mengapa masa dekat food court pun dayah makan roti je, itu pun kecik je tau sebab tau roti banyak lemaknya.. :D Lagi pun duit bawah ngam-ngam je hari ni *dah start untuk berjimat cermat*
Habis lunch balik sambung balik gelak terbahak-bahak, entahlah apa yang kelakar sangat ohh!! yaa!! kitaorang tengah mengajuk bos menyanyi (dia ni memang kegemaran dia bernyanyi nyanyi, nak pass or ask for documents mesti nyanyi dulu) Lepas gelak semua senyap..Lepas semua staff dah masuk tiba-tiba salah seorang yang lebih kurang our supervisor tanya pasal acara makan-makan tu, *uikk!! boleh dengar eh rintihan hati kami tadi* hahahaah!! so dia tanya if next wednesday okay tak..We all ni yang ternanti-nanti haruslah cakap okay je!! *macam tak pernah makan, lupa segala diet yang sedang dipatuhi*
jadi telah CONFIRM NEXT WEDNESDAY KAMI DI BELANJA FOR OUR LUNCH..sesiapa nak join??!!
Sekarang ni waktu dan tarikh dah confirm cuma the question now, NAK MAKAN DEKAT MANA?? ni satu hal pening, dayah dan kawan mestilah nak yang mahal-mahal je (alaa!! cakap company bayar haruslah, eheeekkk!!) so tadi kitaorang request nak pergi makan TGI Friday tapi tak sure lagi sebab kalau ikutkan supervisor tu dia nak yang dekat-dekat je nanti tak habis-habis kopitiam, alaa!! itu makan dengan family or friends terdekat je baru nikmat, kalau ada bos tak kot nikmatnya..ermm!! *jari dimulut sambil berfikir pendek* so harap-harap request kami dimakbulkan sebab hampir semua staff dia setuju dengan TGIF, hahaha!! majority mestilah menangkan kalau ikut undian ni..Doakanlah dapat makan dekat TGIF eh!! amin!!
p/s : my 3 for RM 10 vitagen dah sampai..Bayar belum, cakap duit ngam-ngam bawak so isninlah saya bayar eh kak.. :D
No comments:
Post a Comment