2/16/2011

Saya busy

Saya tengah ke-busy-ian tahap yang habis semua paper penuh atas meja, dah macam seorang pekerja yang sangat dedikasi terhadap kerjanya padahal mata asyik melilau tengok jam tunggu nak balik je..Lambatnya 6:30..

Tengok muka dayah ni..hehehe!! :D tak tengok disebabkan busynya inilah sampai terlupa nak update apa dayah makan tengah hari tadi..Duit bawa very limited dan malas nak 'cucuk duit' so kita makannya dengan sangat berjimat eh!! Pagi tadi bila mama suruh bawa oats berlagak tak nak okay!! sebabnya dah budgetlah tengah hari nanti nak makan buah jambu je since malam nanti ada dinner kan sebab manalah tau malam nanti termakan extra ke kan tapi hampesssss..ermmm!! *kembang hidung* Jadinya tengah hari tadi dayah just beli roti sardin tapi tak sedap sebab dahlah too oily plus pastrynya diperbuat daripada dough donut so tak sedap, nasib beli satu je..Perah minyak dia agak-agakkan boleh dapat setengah botol jugaklah..

So petang tadi ni dayah buat air kopi satu mug tapi tak habis sebab busy busy buat kerja tengok-tengok teguk-teguk dah sejuk kopiku ini..

Jadinya saya nak balik, nak balik nak balik, nak balik, nak balik..*kalau terasa annoying sila lah tampar monitor anda itu, ibaratkan ianya muka saya...tingting!! batting eyelashes*

Baiklah saya nak berkemas awal sebab nak pergi basuh cawan..Malam nanti tunggu entri makan eh!! itu pun kalau gambar ada dalam laptop fizah, ohh!! ya terpaksa pakai laptop fizah dulu sebab mine entah kenapa tak boleh hidup, hari tu baba dah tengokkan tapi sekarang jadi balik..haishhh!! laptop baru bila nak datang niii.. :D

Baiklah byeeeee semuaaaaaa!! toinkkk!!

Saya marah ni

SAYA BENGANG SEKARANG NI..ARGHHH!! SAJA GUNA FONT COLOR MERAH KASI NAMPAK SIKIT KEBENGANGAN DIRI KU INI..

SEKALI LAGI DIPOSTPONE TO ANOTHER DATE YANG ENTAHLAH BILA..MALAS LAH NAK CERITA-CERITA LAGI NANTI KALAU DAH JADI PERGI BARULAH DAYAH BERCERITA LAGI..ISHHH!! GERAM, GERAM GERAM TAU TAK..BUKAN DAYAH JE SEMUA ORANG KAT DALAM OFFICE NI, ADA TU SIAP BAWA KERETA SEMATA-MATA MALAM NANTI NAK TUMPANGKAN WE OLLS NI..ARGHHH!!

BAIKLAH SAYA TAK ADA MOOD, KAWAN SAYA JUGAK SO BYE NAK PERGI BELI MAKANAN..

OKAY!! TATABYE..   

*marah betul sampai tulis pun semua capital letter lepas tu merah pulak* marah balik..arghhhhhhhhhh!! LAPAR

Aku dan Bollywood

Morning u olls,

aaaaaaaaaaa!! *ini adalah aksi menguap* Baiklah hari ni breakfast macam biasa daily breakfast I kopi with 1 teaspoon of creamer..Hari ni kan kitaorang nak pergi dinner together gather with all finance staff ni so bila dayah sampai je tadi semua dah meriah dengan baju-baju yang cantik-cantik belaka, kelasss!! dayah pagi tadi tak tau nak pilih baju apa so last sekali pilih pakai seluar instead of baju kurung..

Okay!! kita simpan dulu cerita pasal dinner tu sebab once dah ada gambar barulah meriah sikit nak ceritakan..

Sekarang ni dayah nak cerita tentang weh!! u olls SHAH RUKH KHAN dah datang Malaysia lah..wehuuu!! happy giler walaupun macam boleh je pergi jumpa dan bergambar dengan dia pun..ermm!! :( ada tak sesiapa nak bawa dayah pergi jumpa dia?? ada tak?? asal macam semua senyap jeeeee!! tak nak kawanlah macam ni..

First time dengar dekat radio hot fm terus dayah macam meremang bulu roma, adakah kali ni dayah dapat bergambar bersama idolaku sejak 1998 ni?? entahlah goosebumps tu macam lain macam sikit, hantu SRK ke apa..Shah Rukh Khan bakal berada dekat Malaysia selama sebulan u olls, satu jangka masa yang agak lama jugak tu tapi dia tak stay dekat KL je merayau-rayau sampai ke Langkawi sana tu haa!! ee!! asallah tak masa ni dayah tengah bercuti dekat Langkawi ke, Melaka ke..ishh!! rugi-rugi..*tempah ticket pergi Langkawi esok* hehe!!

Filem yang menjalani pengambaran di Malaysia ni merupakan sequel untuk filem Don iaitu Don 2, dulu pun masa filem Don yang pertama banyak jugak scene scene yang diorang shoot dekat Malaysia contoh yang paling dayah ingat ada satu adengan lagu tu lokasi penggambaran di ambil dekat Kampung Baru..Masa filem Don yang pertama pun banyak jugak pelakon-pelakon Malaysia yang terlibat sama dan untuk Don 2 ni pun ada jugak pelakon kita yang dapat ikut serta siapa lagi kalau bukan ADI PUTRA si handsome tu..*iklan breeze tu memang super handsomelah dia..hehe!! :D

Baiklah dayah nak cerita tentang macam mana dayah boleh terjebak minat cerita hindustan ni..Masa sebelum tahun 1998, dayah ni memang paling tak suka cerita hindustan, tak silap tv3 masa ni dah start kot dengan tayangan filem-fielm hindustan setiap hari sabtu *tak ingat sangatlah tv mana yang mama suka tengok dulu* so setiap kali mama tengok mesti dayah akan bising cakap tak naklah cerita ni tak best, kadang-kadang mama endahkan gak so dia tukar channel lain, kadang-kadang tu dia biarkan je so nak tak nak anak dia terpaksalah pergi cari mainan yang ada main dengan barbie doll je, main masak-masak, sakat adik.. :)

Tapi disuatu hari yang dah tak ingatlah apa harinya, tarikhnya pun tapi yang paling ingat tahun 1998, masa tu tahun releasenya cerita KUCH KUCH HOTA HAI, mama pun sibuklah beli vcd cerita tu nak tengok so mama ajak sekali tengok, dahlah orang tak suka lagi diajak, tapi kali entah kenapa dayah ikut serta menonton sekali hambik kau, hari-hari layan cerita ni okay!! masa tu mulalah minat dengan Shah Rukh Khan ni, masa tu jugak baru kenal siapa itu SRK, Kajol dan Rani..Masa tu memang 3 ni jelah yang menjadi pojaannn hatiku..Terus cari lagi cerita-cerita lama yang SRK berlakon, beli okay!! vcdnya, adalah few yang menjadi pilihan hati, punya minatlah dengan SRK sampaikan vcd yang tak ada subtitles pun kitaorang belasah beli..hahaha!! faham-faham sendiri jelah, antara vcd yang tak ada subtitles kitaorang beli cerita Karan arjun (Shah Rukh Khan berlakon dengan Salman Khan) dan cerita Baadshah (Shah Rukh Khan dan Twinkle Khanna)..Masa fenomena filem Kuch Kuch Hota Hai tu melanda rumah kami habis semua lagu dia dayah try nak hafalkan, siap rekod lagi dalam tape sebab kalau berjalan nak bawa sekali..Haa!! start dari situlah dayah punya minat dengan filem hindustan and lagu hindustan begitu mendalam..Dulu ada satu majalah I think dah tak ada jual lagi dekat sini nama majalah tu pun dayah dah tak ingat, every month punya isu dayah akan beli okay!! dia punya banyak kalau jual dekat "paper lama, bateri lama" boleh dapat beringgit jugak tau..So sekarang ni since dah banyak sangat semua tu dah dibuang..Satu lagi dulu dayah ada satu buku khas, made by me myself dalam tu semua gambar-gambar pelakon hindustan ada and mostly of courselah gambar SRK yang paling banyak dan jugak ada lirik lagu dayah salinkan dalam buku tu, hehe!!..Nanti kalau dayah jumpa balik that book dayah postkan dekat sini eh!! lepas tu lagi, masa kitaorang pergi bercuti beramai-ramai dengan kawan mama dulu dekat Port Dickson dayah telah decorate kan seluruh apartment tu dengan menampal segala poster SRK..hahaha!!, setiap pintu bilik ada poster SRK..lawaklah pulak time tu, buku tu siap bawa lagi okay!! bagi kawan-kawan mama baca.. :D Jangan main-main buku sticker pun penuh dengan gambar SRK..hehe!! punya obses dengan SRK time tu..Sekarang ni pun masih lagi minat tapi taklah semeriah dulu tapi kalau nampak lagu dia atau cerita pasal SRK ni nak jugak tengok..hehe!! haaa!! on more dayah terlupa dulu THR fm ada buat satu segmen Hindi Power, penyampai masa tu And Hakim, ya allah dayah punya minatlah rancangan tu sampai kalau keluar naik kereta dengan-dengan baba sekali kena layan rancangan tu.. :D

Dayah masih lagi meminati filem-filem hindustan, cuba tengok dalam HP dayah banyak kot lagu hindustan yang dayah download tu belumlagi dalam laptop :D..Sekarang ni kalau tanpa subtitles pun dayah dah boleh faham apa yang diorang cakap..Teror tak?? hahaha!! tapi taklah semua ada jugak yang masih tak faham lagi..Sekarang ni channel yang paling diminati mana lagi kalau bukan B4U or ZEE TV..Nasib astro baik hati providekan semua channel ni.. :D Tapi so far dayah tak pernah dapat nak tengok any konsert or apa-apa yang melibatkan artis-artis bollywood kalau diorang perform dekat sini, selalunya ticket mesti mahalkan, so I tak mampulah..uhuk uhuk!! *mood tetiba sedih*

Dan sekarang actor yang menambat hatiku selain SRK ialah RANBIR KAPOOR, alaa!! ayah dia yang berlakon cerita BOBBY tu, Rishi Kapoor..Perghhh!! selalu jerit kalau lagu dari filem dia keluar, desktop background pun gambar dia.. :D

Itulah dia serba sedikit cerita dayah dan bollywood.. :D

p/s : rasa macam nak nages pun ada, rasa macam nak belasah si dia yang hari ni hang pergi MC siapa suruh, kan dah tau ada dinner malam ni..soooooo!! kemungkinan DINNER BAKAL DI POSTPONED LAGIIIIIII!! *merah muka*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...