3/07/2010

Perth, Australia Trip part 4

Betul tak dayah cakap yang dayah agak terlebih rajin malam ni, orang semua dah sibuk masuk tidur dayah masih lagi depan laptop ni nak jugak update blog ni..Kali ni dayah nak cerita masa dayah dekat Fremantel pulak..Fremantel ni terkenal dengan Fremantel Marketnya, kalau ke sini memang tak sah kalau tak ke market ni, macam-macam jugak ada jual antaranya Buah-buahan, Sayur, souvenir, baju, alatan dapur and kepada yang bukan islam tu kalau nak buat tatoo pun ada, untuk bukan islam je eh yang boleh yang islam tengok je boleh..Sebelum sampai di market tu sempat lagi dayah singgah kedai jual baju, teruja tengok 2 helai baju 30 dollar and bajunya semua cantik-cantik, nama kedai tu jay jays..sempat sambar 2 3 helai baju..sepanjang jalan tu banyak kedai-kedai makan, kedai baju, kedai yang jual rempah ratus, kedai alatan dapur and macam-macam lagilah..rasa semua kedai kami nak singgah sebab semuanya macam menarik je..

di Fremantel Railway Station












on the way nak ke Fremantel Market..


nampak itu signboard tunjuk dekat mana Fremantel Market..


yeah!! jumpa..


salah satu lagi entrance..


makanan india, masuk je market ni first thing first kena cari tempat untuk rehat sekaligus tempat yang mana kami boleh duduk and minum..Makanan india ni sedapnya, ada satu tu pedas and sedap giler..


mama and baba order coffee, dayah and fizah minum strawberry milk shake ni..okay dayah nak cakap sedap tau..


fresh fruits..


dalam Fremantel Market..




ceri yang berkilat..

Kami tak beli apa-apa sangat cuma baba sempat beli strawberry and epal, nak beli banyak-banyak pun takut tak habis beli untuk makan dekat hotel je..Selain itu dayah ada jugak beli souvenir untuk kawan-kawan and cousins dayah..boleh tahan jugak murah, mungkin disini dijual secara banyak tu yang boleh dapat murah..


tengah beli apa pulak mereka ni, cuba teka?? yeah betul beli makanan lagi, kali ni beli manisan pulak, kedai ni kedai india..


dayah sibuk membeli coffee, pergi mintak less sugar padan muka pahit giler..




Bandar Fremantel yang best..dayah suka tempat ni..


luar market, ramai orang lalu lalang..ada yang buat persembahan, jual painting, duduk-duduk and makan-makan, memang happening tempat ni..


rehat sementara tengok persembahan..




bandar fremantel..


stop kejap dekat kedai ni nak beli coffee, biji coffee yang kalau kita beli baru dia kisarkan..and kedai ni jugaklah yang banyak jual rempah ratus..


mahu pulang sudah..


Fizah sakan bershopping..




sejarah Fremantel Railway Station..

Habis berjalan-jalan di fremantel masa untuk balik ke Perth, lama jugaklah kami dekat sini..Dalam banyak-banyak tempat dayah memang suka sangat dengan Fremantel ni..Dari fremantel kenalah ambik balik train..Sampai je di Perth, memandangkan railway station dekat dengan salah satu mall so kami cadang saja nak jalan-jalan dalam mall tu pulak..tak beli apa-apa pun, saja jalan-jalan..masa ni sempat jugak tengok persembahan dekat luar kawasan mall tu..




Kami berempat, gambar credit kepada salah seorang budak sekolah ni, sibuk dia nak ambik gambar kami..
haa!! itulah nama mall yang kitaorang singgah sebelum tu..

Lepas dah rehat kejap, kami pun pulang..ohh!! ya, masa ni ada student dari Indonesia tengah lepak-lepak sambil bergambar..dari mall ni kami pergi semula ke Perth station untuk ambik bus red cat..Sampai je hotel of course rehat dulu sebelum fikir nak pergi makan dekat mana pulak malam tu..

next......part 5 dayah nak cerita masa pergi beach pulak..

Perth, Australia Trip part 3

Hahahaha!! rasa macam terlebih rajin lah pulak nak update blog ni every hour.. Kali ni dayah nak cerita lepas balik dari Harbour Town..Balik je kitaorang rehatkan kaki dulu sebab penat berjalan, tengok ajelah berapa kali berhenti duduk masa pergi King Park tu..Lepas pukul 8 perut masing-masing dah berbunyi balik minta di isi, mana taknya cuaca kan sejuk jadi perut ni akan terasa lapar je, memang balik Malaysia semua baju tak muat lah ni..Dekat Perth ni kalau malam dah sunyi banyak kedai yang dah start nak tutup, kalau kawasan hotel kami tu memang cepat kedai-kedai dah tutup..Nasib baik kedai kebab yang kami makan tengah hari tadi masih buka lagi, so dah tak ada kedai lain kami pun makan lah balik dekat situ, nak jalan pun malas nak cari kedai makan yang lain, Mc'Donalds ada tapi tak halal..Makan kebab pun kebablah, tapi one thing kebab dekat sini memang sangat lumayan, maksudnya bukanlah anda kaya kalau makan kebab ni cuma maksud dayah lumayan dengan ingredients..Memang kebab ni TERBAIK lah..Malam tu dayah and fizah cuba order nasi pulak and baba order burger, mama pulak dia tengok potion semua banyak-banyak so mama decide tak nak  order apa-apa nak kongsi je..Cuaca malam tu ishh!! sejuknya, menggil-gigil kami, dah pakai sweater pun still rasa lagi kesejukan, kira-kira malam tu adalah jugak dalam 11celcius dengan angin yang kuat..Lepas makan je semua cepat-cepat jalan nak masuk bilik, tak tahan dengan sejuk..

Nasi yang dayah and fizah order, sama macam yang makan waktu tengah hari tu..


Burger yang baba order, nasib baik order satu..besarnya boleh makan untuk 2 orang..sangat nyummyy!!


tak tahan sejuk..


baba and fizah maintain, mama dah tak tahan..

baba memanaskan badan..
menggigil-gigil masing-masing..

malam dah sunyi kawasan ni..

masuk dalam lobby hotel barulah okay sikit..

Balik je dari makan, semua dah start ngantok balik maklumlah perut semua dah full mata pun apa lagi start lah nak tidur..Tidur-tidur terjaga dah waktu subuh, Perth ni macam dekat Sabah Sarawak, cepat terang and cepat gelap..Memandangkan hotel ni kami tak ambik breakfast so bolehlah take time bersiap..

30 Oct 2009
Hari ni planning nak ke Fremantel Market di Fremantel, sebelum memulakan perjalanan kena isi perut dulu, so dah asyik makan kebab dekat tempat yang sama hari ni cadanglah nak cari makanan lain pulak so kitaorang naik bus red cat, memandangkan bus ni kan free so suka-suka hati je nak turun dekat mana, nampak je kedai halal terus bunyikan loceng turun..Cadang nak lah makan yang lain pulak tapi tengok yang ada kedai kebab lagi and adalah jugak kedai menjual makanan Indonesia tapi semua nak makan kebab lagi, tak jemu-jemu, makanan nya sama cuma kedai je yang lain..

Jalan-jalan cari kedai makan, alih2 jumpa kedai kebab lagi..


konsep kedai lebih kurang sama macam kedai yang dekat dengan hotel kami tu, yang penting bersih giler kedai ni..


Air order satu je sebab mama ada bawa bekalan air lagipun tak selera lah nak minum dekat sana sebab sejukkan..








mama dan air bekalannya..yang mama tengah minum tu air tomato and satu lagi tu air oren..masa hari first day tu kan pergi supermarket sempat beli air-air ni, murah tengah promotion 2 botol besar 6 dollar je, lagi besar dari air mineral..

 
Lamb roll with cheese okay, ya allah sedapnya tak dapat nak bayangkan, nak tau macam mana sedap ke tak kenalah pergi makan sendiri..


ni baba and mama order, tak ingatlah namanya tapi yang ni bagi dayah kurang sikit sedapnya, tapi mama and baba cakap sedap..


ni fizah yang order, tak taulah apa namanya tapi sedap..

Selepas semua dah rasa kenyang kami pun tunggu bus balik untuk ke Perth Station, dari sini kami nak ambik train untuk ke Fremantel..Harga ticket train ikut pada zon mana yang kita nak pergi contoh macam nak ke Fremantel kita kena ke Zon B, so tengoklah berapa harga untuk seorang and kalau pergi dengan family boleh ambik ticket untuk family punya..Harga untuk family 8 dollar and kalau individu 1.60 dollar kalau dayah tak silaplah..Mula-mula tu dayah confius jugak macam nak beli ticket ni sebab macam-macam zon ada..Ticket untuk individu valid untuk 2 hours contohnya kalau kita ke Fremantel and dapat balik semula ke Perth dalam masa 2 jam kita masih boleh lagi gunakan ticket yang sama tanpa perlu beli yang baru..banguskan??




baba dan spec mata hitam nya..


matahari memang terik tapi tak panas langsung, tu yang berani duduk dekat tengah panas..


kawasan luar Perth Railway Station..




nampak tak tempat yang ramai orang tu, itulah mesin untuk beli ticket..

Perjalanan dari Perth ke Fremantel dalam 1/2 jam je, sepanjang perjalanan kita boleh nampak kawasan perumahan, jalan raya, laut dan pelabuhan kira view tu memang cantiklah and tak boring..keadaan dalam train pun okay..

Sambung part 3 next entry.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...