4/01/2011

Update untuk hari jumaat

Selamat tengah hari semuaa.....

U olls nak makan apa untuk lunch nanti?? tadi officemate dayah baru email ajak pergi makan dekat chicken rice, tak taulah mana chicken rice punya cawangan dia ajak kita tunggu jelah nanti..Mula-mula malas nak ikut sebab sah-sah nanti makan nasi ayam kan habis tu diet tengah hari macam mana, haishh!! tapi since dah semua pergi tak akan pulak dayah nak tunggu sorang-sorang dekat office, sangatlah tak best nak cakap dengan siapa nanti?? Baiklah dayah ikut tapi kita cuba makan makanan yang light sikit eh daripada nasi ayam tapi kalau TERmakan ampun ye perut, malam nanti dayah skip makan nasi.. :p

Bercerita mengenai shampoo yang dayah nak tunjuk dekat u olls tu kan, gambarnya dah ambik, edit pun dah tapi semalam tengah-tengah meng-edit dayah buat-buatlah baring sekali hambik kau terlelap sampai ke pagi dengan alarm nya semua tak set, mama bangun terus jerit ehh!! tak tak dia tak jerit dia bercakap kuat je sambil buka semua lampu kejut kami kami yang patut bangun ni..Alaa!! rilekslah ingatkan dah pukul 7:30 pagi baru 6:45 pagi still okay lagi, can manage lagi nak sampai office pukul 8 TAPI tak tadi sampai lambat okay!! 8:20 baru sampai walaupun masuk 8:30.. :) tadi jalan jem teruk macam biasalah disebabkan banyak kereta satu, satu lagi sebab ada accident..Rakyat Malaysia kan prihatin nak tengok walaupun kadang dia tergesel je tapi jemnya dah sampai beberapa kilometer..ermm!! Ehh!! lari tajuk lagi, haa!! yang cerita pasal shampoo tu dayah review malam ni tau JANJI ni tak tipu sebab gambar dah edit tinggal nak upload dekat sini je so kepada pencinta-pecinta rambut cantik tunggu sat naa!! :)

p/s : lagu ni pagi dengar, tengah hari, petang, balik office, sebelum tidur dan tengah mandi pun.. :p..Dah addicted terlampau, silalah kepada composer lagu ni saya nak saman kamu..hahaha!!

ehh!! satu lagi kepada warga singapura saya nak turun sana this month, tak boleh nak sabar ni nak jumpa imigresen..hahaha!! tak kena mengena..

Terima kasih kerana menjadi pembaca :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...