7/24/2011

Sarapan Pagi Sabtu 23 July 2011

Assalamualaikum dan Selamat Pagi/Petang semuaa.....


Kalau mengikut kajian pakar pemakanan sepatutnya seseorang manusia sangat memerlukan sarapan pagi untuk memulakan harinya, sebab melalui sarapan pagi yang sihat *bukannya nasi lemak + teh tarik eh! itu bukanlah sarapan yang sihat iya pembaca sekalian*, harap maklum, kita dapat menjana tenaga untuk digunakan badan selama kita berkerja ataupun apa saja aktiviti yang bakal dilakukan dalam tempoh satu hari itu sebelum kita tidur..Selain itu sarapan jugak dapat meningkatkan daya fikir yang baik, sentiasa bersikap positif, kekal langsing okay! yang ni fakta menarik *tulis dalam white board sebagai motivasi diri untuk terus sarapan pagi setiap hari* :D 


Ramai yang cuba untuk skip breakfast dengan alasan tak lapar, tak lalu makan pagi, kalau makan pagi kekerapan ke toilet tu sangat tinggi potensinya, nak dietlah dan macam-macam lagilah..Hehe!! even dayah sendiri pun selalu skip breakfast sebabnya konon-konon nak DIET tapi bila baca few artikel sebenarnya kalau kita skip breakfast kemungkinan untuk naik berat badan adalah sangat tinggi sebabnya kita akan berasa lapar dan akan mengambil makanan yang lebih untuk lunch..Ini memang dayah akui benar sebab dayah adalah orang yang jarang mengambil sarapan pagi dan bila tiba nak makan tengah hari perut tak payah cakaplah dia punya bunyi macam buat konsert double trouble wings tu, gamat okay! kriuk kriuk nya..


Bila baca few artikel tentang kepentingannya sarapan pagi ni kan rasa takutlah pulak bila hari-hari dayah skip sarapan pagi..Effectnya banyak pada body kita antaranya kurang daya tumpuan, kekurangan gula dalam darah, decreased work productivity *especially untuk orang yang tengah berkerja*, selain itu tahap kecergasan minda pun terbantut jugak tau *jadi, student should take their breakfast everyday sebelum ke sekolah/kolej/universiti* dan banyak lagi jadi sila google :) Mulai daripada hari ini dayah akan cuba untuk mengambil breakfast tak kiralah lalu atau tidak TAPI breakfast yang sihatlah bukannya nasi lemak tapi nasi lemak dekat Sungai Besi tu sambal and dagingnya perghh!! sedap nak gilerlah bila makan, kalau yang itu excuse bolehkan..*lap air liur bila teringatkan dikau* :D


Memandangkan kesedaran tu kembali secara mendadak jadi pada pagi sabtu semalam yang panas mama kejutkan semua isi rumah untuk diajak sarapan pagi di Kampung Baru..hehe!! lama tak sarapan dekat sini..Kalau nak makan lontong yang sebenar-benarnya lontong inilah tempatnya..Dah nama sarapan pagi ala melayu jadi nak sarapan lebih kepada sihat tu memang nan hado jelahkan jadi tak jadi nak mulakan hari sabtu dengan sarapan yang sihat.. :p takpe kita cuba pada keesokkan harinya pulak, tengok berjaya atau tidak breakfast secara sihat..Tapi Kampung Baru sarapan paginya dah tak sesedap macam dulu-dulu..Agak kureng sikit rasa makanan tadi, macam tak berbaloi je bangun pagi nak pergi makan dekat sana, baik sarapan dekat area rumah ni je,lagi sedap..


nasi lemak lauk ayam yang mana sambalnya manis, fail lah macam ni..Baba order nasi lemak kosong,by the way it's mine.. :)

Lontong yang banyak kekurangannya, fail jugak..Ini dioder oleh mama and fizah..

kuih lopis yang dibeli untuk dibawa balik sebagai makanan untuk lunch nanti, hehe!! okay! tipu untuk minum petang nanti..Ini pun rasanya fail..Haishh!!

Makanan yang kami makan tak ada satu pun yang sedap, atau adakah kami tersalah pilih gerai?? entahlah yang sedap dekat situ dayah rasa air je yang lain semua fail..Haishh!! harap-harap lepas ni datang peniaga-peniaga buatlah makanan ni lebih sedap lagi eh! :)


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...