7/28/2010

Teater Cuci The Musical 2 (26 July 10)


Hari tu dayah ada post kan tentang 2 ticket free yang mama dapat untuk menonton Cuci the musical 2..Ticket ni dapat sebabnya kami adalah pelanggan astro mustika, jiran dayah dia dapat free ticket tengok filem kapoww..

Ini merupakan tayangan perdana untuk teater ni, kira kami ni semua bertuah lah sebab belum ditayangkan lagi kami dah dapat tengok dulu..:D jangan jealous yee!!

Dayah first time tau dapat tengok teater dekat Istana Budaya ni, kalau sebelum ni tengok dekat kolej je, alaa!! teater kecil-kecilan je itu pun dah seronok dapat tengok ini kan dekat IB memang double troublelah happynya..:D

Tayangan start pukul 8:30 dan 15 minit before start dah kena ada dekat sana so dayah sampai memang ngam2 lah 15 minit before masuk itu pun dah ramai orang yang menunggu..Ada jugak terjumpa dengan artis-artis AF musim yang lepas-lepas tapi malas lah nak snap gambar dengan diorang..

thanks to astro for the free tickets eh!! muah muah!! (kiss skit dinding entrance astro)

ramai jugak yang datang menonton..

Memandangkan di dalam IB memang diorang tak bagi untuk kita snap gambar or ambik any video so dayah tak adalah gambar masa teater tu berlangsung, try jugak nak curi-curi ambik tapi dayah tengok orangnya ada je memerhatikan so tak lah berani nak ambik..

Kesimpulan tetang teater ni, patutlah dapat sambutan masa cuci the musical yang pertama dulu sampai kena buat lagi sekali sebabnya cerita ni memang best lah, tak rugi rasanya siapa yang beli ticket untuk tengok cerita ni..Dayah akui dayah memang tak suka sangat dengan filem cuci tapi for teater ni memang dayah thumbs up lah..

Lakonan Hans Isaac, Awie, Adflin Shauki and Nabil memang superb, dayah rasa dari awal tengok sampailah habis memang tak kering gusi tau, penuh dengan lawak..Lakonan Vanidah Imran, Jaclyn Victor, Harith Iskander, Reffa, and Rehman Rashid pun mantap..Paling dayah minat Rehman Rashid sebab bagi dayah lontaran suara dia sangat sedap..Tahniahlah kepada Dato' Zahim Albakri selaku director and Harith Iskander selaku director and story writer..You guys done a very good job..:D

So kepada sesiapa yang belum beli ticket tu baik cepat-cepat pergi beli sebab kalau dah habis kang korang gak yang menyesal..Percayalah cakap dayah ni..

Jomlah tengok pictures yang dayah sempat snap masa sesi bertemu peminat:


before start..

refreshment for 15 minutes..

dengar khabar diorang tak rehat dari pagi, dari rehearsel sambung terus untuk tayangan perdana..

with Harith Iskander

with Hans (Khairudin) and Awie (Jojo)..

Fizah bersama mereka..

with Nabil yang friendly..

fizah and Nabil..

with Adflin Shauki..

fizah and Adflin Shauki

with Vanidah Imran and Jaclyn Victor yang cantik..

fizah dan mereka..

fizah with Reffa, baru dayah perasan yang dayah terlupa bergambar dengan reffa ni..=)


thumbs up!! :D

sebelum balik..

Planning nak tengok teater natrah yang bakal diadakan bulan Nov ni..=) Jatuh hati dengan tetater..

p/s: sambungan trip ke Perth akan disambung selepas post yang ini ye!!, janji tak tipu..=)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...