7/24/2010

Lepat Ubi

Minggu lepas jiran saya baru balik dari kampung, banyak betul ubi dia bawa balik..Disebabkan dia ni jenis yang sangatlah pemurah satu plastik besar dia bagi kami ubi kayu..Dah digoreng, di rebus still tak habis-habis lagi..Mama kata ubi kayu ni kalau simpan lama-lama nanti tak sedap, nanti masuk angin..Fikir punya fikir..(sambil garu-garu dagu) saya dapat idea, memandangkan saya ni sangatlah suka dengan lepat ubi so proposal tu di usulkan ke mama, mama selaku pengarah telah bersetuju untuk buat kan lepat ubi pada hari isnin jam 2 petang waktu tempatan..Saya tersangatlah gembira akhirnya dapat jugak makan lepat ubi..=)

Memandangkan proposal tu saya yang cadang makanya kenalah tolong serba sedikit dalam proses pembuatan nya..

Jomlah saya tunjukkan cara-cara membuat lepat ubi..ayuh!! ke bawah:

bahan-bahan:

  • ubi kayu
  • kelapa
  • gula merah
  • daun pandan
  • secubit garam
  • daun pisang
  • kain, yang kecik sudah (nanti taulah kenapa kena guna kain)
  • blender (nak guna tempat pemarut pun boleh tapi agak lambat, guna blender lg cepat)
  • kukusan
cara-cara membuatnya:

pastikan buang kulit and potong kecil2, agak susah jugak nak potong ubi kayu ni

potongkan begini, baiklah ready untuk di blendkan ke semua ubi kayu tadi

selepas di blend macam ni lah rupanya, sekali tengok macam kelapa sebelum diperahkan??

kain yang tadi tu adalah untuk perahkan ubi kayu yg dah di blend tadi, ni bertujuan untuk buangkan sagunya, ubi kayu ni ada mengadungi sagu..letakkan sedikit demi sedikit dalam kain ni and startlah perah..

begini ye!!

perahkan begini, tak perlulah sampai kering ubi tu, asalkan airnya dah keluar okaylah tu..acara ini memerlukan tenaga jugak..

beginilah rupanya setelah diperah..(hasil kerja tangan saya)

campurkan ubi tadi dengan kelapa parut, tambahkan sedikit garam waktu ni..

sementara saya bertungkus lumus memerah ubi, mama panaskan gula merah dan masukkan satu simpul daun pandan bagi wangi..Dah masak sejukkan sebentar lepas tu tapis, ini bertujuan nak buang kalau2 dalam gula tu ada batu ke atau ada apa2 ke (ayat powerkan..=))

tuangkan ke dalam campuran ubi dan kelapa tadi..

gaul sampai sebati macam ni..

daun pisang tadi kita layukan atas api macam ni, ni bertujuan nak lembutkan daun pisang tu bagi senang nak lipat..

masukkan adunan ubi tadi ke dalam daun pisang, jangan isi terlalu banyak macam ni dah memadai..

lipatkan macam ni..selalunya kalau dekat kedai kita beli panjang2kan, ni versi buat di rumah so pendek2..=)

rebuskan sehingga masak..

tadaaa!! dah pun siap lepat ubi..

Senang je kan nak buat lepat ubi ni cuma part yang nak potong ubi tulah memerlukan kudrat yang kuat..=)

Lepas ni kalau buat sendiri pun saya dah tau..hehe!!=)

2 comments:

catz said...

sedapnya...catz sukaaaa lepat ubi.lepat pisang. terus rasa nak pi pasar malam..cari..hiksss..

Hidayahsalleh said...

hehehe!! sedapkan lepat ubi, sy suka lagi lepat ubi dr pisang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...