Hari ini kita banyak bercerita mengenai MOOD ye kawan-kawan *padahal baru dua entri pasal mood*
Memandangkan CNY just around the corner, dah tak lama je lagi kawan-kawan cina kita nak makan besar dengan family diorang rabu ni, dah tak lama lagi je kawan-kawan cina kita nak pakai baju color merah yang dibeli time sale di Sogo hari tu di pagi Tahun Baru Cina nanti dan dah tak lama lagi kita akan bercuti bersama-sama.. :D seronok eh!! u olls yang CNY ni keluar berjalan-jalan, berholiday-holiday di luar Kuala Lumpur..Kahsian diri ini yang kena duduk rumah, ehh!! tak kata nanti nak keluar ke??..Esok je dah planning nak jalan-jalan dekat sebab last week ternampak sebesar-besarnya signboard Debenham dekat Lot 10 tu..hehe!! *dah agak lama jugak kedai tu ada tapi baru sedar last week, alangkah kesiannya, tsk tsk!!*..So macam dapat green light dari mama esok boleh ronda-ronda KL ke Lot 10.. ;-D
Cerita pasal jalan ni, tadi masa tengah lunch *okay!! disini mahu ditegaskan tadi dayah makan quaker oats je okay!!, diet qaucker oats today plus mana ada mood nak makan kan tadi dah bilang* dayah borak-borak dengan rakan seperjuangan cerita pasal semalam dia google nak cari resepi daging masak black papper *dia cakap tak tau nak masak apa tu yang google resipi, wah!!* okay!! lah dia pun dapat resipi sekali bila dah ikut instruction with segala bahan-bahan yang ada, tau daging masak black papper jadi apa?? DAGING KERABU okay!! aishh!! kalau iya pun tukang pemberi resipi agak-agaklah kalau iya pun, tulis je tittle tu daging kerabu jangan memandai nak tulis daging black papper instead..Ohh!! baru dayah perasan daging tu adalah sikit papper nya tapi tulislah kerabu black papper ke something sikit, kesian kawan dayah ni..ishh!! berharap dia dapat masak daging black papper, baru nak feeling-feeling western jadi Asian jugak..
Okay!! back to the story pasal jalan ni, maaflah melalut sampaikan ke resipi..:) Tak ni nak cerita pasal husband dia adalah orang yang sangat tak suka berjalan..Dia kata dia ada jugak ajak-ajak pergi berjalan tapi tak pernah dihiraukan pun permintaan tu, dia prefer lagi duduk rumah..Tengg!! macam mana lah kalau dayah dapat husband macam ni kan..*thinkkk!!* Tapi nak buat macam mana kalau dah memang bukan kaki berjalan, macam mana buat pun dia akan rasa rumah dia adalah hotel yang paling best untuk dia spend time..Tapi kesian jugak dekat kawan dayah ni, merungut nak pergi holiday tapi tak boleh..Masalah ni memang tak dapat diatasi oleh kami sebagai kawan.. *ini ditulis kerana tiba-tiba dayah terasa if terkena pada diri sendiri, alamakk!!* tapi ingat jodoh ditangan tuhan..ermm!!
Pasal tak ada mood, serious hari ni memang tak ada mood langsung nak buat kerja..Boleh diakatakan semua orang..Masa makan tadi sunyinya, maklumlah 3 orang je yang makan di pantri tu..Kakak depan dayah ni yang sorang dari tadi blogwalking, yang sorang ni tak tau website hollywood mana dia buka*masa tengah menaip ni, dia tengah google cari website apa entah, tak nampak nak jenguk detail url dia..hhahaha!!* Yang sorang ni awal-awal dah bagi tau hari ni nak balik awal, sebab sifu dia on leave sampai next week..Dayah pulak memang penyakit tak ada mood ni dari last week, ingat tak on friday, so aircond ni sejuk tau tapi tak rasa nak pakai sweater..*ini falls into which kategori?? tak ada mood or PEMALAS??* Dari tadi asyik blogwalking je..
p/s : limau 3 kotak dah sampai..Dulu masa mama kerja, satu kotak satu hari dia bawak balik okay!! almaklum vendor bagi kat mama dulu, memang dia tapis dulu before nak distribute kan dulu kepada staff yang lain.. Gelap je fridge masa tu, penuh dengan limau..
No comments:
Post a Comment