Mulakan hari anda dengan senyuman dan secawan kopi with 1 tea spoon of creamer..*itu saya punya breakfast for today* Hari ni macam biasalah asalkan jumaat, isnin mesti mood untuk berkerja tu tak ada, TAK ADA OKAY!! sekarang ni kerjanya buka tapi matanya dekat blog orang buat blogwalking.. :D , dayah perhatikan semua yang ada disekeliling ni tengah buka internet, ada buka blog orang, ada tengah buka wikipedia, nasib tak ada FB kalau tak bisa LANGSUNG tak buat kerja macam ni..
Baiklah dayah sebenarnya nak cerita apa yang berlaku to us malam tadi..Tak payahlah nak suspen sangat bukan serious pun saja nak kongsi.. :D
First, malam tadi dayah & family pun macam biasa 2 hari sekali mesti kena singgah mana-mana kedai mamak untuk buat acara 'minum teh' walaupun kadang-kadang tu bukan order pun teh and bukan sekadar minum pulak tu siap makan pun ada tapi istilah tu memang tak boleh lari, entah kenapa..So semalam dengan mama hanya berbekalkan rm9.00 dalam purse while dayah rm0.00 dalam purse, ini semua gara-gara dayah malas nak pegang duit banyak lately ni sebabnya lagi senang pakai debit card so taklah duit tu flow macam air terjun kan, dayah ni memang orang yang boros so pantang duit banyak sikit dalam purse kang ada je benda nak dibeli, kadang-kadang benda yang unimportant pun dayah boleh terbeli okay!! so sekarang ni dayah amalkan guna debit card while cash withdraw bagi mama pegang so everyday will ask my mom untuk duit belanja *macam budak sekolahkan, but this is what I did lately ni* jadi bila kita guna debit card at certain place je kan yang boleh digunakan lagipun dayah bukanlah orang yang every weekends kena pergi shopping mall so bolehlah kita berjimat.. :D Mama pulak just bawa small purse sebab malam tu dayah nak belanja..hehe!! Jadinya, cadang-cadang nak pergi 'minum teh' dekat lotus restoran dekat depan pertama kompleks tu so berdekatan tu ada banyak bank bolehlah nanti kita withdraw dekat sana je..Sampai-sampai je restoran tu mama cakap :
mama : nor pergilah withdraw duit dulu
saya : alaa!!, jap lagi tengah makan nor withdraw lah, lagipun sebelah je, kejap je..*terus berlalu ke meja yang dah siap-siap dipilih oleh baba*
Mama pun malas nak layan dia pun biarkan je lah..Duduk-duduk, borak-borak, yeah!! kali ni kami ada minum teh, satu teh tarik satu lagi teh 3 layer (i think mamak ni tak pakai teh timbang tu yang berani minum teh) order mee goreng mamak lagi, roti bakar 2 set, milo ais and nescafe..Mama pun remind sekali lagi pergi withdraw duit, okay!! kali ni dayah buka purse nak ambik card suddenly.......My debit card tertinggal dalam my handbeg okay!! ini semua gara-gara pagi sebelum ke office isi minyak dulu so malas nak letak dekat purse terus letak je dalam handbeg and bila malam dengan confidentnya terus ambik purse and terus keluar tanpa teringat yang my debit tak duduk dalam purse at that time..Mama buat muka biasa je sebab dia ingat anak dia menipu *ini gara-gara selalu tipu mama, selalu cakap acah je, kan mama pun dah tak percaya dengan kebenaran yang anak dia cuba sampaikan pada malam itu* So dayah terpaksalah patah balik ke rumah dengan fizah untuk ambik debit card tu, sebab apa tak pakai je card yang lain sebabnya malam tu mama hanya bawak small purse and IC jekan and dayah hanya using one card ni jelah while baba memang tak pegang card langsung..Setengah jam seterusnya kami pun sampai balik di restoran and straight away pergi nak withdraw duit tapi ini yang berlaku :
masukkan card - ok
masukkan pin no - ok
check balance - okay!! mencukupi untuk dikeluarkan
masukkan amount - ok
waiting untuk diproses - tiba-tiba resit je yang keluar and disusuli dengan card, cash mana?? on screen tulis sistem 'switched', wang tunai tidak dapat dikeluarkan..huh?!!
sekali lagi mencuba - same answer dayah dapat, gelabah kejap okay!!
Patah balik ke restoran, muka masing-masing risau, last-last ada lagi bank nearby so pergi another bank still tak boleh lagi *dah lah jauh bank tu, bakar balik segala apa yang diminum yang berlemak itu* Muka cuak terselah dimuka mama dan dayah, baba and fizah cool je..Terus ke another lagi bank, sampai 4 bank we try but the same result jugak, rupanya malam tu memang withdrawal cash tak boleh sebab sistem sedang diselenggara or down something macam tu lah so BAGAIMANA NIIIIIIII!!???? kenapalah malam ni jugak kau nak down, esok tak boleh ke..arghh!! mama dah bising sebab tak nak dengar cakap dia tadi, kalaulah kita sampai je terus withdraw bolehlah tau awal yang debit card tertinggal dekat rumah, cash tak dapat keluarkan..Ingatlah, DENGAR CAKAP MAK..So baba pun tanya dengan cashier do you accept card?? Fuhhhh!! lap peluh awal ashaari sebab restoran ni accept card okay!! dah selamat satu perkara..boleh balik rumah sekarang..
Sebelum tu, kami ada patah balik rumah sebab nak ambik phone mama cuse urgently kena contact somebody..Orang tua-tua dulu pernah cakapkan kalau once kita dah keluar rumah and tiba-tiba kita kena patah balik adalah tidak elok kalau kita teruskan jugak perjalanan tu sebabnya mungkin something yang buruk might happened..Maybe secara kebetulan je kot ini..
Secondly, bertemu dengan pemandu mabuk, bawak kancil terhoyong hayang kesana kesini, nasib baik tak ada apa-apa yang jadi, lagi sikit ada kereta tu nak langgar dia, kalau tak memang kami terbabit sama..
Thirdly, ada orang bagi signal nak belok kanan tapi dia pergi kiri, nasib baba tak terlanggar dia kalau tak dah satu hal lagi..
Fourthly, kancil terhentak dekat satu lubang yang besar okay!! tak taulah lately ni jalan kat KL ni banyak sangat yang berlubang-lubang, jahanam kereta macam ni tau kalau hari-hari kena tempoh jalan berlubang, dari tahan lagi 5 tahun, kalau macam ni hari-hari 5 minggu pun tak tentu dia bertahan ke tak, dah lah pakai kancil je..
Kesimpulannya, malam semalam adalah hari yang bukan malang tapi kira agak bad *bukan sama ke tapi tak taulah apa theme nak guna lagi* :D untuk kami, everything yang dibuat serba tak kena..Kalau u olls perasankan once in a life kan mesti akan ada satu hari yang apa yang kita buat serba tak kena, kadang-kadang dari pagi sampailah ke malam tapi ada jugak yang start dari malam macam kes kami ni..hahahaha!!
- lepas ni dayah akan buat pemeriksaan rapi ke atas purse ku sebelum keluar rumah
- make sure jangan keluar rumah without any cash, atau cash yang limited
- dengar cakap mama
No comments:
Post a Comment