2/11/2011

Adab memotong kuku

Kali ni mari kita belajar sikit adab-adab untuk seorang yang bergelar muslim dengan cara-cara dan waktu-waktu yang sesuai untuk kita memotong kuku..Macam dayah ni memang agak payahlah kalau nak nampak kuku ku ini panjang sejak akhir-akhir ni sebabnya dayah rasa sangat tak selesa kalau kuku panjang sikit, paling geli kalau orang tu tak kira lelaki or perempuan yang kukunya panjang lepas tu hitam..Pernah sekali dayah terjumpa seorang perempuan ni kerja menjaga counter tapi ya allah kuku dia punyalah hitam nak tengok pun nak nanges okay!! *asal nanges, okay!! nak muntah tau* sebab semua kuku pulaktu..Okay!! first thing you sebagai seorang yang hari-hari kena meet customer at least make surelah you punya kuku tu putih bersihlah kan, tak kisahlah kalau nak kuku panjang pun but kenalah jaga, second thing you ni perempuan so please jagalah hygine sikit, buruk dah muka lawa-lawa sekali kuku tangan hitam..*imagine* lelaki kadang-kadang lagi bersih kuku diorang tau..So dayah amat pentingkan penjagaan tangan dan kuku, first thing dayah akan tengok bila meet seseorang adalah kuku dia tak kira lelaki atau perempuan sebab dari situ kita dah dapat tau dia ni permbersih atau tidak, tapi tolak kuku hitam sebab merokok eh!! itu ayah saya punya kuku.. :D Ohh!! yeah!! terlupa ini termasuk jugak kebersihan kuku kaki jugak ye!! tak akan nak jaga kebersihan kuku tangan je, kuku kaki dibiarkan hitam..Buruk okay!!

Eh!! mukadimah punyalah panjang..Baik-baik berbalik kepada topik asal kita iaitu adab-adab memotong kuku..Sebagai orang Islam semua perkara yang kita lakukan seharian ada cara dan adabnya termasuklah untuk memotong kuku..

Cara-cara memotong kuku tangan :

- Dimulakan dengan tangan kanan
  • jari telunjuk
  • jari tengah
  • jari manis
  • jari kelingking
  • ibu jari
- Kemudian tangan kiri pulak
  • jari kelingking
  • jari manis
  • jari tengah
  • jari telunjuk
  • ibu jari
Cara-cara memotong kuku kaki :

- Dimulakan dengan jari kelingking kaki kanan dan seterusnya mengikut urutan jari
   sehinggalah ke jari kelingking kaki kiri..

Sila rujuk gambar rajah ini kalau u olls terasa macam keliru, pening :


ihsan daripada google..


Hari-hari yang sepatutnya kita memotong kuku :

Hari Sabtu    - nescaya keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Ahad     - nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kepadanya kemiskinan

Hari Isnin     - nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sihat

Hari Selasa   - nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Rabu     - nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

Hari Khamis - nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

Hari Jumaat - keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan
                          masuk kepadanya rahmat daripada Allah swt

Doa yang perlu dibaca :

"barangsiapa mengerat atau memotong kuku dan misainya pada tiap-tiap hari jumaat dan berkata ketika mengeratnya :

BISMILLAHI WABILLAHI WA'ALA MILLATI MUHAMMADIN WA AALI MUHAMMAD


"tiada gugur yang dikerat itu melainkan dengannya pahala memerdekakan seorang sahaya dan tiada sakit melainkan sakit mati"

Hari-hari yang disunatkan untuk memotong kuku Isnin, Khamis dan Jumaat..Ingat ni, balik nanti dayah nak potong kuku ni sebab dan seminggu dia panjang balik..

p/s : betul ke kata orang tua-tua jangan potong kuku waktu malam sebabnya nanti umur pendek satu lagi rezeki tak masuk..Tak sure kebenaran kata orang tua-tua ni..Buat research jom *nak telefon ustazah jap eh*

4 comments:

Unknown said...

salam perkenalan..
Thanks 4 sharing..

Hidayahsalleh said...

salam perkenalan jugak.. :D
sharing is caring kan..hehehe!!

Anonymous said...

Boleh percaya ke hikmah2 utk potong kuku mengikut hari tu, kalo sy rs rimas sgt kuku pnjg hr ahad xkan nak tngu isnin? Bukanke islam pentingkn kebersihan? So hr ahad xleh potong kuku n hr ahad sy ra kotor nak masak

Hidayahsalleh said...

tak salah rasanya kalau kita nak ikut..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...