Pagi semuaaa!!
Sehari tak update untuk blog ini terasa seperti sesuatu yang tak kena dalam hidup, ahh!! macam ramai yang membaca pun.. :D Semalam dayah cuti so bila cuti acara mem busy kan diri pun bermula, hehe!! semalam pagi-pagi dah bangun sebab kena hantar baba sebabnya lagi kami kena guna kereta untuk menyelesaikan apa yang patut..Tengah-tengah bersiap nak keluar pagi semalam terasa perut ni lapar tahap lagu keroncong beriya-iya berlagu dalam perut..Semakin waktu berjalan semakin tu lah lagu dia kuat bagai nak rak..Tak boleh jadi ni kena makan sarapan macam ni, nanti kang tak pasal-pasal pengsan *pernah ke pengsan sebelum ni, ehh!! pernah time sekolah dulu okay!!* teheee!! so masa dalam kereta baba and mama ajak makan dekat area sungai besi tapi tak naklah nasi lemak dia tak sedap, semua berminyak macam minyak tu tertumpah 5kg dalam sambal tu, telur goreng pulak macam guna 5kg minyak jugak nak menggoreng..uihh!! itu adalah sangat berbahaya untuk dimakan okay!! dah lah makan nasi lemak dengan minyak berlambak, geli je!! so dayah ajak makan nasi lemak dekat Tanglin, favourite ku sebab daging dia SEDAAPP!! Terasa bersalah jugaklah pagi-pagi dah makan nasi lemak tapi nak buat macam manakan dah kelaparan.. T_T
Selepas hantar baba kami memulakan operasi apa yang patut..Selesai semua urusan lebih kurang dalam pukul 12 tengah hari macam tu kami terus heading to Time Square, uikk!! dah kali ketiga masuk okay!! hafal dah map kat dalam tu, saja nak suruh mama try espressSoup, ya allah i tell u olls senang gila nak mencarinya *angkat-angkat kening*..Kejap je dah jumpa, nak cari elianto pun senang je *memanglah senangkan dalam satu level yang sama*..Dayah pergi Time Square ialah bertujuan untuk mencarikan kawan dayah ni punya barang, I mean baju untuk dia, memandangkan hari tu masa dinner I've got baju yang cheaper so budget kali ni pergi adalah yang cheaper jugak untuk baju lelaki tapi harap maaf semuanya above rm50..Kawan dayah ni tempat kerjanya bakal adakan dinner this coming friday so dia telah meminta bantuan dayah untuk carikan dia baju yang less than rm100 *feeling-feeling image consultant tau*, janganlah gelakkan kita, ishh!! Memandangkan dayah nak sangat dia pakai vest tu yang sampaikan ke TS ku mencarinya..Ada memang ada tapi mahallah, dahlah nak pakai sekali tu jelah kan so tak berbaloi lagi pun it doesn't looked nice at all vest-vest yang ada dekat situ..Kesimpulannya dayah message dia semua nya mahal so dia pun cakap dia dah lari budget for this month and dayah suruh dia try jugak pergi cari vest yang murah yang within his budget dan akhirnya dapat.. :D..Cop!! since hari tu kami dah pusing-pusing TS punyalah lama, alaa!! masa tengah mencari baju dayah for dinner hari tu makanya kali ni amat mudah sangat nak mencari kedai-kedai baju untuk lelaki eh!! hahaha!! *bangga tak terkata dengan mama* :D
Lepas ke TS cadang nak jalan-jalan ke Morib *entah kenapa lately ni teringin nak kesini okay!!* or Gohtong, alaa!! saja-saja nak jalan-jalan sambil cari makan untuk tengah hari tapi tengok jam masa tu dah pukul 2, so kalau pergi jugak mau baba tidur kat office kang..hehe!! jadi terus balik rumah dan apa lagi nak buat selain kita zzzzz!! Malam pergi Tesco lagi dan apa yang boleh dikatakan disini sememangnya tesco ampang sentiasa di hati..hahahaha!! nak pergi lagi dan lagi.. :D
Entri ni untuk 2 hari punya cerita makanya haruslah panjang *jangan bosanlah eh!! :D* Pagi tadi breakfast tak berani lagi nak minum milo so macam biasa jadikan kopi 'o' sebagai minuman pada hari ini, no more milo in the office eh!!..Serious sampai sekarang dayah tak mengantuk langsung okay!! semalam tidur masih lambat macam sehari sebelum minum milo tu pun..Soooooo!!??? Lagi pun dah beberapa hari ni dayah mengabaikan diet sebolehnya, makan ikut suka-suka hati je so hari ni nak start balik diet eh!! :D
Pagi tadi keluar rumah nak ke office macam biasa tapi jem di MRR2 hari ni luar biasa..Dari kawasan rumah dayah je dah start jem, ingatkan sebab dah ramai balik dari cuti CNY tapi rupa-rupanya ada kereta accident dekat area Tasik Selatan, 3 kereta terlibat and betul-betul dekat lane tengah..Masalahnya sekarang ni accident tu taklah seteruk mana pun, boleh dikatakan hanya tercalar or maybe tergesel sahaja so MASIH BOLEHKAN ALIHKAN KERETA KE TEPI JALAN RAYA TU, MASIH BOLEHKAN KERETA TU JALAN UNTUK DIALIHKAN KE TEMPAT YANG LAPANG SIKIT ni tak diorang nak jugak settlekan kat tengah-tengah jalan tu, haishh!! kau tau tak yang jem nya dah sampai mana?? prihatin sikitlah kepada kami yang nak pergi kerja ni pagi-pagi ni, tak pasal-pasal hari ni kami semua ni lambat masuk office okay!! *marah ni*
p/s : semalam baru dapat berita kawan dayah punya adik accident motor and sekarang ni dalam keadaan koma so marilah kita sama-sama doakan semoga dia cepat sembuh seperti sedia kala balik..Amin!!
No comments:
Post a Comment