2/28/2011

Jom kita bakar kalori!!

Hye semuaaa!!

Selepas bercuti-cutian di rumah selama 2 hari ni, malasnya hari ni nak bangun pagi tadi nak pergi kerja, asalkan monday je mesti macam ni kan, bad monday, hehe!! ehh!! tapi tak baiklah isnin kan permulaan hari so think positif sikit dayah so today mood tak lari mana-mana, tak rasa diri ini blur, semua nampak okay!! je, kerja pun smooth je berjalannya..so hari ni totally okay!! good monday.. :D

Hari ni dayah nak kongsi few tips tentang kesihatan, baiklah harus diakui tips ini diambil dari sebuah pamphlet, tapi takpelahkan at least dayah berkongsi bagi mereka yang tak dapatnya..hehe!! Baru-baru ni mama ada received newsletter dari nestle, setiap few months mama akan received mungkin sebab dulu mama selalu deal dengan nestle masa time kerja itu yang sampai ke hari ni tak putus-putus hantar je tapi bagus jugak dapat tau newsletter ni sebabnya setiap kali isu terbaru datang banyak informasi yang kita boleh dapat, resipi ringkas pun ada jugak tau..Ada satu tu dayah still simpan lagi sebab ada resipi milo, macam-macam and dayah pernah jugak tried salah satunya and newsletter ni selalu bagi informasi apa produk terbaru diorang yang baru keluar dipasaran..Macam kali ni punya isu pun ada jugak few product mereka yang baru..

So since masa dapat tu fizah dah katamkan dulu so masa dayah balik je kerja dia suruh baca..

fizah     :  nor, kau baca ni
dayah  : asal??
fizah     : kau cakap nak dietkan, nak jaga kesihatan kan?? ni haa!! tengoklah

Dayah pun belek-belek rupanya dekat dalam tu ada tips macam mana kita boleh kurangkan kalori dengan aktiviti harian kita..Ohh!! begitu..So dayah rasa apa salahnya kongsi sikit maklumat ni dengan u olls kan..baiklah jom kita cakap bersama-sama...SHARING IS CARING.. hehehe!!

Apa itu kalori?? Tak payah jawab, biar dayah bagi jawapannya, duduk je diam-diam situ baca..

Kalori adalah ukuran untuk tenaga dan tubuh badan kita memerlukannya untuk berfungsi, kalau terlampau kurang kalori pun tak bagus jugak contohnya macam lemak, badan kita memerlukannya tapi dalam kuantiti yang sangat minimalah, ini adalah untuk bagi tenaga dekat kita bila kita nak melakukan sesuatu*dah boleh feeling macam kau ambik medic dayah* uwekk!! Tapi kalau pengambilan kalori berlebihan pulak boleh menambahkan berat badan so ini yang paling tidak dimahukan kan..In fact, takut jugak dengan penyakit jantung kalau kita tak kawal kalori dalam badan kita..ishh!! insaf lepas ni nak bersenam..hahha!! So untuk membakar semua kalori kalori yang tak diperlukan itu kita haruslah sentiasa kekal aktif, tak naklah tidur je memanjang *ini kena remind fizah* Jadi ada yang kata nak pergi gym tak sempatlah, tak ada kawanlah, tak tau gym yang mana sesuai nak pergilah, nak jogging sorang-sorang malulah, tak ada kawanlah, dan macam-macam lah lagilah*ini semua alasan dayah sendiri eh!! hehe!!* so takpe nak bakar kalori tak semestinya kita kena bersenam di gym tapi dengan aktiviti harian pun dah boleh bakar kalori tu..

Mengelap/mop lantai :
bukan sahaja rumah kita bersih, berkilat malah sambil mop penat penat tu rupa-rupanya sambil tu kita bakar kalori dalam badan kita ni..Haishh!! kena lebih gigih mop lantai lepas ni, biar sampai boleh jadikan cermin kan.. :D Selama 20 minit aktiviti ini dilakukan sebanyak 62 kalori kita dapat bakar, kalau berjam-jam maknanya berkalori-kalorilah kan..wahh!! okay!! ada sesiapa disini inginkan khidmat bantuan membersihkan lantai rumah?? sila hubungi saya ye!!


Menari
Untuk part ni kan baik u olls cepat-cepat download lagu hindustan sebabnya lagu diorang kalau yang rancak bab menari memang tak kalah so cepatlah tak pun lagu k-pop, kan rancak jugak tu..Haa!! menari boleh tau membakar kalori sebanyak 155 kalori..Uikk!! banyaknya, nak start menarilah balik ni nanti..Poco-poco agak-agaknya okay!! tak??


Berjalan pantas
Kalau ada yang tak suka berjogging yet itu adalah exercise yang terbaik untuk kuruskan badan dan get fit takpe tak marah pun sebab tuan blog ni pun kalau bab jogging dia memang slow sikit tapi kalau tengok orang tengah jogging sibuk merungut nak jogging sama *kalau trackmill saya suka* so to those yang macam tuan blog ni kita boleh amalkan berjalan dengan pantas, tak kira nak pergi kedai ke, dalam office pun boleh jugak atau dekat mana-mana je asalkan berjalan dengan pantas bukan lenggang kangkung mak minah okay!!..Kalori terbakar sebanyak 222 kalori u olls, satu jam dah memadai..Balik nanti nak jalan kaki sepantas kilat..

Berjalan perlahan
Tak suka berjalan pantas?? takpe jugak sebab orang yang berjalan perlahan pun boleh membakar kalorilah so tak payah rushing rushing dah sekarang nak hantar document tu, jalan slow slow, nak nak yang pakai heels tu, kang jatuh susah pulak nanti.. :) 87 kalori dapat dibakar dengan hanya berjalan perlahan selam 30 minit..

Berkebun
Berkebun pun dapat membakar kalori, berkebun ini adalah cara yang baik untuk menggerakkan semua otot dalam badan, iyalah kita nak alihkan pasu bunga bukan calang-calang ringannya, berat okay!! walaupun dayah tak pernah melakukan aktiviti ini tapi tahu heavynya pasu-pasu tu tolak pasu kecil lah, itu melampau cakap berat jugak eh!!..So sesiapa rumah yang ada taman tu tak payah panggil gardener, buat je sendiri, kita yang nak bakar kalori bukan tukang kebun tu, sah-sah dia dah sihat sebab hari-hari berkebun je..Sebanyak 284 kalori dapat dibakar dengan hanya memperuntukkan selama 45 minit berkebun..Rumah dayah tak ada taman so yang ini dayah skip.. :D

Membeli keperluan dapur
Siapa cakap membeli belah tidak dapat membakar kalori sekaligus menguruskan badan?? SIAPA?? selain terapi untuk minda ianya jugak adalah terapi untuk badan kita u olls..Tapi dekat sini cakap keperluan dapur maknanya kalau shopping baju tak falls into this category lah kan?? Baru dayah tau yang membeli barang keperluan dapur dapat membakar kalori, mungkin barang dapurkan berat, bayangkan kalau beli minyak 5kg, beras 10kg tak termasuk yang lain-lain lagi so bila kita tolak troli tu *jangan ingat hangkut pakai tangan eh!! sampai rumah* kan kita menggunakan tenaga yang banyak nak nak kalau terdapat troli yang tayarnya ada masalah, lagilah banyak tenaga kita gunakan.. Sebanyak 145 kalori dapat dibakar selama 45 minit membeli belah barang dapur ni, kalau dayah tak adanya 45 minit, kejap sangat tu..hahahaha!! so kalori I banyak dah terbakar ni..huahahaha!! dan kena lebih gigih ke Tesco Ampang lagi ni..HAHAHAHAA!!

Berbasikal
Ini rasanya semua orang tau kan yang berbasikal adalah bagus untuk kesihatan, so jadikanlah berbasikal salah satu daripada aktiviti mingguan anda..Dulu dayah selalu berbasikal masa zaman sekolah, habis satu taman perumahan tu dayah jelajah, kira siri jelajah petanglah tu..Mana ceruk rantau dayah lalu tapi masih dalam area kawasan rumah dayahlah..Siap pakej kena kejar dengan anjing kecik lagi, nasib basikal ada gear, memangku pecutlah kan..hahah!! padan muka anjing tu kena tinggal kejar lagi kan..Sebanyak 192 kalori dapat dibakar dengan hanya berbasikal selama 1 jam..Kalau kena kejar dengan anjing mesti lagi banyak kalori yang terbakarkan iyalah lagi laju kita kayuh..

Memasak
Memasak pun boleh membakar kalori, wah wah!! macam ni kena lebih gigih masuk dapur untuk masak air..Tulah siapa sangka mak mak kita yang hari-hari memasak untuk kita tu rupanya mereka tu bukan masak untuk sekadar bagi anak dan suami makan tapi rupanya diorang tengah membakar kalori, patutlah mak saya kurus sejak retired ni..hahaha!! Maknanya mak kita ni sihatlah kan iyalah masak kadang-kadang bukan calang-calang lauk, kena berkungfu bagai baru siap satu dish yang sedap..hahaha!! So lepas ni dayah akan cari kerja dalam kitchen eh!! jom join sama..Sebanyak 68 kalori dibakar dengan memasak selama 30 minit, jadi dayah nak masak balik ni..*ermm!! maggi kari kalau rendam dalam air panas adalah jugak 5 minit nak tunggu kembang, nak masuk rencah lagi, masak air lagi..alaa!! kurang 30 minit, nak masak apa ni.....Okay!! MAGGI GORENG..

Tengok, rupa-rupanya nak bakar kalori bukan kita kena bersusah payah sangat pun, kegiatan harian kita ni pun dah memadai untuk membakar kalori so maknanya kita ni memang sentiasa membakar kalori kita cuma sekarang ni cara pengambilan makanan kena berjaga-jaga not too much of calories..Bayangkan aktiviti ni boleh dilakukan setiap hari so setiap hari kita boleh sihat..

 
Jadinyakan lepas dayah baca article ni terus terasa keinsafan diri untuk lebih gigih kuruskan badan dan sekaligus menjadi sihat so dihujung minggu yang lepas lebih spesifik semalam sempena hari ahad dayah telah melakukan salah satu dari aktiviti diatas.. TAK PERCAYA?? sila tengok ni...

 -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tengokkk!! dayah mop lantai semalam..

dengan penuh bergaya okay!!


hasilnya..

Bukan sahaja mengemop lantai tapi jugak :




pasang langsir pun dayah buat, ishh!! gigih berkemas macam esok nak raya je..

baiklah, tipu je..Baba yang pasangkan..

Jadinya mengikut kajian semalam dayah dah membakar banyak kalori..Patutlah hari ni rasa lebih sihat nak bertenaga..hahahaha!! Okay!! so pada u olls ingat eh!! aktiviti harian kita pun dapat membakar beberapa kalori dalam badan so amalkanlah salah satu daripada yang atas tu..

Selamat menjadi sihat.. :D

p/s : lagi sekali lunch tak ada mood nak makan mungkin sebab badan dayah sakit-sakit sekarang ni gara-gara semalam..Satu lagi tangan dayah kasar hari ni sebab semalam banyak kena sabun..bila nak lembut balik ni..

2/27/2011

TGI Friday - lunch time -

Heloo!! semua, adakah berabad dayah tak update ini blog?? ehh!! tak-tak semalam kan ada update tapi since semalam (jumaat) adalah hari blur dayah so nak update lebih-lebih tak bisa dong!! hahaha!! Betullah semalam dari pagi sampailah ke petang blur je, duduk depan pc tengok je pc tu, entah apa nak buat pun tak tau, macam kira otak beku tau..


Baiklah, entri kali ni nak cerita tentang makan-makan yang sepuluh kali janji nak pergi tu tak jadi-jadi, akhirnya jadi jugak minggu lepas..hehehe!! Dari lunch planning ke dinner, dari dinner ke lunch balik, last-last waktu lunch jugak kami pergi..Tapi serious tak best sebab macam terkocoh-kocoh, iyalah boss bagi masa 1 1/2 jam je so nak pilih makanan lama-lama pun tak boleh *boss cakap GM nak ikut, kan kalau dia ikut boleh lama-lama sikit, apalah boss ni*.. :D Itulah sebabnya kawan dayah yang seorang lagi tu prefer kalau buat dinner..Tapi apa-apa pun seronok jugaklah dapat lunch bersama, *mana tak seronok orang belanja satu, satu lagi makan dekat tempat yang KITAORANG ni pilih sendiri, tak sedar diri muahahahaha!!*Hari yang sepatunya dinner tu kan tak jadi because one of the staff MC kan, so that's why postponed and end up masa pergi ni pun dia tak ada jugak on MC, so baik pergi masa dinner hari tu, apalah!! 


tak ada maknanya nak pilih makan dekat restoran area-area kinrara, kami pilih TGIF terus.. :D

IOI mall TGIF..

serious muka mereka............

ohh!! boss tengah bagi briefing rupanya..

appetizer, fried mozarella..

tengok cheesenya.. 

strawberry slush..Saya adalah pengemar ais yang tegar jadi ini harus jadi pilihan..

chicken & prawn in one plate..Tak taulah apa nama makanan ni, di order oleh kawan dayah..

kawan dayah jugak yang order, tak tau apa nama makanan ni..

this is mine, Garlic marinated grilled lamb chop..

mestilah sedap!! kalau tak tak adanya licin habis begini..hehe!! 

Since habis makan je hampir-hampir 1 1/2 jam so part untuk dessert memang tak adalah, haishhh!! hahaha!! tapi apa-apa pun ini pun dah cukup alhamdulillah dapat makan sebabnya kenyang gilerrrr!! balik office macam malas nak buat kerja sebab mata kuyu je.. -_- *macam nilah mata saya di hari itu*

Ini je gambar yang sempat dayah snap itu pun guna HP je sebab camera tak stand by dalam beg so camera HP jelah guna, ada lagi gambar dalam kawan dayah punya HP lupa nak bluetooth semalam, nanti kalau dah dapat gambar-gambar tu insyaallah dayah postkan dekat blog ni.. :D 


2/25/2011

Dia berjaya


STALKER PALING BERJAYA...

^-^

BLURRRRRRRRR!! memanjang



I'M TOTALLY IN BLURRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR
TODAY!!

SINCE THIS MORNING I DO NOT KNOW WHAT I'M DOING AND TRYING TO DO IT..I'VE BEEN LOOKING AT MY PC AT ALMOST ALL THE TIME AND DOING NOTHING ON IT *accept doing some blogwaking and updating this* THAT'S ALL, DESPITE I'VE GOT A LOT OF THINGS TO BE DONE BY TODAY..OHH!! I NEED MY BRAIN BACK..hehe!!


2/23/2011

Dan akhirnyaaa!!

Selamat pagi semua...

Baiklah memulakan hari ini dengan perasaan sangatlah malas, tidur dalam kereta dari start jem sampailah depan office *tapi telinga tetap mendengar radio hot fm*..Sampai office pun tak bermaya je, terus capai mug buat secawan kopi ingatkan bagilah terbuka sikit mata ni ke, hilang sikit malas ni ke tapi tak berkesan langsung, mungkinkah kemalasan ini sudah sebati di dalam diri ini..ecehhh!!

Okay okay!! tak boleh nak malas malas..Hari ni kerja berlambak lagi..Meja dayah penuh dengan file-file barulah boleh feeling-feeling macam pegawai yang sedang busy duduk di hujung office ni..Wah!! berangan itu free dan harus ada so tak salahkan, tadi hangkut file-file tu macam iya-iya je seorang pegawai yang perlu menandatangani berpuluh-puluh document kira nak approval lah ni..ehh!! okay!! stop berangan, balik kepada alam reality yang bahawasanya dayah hanyalah pekerja biasa.. :)

U olls, at last sekali tadi bos dah bagi green light yang HARI NI LUNCH HOUR kami akan ke TGI FRIDAY, nasib diorang pilih TGI sebab sikit je lagi tadi nak makan dekat area kinrara ni..hehehehe!! *demand kau hidayah* baiklah ini adalah muktamad I think dan harap tak bertukar lagilah tarikhnya, kalau tukar gak, baiklah saya senyap terus..So u olls kejap lagi I punya Quacker oats diet lari so balik nanti kita berlari-lari anak di rumah ye bagi semua kalori lari jugak.. :D

Okay!! dayah nak sambung buat kerja balik so kepada u olls semua selamat makan tengah hari sebentar lagi.. :D

Tatabye!!

ThANKss for ReAdinG thissss!! :D

Talam Ubi Kayu

Salam tengah malam para hadirin sekalian, bunyinya macam seram kan bila tengah malam tu..hehehe!! *lagi seram dengar kau gelak hidayah oiiii!!*


Baik-baik, masa nak merepek tidak ada untuk malam ini sebabnya dayah nak berkongsi resipi kuih TALAM UBI KAYU yang seperti telah dijanjikan 2 hari lepas kalau tak silap.. :)..Nak menaip di office tukang pemberi resipinya tak ada *mak saya* dan seperti sedia maklum office kita tu sangat lah strict sampai pendrive semua mana boleh guna, satu pc tu jelah yang boleh guna pendrive tapi tak akan tengah-tengah buat kerja nak intrupt dia pulakkan, penampar kena kang *nampak sangat tak buat kerja di waktu bekerja, nasib tak ada budak office tau pasal blog ini* :)


Mari kita tukar tonasi suara dan cara berbahasa ini untuk menyesuaikan suasana ala-ala seperti di dalam rancangan memasak bersama kak wan gitu..ehh!! tukar nama glamour terus..hahahahah!! SUDAH TUUUU!! berhenti gelak, jom kita memasak kuih bersama,,


-TALAM UBI KAYU-

Bahan - bahan untuk membuat bahagian bawahnya:

  • 4 batang ubi kayu (2 yang besar & 2 yang kecil atau mengikut berapa banyak yang anda ingin buat, kalau mengikut sukatan ini satu loyang bulat bersize biasa tu) - Ubi ini dikisar terlebih dahulu
  • 1 paket           - Gula merah
  • 5 sudu besar - Gula putih
  • 1 helai            - Daun pandan
  • Sedikit garam

Cara - caranya :



  • Gula merah, gula putih dimasak bersama daun pandan serta air..Setelah masak tapiskan dan ketepikan seketika..
  • Sementara itu, ubi tadi setelah di parut atau di blend, haruslah di perah dengan menggunakan kain bersih untuk membuang sagunya..
ubi yang telah di blend..


menggunakan kekuatan yang sangat maksima untuk memerahkan ubi ini bagi membuangkan sagunya..

taraa!! hasilnya selepas dibuangkan sagunya, letakkan sedikit garam ye!!..*kering kontang begini jadinya setelah diperah secara kuat tadi*

  • Selepas mengikut langkah-langkah di atas bolehlah kita tuangkan gula merah yang telah dimasak itu ke dalam ubi ini..
gaulkan sehingga sebati..

inilah hasilnya ketika hendak dikukus *pastikan adunan lembik*..

  • Kukus sehingga masak selama lebih kurang 1/2 jam


Bahan - bahan untuk membuat bahagian atasnya :

  • 3 cawan         - Tepung gandum
  • 3 cawan         - Santan
  • 1 sudu besar - Tepung jangung
  • Sedikit garam

Cara - cara membuatnya :

  • Tepung gandum, santan dan secubit garam dimasak sehingga sebati, tambahkan satu sudu besar tepung jagung ke dalam adunan sebelum masak ini bertujuan untuk memekatkan aduanan ini bila masak nanti..
  • Kemudian tapiskan adunan ini..
  • Tuangkan adunan ini keatas adunan ubi tadi tapi pastikan ubi tadi sudah masak..

kukus lagi 1/2 jam untuk bahagian atas ini masak secukupnya..

Setelah masak tunggu adunan sehingga sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan..

SELAMAT MENCUBA..

inilah tukang masak kuih ini pada hari kejadian.. :)

sebelum tutup entri ni, ini adalah okay!! dayah tak tau apa nama makanan ini tapi ini dibuat daripada lebihan sagu tadi, agak sedap dimakan buat pertama kalinya tapi bila dah beberapa kali singgah dalam mulut seriously macam nak muntah pulak lebih lebih lagi mama pergi sound "gelinya nak makan macam hingus" so terus stop makan..Tak baik sungguh mama ni, hasihh!!


Tugas menyampaikan resipi telah dilaksanakan so sekarang dayah nak tengok GLEE ulangan..tatabye!! semua dan SELAMAT MALAM..!!

ThANKss for ReAdinG thissss!! :D


2/22/2011

Cara mereka ber-chatting dengan saya

Sekarang ni tahap kemalasan dayah adalah di tahap yang paling maksima sekali, kalau termometer tu haa!! sampai atas sekali silap-silap hari bulan boleh toinkkkk!! meletuss tau tak..Arghh!! kenapa masa macam slow giler ni, cepatlah pukul 5:30, nak balik ni..Hari ni serious lepas lunch hour tadi terus macam flet habis, sempat sebelum habis lunch hour tadi melelapkan mata sekejap dalam 15 minit *tak memadai*..Ehhh!! cepatlah jam ni, ke jam ni rosak?? Jap, nak check dulu..

Baiklah semalamkan tengah-tengah malam saja jelah on FB, I mean make it myself visible untuk chatting sebab entah saja nak berburak-burak so adalah beberapa orang yang chatting bersama dayah..Yang sorang ni dari Hyderabad, entah apa yang dia merepek pun dayah tak tau, tak habis-habis cakap "you are so hot" "you are so hot" giler ke apa?? okay!! frankly speaking adalah jugak terasa macam wah!! ada orang panggil I hot tapi bila tersedar dari lamunan woii!! aku mana ada hot, tengah kepanasan sebab aircond rosak adalah.. :D So dayah taklah perasantan sangat pun sebab alaa!! biasalah mula-mula nak berborak masa tu lah keluar semua hot lah, gorgeous lah, super duper fucking hotlah dan macam-macam lagi terma-terma yang ingin diorang klasifikasikan diri kita ni..So kesimpulannya ku buat bodoh je sampai dia punya line mati dengan sendirinya..hahaha!! padan muka kau cakap lagi 'hot' 'hot' kan dah 'HOT' kau punya laptop tu yang terus mati dengan sendirinya dah sama macam laptop ku.. :p

Satu lagi, dia ni dayah perasan adalah budak sekolah dayah cuma dulu tak pernah bertegur sapa, kan dah ku bilang dulu diriku ini comot so tak kose orang nak tegur I..hehe!! So bila jumpa balik dekat FB apa lagi haruslah add sebab dah besar kecomotan time sekolah dulu agak berkurangan so bila letak profile picture agak-agak nampak kurus semua time ni nak add baiklah profile picture dayah tak pernah nampak hot pun walau sekalipun so jangan terpedaya sangat eh!!.. -_- *serious dayah tak pernah add diorang but diorang add dayah okay!! nak budget dia ni hotlah kunun-kunun baiklah TAK OKAY!!* hekhekhek!! So sebelum ni kan kalau dia start chatting always be like this :

si dia      :hi wat pew tu?? *nasib tak kena penamparkan??*
dayah    : chatting
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ini adalah tahap kelamaan dia nak tulis another ayat, kemudian tu :

si dia     : kat mane tu??
dayah   : rumah
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Okay terus tak balas sampai lah dayah offline..

Second time dia chatting pun macam ni jugak, third time pun sama jugak *tak payahlah buat conversation tu eh!! sebab kang u olls confirm muak sama je soalan dan jawapan seperti diatas tu.. :) So I think semalam untuk ke empat kali kot dia start chat, dan yang ayat paling tak boleh blah ialah :

si dia     : hi syg tgh wat pew tu??

pause sekejap..........................................................................................................................

lepas tersedar dari kaku seketika, gelak jap......................................................................
lepas tu baru balas..

dayah    : ni kenapa tiba2 panggil sayang?? salah orang ke?? *rasa nak muntah pun ada* :)
si dia      : np tak boleh ke??
dayah    : takdelah tak pasal-pasal panggil orang sayang ni knp??
si dia      : ok,dekat mana ni?? *entah apa yang okay!! pun tak tau*
dayah    : malam-malam buta macam ni ada dekat rumahlah..

Baiklah terus tak jawab sampai lah dia offline..

So kesimpulannya janganlah baru 4 kali chatting terus panggil sayang ehh!! geli dengar okay!! Adakah dia berharapkan dayah balas balik "iya, sayang, sayang ni tengah chatting dengan sayanglah" memang TAK LAH YEE!! NAK JAWAB SEBEGITU RUPA..

p/s : malam ni nak ajak mama,baba, fizah pergi tesco beli eno.. :D

Limau Panas

Selamat hampir-hampir tengah hari semuaaa!!

Hari yang masih lagi busy, pening dan mari kita berehat sebentar bersama bukan kit kat tapi blog..hehehe!! Dayah tengah menahan mata dengan lidi daripada mengantuk yang terlampau ni *inilah dia kalau orang kaki tidur bila berkerja* :D

Semalam dayah pergi rumah my cousin kejap lepas tu balik singgahlah kedai mamak yang berdekatan nak minum-minum sekali kan buat pertama kali seumur hidupku dayah minum LIMAU PANAS..hahaah!! pecah rekod dunia tu tak pernah pernah dayah order limau panas tapi malam tadi terasa semangat untuk kurus tu datang menderu bak angin bayu terus menyapa wehhhhh!! bangun.. :D ohh!! maaflah ayat-ayat tadi tu adalah ayat mengigau tapi yang order limau panas tu benar ehh!! Mama sampai cakap "kau betul ke nak yang panas ke ais punya??" "Ma, betullah panas punya" bukan mama sahaja yang terkejut tapi fizah lepas ambik order siap tanya "kau nak jaga suara ke nor?? aku terperanjat dengar kau order limau panas" dayah reply dengan menjerit ala-ala Mariah Carey gitu *menjerit secara perlahan ye sila maklum* Tapi serious muka fizah memang muka lagi terkejut daripada mama.. :D Mama suruh order makanan pun dayah refuses sebab waktu masa tu dah agak ke tengah malam so mana boleh MAKAN AFTER 8 MALAM..heeee!!

Nampaknya starting yang agak memberangsangkan untuk berdiet secara hemah mulai bulan ini dan seterusnya..So keep it up dayah, ehh!! bukan keep it up teruskan minum air limau panas tapi teruskan usaha tu..Usaha tangga kejayaan dayah, ingat tu.. :)

Cerita pasal limau panas ni kan dulu kawan dayah dia punya housemate gila nak kurus cepat padahal badan dan kurus melidi but still tak puas hati *wehh!! aku lagi tak puas hati bila kau cakap macam tu sebab terasa I gemuk okay!! hekhekhek!!* so every morning, every morning okay!! before eat anything dia akan buat satu gelas air limau panas ni, and limau bukan sikit-sikit haaa!! ambik kau satu plastik tu setengah limau untuk dia sahaja..Kitaorang yang gemuk-gemuk ni tengok pun takut tau iyalah pagi-pagi kau minum air limau kau tak takut ke nanti kena ulser perut ke gastrik ke, dulu dayah pernah minum limau ais depan baba pun kena tegur cakap nanti kau punya perut sakitlah padahal depan mata tengah mengadap satu pinggan nasi lauk ayam ni.. :) So bila tengok dia macam tu rasa menakutkan pulak cara dia berdiet, itu kurus memang kurus tapi the end of the day masuk hospital terus, sebab cara diet tu tak seimbang langsung..Dia tengah hari pun bantai minum air limau, ibarat macam mineral water jadinya..haishh!! melampau tu, tak taulah kalau makan lepas tu dia muntahkan balik nanti jadi macam anorexia..Jangan wehh!! badan kau dah okay tu!! kang kurus kering melenting dah tak cun..hehe!!

Jadi berdietlah secara sihat ye kawan-kawan..Baiklah saya mahu pergi lunch makan Quacker oats lagi hari ni, lately ni asyik dengar, baca, tengok iklan Quacker oats, perli ke apa..Tapi takpe asalkan jantung I sihat..Okay!! byeeeeee!!

2/21/2011

Jangan guna perkataan sebegini

hi, sapew name??
tengah wat apew tu??
awak chat??
awak ni tomei lah
tinggal kat manew??
napew tak angkat call saya??

SILALAH AMBIL PERHATIAN JENIS BAHASA APAKAH INIEW??..EHHH!! TENGOK TERBAWA-BAWA TAU TAK..

OKAY!! SERIOUS *INI APASAL TIBA-TIBA TULIS DALAM CAPITAL FONT?? OHH!! YAA!! LUPA NAK TUKAR*

Baiklah kembali kepada asal, baiklah untuk pengetahuan semua dayah adalah amat PANTANG SEKALI bila orang chatting dengan dayah guna those ayat dekat atas tu especially yang belakangnya ada W..Kenapa harus ada huruf W belakang tu?? kenapa?? *jerit*dayah sendiri tak faham setiap kali kalau chatting dengan beberapa orang ni mesti nak letak huruf W dekat belakang, kalau nampak cool takpe jugak ni macam susah je nak menyebut satu lagi kadang-kadang sampai tak ku faham apa soalan yang cuba dia tanya ni..So tak payah huruf W tu, lagi cantik nampak ayat tu without huruf W..

One more thing dayah paling tak suka kalau orang chatting atau tak kisahlah apa-apa je yang menggunakan bahasa PELAT..For example, tomei, shayang, cedap, ucuk, *uwek!! tau tak* dayah sumpah geli nak mampos kalau ada yang hantar message macam ni dekat dayah..Rasa macam nak delete je terus apa yang di send tu..I've experienced dealing with this kind of people okay!! rasa macam nak tampar je dia bagi dia tersedar terus send sms tak ada word word pelat ni lagi..

Baiklah itu cara orang sekarang berbahasa barangkali tapi for me kalau kita dah besar cuba being like orang besar bercakap tak payah lah nak macam ala-ala adik tomei okay!! Tapi kalau nak chatting with me, send me an sms please and please do bare your mind not to used these kind of word again okay!! :D

Freedom to speak out what I'm dislike and no hesitation okay!!.. :D

Baju idaman

Selamat Pagi semuaaaa!! or ada yang baca ni waktu malam?? Okay okay!! selamat malam semuaaaaa!!

Baiklah sebenarnyakan dayah nak kongsi resipi kuih talam tau sebab last week mama ada buat untuk minum petang kami di rumah..wah!! bunyi macam kita berada di kampung pandan halaman kan bila petang-petang ada kopi 'o' *tapi dekat rumah tak ada maknanya nak minum kopi 'o', harus kena ada kopi with creamer atau kopi susu lah* lepas tu dihidangkan dengan pelbagai jenis kuih muih traditional melayu, wooo!! best tu..Budaya melayu jangan dilupakan walaupun anda suka makan cheese..*tetiba je*..Tapi disebabkan tahap pelupa tu makin tinggi *ini gara-gara kurang makan ikan makanya jadi pelupa* so setiap kali ada dekat rumah mesti terlupa nak buat entri pasal resepi ni, nak tulis dekat sini boleh tapi gambar tak ada jadi tak best nanti story kita..Baiklah malam nanti dayah update pasal resepi tu eh!! *promise*

Baiklah dayah sudah dapat perkhabaran bahawasanya bulan 5 ni kalau tiada aral melintang insyaallah kami sekeluarga akan ke Singapura lagi sekali untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu dayah lagi, yang sebelum ni abangnya kahwin so sekarang giliran adik bongsu dia pulak..So lagi sekali bercuti kita di Singapura, wehuu!! suka okay!! siap ni dah cadang sampai nanti nak pergi mana, nak beli apa..haishh!! lambatnya lagi eh!! hehehe!!

Tema untuk kali ni belum ditetapkan lagi sebabnya semua orang *sedara yang lain* masih belum tahu lagi the exact datenya cuma dayah and the family je yang tahu sebab mula-mula cadang nak pergi naik flight and balik daripada Singapura nak naik kereta api so since masa tu konon-konon nak buat booking *sebab time ni murah okay!! flightnya pergi untuk 4 orang baru RM154.00* dayah pun message lah my cousin ni tanya dia punya tarikh wedding, tu yang dayah kira orang MALAYSIA pertama yang tahu..hahahaha!! Last-last sekali tak jadi naik flight atas alasan the next day tengok harga ticket dah mahal balik, baiklah cancel plan nak naik flight kali ni kita bertukar ke arah naik kereta api pulak.. :D tapi ticket tak beli lagi sebab bila semalam check untuk booking online bulan 4 punya belum ada lagi so kita hold sampai next month eh!! Mama lebih suka kalau pergi Singapore naik Kereta api daripada bawa kereta sebabnya nanti dekat sana kereta parking je sebabnya kami lagi prefer naik public transport rather than bawa kereta kang sesat mana-mana siapa susah?? KAMI JUGAK!! hehehe!! sebabnya baba dah tak familiar macam dulu dengan jalan dekat sana so baik naik public transport je lagi pun macam last year yang pergi tu kami bawa je kereta gunanya dekat sana bila waktu sampai and nak balik, sepanjang dekat sana banyak naik kereta my cousin yang orang sana and public transport so tak payah kali ni nak bawa kereta..Baiklah berbalik kepada tema color yang masih belum ditetapkan lagi so dayah wish sangat-sangat kali ni diorang buat tema color merah sebabnya dayah teringin nak buat baju lace style ala-ala indonesia *yang belakangnya labuh depanya pendek tu* dengan kain batik dan warna baju tu MERAH..Mengidam sangat ni nak pakai color ni walaupunku tahu kulitku tidaklah secerah zizie ezette.. :D tapi tak kira nak jugakkkkkk!! so itulah dia baju idaman dayah untuk kali ni punya wedding sebab ini semua gara-gara tertengok sinetron indonesia tu bila diorang ada scene kahwin dayah suka tengok baju kebaya diorang cantik tuuuu!! o.O

Selagi tema warnanya tak diberitahu lagi selagi tulah kain tak dapat nak beli lagi so bulan ni dayah dah berazam mahu mendapatkan kasut idaman yang bakal dipakai bersama kebaya itu nanti dulu..hehehe!! kasut ni dah menjadi idaman sejak bulan lepas lagi bila asyik-asyik selak majalah kasut ni yang diorang tunjuk..Kasut jenis apakah itu?? jeng!! bagi u olls suprise nanti eh!! bila dayah dah beli akan di publishkan di entri yang seterusnya..hehehe!! tungguuu tauuuu!!

So sekarang ni diet secara besar besaran bakal dilancarkan bermula hari ini..Azam untuk pakai kebaya tu nanti so kena patuhi diet secara berhemah yee HIDAYAH.. :D so silakanlah kawan-kawanku sekalian doakan dayah berjaya ye kurus sikit masa wedding tu nanti.. :D

p/s : macam-macam ragam manusia kadang-kadang kita bakal jumpa kan..Lagi meningkat usia kita selagi tulah kita akan jumpa dengan pelbagai jenis manusia.. :D

2/20/2011

Saya Seorang Blogger Yang Aktif



thankss!! sekali lagi untuk Mr. Ben sebab buat lagi satu segmen yang boleh kami semua ni ikut serta.. :)



Ayam pencen dan makanan berkalori

Selamat awal pagi semuaaa...!!


Maaflah lamanya tak update blog ni *baru 2 hari je dik oiii!!* almaklumlah hari jumaat lepas memang dayah super duper busy dengan kerja, nak meet dateline end of this month kan, iyalah this month pun ada 28 hari je so kejap..haaa??!! dah nak masuk bulan mac, masa berjalan macam naik kapal terbang punyalah cepat..So disebabkan super duper busy itu makanya terbengkalailah blog ni sorang-sorang, kesian dia..Semalam pulak nak update tapi disebabkan kesakitan perut tahap melampau lampau makanya terpaksalah ditundakan siaran ke hari ini, hanya melakukan blogwalking je semalam pagi.. :) 


One more thing my stylus dari hari jumaat hilang, entah kemana pun dayah tak tau..Ingat tinggal dekat rumah bila balik office tertonggeng-tonggeng mencari tak jumpa pun, ingat balik mungkikah tertinggal di office, jawapannya tak mungkin sebab masa dekat office I think dayah tak guna handphone langsung *almaklum orang busy mana nak pegang hp* heeee!! :D so manakah dia hilang?? entah!! sekarang ni amatlah susah nak guna hp, later-later lah I jawab massage u olls eh!! tapi tadi my cousin massage kena jugak jawab so terpaksalah capai apa-apa yang muncungnya tirus untuk jadi my temporary stylus..yeahhh!! jumpa hairclip, try try ehh!! macam cool je bila pakai so sekarang ni dayah menggunakan hairclip okay!! bagi menggantikan stylus.. :D


tadaaa!! coolkan?? tak ke macam hairclip serbaguna macam ni.. 2 in 1

Semalam mama buat rendang ayam..Rumah dah bau macam nak raya punyalah wangi tapi dayah tak makan sikit pun semuanya gara-gara ayam itu dibeli dalam last week tak silap, 2 ekor okay!! baba ambik so bila the next day nya nak buat sup bila dah masak masa makan tiba-tiba fizah cakap ayam ni keras, so its ayam pencen okay!! bila dah diselidik balik..Ini dah 2 kali kami terbeli ayam pencen..Entahlah, dia tak tulis pun yang itu ayam pencen sebab masa sebelum ni mama ada jugak nak terambik ayam pencen tapi tukang potong ayam tu warning, kak ini ayam pencen tau so taklah mama beli..Tapi kali ini sorang pun tak bagi tau even tak tulis pun, masa tengah beli ramai yang beli maybe masa tu tengah fikir ayam MURAH!! jadinya seekor ayam tu tersimpan rapi dalam fridge, nak buang sayang so pagi tadi mama transformkan ayam itu menjadi rendang, mama cakap kalau ayam macam ni masak rendang bagus sebab tak hancur..Tapi dayah ada satu peel ni bila cakap itu ayam pencen macam mana kau masak best pun, sedap pun dayah geli nak makan.. :) so tadinya tengah hari memang dayah tak makan pun, kira berdiet hari ni..Mama tanya kenapa tak makan?? dayah jawab tak naklah gelilah..Mama cakap itu ayam sama je cuma di kategorikan dah pencen je, ayam tu dah lembut sikit tu makanlah..Opss!! macam mana pun dia tetap ayam yang dan pencen so TAK MAHUUUU!! 

KATAKAN TIDAK PADA AYAM PENCEN..HAHAHAHAHAHAH!!

makanya sampai malam lah dayah tak jamah sikit pun..So disebabkan dayah tak makan-makan lagi mama ajak keluar malam tadi pergi minum-minum teh so dayah dah terorder roti canai *I know roti canai tak elok untuk orang yang berazam nak diet tapi satu keping jeeee!!* Dah makan ronda-ronda dalam kereta dan beli ini pulak..

hari tu fizah makan terasa teringin pulak so this time I beli 2 u olls..

Cakap nak berdietkan sebab konon-konon tengah hari tak makan tapi ni apa, sampai 2 makanan yang berkalori tinggi masuk dalam perut?? hehehe!! :D

p/s : baru dapat phone called dari kawan dayah, adik dia yang tenat dekat ICU tu baru je meninggal dunia..Al-fatihah untuk arwah.. :'(


2/17/2011

Cerita hari ini

Selamat pagi/tengah hari semua,

Hellooo!! pagi yang masih lagi busy dengan paper bertaburan di meja ku ini..Before lunch harus di settlekan semuanya..Takpe-takpe bos tak ada, update kejap boleh eh!! So how's your day today and last day?? ada yang muram durja, happy meal, atau yang everage je dia punya feeling?? okay!! tak kisahlah apa pun feelingnya mari kita senyum *tengah dengar lagu senyum ni* :D

Hari ni dayah nak kongsi sikit, tadi, kira baru je lepas ni kawan dayah offer "do you want anything from Mc'Donalds, cause I'm going to buy Mc'd for lunch today since shahrul craving for fish fillet" U olls nak tau tak dia nak pergi Mc'D just because of one of our friend craving for it, my friend ni tengah pregnant so ngidamlah tu.. tehee!! and disebabkan itu dia sanggup nak belikan bukan sebab dia nak pergi somewhere tapi sebab kakak yang pregnant ni..Haishh!! baikkan?? 

Dalam kehidupan ni kita nak jumpa seorang yang betul-betul boleh digelarkan sahabat memang sangat sukar, sahabat bukan sahaja bila ajak keluar jom tapi sahabat karib ialah sahabat yang sanggup kongsi suka duka bersama-sama kita..Bukannya bila kita happy dia pun happy siap belikan happy meal lagi untuk kita tapi bila kita sedih, dalam kesusahan masa tu lah kita nak bantuan dia, dia melarikan diri atas alasan tak nak ikut campur dengan masalah kita, nak mintak tolong belikan happy meal pun dia tak nak padahal kita nak belanja ni..So far dayah sangat bersyukur sangat sebab dayah dikurniakan sahabat-sahabat yang baik-baik belaka, tak ada yang tikam belakang *aku bagi kau kuih lompat tikam kang baru tau*, tak ada yang bongkak, tak ada yang jahat, semua mereka ni boleh dikatakan baik-baik belaka..Rasanya sebab kawan dayah tak ramai sangat kot, berapa kerat jelah pun tapi tak kisahlah hopefully dayah tak berjumpa dengan makhluk-makhluk yang seperti ciri-ciri diatas.. :D

Wahai semua kawa-kawanku ketahuilah bahawasanya saya nak buat kerja balik..Nanti kang bos jerit siapa nak jawab??

Baiklah tatabye.. :D

p/s :

semalamkan ada actor from india datang office baba, and baba dapatlah snap one picture together but then bukan daripada hp baba tapi hp orang so bila balik baba cerita yang nama dia ada kapoor so dayah pun buatlah assumption :

dayah     : ba, ranbir kapoor ke??
baba       : manalah baba kenal, tapi orang nya tinggi, tak gemuk sangat, muka tak shave,
                  adalah jugak dalam 6 foot tingginnya..Baba manalah kenal itu pun si jessy yang
                 bagi tau dia ni actor..
dayah     : ba, kalau macam tu ranbir lah!!
baba       : haaa!! ranbir kapoorlah jessy cakap..
dayah     : *terjerit-jerit bagai orang giler* jap *meluru pergi laptop baba bukakan gambar
                   ranbir*..Ba, ini ke??
baba       : haaa!! inilah,
dayah     : ma, fizah...ranbir ada dekat Malaysia *muka penuh excited* ba, dia buat apa dekat
                  sini, ada shooting ke??
baba:      : dia cakap ada release his new film minggu ni, lepas tu dia jumpa pegawai adalah
                  hal sikit dia cakap..
dayah     : jah, weh!! aku rasa kan film rockstar ranbir tu..wehh!! SRK datang Malaysia,
                  ranbir pun, dekat je diorang dengan kita ni..haishhh!! kena ambik cuti macam ni..
                  bila selalu hindi movie release haa!! kat sini??
fizah        : jumaat, khamis selalu cite melayu, orang putih..
dayah      : esok pergi kerja nak mintak unpaid leave lah dengan cherly jumaat ni..nak tengok
                   cite tu mana tau dapat bergambar dengan ranbir..*over excited okay!!*

selang beberapa jam kemudian..

mama     : norrrrrrrrrrrr!! *jerit dari bawah tembus ke bilikku*
dayah     : yup!! kenapa ma??
mama     : marilah turun

berlari-lari anak menuruni anak tangga....

dayah     : kenapa??
mama     : bukan ranbir lahh!!
dayah     : habis tu siapa??
baba       : ni haaa!!

okay!! dayah memang tak ingat dah nama actor tu, something bunyi like shardaat..entahlah siapa entah nama dia tapi kenal jugaklah sebab ada jugak dia berlakon sebelum ni..

dayah     : laaaaa!! iya-iya ingatkan ranbir turun KL..
mama     : kena tipu daa!!

nai tangga dengan hampanya..hehe!! lepas tu tiba-tiba gerimis..

mama     : nor, kau nangis ke hujan renyai-renyai ni, air matamu berguguran..
dayah     : :D heeeeeeeeeee!!

Sekian cerita saya hari ini.. heeeeeeeee!! :D
ni betul-betul tatabye..

Eco Cafe - Desa Pandan -

Selamat tengah malam..Kalau ikut jam rumah dayah yang senantiasa akan cepat 5 minit ni jam dah menunjukkan waktu nak tengah malam..Ada ke yang takut nak baca blog sorang-sorang tengah malam macam ni?? haaa!! tengok kat tingkap bilik u olls tu, apa yang melayang-layang tu?? heheheheheh!! seram tak?? perasaan macam ni lah best nak nak lagi kalau kita tengah bercamping dalam hutan..perghh!! *ini adalah nada takbur ye daripada saya, jap lagi sekali pintu tertutup sendiri baru tau nak terjah bilik mak ayah* :D


Cukup!! saje je nak bagi u olls rasa keseraman bila sorang-sorang dalam bilik..hehe!! Ingat tak petang tadi dayah ada promise nak buat satu entri pasal makan-makan kan?? kalau tak ingat pergi cari sendiri, make your own effort..lalalala!! 


Early bulan ni dayah ada try makan dekat ECO CAFE, cafe ni terletak dekat area Desa Pandan..First time lalu dayah ternampak terus macam ehh!! macam best je cafe ni in term of the name itself..Almaklumlah sejak dunia sibuk mengadakan pelbagai kempen menjaga bumi ni, so bila dayah pertama kali terserempak dengan nama cafe yang macam ni, macam terus tertarik nak mencuba mana tau dia guna bahan-bahan semulajadi yang dapat safe kan environment kita kan..Kalau sesiapa yang nak mencuba boleh je pergi ke area Desa Pandan sebelah secret recipe je cafe ni..


menu dulu..

selection menu yang agak menarik jugak..

muka yang sedang menunggu makanan, minuman..

muka ini jugak, ohh!! muka orang tengah bercuti..

ni lagi dasyat tidur terus..

air pilihan siapa lagi kalau bukan mama..Rasanya sedap jugak!!, hahahaha!!

kalau bukan nescafe yang diorder oleh baba itu bukanlah baba saya, mungkin ayah orang lain..

Eco Eyes ( red dragon fruits, banana, lemon) fizah yang order..Ini sedap okay!!

this is mine, macam biasa adik beradik kopi menjadi pilihan..

karipap I think sardine, lupalah!!

ini pun saya lupa nama menunya.. :) tapi lebih kurang 1/4 roasted chicken with rice..*kalau salah tolonglah jangan marah*

ini kalau tak tau memang nak kena cepuk!! Chicken chop u olls..

mashed potato..Ini agak kurang sedap rasanya..Presentation pun menghambarkan hati pelanggan yang suka kan presentation yang kelam kabut sikit..hhehehe!!

kosong pinggan..


Makanan main hanya di order 2 sahaja sebab takut nanti tak habis kalau ambik satu-satu..Lagi pun amalkan lah konsep 'sharing is caring' ehekk!!

air ni tak masam pun,kenapa raut muka mama macam ni pun confuse..

ma, tengok fizah rileks je dia minum..

kekenyangan 1

kekenyangan 2..



sekian disini sahaja laporan saya untuk episod makan-makan kali ini..Sehingga bertemu lagi..Amacam ada gaya macam pengacara makan-makan tak??

Makanan dekat cafe ni nak kata tak sedap sangat tipulah, kalau tak manakan licin pinggan-pinggan kami tu tapi nak kata sedap terbaikk wok!! pun tak jugak sebab ada few masakannya macam agak kureng sikit so kalau nak mencuba tak salah..Tengok rating bagi pun ala-ala juri pertandingan memasak tau..

okay!! tatabye semua!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...