2/23/2011

Talam Ubi Kayu

Salam tengah malam para hadirin sekalian, bunyinya macam seram kan bila tengah malam tu..hehehe!! *lagi seram dengar kau gelak hidayah oiiii!!*


Baik-baik, masa nak merepek tidak ada untuk malam ini sebabnya dayah nak berkongsi resipi kuih TALAM UBI KAYU yang seperti telah dijanjikan 2 hari lepas kalau tak silap.. :)..Nak menaip di office tukang pemberi resipinya tak ada *mak saya* dan seperti sedia maklum office kita tu sangat lah strict sampai pendrive semua mana boleh guna, satu pc tu jelah yang boleh guna pendrive tapi tak akan tengah-tengah buat kerja nak intrupt dia pulakkan, penampar kena kang *nampak sangat tak buat kerja di waktu bekerja, nasib tak ada budak office tau pasal blog ini* :)


Mari kita tukar tonasi suara dan cara berbahasa ini untuk menyesuaikan suasana ala-ala seperti di dalam rancangan memasak bersama kak wan gitu..ehh!! tukar nama glamour terus..hahahahah!! SUDAH TUUUU!! berhenti gelak, jom kita memasak kuih bersama,,


-TALAM UBI KAYU-

Bahan - bahan untuk membuat bahagian bawahnya:

  • 4 batang ubi kayu (2 yang besar & 2 yang kecil atau mengikut berapa banyak yang anda ingin buat, kalau mengikut sukatan ini satu loyang bulat bersize biasa tu) - Ubi ini dikisar terlebih dahulu
  • 1 paket           - Gula merah
  • 5 sudu besar - Gula putih
  • 1 helai            - Daun pandan
  • Sedikit garam

Cara - caranya :



  • Gula merah, gula putih dimasak bersama daun pandan serta air..Setelah masak tapiskan dan ketepikan seketika..
  • Sementara itu, ubi tadi setelah di parut atau di blend, haruslah di perah dengan menggunakan kain bersih untuk membuang sagunya..
ubi yang telah di blend..


menggunakan kekuatan yang sangat maksima untuk memerahkan ubi ini bagi membuangkan sagunya..

taraa!! hasilnya selepas dibuangkan sagunya, letakkan sedikit garam ye!!..*kering kontang begini jadinya setelah diperah secara kuat tadi*

  • Selepas mengikut langkah-langkah di atas bolehlah kita tuangkan gula merah yang telah dimasak itu ke dalam ubi ini..
gaulkan sehingga sebati..

inilah hasilnya ketika hendak dikukus *pastikan adunan lembik*..

  • Kukus sehingga masak selama lebih kurang 1/2 jam


Bahan - bahan untuk membuat bahagian atasnya :

  • 3 cawan         - Tepung gandum
  • 3 cawan         - Santan
  • 1 sudu besar - Tepung jangung
  • Sedikit garam

Cara - cara membuatnya :

  • Tepung gandum, santan dan secubit garam dimasak sehingga sebati, tambahkan satu sudu besar tepung jagung ke dalam adunan sebelum masak ini bertujuan untuk memekatkan aduanan ini bila masak nanti..
  • Kemudian tapiskan adunan ini..
  • Tuangkan adunan ini keatas adunan ubi tadi tapi pastikan ubi tadi sudah masak..

kukus lagi 1/2 jam untuk bahagian atas ini masak secukupnya..

Setelah masak tunggu adunan sehingga sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan..

SELAMAT MENCUBA..

inilah tukang masak kuih ini pada hari kejadian.. :)

sebelum tutup entri ni, ini adalah okay!! dayah tak tau apa nama makanan ini tapi ini dibuat daripada lebihan sagu tadi, agak sedap dimakan buat pertama kalinya tapi bila dah beberapa kali singgah dalam mulut seriously macam nak muntah pulak lebih lebih lagi mama pergi sound "gelinya nak makan macam hingus" so terus stop makan..Tak baik sungguh mama ni, hasihh!!


Tugas menyampaikan resipi telah dilaksanakan so sekarang dayah nak tengok GLEE ulangan..tatabye!! semua dan SELAMAT MALAM..!!

ThANKss for ReAdinG thissss!! :D


4 comments:

Madam Sooyaree said...

Sedap!!!

Hidayahsalleh said...

silalah buat bagi yang duduk diperantauan ini..hehehe!! :)

Unknown said...

sedap lah!

Hidayahsalleh said...

silalh cuba..hehehe!! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...