12/30/2010

Cuti Umum!!

Tengok tadi bola dari mula sampai habis tapi bila time nak ambik hadiah tu kami sekeluarga membahagiakan diri ke tesco, iyalah Harimau Malaya kita dah juara pertama kali pulak tu, haruslah kami pun sambutnya dengan keluar ke tesco..Uikk!! bangga tak terhingga tu, ini baru dipanggil Harimau..Phewitt2!!

Dalam kereta ada jugak tertanya-tanya jadi ke esok cuti ni, betul ke seperti ura-ura yang berkata akan ada cuti umum kalau Malaysia menang?? betul ke PM kita nak bagi cuti?? Semua persoalan yang bersangkut paut bermain-main di ruangan udara kepala otak ni..Kalau jadi memanglah happy tak terhingga kan, *guling-guling* siapa yang tak nak cutikan, siap buat request pada diri sendiri lagi kalaulah Malaysia score banyak gol bolehlah kiranya dapat 2 hari cuti boleh sambung sabtu ahad sekali..Sempena new year!!

Lepas tu kita pendekkan cerita, tak payahlah tau apa lagi persoalan yang bermain di kepala ni..Tadi masa tengah berFB'ian tiba-tiba ada orang post berbunyi begini "dengar je jumaat ni cuti terus hilang rasa ngantok" dayah apa lagi terus tengok older2 post kat FB tu nak surekan betul ke jumaat ni cuti seperti dinyatakan di wall budak ni?? Terbaca lagi satu post berbunyi begini pulak " Najib umum jumaat ni cuti umum.... yeeaayyy!" *okay salin bulat-bulat orang tu post, nasib pendek kalau panjang tiru gak sebijik-sebijik & satu lagi, semua post tu tak berbunyi langsung pun okay!! jangan khuatir sangat*..Masih tak percaya sangat lagi, iyalah FB ni kadang-kadang berinformasi kadang-kadang auta je lebih kan..nak bikin havoc giteww!! So sekali ada sorang ni post lagi *tak payahlah salin balik eh!! sebab ni memang betul-betul panjang tak terkata* cakap memang cuti jumaat ni, asal dayah percaya terus apa yang dia cakap sebab pertama : muka dia nampak jujur, kedua: ayat yang digunakan sungguh sopan dan penggunaan tatabahasa yang penuh tatasusila, ketiga: gambar profile picture dia sangat nampak baik orangnya..Boleh diterima pakaikan reason-reason dayah percaya dia cakap ohh!! satu lagi kira yang keempat: dia kawan sekolah dayah yang masa time sekolah memang tak pernah tegur langsung sebab iyalah saya dulu budak comot je kat sekolah..*emo* tapi lepas sekolah jumpa kat FB terus add as friend tu, dia add dayah okay!! *perasan dah hot sikit je, sikit je tau dari dulu*

Okay!! melalut sampai ke laut, berbalik dari topik tadi so lepas dia post kat FB terus dayah jerit cakap "MA, NAJIB UMUMKAN JUMAAT NI CUTI, ALAMAK BESTLAH, LOVE U LAH PM, I HEART U SO MUCH PM..OHH!! NAJIB BAGI CUTI HARI JUMAAT SO SENANGLAH BOLEH TERUS SAMBUNG SEKALI SABTU AHAD, INFACT NAK NEW YEAR PUN KAN SO CUTI NEW YEAR SEKALILAH NI, ALAMAK SUKALAH MACAM NI, NAK MASAK APA JUMAAT NI EH UNTUK CELEBRATE NEW YEAR NANTI, MA NAK ORDER TAK KEK CHOC TU KE NAK BELI JE KAT SECRET RECIPE, FIZAH KITA NAK BUAT TAK RECIPE YANG DAPAT DEKAT CHANNEL AFC TU?? *terus lari topic asal kenapa jerit*" *kena dalam capital letter sebab nama pun jeritkan mana syiok tulis huruf small2!!* Haaa!! macam tu lah reaksi dayah ketika tau jumaat ni cuti, sangat teruja..

Nak dapatkan lagi 110% confirmation my dad check kat internet, so dia cakap memang CONFIRM HABIS jumaat cuti umum..Nak jerit lagi macam kurang sopan je sebab dah malam buta kang orang terjaga satu hal pulak kan, itu belum kalau kena sound *tapi for surelah diorang tak akan sound punya*..So dayah terkinja-kinja je dalam rumah..Ohh!! nak confirm lagi siap tengok Nightline, bila habis je presenter tu cakap enjoy your public holiday on this Friday okay!! tak terlompat, tak terjerit terima dengan redha..:)

Disebabkan skuad kebangsaan Harimau Malaya kita tu berjaya menjaringkan gol diperlawanan akhir semalam dan membawa pulang buat pertama kalinya piala AFF, hasil berhempas pulas mereka bermain di padang tadi akhirnya dapat rakyat jelata merasa public holiday jumaat ini..Jadi disini *walaupun diorang tak akan datang pun menjengah ke blog ini, takpe* Dayah nak tulis juagk yang I HEART U SKUAD HARIMAU MALAYA..*nak buat bentuk hati tak reti so anggap jelah hatiku berkelip-kelip tanda happy*..

Baiklah, baik tidur sekarang sebab yipeee!! esok cuti beb!! nak siapkan kerja esok awal-awal sebab nanti nak balik awal sebab nak pergi ambik kek, hahaha!! dapat jugak kek untuk new year nanti..

kenyataan berani mati punya, since im a very polite girl which is when i take any photo of me im pretty sure that im always smilling instead of jumping seperti beruk so im always had a very nice-pretty-perasan pictures..It hard for me to find out what picture should i put it here as to show my expression how happy I am due to this cuti umum..So i only got this photo, it was taken 2 years back, it show's how happy am I after get my first ever guitar..*itu pasal posisi bergambar ala-ala rockstar* jadi silalah muntah bila terasa its so annoying-gambar-kau-yang-ini..Sila2!! saya tak marah pun..


crop this picture sebab ada anasir-anasir tak sihat yang rasanya tak perlu dipaparkan untuk tontonan umum sempena esok cuti umum okay!! jadi silalah muntah sekarang..ishh!!

Okay!! sebelum nak akhirkan entri ini, KAGUM yang amat bila tengah tulis entri ni sambil mata jengok tengok American's Next Top Model cycle 15, ni kira yang paling latest punya tanyangan di Malaysia..Apa yang diKAGUMkan sangat ialah bila peserta-peserta ni kena buat runaway atas treadmill, ehh!! bayangkan orang guna tu untuk exercise kuruskan badan ni guna untuk runaway DAN YANG PALING KAGUM sebab diorang kena buat runaway tu in high heels yang ya allah, tinggi gila dengan dress okay!! labuh plus ketat..Cuba membayangkan diri ini yang sememangnya tak layak pun nak pergi audition Dewi remaja apatah lagi American's Next Top Model mencuba cabaran itu, mampos aku tergolek-golek depan tu jugak, ini memang confirm tak bangun-bangun until ada orang handsome tolong pull me up..Serious keseimbangan badanku memang di tahap paling tak seimbang mana taknya makan pun tak seimbang langsung..

p/s: disebabkan cuti 3 hari malam ni saja nak tido lambat-lambat, satu lagi HARIMAU MALAYA  ke HARIMAU MUDA eh!! istilah yang digunakan??





12/29/2010

I'm back to school

Adik-adik sekalian tinggal kurang lagi seminggu je nak buka sekolah, nak bangun lambat, nak keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan sekelas nak buat bising sampai mak suruh korang pergi sekolah lagi baik lah dari duduk rumah..Dah tiba masanya rambut yang blonde tu dihitamkan ye..

Ibu & bapa *ayat macam skema semacam je* pula sibuk menyediakan kelengkapan sekolah untuk anak-anak mereka..Banyaklah shopping mall buat year end sale untuk budak-budak sekolah ni, ingat orang tak sekolah je boleh shopping year end sale..Mak dengan ayah dah dok pening ni sebab baju takda size sebab anak semakin membesar angkara ibu mereka masak sedap sangat cuti sekolah ni..Diet dulu sebelum beli baji sekolah eh!! nanti malu fitting tak muat, nak mintak size XXL tak ada tau *provoke*..Itu belum masuk lagi nak beli kasut, beg sekolah, kalau budak-budak tadika atau sekolah rendah mesti pilih nak beli beg upin & ipin kan siap boleh tarik-tarik lagi, cuti sekolah boleh guna untuk balik kampung..Kalau yang menengah nak yang sestylo boleh, kalau time dayah sebanyak pocket nak dekat beg tu, tak termasuk yang dalam lagi, nak yang ada extra compartment nanti kalau dah habis exam boleh bawak walkman letak dalam tu keluarkan earphone je, kan stylo tu kalau budak-budak lelaki tengok..hehe!!

Nak dijadikan cerita dengan panjang lebar intro itu ialah last week kitaorang jalan-jalan ke Tesco Ampang untuk beli belah barang harian..Tesco adalah sebahagian daripada hidup kami sekarang ni..Biarlah sepuluh kali kutuk, nanti balik-balik situ jugak kami datang..:)


tesco yang kurang orang..





beli sikit ni je pun pergi tesco..*angkat2 kening*

Tujuan sebenar entri ni ditulis adalah kerana ini :


im back to school babeh!! haha!! sekali jejak je dalam tesco terus mata terpandang dekat area stationary, pilih-pilih akhirnya ini menjadi pilihan..Budget isnin nanti boleh pakai di office..ngeee!! muka pun budget nak cute ketika gunakannya..:)

harap maklum yang putih ini kepunyaan saya..budak-budak sekolah tak pulak rebut-rebut nak beli set pencil yang ni, habis-habis kami berdua je sepah-sepahkan..:)


seperti di beritahu tadi, hari isnin je terus gedik guna pensil, pembaris dan pemadam..muka gedik habis bila orang padang..kau tak ada *dalam hati berkata-kata*

Dah berpuas hati dengan hasil belian kami menuju ke gerai mamak untuk :


secawan milo mamak..

ohh!! bukan mamak buat tapi indon..patut rasa lain :)






12/27/2010

Rambut dan Muka

Disebabkan malam ini *ketika waktu menaip entri ni* dayah terasa seperti ingin membuat baik kepada semua orang bak kata pepatah 'sharing is caring' jadinya kali ini entri ini bakal bercerita mengenai tips, tips kecantikkan lagi u olls..ewahh!! dah macam pakar kecantikkan je penulis ini..Padahal dia ni pun baru budak tadika yang masih sedang merangkak-rangkak buat research tentang keberkesanan tips ini..

Tak adalah nak bagi power-power atau kaw-kaw macam kopi kapal api tu..Sekadar tips yang ringkas yang dayah rasa semua orang boleh lakukan..Lagipun dayah sedang cuba mengamalkan nya jugak jadi jomlah kita sama-sama kelihatan cantik..:)

Rambut:
Anda teringin untuk memiliki rambut yang lembut dan bersinar cantik?? *ditujukan kepada semua yang berambut, tiada niat nak menghina kepada yang tidak berambut* :) Senang je caranya tak payah nak keluarkan duit yang banyak untuk buat treatment di salon melainkan anda ini memang berduit banyak dan suka ke salon sebab ada orang tolong picit-picitkan kepala, belai-belai rambut bolehlah berangan menjadi princess kejap..So jalan penyelesaian kepada yang inginkan hasil yang bagus tanpa kos yang tinggi sila follow resipi rambut ni :

  • perlukan mayonnaise, yang murah pun tak apa asalkan iyanya mayonnaise bukan cili sos Life..Ini diperlukan mengikut berapa panjang rambut u olls eh!! jadi sukatannya agak-agak je, jangan risau kalau kurang boleh tambah tak ada istilah masakan tak jadi nanti eh..
  • kuning telur, yang putih tu boleh simpan buat scramble..Ini pun 2 dalam 1 tips tau sebab kalau buat scramble guna putih telur je boleh seimbangkan diet jadi tak ada pembaziran berlaku disini..Rambut cantik badan pun sihat..wah!!
Caranya senang je mayonnaise dan telur tadi gaulkan dalam mangkuk sampai sebati, opss!! jangan lupa telur dan mayo tadi haruslah berada dalam suhu bilik eh, tak nak sejuk-sejuk..Kemudian sedia untuk dilumurkan di seluruh rambut, pastikan semua rambut kena..Dah habis satu mangkuk adunan tadi bolelah kiranya anda balut kepala tadi dengan tuala dan tutup dengan shower cap, ini bertujuan untuk memanaskan kepala dan meresapkan semua adunan tadi ke dalam rambut macam kita marinate makanan tu..Tolong jangan nak cepat panas pergi masukkan kepala dalam oven eh!! Biarkan selama 20 minit kalau nak lebih effective lama pun tak apa lagi sedap rambut kau tu maksudnya lagi baguslah tu..

Kemudian bilas dan shampool ah seperti biasa..Hasilnya tadaaa!! try dulu baru tau..Lakukan seminggu sekali atau 2 minggu sekali..

p/s : masalah satu kalau guna tips ni ialah rambut bau mayonnaise tapi nak tak rambut berkilat-kilat..

Muka:
Orang kata untuk dapatkan kulit yang cantik rajin-rajinlah makan tomato, minum air tomato tapi ini masalah kalau ada yang tak suka pada tomato macam dayah..Jadi jalan penyelesaian untuk dapatkan kulit yang cantik tanpa perlu telan tomato tu ialah blend tomato sampai lumat, makesure dengan kulit-kulit sekali kemudian lumurkan je atas muka atau mana-mana anggota badan yang lain..Biarkan selama beberapa minit kemudian bilas dan cuci je macam biasa..Kalau tak nak blend pun boleh potong tomato tu dan lumurkan je dimuka..

Apa macam?? mudahkan resipi-resepi nak cantik ni..Jadi apa lagi pergila cepat buat, yang duduk lagi baca blog ni kenapa..


teringinkan rambut seperti ini??

DAN

kulit muka secantik lisa..

Selamat Mencuba!!

p/s : terima kasih google dengan sumbangan gambar-gambar ini..Lisa betul-betul nampak cantik dalam gambar ni..:)

12/26/2010

Malaysia You are the bestlah

Memang sangat berpuas hati dengan rentak permainan permain Malaysia tadi..Terima kasih sebab menghadiah 3 GOL sekali..Kita sama-sama berdoa untuk Malaysia mengalahkan Indonesia lagi pada next perlawanan..


Bak kata orang-orang disekeliling..CAIYOK CAIYOK MALAYSIA..



inilah dia pemain-pemain handsome untuk Malaysia tu..






12/23/2010

Uncle William vs Sandwich Tuna

Kali ini punya entri nak cerita pasal penulis blog ini yang sedang berusaha untuk berdiet..Jadi haruslah dikongsi bersama apa yang penulis blog ni makan ketika waktu lunch hour di office dan juga harus di tekan kan disini bahawasanya semua makanan itu disediakan oleh penulis ini sendiri..fuhyoo!! air tangan sendiri okey!!


Tetapi sebelum itu marilah kita sama-sama mencuci mata sebelum kita memasuk ke alam yang lebih sihat..Mari-mari semua ke kawasan yang kurang sedikit sihatnya :


orang yang amat dahaga digalakkan untuk memesan air gelas giant ini..sila order

Bolehlah kiranya order air ini kalau anda kurang sikit dahaga..eh eh!!

yang ini kalau dahaga tak dahaga pun boleh order..eh eh!!

ayah & ibu kepada penulis blog ini kebuntuan untuk order sebab dahlah menu tulis dalam papan hijau *ala-ala budak sekolah sedang ambik ERT* lepas tu comprang campreng lagi..Setelah 2 kali pengambil order itu datang dan dengan rasa ketakutan makanan lambat sampai kalau tak order jugak makanya pasangan couple ini telah memilih ini *rujuk gambar rajah* sebagai menu makan malam..Harap maklum ini dikongsi & mereka telah mengorder nasi goreng jugak tapi maaf tak ada gambar..

Fizah jugak berada dalam tahap ketakutan kalau-kalau order lambat makanan lambat sampai lalu dia dengan pantas menoleh ke arah abang muka jepun tu lantas mengorder ini *rujuk gambar rajah*..Wallaaaaaa!! sedap weh spaghetti ni lagi-lagi meatball yang dalamnya ada cheese perghh!! memang gemuk..:)

sudah tentu-tentu menu ini di order penulis blog ini..Yang bagusnya di Uncle William ni pemilik kedai ni suka-suka hati nak mix & match dengan apa sahaja yang dia rasa dia suka..ikut-suka-hati-kau..Contoh paling terdekat, nama je menu ni Chicken Parmesan tapi ada kepah dicampurkan sekali..so suka hati akulah nak makan ke tak..:)

dalam ayam ni ada sausage ayam..perghh!! double up gemuk macam ni..ish!!


kekusyukkan makan..*mampus aku kalau baba dapat tau gambar macam ni di upload, tapi ni je gambar yang ada*

harap maklum air giant tu dikongsi 3 orang eh!!


Sekian acara makan-makan-yang-tidak-sihat di gerai Uncle William..Rating makanan okay boleh tahan sedap jugak cuma satu je tempat tak strategiklah..Rasanya siapa yang pernah pergi taulah kenapa..


Apa macam?? diet anda tergugat tak dengan gambar-gambar makanan yang kurang sihat yang dipersembahkan sebentar tadi?? Adakah anda rasa gemuk sekarang ini?? penulis blog ini terasa sedikit..

Okay2!! nak mengubat rasa bersalah sebab dah gemuk akibat tengok gambar makanan yang mengemukkan jadi berbalik kepada topik asal entri ini dibuka adalah untuk mempamerkan resipi yang lebih healthy..Resepi ini seperti yang dibentangkan diatas dilaksanakan adalah kerana penulis blog ini ingin mencuba berdiet ketika waktu berkerja..Jadi hasilnya ialah mari ke bawah kita tengok apakah yang dibuat oleh penulis ini..


Baiklah akak-akak, adik-adik, makcik-makcik hari ni chef dayah nak tunjukkan resepi paling mudah lagi ringkas untuk disediakan untuk anak-anak mahupun para suami..

Kita mulakan dengan memperkenalkan bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi ini :

Bahan-bahannya:

roti *terpulang kalau nak lebih sihat gunalah wholemeal atau kurang sikit je sihatnya guna je roti putih biasa*, Tuna *boleh dibeli terus di supermarket atau kedai runcit yang berdekatan*, Planta/Marjerin *disini saya menggunakan Dorina kerana rasanya yang lebih ada umphh!!* & Chedar Cheese *memilih jenama yang ada kena mengena dengan Australia kalau tak ada di kedai berdekatan rumah anda boleh je guna cheese yang biasa rakyat Malaysia nikmati tu, Kraft Cheese*..

Ada ikan harus ada sayur, untuk lebih nampak healthy silalah guna salad sebesar ini *dikerat dua je tak perlu untuk potong kepada size yang lebih kecil lagi*

Dah ada kesemua bahan-bahan itu tadi bolehlah kita mulakan operasi kita..dah dapat agakkan resepi apa yang cuba disampaikan oleh penulis blog ini??

Cara membuatnya:


ambil roti tadi &

Dorina/Planta/Marjerin atau yang segolongan dengannya, lalu

disapukan keatas roti tadi dengan penuh rasa kasih sayang,

ambil pula mayo yang tadi telah dipublishkan di awal gambar..Apa-apa jenama pun tak kisah asalkan ianya mayo hee!! tak nak maya

sekali lagi sapukan dengan penuh kasih sayang..Iya harus diakui yang resepi ini taklah healthy sangat tapi masih di tahap boleh tahan lagi kemudian,

angkat tuna ini dan

sapukan dengan peee, ehh!! dah dapat agak eh sambungan ayat itu, pandai pun..Haruslah kita membuat resepi ini dengan kasih sayang sebab sure sedaplah kalau dah siap nanti..tak caya cuba try test tengok..

ini terpulang kalau rasa nak rasa lebih mayo dalam resepi ni silalah tambah mayo diatas lapisan tuna tadi tapi kalau rasa tak berapa nak sihat kalau letak satu lagi lapisan mayo so tak payah susah-susah nak sapu dengan penuh kasih sayang, ke step yang seterusnya pulak,

buka bungkusan cheese ini tadi dan

lay kan sekeping cheese diatas roti tasi, posisi cheese tu harus begini untuk nampak lebih menarik..Terpulang jugak kalau nak letak cheese kalau tak nak pun takpe tak ada yang akan marah kenapa tak letak cheese di dalam resepi ini, kurang-kurang pun marah diri sendiri sebab rasanya dah lain tanpa cheese..Ohh!! kepada yang memang betul-betul diet tu boleh jugak dapatkan cheese yang low fat punya yee..

jangan dilupakan salad yang telah dipotong tadi..letaklah ikut suka u olls, nak penuh sampai tak boleh tutup pun boleh je..bahan ni lebih should be okay no hal lah

tutupkan dengan satu keping roti lagi di atasnya..roti ni tak payah sapu apa-apa okay

dah siap sandwich tuna hasil kerja tangan penulis blog ini sendiri..tengok ada 3 lapis, ehh!! nanti dulu don't judge a book by its cover, tengok ni......

untuk diagihkan kepada 2 tupperware, satu untuk dayah*yang ada 2 sandwich tu* & satu lagi untuk baba..:)

close-up mode..


Baiklah, siap sudah resepi ringkas dari dayah..Harap-harap dapatlah kiranya u olls mencuba eh!! tu adik-adik yang sedang sakan bercuti sekolah apa kata try resepi ini untuk mengisi masa lapang..Untung-untung boleh jugak isi perut yang lapar by the time tunggu mak balik kerja masak..:)

Sebelum tamatkan sesi ini..ada lagi satu :


nestum yang penulis blog ini minum setiap pagi ketika di office sahaja..Rasanya sedap jadi pergilah beli esok kat supermarket eh..

Apa pulak entri selepas ini eh?? tunggu je esok..

p/s : nak tidur dah ngantok..


12/22/2010

Setengah harian di MELAKA - part 3

Selepas puas berjalan-jalan di sekitar gerai-gerai souvenir tu dan sempat menghabiskan beberapa ringgit kami meneruskan pulak aktiviti ke air terjun ehh!! silap air pancut..alaa!! seberang jalan je..

ramai yang dok sibuk nak bergambar dengan air pancut ni..termasuklah kami..:)

Dan hasilnya:

ini gambar kami adik beradik..cop ada lagi sila ke bawah

penulis kepada blog ini bersusah payah pusing, panjat entah dekat celah mana pun tak tau tapi yang pasti ada pokok bunga yang 'mati' terpenyek dek kerana ingin mendapatkan sudut yang cantik..okay!! persoalannya cantik ke??

mana boleh gambar 2 kekasih hati ini tak ada kan..

Sementara 2 kekasih hati ini duduk bersantai, mungkin mengimbau kembali waktu honeymoon dulu-dulu, kami adik beradik *eleh!! 2 orang je tapi bunyi macam ramai je* kami pun apa lagi menggunakan kesempatan ini untuk bergambar sedikit, buat ala-ala photoshoot tapi kesian pakai camera compact je..uhuk uhuk!!

haruslah bersikap jujur dalam penghasilan gambar ini penulis yg sedang menulis ni harus tertonggeng sedikit untuk mendapatkan sudut yang cantik ala-ala pakai dslr gitew..

sedang berangan menjadi model tingkap..

dalam frame gambar..

tak tau nak buat caption apa yang sesuai untuk gambar ini..

Gambar bangunanlah pulak eh, cuci mata setelah penat tengok gambar orang je..


layan jelah gambar dia yang sentiasa akan ada..


next year hari raya kita main mercu guna meriam ni eh!!

Selesai bergambar dan bersuka ria kami teruskan lagi penjelajahan kami ke Mahkota Parade pulak..Alaa!! biasalah kalau dah gedik haruslah singgah dimana shopping complex terletak di setiap bandar yang dilawati..Jadi kami ke sana untuk sesi menyejukkan badan sekali gus untuk mengisi kelapangan dalam perut yang semakin susut walaupun baru beberapa jam diisi..hehe!!

Pusing-pusing akhirnya kami berjumpa dengan Mc'Donalds..Teman rapat kami sekeluarga semenjak dua menjak ni, tempat paling best untuk melepakkan diri sebab beli air 2 jenis je tapi top uplah sampai muntah..ngeee!! Penulis macam biasa perut kelaparan jadi harus order Big n Tasty untuk santapan..burppp!! kenyang weh!! sumpah ni betul punya kenyang..tak nak makan lagi sampai balik KL..Ahli keluarga lain sekadar makan fries dan minum air je ohh!! tidak bagi baba yang telah meng order beef burger sebagai santapan..

Sebelum gambar dilampirkan harap maaf ye disebabkan kelaparan yang tidak dapat dibendung kami terlupa nak capture gambar makanan iaitu burger saya & baba serta fries dan juga air kopi & coke..



motif gambar ini yang dipilih untuk di upload adalah kerana tengok mulut tu..penulis tengah cakap laaapppaaarrr!! hehe!!


Selesai makan amatlah rugi kalau sampai dalam mana-mana shopping mall tanpa membuat lawatan secara terperinci keadaan geografi mall itu..Jadi kami adik beradik pun apa lagi memulakan penjelajahan dari satu floor ke satu floor yang lain *2 floor je yang ada untuk pengetahuan* dari satu kedai ke satu kedai..Dan akhirnya penulis tewas di salah sebuah kedai kerana terpaksa mengeluarkan sejumlah wang atas kerelaan hati sendiri bukan paksaan setelah melihat sehelai baju yang digantung cantik di kedai itu..:)

Penjelajahan kami pun berakhir setelah hampir satu jam pusing-pusing..Muka baba & mama jugak sudah kelihatan di luar Mc'D menunggu kami untuk diajak pulang..Ohh!! ya, tak sah kalau lalu je sebelah Starbucks tanpa membeli nya..Kami memang begitu..

Baiklah bye Melaka, perjalanan pulang ke KL pun diteruskan..Semasa on the way pulang kami pun bercadang untuk datang lagi ke Melaka ni dan bermalam disini tapi itu next year punya planning okay!!

Singgah di perhentian Seremban untuk 'mengisi minyak' maksud disini bagi yang tak faham istilah kami sekeluarga ialah MAKAN..Iya nak makan lagi, ada yang kelaparan, itulah tadi suruh makan Mc'D semua budget tak nak..Tengok!!


yong tau fu yang di order oleh fizah tapi dimakan secara beramai-ramai..bolehlah tahan rasannya, rating dibagi 2/5

sehati sejiwa, makan pun kongsi..ini di order oleh baba & mama..sambal super hot so rating up kepada 4/5..

Kan sudah dibilang di awal perenggan tadi bahawasanya penulis sudah kekenyangan dan bersumpah tak nak makan lagi..See see mana ada makanan untuk penulis *nada berlagak*..

*Tukar watak, suara bergema tema baju putih.."Hidayah tak baik menipu kepada mereka yang tak tahu menahu ini, ayuh terus terang sahaja, mereka tak marah"* baiklah, penulis ada makan nasi goreng sebab mungkin burger tadi kecik barangkali untuk perut penulis ini..ngeee!! tapi sebelum ini cadang nak menipu so no picture was taken okay..:)




Meneruskan perjalanan pulang ke KL ke pangkuan rumah tercinta..Tengah malam kami sampai..

p/s: menderma darah kepada nyamuk-nyamuk sekalian..sekian





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...