12/23/2010

Uncle William vs Sandwich Tuna

Kali ini punya entri nak cerita pasal penulis blog ini yang sedang berusaha untuk berdiet..Jadi haruslah dikongsi bersama apa yang penulis blog ni makan ketika waktu lunch hour di office dan juga harus di tekan kan disini bahawasanya semua makanan itu disediakan oleh penulis ini sendiri..fuhyoo!! air tangan sendiri okey!!


Tetapi sebelum itu marilah kita sama-sama mencuci mata sebelum kita memasuk ke alam yang lebih sihat..Mari-mari semua ke kawasan yang kurang sedikit sihatnya :


orang yang amat dahaga digalakkan untuk memesan air gelas giant ini..sila order

Bolehlah kiranya order air ini kalau anda kurang sikit dahaga..eh eh!!

yang ini kalau dahaga tak dahaga pun boleh order..eh eh!!

ayah & ibu kepada penulis blog ini kebuntuan untuk order sebab dahlah menu tulis dalam papan hijau *ala-ala budak sekolah sedang ambik ERT* lepas tu comprang campreng lagi..Setelah 2 kali pengambil order itu datang dan dengan rasa ketakutan makanan lambat sampai kalau tak order jugak makanya pasangan couple ini telah memilih ini *rujuk gambar rajah* sebagai menu makan malam..Harap maklum ini dikongsi & mereka telah mengorder nasi goreng jugak tapi maaf tak ada gambar..

Fizah jugak berada dalam tahap ketakutan kalau-kalau order lambat makanan lambat sampai lalu dia dengan pantas menoleh ke arah abang muka jepun tu lantas mengorder ini *rujuk gambar rajah*..Wallaaaaaa!! sedap weh spaghetti ni lagi-lagi meatball yang dalamnya ada cheese perghh!! memang gemuk..:)

sudah tentu-tentu menu ini di order penulis blog ini..Yang bagusnya di Uncle William ni pemilik kedai ni suka-suka hati nak mix & match dengan apa sahaja yang dia rasa dia suka..ikut-suka-hati-kau..Contoh paling terdekat, nama je menu ni Chicken Parmesan tapi ada kepah dicampurkan sekali..so suka hati akulah nak makan ke tak..:)

dalam ayam ni ada sausage ayam..perghh!! double up gemuk macam ni..ish!!


kekusyukkan makan..*mampus aku kalau baba dapat tau gambar macam ni di upload, tapi ni je gambar yang ada*

harap maklum air giant tu dikongsi 3 orang eh!!


Sekian acara makan-makan-yang-tidak-sihat di gerai Uncle William..Rating makanan okay boleh tahan sedap jugak cuma satu je tempat tak strategiklah..Rasanya siapa yang pernah pergi taulah kenapa..


Apa macam?? diet anda tergugat tak dengan gambar-gambar makanan yang kurang sihat yang dipersembahkan sebentar tadi?? Adakah anda rasa gemuk sekarang ini?? penulis blog ini terasa sedikit..

Okay2!! nak mengubat rasa bersalah sebab dah gemuk akibat tengok gambar makanan yang mengemukkan jadi berbalik kepada topik asal entri ini dibuka adalah untuk mempamerkan resipi yang lebih healthy..Resepi ini seperti yang dibentangkan diatas dilaksanakan adalah kerana penulis blog ini ingin mencuba berdiet ketika waktu berkerja..Jadi hasilnya ialah mari ke bawah kita tengok apakah yang dibuat oleh penulis ini..


Baiklah akak-akak, adik-adik, makcik-makcik hari ni chef dayah nak tunjukkan resepi paling mudah lagi ringkas untuk disediakan untuk anak-anak mahupun para suami..

Kita mulakan dengan memperkenalkan bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi ini :

Bahan-bahannya:

roti *terpulang kalau nak lebih sihat gunalah wholemeal atau kurang sikit je sihatnya guna je roti putih biasa*, Tuna *boleh dibeli terus di supermarket atau kedai runcit yang berdekatan*, Planta/Marjerin *disini saya menggunakan Dorina kerana rasanya yang lebih ada umphh!!* & Chedar Cheese *memilih jenama yang ada kena mengena dengan Australia kalau tak ada di kedai berdekatan rumah anda boleh je guna cheese yang biasa rakyat Malaysia nikmati tu, Kraft Cheese*..

Ada ikan harus ada sayur, untuk lebih nampak healthy silalah guna salad sebesar ini *dikerat dua je tak perlu untuk potong kepada size yang lebih kecil lagi*

Dah ada kesemua bahan-bahan itu tadi bolehlah kita mulakan operasi kita..dah dapat agakkan resepi apa yang cuba disampaikan oleh penulis blog ini??

Cara membuatnya:


ambil roti tadi &

Dorina/Planta/Marjerin atau yang segolongan dengannya, lalu

disapukan keatas roti tadi dengan penuh rasa kasih sayang,

ambil pula mayo yang tadi telah dipublishkan di awal gambar..Apa-apa jenama pun tak kisah asalkan ianya mayo hee!! tak nak maya

sekali lagi sapukan dengan penuh kasih sayang..Iya harus diakui yang resepi ini taklah healthy sangat tapi masih di tahap boleh tahan lagi kemudian,

angkat tuna ini dan

sapukan dengan peee, ehh!! dah dapat agak eh sambungan ayat itu, pandai pun..Haruslah kita membuat resepi ini dengan kasih sayang sebab sure sedaplah kalau dah siap nanti..tak caya cuba try test tengok..

ini terpulang kalau rasa nak rasa lebih mayo dalam resepi ni silalah tambah mayo diatas lapisan tuna tadi tapi kalau rasa tak berapa nak sihat kalau letak satu lagi lapisan mayo so tak payah susah-susah nak sapu dengan penuh kasih sayang, ke step yang seterusnya pulak,

buka bungkusan cheese ini tadi dan

lay kan sekeping cheese diatas roti tasi, posisi cheese tu harus begini untuk nampak lebih menarik..Terpulang jugak kalau nak letak cheese kalau tak nak pun takpe tak ada yang akan marah kenapa tak letak cheese di dalam resepi ini, kurang-kurang pun marah diri sendiri sebab rasanya dah lain tanpa cheese..Ohh!! kepada yang memang betul-betul diet tu boleh jugak dapatkan cheese yang low fat punya yee..

jangan dilupakan salad yang telah dipotong tadi..letaklah ikut suka u olls, nak penuh sampai tak boleh tutup pun boleh je..bahan ni lebih should be okay no hal lah

tutupkan dengan satu keping roti lagi di atasnya..roti ni tak payah sapu apa-apa okay

dah siap sandwich tuna hasil kerja tangan penulis blog ini sendiri..tengok ada 3 lapis, ehh!! nanti dulu don't judge a book by its cover, tengok ni......

untuk diagihkan kepada 2 tupperware, satu untuk dayah*yang ada 2 sandwich tu* & satu lagi untuk baba..:)

close-up mode..


Baiklah, siap sudah resepi ringkas dari dayah..Harap-harap dapatlah kiranya u olls mencuba eh!! tu adik-adik yang sedang sakan bercuti sekolah apa kata try resepi ini untuk mengisi masa lapang..Untung-untung boleh jugak isi perut yang lapar by the time tunggu mak balik kerja masak..:)

Sebelum tamatkan sesi ini..ada lagi satu :


nestum yang penulis blog ini minum setiap pagi ketika di office sahaja..Rasanya sedap jadi pergilah beli esok kat supermarket eh..

Apa pulak entri selepas ini eh?? tunggu je esok..

p/s : nak tidur dah ngantok..


4 comments:

Mag said...

wahhh!!! anda buat saya betul betul lapar nih! anyway.. blog anda sungguh menarik buat saya tertarik.. suka dan follow anda

Ini entry terbaru saya..
Cara cepat tingkatkan traffic
Nikah Gantung selesai masalah Seks bebas
Mari lah ROGOL saya!
Kurang ajar punya orang tua!

Hidayahsalleh said...

terima kasih..:)
saya pulak melawat ke blog awak..:)

Unknown said...

dah 300 tahun aku mengidam nak mkn kt william..

Hidayahsalleh said...

tak tau pulak aku yg uncle william ni dah wujud sejak 300 thn yg lps..untuk sekali mencuba okaylah tapi utk jadikan tempat mkn fav aku tak rs sesuai sgt..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...