ramai yang dok sibuk nak bergambar dengan air pancut ni..termasuklah kami..:)
ini gambar kami adik beradik..cop ada lagi sila ke bawah
penulis kepada blog ini bersusah payah pusing, panjat entah dekat celah mana pun tak tau tapi yang pasti ada pokok bunga yang 'mati' terpenyek dek kerana ingin mendapatkan sudut yang cantik..okay!! persoalannya cantik ke??
mana boleh gambar 2 kekasih hati ini tak ada kan..
Sementara 2 kekasih hati ini duduk bersantai, mungkin mengimbau kembali waktu honeymoon dulu-dulu, kami adik beradik *eleh!! 2 orang je tapi bunyi macam ramai je* kami pun apa lagi menggunakan kesempatan ini untuk bergambar sedikit, buat ala-ala photoshoot tapi kesian pakai camera compact je..uhuk uhuk!!
haruslah bersikap jujur dalam penghasilan gambar ini penulis yg sedang menulis ni harus tertonggeng sedikit untuk mendapatkan sudut yang cantik ala-ala pakai dslr gitew..
sedang berangan menjadi model tingkap..
dalam frame gambar..
tak tau nak buat caption apa yang sesuai untuk gambar ini..
Gambar bangunanlah pulak eh, cuci mata setelah penat tengok gambar orang je..
layan jelah gambar dia yang sentiasa akan ada..
next year hari raya kita main mercu guna meriam ni eh!!
Selesai bergambar dan bersuka ria kami teruskan lagi penjelajahan kami ke Mahkota Parade pulak..Alaa!! biasalah kalau dah gedik haruslah singgah dimana shopping complex terletak di setiap bandar yang dilawati..Jadi kami ke sana untuk sesi menyejukkan badan sekali gus untuk mengisi kelapangan dalam perut yang semakin susut walaupun baru beberapa jam diisi..hehe!!
Pusing-pusing akhirnya kami berjumpa dengan Mc'Donalds..Teman rapat kami sekeluarga semenjak dua menjak ni, tempat paling best untuk melepakkan diri sebab beli air 2 jenis je tapi top uplah sampai muntah..ngeee!! Penulis macam biasa perut kelaparan jadi harus order Big n Tasty untuk santapan..burppp!! kenyang weh!! sumpah ni betul punya kenyang..tak nak makan lagi sampai balik KL..Ahli keluarga lain sekadar makan fries dan minum air je ohh!! tidak bagi baba yang telah meng order beef burger sebagai santapan..
Sebelum gambar dilampirkan harap maaf ye disebabkan kelaparan yang tidak dapat dibendung kami terlupa nak capture gambar makanan iaitu burger saya & baba serta fries dan juga air kopi & coke..
motif gambar ini yang dipilih untuk di upload adalah kerana tengok mulut tu..penulis tengah cakap laaapppaaarrr!! hehe!!
Selesai makan amatlah rugi kalau sampai dalam mana-mana shopping mall tanpa membuat lawatan secara terperinci keadaan geografi mall itu..Jadi kami adik beradik pun apa lagi memulakan penjelajahan dari satu floor ke satu floor yang lain *2 floor je yang ada untuk pengetahuan* dari satu kedai ke satu kedai..Dan akhirnya penulis tewas di salah sebuah kedai kerana terpaksa mengeluarkan sejumlah wang atas kerelaan hati sendiri bukan paksaan setelah melihat sehelai baju yang digantung cantik di kedai itu..:)
Penjelajahan kami pun berakhir setelah hampir satu jam pusing-pusing..Muka baba & mama jugak sudah kelihatan di luar Mc'D menunggu kami untuk diajak pulang..Ohh!! ya, tak sah kalau lalu je sebelah Starbucks tanpa membeli nya..Kami memang begitu..
Baiklah bye Melaka, perjalanan pulang ke KL pun diteruskan..Semasa on the way pulang kami pun bercadang untuk datang lagi ke Melaka ni dan bermalam disini tapi itu next year punya planning okay!!
Singgah di perhentian Seremban untuk 'mengisi minyak' maksud disini bagi yang tak faham istilah kami sekeluarga ialah MAKAN..Iya nak makan lagi, ada yang kelaparan, itulah tadi suruh makan Mc'D semua budget tak nak..Tengok!!
yong tau fu yang di order oleh fizah tapi dimakan secara beramai-ramai..bolehlah tahan rasannya, rating dibagi 2/5
sehati sejiwa, makan pun kongsi..ini di order oleh baba & mama..sambal super hot so rating up kepada 4/5..
Kan sudah dibilang di awal perenggan tadi bahawasanya penulis sudah kekenyangan dan bersumpah tak nak makan lagi..See see mana ada makanan untuk penulis *nada berlagak*..
*Tukar watak, suara bergema tema baju putih.."Hidayah tak baik menipu kepada mereka yang tak tahu menahu ini, ayuh terus terang sahaja, mereka tak marah"* baiklah, penulis ada makan nasi goreng sebab mungkin burger tadi kecik barangkali untuk perut penulis ini..ngeee!! tapi sebelum ini cadang nak menipu so no picture was taken okay..:)
Meneruskan perjalanan pulang ke KL ke pangkuan rumah tercinta..Tengah malam kami sampai..
p/s: menderma darah kepada nyamuk-nyamuk sekalian..sekian
No comments:
Post a Comment