Tak adalah nak bagi power-power atau kaw-kaw macam kopi kapal api tu..Sekadar tips yang ringkas yang dayah rasa semua orang boleh lakukan..Lagipun dayah sedang cuba mengamalkan nya jugak jadi jomlah kita sama-sama kelihatan cantik..:)
Rambut:
Anda teringin untuk memiliki rambut yang lembut dan bersinar cantik?? *ditujukan kepada semua yang berambut, tiada niat nak menghina kepada yang tidak berambut* :) Senang je caranya tak payah nak keluarkan duit yang banyak untuk buat treatment di salon melainkan anda ini memang berduit banyak dan suka ke salon sebab ada orang tolong picit-picitkan kepala, belai-belai rambut bolehlah berangan menjadi princess kejap..So jalan penyelesaian kepada yang inginkan hasil yang bagus tanpa kos yang tinggi sila follow resipi rambut ni :
- perlukan mayonnaise, yang murah pun tak apa asalkan iyanya mayonnaise bukan cili sos Life..Ini diperlukan mengikut berapa panjang rambut u olls eh!! jadi sukatannya agak-agak je, jangan risau kalau kurang boleh tambah tak ada istilah masakan tak jadi nanti eh..
- kuning telur, yang putih tu boleh simpan buat scramble..Ini pun 2 dalam 1 tips tau sebab kalau buat scramble guna putih telur je boleh seimbangkan diet jadi tak ada pembaziran berlaku disini..Rambut cantik badan pun sihat..wah!!
Kemudian bilas dan shampool ah seperti biasa..Hasilnya tadaaa!! try dulu baru tau..Lakukan seminggu sekali atau 2 minggu sekali..
p/s : masalah satu kalau guna tips ni ialah rambut bau mayonnaise tapi nak tak rambut berkilat-kilat..
Muka:
Orang kata untuk dapatkan kulit yang cantik rajin-rajinlah makan tomato, minum air tomato tapi ini masalah kalau ada yang tak suka pada tomato macam dayah..Jadi jalan penyelesaian untuk dapatkan kulit yang cantik tanpa perlu telan tomato tu ialah blend tomato sampai lumat, makesure dengan kulit-kulit sekali kemudian lumurkan je atas muka atau mana-mana anggota badan yang lain..Biarkan selama beberapa minit kemudian bilas dan cuci je macam biasa..Kalau tak nak blend pun boleh potong tomato tu dan lumurkan je dimuka..
Apa macam?? mudahkan resipi-resepi nak cantik ni..Jadi apa lagi pergila cepat buat, yang duduk lagi baca blog ni kenapa..
teringinkan rambut seperti ini??
DAN
kulit muka secantik lisa..
Selamat Mencuba!!
p/s : terima kasih google dengan sumbangan gambar-gambar ini..Lisa betul-betul nampak cantik dalam gambar ni..:)
No comments:
Post a Comment