12/30/2010

Cuti Umum!!

Tengok tadi bola dari mula sampai habis tapi bila time nak ambik hadiah tu kami sekeluarga membahagiakan diri ke tesco, iyalah Harimau Malaya kita dah juara pertama kali pulak tu, haruslah kami pun sambutnya dengan keluar ke tesco..Uikk!! bangga tak terhingga tu, ini baru dipanggil Harimau..Phewitt2!!

Dalam kereta ada jugak tertanya-tanya jadi ke esok cuti ni, betul ke seperti ura-ura yang berkata akan ada cuti umum kalau Malaysia menang?? betul ke PM kita nak bagi cuti?? Semua persoalan yang bersangkut paut bermain-main di ruangan udara kepala otak ni..Kalau jadi memanglah happy tak terhingga kan, *guling-guling* siapa yang tak nak cutikan, siap buat request pada diri sendiri lagi kalaulah Malaysia score banyak gol bolehlah kiranya dapat 2 hari cuti boleh sambung sabtu ahad sekali..Sempena new year!!

Lepas tu kita pendekkan cerita, tak payahlah tau apa lagi persoalan yang bermain di kepala ni..Tadi masa tengah berFB'ian tiba-tiba ada orang post berbunyi begini "dengar je jumaat ni cuti terus hilang rasa ngantok" dayah apa lagi terus tengok older2 post kat FB tu nak surekan betul ke jumaat ni cuti seperti dinyatakan di wall budak ni?? Terbaca lagi satu post berbunyi begini pulak " Najib umum jumaat ni cuti umum.... yeeaayyy!" *okay salin bulat-bulat orang tu post, nasib pendek kalau panjang tiru gak sebijik-sebijik & satu lagi, semua post tu tak berbunyi langsung pun okay!! jangan khuatir sangat*..Masih tak percaya sangat lagi, iyalah FB ni kadang-kadang berinformasi kadang-kadang auta je lebih kan..nak bikin havoc giteww!! So sekali ada sorang ni post lagi *tak payahlah salin balik eh!! sebab ni memang betul-betul panjang tak terkata* cakap memang cuti jumaat ni, asal dayah percaya terus apa yang dia cakap sebab pertama : muka dia nampak jujur, kedua: ayat yang digunakan sungguh sopan dan penggunaan tatabahasa yang penuh tatasusila, ketiga: gambar profile picture dia sangat nampak baik orangnya..Boleh diterima pakaikan reason-reason dayah percaya dia cakap ohh!! satu lagi kira yang keempat: dia kawan sekolah dayah yang masa time sekolah memang tak pernah tegur langsung sebab iyalah saya dulu budak comot je kat sekolah..*emo* tapi lepas sekolah jumpa kat FB terus add as friend tu, dia add dayah okay!! *perasan dah hot sikit je, sikit je tau dari dulu*

Okay!! melalut sampai ke laut, berbalik dari topik tadi so lepas dia post kat FB terus dayah jerit cakap "MA, NAJIB UMUMKAN JUMAAT NI CUTI, ALAMAK BESTLAH, LOVE U LAH PM, I HEART U SO MUCH PM..OHH!! NAJIB BAGI CUTI HARI JUMAAT SO SENANGLAH BOLEH TERUS SAMBUNG SEKALI SABTU AHAD, INFACT NAK NEW YEAR PUN KAN SO CUTI NEW YEAR SEKALILAH NI, ALAMAK SUKALAH MACAM NI, NAK MASAK APA JUMAAT NI EH UNTUK CELEBRATE NEW YEAR NANTI, MA NAK ORDER TAK KEK CHOC TU KE NAK BELI JE KAT SECRET RECIPE, FIZAH KITA NAK BUAT TAK RECIPE YANG DAPAT DEKAT CHANNEL AFC TU?? *terus lari topic asal kenapa jerit*" *kena dalam capital letter sebab nama pun jeritkan mana syiok tulis huruf small2!!* Haaa!! macam tu lah reaksi dayah ketika tau jumaat ni cuti, sangat teruja..

Nak dapatkan lagi 110% confirmation my dad check kat internet, so dia cakap memang CONFIRM HABIS jumaat cuti umum..Nak jerit lagi macam kurang sopan je sebab dah malam buta kang orang terjaga satu hal pulak kan, itu belum kalau kena sound *tapi for surelah diorang tak akan sound punya*..So dayah terkinja-kinja je dalam rumah..Ohh!! nak confirm lagi siap tengok Nightline, bila habis je presenter tu cakap enjoy your public holiday on this Friday okay!! tak terlompat, tak terjerit terima dengan redha..:)

Disebabkan skuad kebangsaan Harimau Malaya kita tu berjaya menjaringkan gol diperlawanan akhir semalam dan membawa pulang buat pertama kalinya piala AFF, hasil berhempas pulas mereka bermain di padang tadi akhirnya dapat rakyat jelata merasa public holiday jumaat ini..Jadi disini *walaupun diorang tak akan datang pun menjengah ke blog ini, takpe* Dayah nak tulis juagk yang I HEART U SKUAD HARIMAU MALAYA..*nak buat bentuk hati tak reti so anggap jelah hatiku berkelip-kelip tanda happy*..

Baiklah, baik tidur sekarang sebab yipeee!! esok cuti beb!! nak siapkan kerja esok awal-awal sebab nanti nak balik awal sebab nak pergi ambik kek, hahaha!! dapat jugak kek untuk new year nanti..

kenyataan berani mati punya, since im a very polite girl which is when i take any photo of me im pretty sure that im always smilling instead of jumping seperti beruk so im always had a very nice-pretty-perasan pictures..It hard for me to find out what picture should i put it here as to show my expression how happy I am due to this cuti umum..So i only got this photo, it was taken 2 years back, it show's how happy am I after get my first ever guitar..*itu pasal posisi bergambar ala-ala rockstar* jadi silalah muntah bila terasa its so annoying-gambar-kau-yang-ini..Sila2!! saya tak marah pun..


crop this picture sebab ada anasir-anasir tak sihat yang rasanya tak perlu dipaparkan untuk tontonan umum sempena esok cuti umum okay!! jadi silalah muntah sekarang..ishh!!

Okay!! sebelum nak akhirkan entri ini, KAGUM yang amat bila tengah tulis entri ni sambil mata jengok tengok American's Next Top Model cycle 15, ni kira yang paling latest punya tanyangan di Malaysia..Apa yang diKAGUMkan sangat ialah bila peserta-peserta ni kena buat runaway atas treadmill, ehh!! bayangkan orang guna tu untuk exercise kuruskan badan ni guna untuk runaway DAN YANG PALING KAGUM sebab diorang kena buat runaway tu in high heels yang ya allah, tinggi gila dengan dress okay!! labuh plus ketat..Cuba membayangkan diri ini yang sememangnya tak layak pun nak pergi audition Dewi remaja apatah lagi American's Next Top Model mencuba cabaran itu, mampos aku tergolek-golek depan tu jugak, ini memang confirm tak bangun-bangun until ada orang handsome tolong pull me up..Serious keseimbangan badanku memang di tahap paling tak seimbang mana taknya makan pun tak seimbang langsung..

p/s: disebabkan cuti 3 hari malam ni saja nak tido lambat-lambat, satu lagi HARIMAU MALAYA  ke HARIMAU MUDA eh!! istilah yang digunakan??





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...