1/19/2011

Status FB

Sesi pagi :

  • hari ni sampai awal seperti biasa, selalunya akan bertenggek di pantry sebab kunci bilik tak ada..Sejak kejadian rompak hari tu terus bilik ni berkunci, sebelum ni main door pun siap lock mangga besar tu..walaaweehh!! perompak tu memang nak kena.. Ohh!! tetapi hari ini tidak sebab kakak cleaner tu buka kan pintu sebab dia ingin melakukan kerja-kerja pembersihan, jadi dapatlah lepak dalam office sorang-sorang..:)
  • selepas mengetahui akan keburukan kalau pengambilan dairy terlalu banyak satu hari (sebelum ni tiap-tiap hari milo with 3 sudu teh krimer dan minum sebanyak 2 kali kadang-kadang 3 kali) makanya sekarang ni saya telah mengubah diet iaitu mengambil kopi 'o' di setiap pagi instead of milo dan ditemani 3 keping biskut jacob..sihatkan?? Kopi tu pun minum hanya secawan satu hari eh!! sebab kalau banyak-banyak nanti takut ketagih & bakal masuk geng gigi kuning nanti..*perasan gigi putih sebab konon-konon tiap-tiap pagi guna listerine 'bright & clean teeth tu*

nota kecil si penulis : hari isnin malam menemani baba pergi isi minyak, biasalah seisi keluarga harus ikut tanda support kepada ayah sendiri..nak dijadikan cerita pendek, lepas isi minyak kami pun berjalan-jalan sekitar KL..masuk sini, keluar sini..Sejarah zaman kanak-kanak ibu & bapa kembali tatkala lalu di lorong-lorong sekitar Sentul & berdekatan dengan Titiwangsa, mereka menunjukkanlah ini dulu apa, tak ada semua ni macam sekarang, boleh tulis buku sejarah tu..Ehh!! kembali ke cerita asal, lepas isi minyak kami pun menyusuri jalan sekitar KLCC, tiba-tiba ramai orang dan baba pun bersuara "ni mesti kena rate motor-motor ni"..Mula-mulakan ingat iyalah tapi macam mushkil sikit sebab malam-malam buta orang kerja esok tak akan ada banyak motor parking kot (maklumlah kawasan club lah katakan) sekali tengok banyak camera, orang, lampu dipasang terang benderang kawasan tu..Toleh kiri ternampak seperti seorang pelakon tengah duduk menunggu scene dia, SEKALI ternampak SHAMSUL YUSOF weh!! tengah macam baca skrip dengan salah seorang abang kepada Dania dalam Awan Dania (maaf nama dia tak taulah)..Apa lagi terjeritlah kami dua beradik..*ohh!! sungguh gatal* ..Tak sia-sia keluar malam tu..Malam minggu yang lepas terserempak dengan Hani wachaaa!! dekat Chow Kit tengah shooting di kedai jamu..Sepanjang perjalanan nama SHAMSUL YUSOF tak lekang dibibir kami..hahahahaha!! 

1/18/2011

Al-Kisahnya - Letih

Letihhhhhhhhhhhh!! I really need some vacation & rest..Good sleep & relaxing!!

Penat..penat & penat..Memanjang penat pernah ke yang tak penat dalam hidup kita di sehari..Dah balik dari vacation pun still merungut penat..Apa kes??

Okay!! tak tak sama sekali, dayah bukan baru balik dari mana-mana..Cadangan vacation ke Penang tu kan terpaksa di tundakan Insyaallah bulan depan..*tak taulah jadi ke tak kali ni*..So itu lah sebab badan sakit-sakit, kaki lenguh-lenguh..bila selidik balik ohh!! lama tak berjalan..*gewdikss kau ni* hehe!!

Cerita pasal letih ni, this week adalah hari letih dayah sebab..sebab-sebabnya, letih cari konsep baju nak pakai sabtu ni *mak ngah nak melaram ke annual dinner u olls* haruslah letih bagai mencari konsep, mengalahkan artis nak pergi Anugerah Juara Lagu..*gelak sorang-sorang depan PC* ehh!! tak lah glamour mana pun, nak dapatkan sponsor muka tak pernah masuk majalah..hahaha!!
Okay!! straight to the point..Sabtu lepas letih sebab boleh dikatakan the whole day dayah spent time dekat luar rumah, bukan balcony*follow kronologi kejadian ni* :

  • 10:00 pagi - bangun dari tidur yang nyenyak siap mimpi attend rumah orang kawen..
  • 11:00 pagi - completely siap & ready nak ke tempat yang dituju, kawan-kawan yang ikut serta dalam acara ini dah sampai..
  • 11:30 pagi - sampai depan sogo..kecewa tak dapat masuk sogo sebab sogo tengah buat membership day, something macam hari J Card lah so tanpa card membership tu tengok signboard je lah jawabnya..*terkena pada batang hidung sendiri*
  • 11:45 pagi - kami berjumpa di luar buat pertama kalinya, selalu jumpa waktu pejabat je..
  • 12:00 tgh hari - gerak ke Jalan TAR..niat nak cari baju untuk dinner tapi tak nak pakai baju kurung..faham??!! tapi majority yang dijual semua berkaitan dengan baju kurung dan sewaktu dengannya..*HAMPA**
  • 12:30 tgh hari - hampir setengah jam kami masuk keluar kedai tapi tak ada satu pun yang menambat hati akhirnya kami berhenti di tepi jalan kejap discuss mana lagi kedai yang best selain dekat sini yang masuk kedai ni sama je style dengan kedai sebelah..
  • 12:33 tgh hari - yeah!! kami decide nak ke Time Square sebab sana banyak choice & boleh dapat murah-murah..jom, jom!! excited..sekali!! macam mana nak pergi sana??
  • 12:50 tgh hari - dah dapat petunjuk macam mana nak pergi sana..punyahlah lama berfikir nak pergi naik apa last last sekali naik LRT turun Titiwangsa, ambik Monorail turun Imbi dan tadaaa!! dah sampai pun Time Square..
  • 1:30 tgh hari - dah masuk dalam Time Square perut bagi arahan tolong isi dulu sebelum korang jalan-jalan pusing-pusing satu bangunan ni..Okay!! akur dengan itu, kami terus ke Mc'Donalds..makanan paling ringkas lagi mengenyangkan, tak payah pikir panjang nak lauk apa, nasi goreng apa..order je set haa!! ambik kau dah kenyang..Agak payah nak dapatkan tempat duduk sebab Mc'Donalds ni kecil kalau dibandingkan dengan orang yang datang..Tolonglah besarkan sikit supaya kami ni tak berebut-rebut tempat duduk..*si gentle-gentle man mat saleh ni bangun nak bagi kami duduk sekali ada pulak yang pergi ambik tempat tu* heheh!!
  • 2:30 petang - selesai makan, acara mencari baju dimulakan..Mulakan dengan kedai paling hampir dengan Mc'D tu..Tengok tengok, yeah!! ada yang berkenan dan murah..Tapi nanti dulu jalan lagi..Turun naik esclator, jalan dari hujung sini ke hujung sana sampai kaki rasa nak patah *masa ni sangat menghargai kerusi*..
  • 5:30 petang - tak sangka waktu dah petang, patutlah kaki bagi isyarat suruh berhenti and get some rest..Ambik keputusan nak try EspresSOUP, makan sup dalam roti..*teruja sebab first time ever try*..
  • 6:00 petang : kaki agak kurang sakitnya sebab dah dapat duduk dalam half an hour..Okay!! kali ni terus pergi ke kedai baju yang telah menjadi pilihan hati masing-masing..Tanpa berfikir lagi sebab tadi dah puas fikir & survey terus grab dan bayar..Set baju dah lepas sekarang kasut..Masuk kedai pertama, cuba kasut yang dirasakan murah dan cantik tapi malangnya tak sesuai nak dipakai dengan baju yang dah dibeli tu, reject!! lagi satu kedai tu kena reject seumur hidup sebab salesman dia gatal..Sibuk nak mintak no phone..eh!! hello!! orang nak beli kasut..dahlah kepala dah buntu, hari dah semakin gelap kau sibuk nak tanya no phone..ish!! taubat tak nak masuk lagi kedai tu..Pergi ke kedai kedua, kasut dah cantik, harga boleh consider lagi sebab design dia okay!! tapi sayang tak ada size..arghh!! geram..Kedai ketiga, okay!! ada so bolehlah harga pun berpatutan, within the budget..grab dan bayar..Sementara tu 2 lagi kawan dayah pergi mencari tudung..
  • 7:15 petang : masing-masing dah dapat apa yang dikehendaki, masing-masing membawa haluan masing-masing..Dayah & fizah tunggu mama & baba pick up, sementara tu membuang duit di kedai Krispy Kreme Doughnut..

Gambar sisipan dari kronologi cerita ini walaupun tak lengkap tapi sekadar sebagai bukti okaylah eh!!


adik beradik order..

prosperity burger, berharap prosperlah hendaknya lepas ini..ngeee!!

macam biasa kalau hati dah terpaut selagi tak jemu Big N Tasty lah menjadi pilihan..

pada mulanya tak tahu akan kewujudan espresSOUP ni sampailah terbaca satu blog yang menceritakan keunikan yang terdapat disini..Apakah ia??

wah!! menarik ni..Makan sup bukan dalam mangkuk tapi roti..Sup ni bernama creamy brokoli sebabnya saya ni kan hantu brokoli, haruslah ini jadi pilihan hati..Cara makan sila ke gambar rajah satu lagi..

potong begini dengan menggunakan pisau yang disediakan (self-service jadi ambik sendiri eh pisau tu)..Potong dibahagian penjuru untuk tampak lebih menarik kalau tak nak ikut pun takpe, tak ada siapa akan marah..

biarkan sup tadi melimpah ruah ke dalam pinggan yang disediakan..Dah!! makanlah sampai habis..Nasihat, kalau satu ni kongsi 2 orang lagi sedap makan tak muak sangat or in other words, sharing is caring..:)

pertama mengenalinya ketika berada di dalam flight Air Asia sebab AA ada jual donut ni..

mula-mula menggelarkan donut ni as Kaspersky *time tahap knowledge cetek lagi* sekarang dah tau perbezaan dua nama ini..:)

6 ketul dah memadai, kang gemuk siapa nak jawab?? okay!! *senyum*

kegemaranku setakat ini tapi lupalah nama donut ni, ingat rupa je..

antara kegemaran jugak..Ini donut peanut butter sekali lagi memory lost, lupa full name donut ni..Overall donut from Krispi Kreme ni manislah, ada yang kurang mendapat perhatian daripada kami 4 orang jadinya masih lagi stick to OUR family favourite donut..JCO!! not JLO..

Selepas kami dua beradik ni diambil oleh ibu dan ayah bukan terus pulang kerumah malah telah ke pasar Chow Kit *alaa!! yang malam-malam ada jual macam-macam tu dekat belakang Chow Kit* untuk membeli beberapa bahan mentah untuk memasak pada keesokkan harinya..Kali pertama singgah walaupun dah lalu tempat ni lebih dari 10 kali..

Sila rujuk beberapa keping gambar yang sempat di ambil :




'shopping' malam tapi muka macam 'shopping di awal pagi..Ceria!!

semua ada, lengkap..

berbagai jenis sayur yang segar segar dijual..pilih mana nak!!

benda wajib ada dekat dalam fridge, kalau habis macam orang makan tanpa garam rasanya..

tak beli sebab kami bukan pemakan siput sedut, sekadar mengambil gambar sahaja untuk dikongsikan bersama..

Satu lagi letih bila ramai yang tanya ohh!! dah ada boyfriend eh?? sebabnya status tulis I'm in love,..ehh!! ehh!! *siap cekak pinggang ni* kena eh kalau tulis status tu wajib bersangkut paut dengan teman lelaki?? tak kan??!! boleh je kalau cakap yang kita in love dengan tempat yang baru kita pergi ke, baju ke, kasut ke, apa-apa lah yang tak berkaitan dengan orang atau manusia..One more, setiap kali tulis status bersangkut paut dengan tarikh mesti orang akan comment atau cakap..Tarikh nak kawen eh!! ke nak tunang, nanti jangan lupa jemput, siapa gerangan jejaka itu?? and bla bla bla..Omg!! masuk umur macam ni memang soalan tu eh yang diorang tujukan?? RIMASSSSS!! I'm still young, still holding my mom's hand while I'm walking..*haa!! ambik kau budak lagikan saya ni*
Tolonglah!! * sambil nyanyi lagu Ana* I'm quite fed up dengan soalan macam tu..Janganlah tanya lagi soalan macam tu..Saya belum nak tunang, nak kahwin atau nak ada sesiapa dalam hidup ini selain my family & selagi 6 perkara belum terlaksana lagi *wah!! azam ni* hehehe!!

Jadi lepas ni tak mahu lagi eh!! gatal-gatal mulut, tangan nak tanya soalan macam tu..*senyum tak ikhlas* nanti kalau dah rasmi nak Kahwin nak tunang saya umumkan..*ehe!! perasan artis jap, sila muntah*

Sebelum habiskan cerita, penutupnya ialah sepeninggalan kami ke Time Square mama & baba telah bersama-sama beberapa jiran tetangga pergi ke majlis kenduri kahwin salah satu daripada jiran kami yang berdekatan jugak..Anak dia kahwin bertemakan biru cair..

Zaman sekarang kan kalau tak ada goodie bag untuk bekalan tetamu memang tak sah, jadinya :



isinya harus ada kek dan selebihnya ikut suka tuan rumah nak letak apa, kali ini kami dapat pen, motif masih tak dapat dikenalpasti lagi..

p/s : tahap kesabaran harus ada dalam menghandle laptop ku ini..Harus ditukar yang baru nanti..:)

1/14/2011

Status FB

  • masih sedang mencari konsep apa yang ingin digayakan pada malam annual dinner nanti..
  • malas nak pergi buat air minum petang so petang ni minum je air kosong lagi pun bagus untuk badan..hahahaah!!
  • dah dapat recipe cake chocolate, boleh ke malam ni buat cake tu..Insyaallah..!!

Status FB

Tengah hari punya status :

  • rasa ngantuk dah hilang sedikit selepas makan lunch tadi..misi katakan tidak pada nasi berjaya dilaksanakan, tadi makan mee & sayur and harga yang kedai tu tawarkan sangat murah pulak hari ni berbanding hari biasa, jumaat kot!! sedekah untuk lebih pahala..heheh!!
  • masih tak habis-habis lagi dengan topic nak pilih baju apa nanti on next saturday..semua come out dengan idea yang menggila..boleh ke pergi annual dinner pakai baju mekanik??
  • pagi tadi dah ambik milo which contain milk so for minum after lunch would be better with kopi 'o' less sugar..
  • lagi 5 jam nak balik..lamaaaanyaaaa!!
  • semalam hari jadi mama so tahun ni tak nak beli kek terasa ingin membuatnya sendiri so will try to do it tonight or maybe tomorrow..Ma, sorrylah lambat kek siap..:)

Status FB

  • cuaca hari ini memang menguji daya ketahanan mata ni..
  • semua dekat dalam ni macam nak tidur mujur kerja berlambak kalau tidak memang acara lumba dengkuran siapa paling kuat pasti berlaku..
  • nak pergi buat kopi 'o' kaw kaw untuk buat 'ubat' bagi tahan mata ni sikit sampai petang nanti..

FB Status

Memandangkan dekat office ni telah diharamkan pembukaan FB di PC sendiri jadi tak dapat nak update status every few minutes, twitter pun sama jugak diharamkan sama sekali..Ini pun nasib baik blog boleh buka, kalau tak memang hidup menderita 8 jam ni tanpa entertainment..*perasan jadi adam lambert nyanyi jap*

Status yang ingin di update tapi tak kesampaian makanya mulai dari hari ini dan seterusnya dayah akan buat sesi 'Status FB di Blog' sepanjang waktu bekerja..


Pagi update :

  • hari ni saya memulakan hari dengan breakfast secawan milo panas dan 6 keping biskut, sudah memadai untuk mengalas perut ini sehingga tengah hari nanti
selang beberapa minit kemudian :

  • hujan tiba-tiba menderu turun tapi sekejap je..cuaca dekat luar ni memang best kalau dapat tidur..zzzzz!! *tetido depan PC*

1/13/2011

Peristiwa lama

Cerita ni kalau ikutkan tarik tamat tempoh dari tahun lepas sebenarnya, paling sedih dah luput sejak bulan 5 tahun lepas lagi..Kalau makanan macam ni dah layak duduk dalam tong sampah tapi ini cerita so jadinya tak sampai lah ke tong sampah melainkan kalau buku cerita yang dah ditelan zaman tu..Jadi cerita ni tak boleh dibuang sebab memori kepala ni store cerita ni lama sikit, mungkin akan ada sampailah dayah nyanyuk nanti kot..

Kenapalah tiba-tiba nak cerita pasal cerita yang dah tamat tempoh ni kan, entahlah semalam masa baba tengah drive on the way balik office tiba-tiba teringat cerita ni *masa tu tiba-tiba ternampak LRT passed by* jadi rasa macam nak kongsikan pulak kepada u olls semua..Sesetengah dah tau cerita ni sebab sehari lepas hari kejadian datang office je terus terhengeh-hengeh nak cerita, tak sabar tau tak..

Kisahnya bermula begini,
Masa dayah kerja di icimb dulu dayah pergi kerja naik pengangkutan awam, naik putra dari Station KL Sentral sampailah Kerinchi, sebab lokasi office ni betul-betul dalam bangunan station Kerinchi tu..Memang convinient sangat..Jadi everyday baba akan hantar dayah ke KL Sentral..So biasalah train kat Malaysia ni kan, ada-ada masa dia buat hal..Pernah dayah sampai-sampai je putra station tengok asal orang beratur punya panjang ni, rupa-rupanya train ada problem and delay, sekali datang haa!! ambik kau punyalah padat macam selalu orang cakap tu 'padat macam sardin' cuma ni sardin dalam train, ada kelaslah sikitkan daripada dalam tin, so sampai office pun haruslah lambat jugak..Bos tak boleh nak marahkan sebab salah train sebab dayah dah sampai awal dekat station tu tapi disebabkan beratur punyalah panjang so lambat jugak..

Jadi dalam 2 bulan dayah kerja tu kes macam ada jugak dalam 2 3 kali terjadi so nak dijadikan cerita satu hari masa dayah nak balik dari office kes yang sama berulang kembali..Tapi ni tak kisah sangat sebab nak balik dah cuma kesian kat baba lah sebab tau je lah KL Sentral tu mana ada tempat nak menunggu kan, asyik kalau berhenti je polis kat situ mulalah nak tanya Encik sini tak boleh tunggu lah bla bla bla..Budget ni kira kalau sampai KLSentral ngam ngam jelah baba pun sampai tapi sampai je kat tangga esclator tu dayah tengok ramai orang tengah beratur so dayah dah agak ni mesti train delay..kan betul!!

So dayah pun ikutlah serta dengan penumpang-penumpang lain beratur tunggu train, dengan muka tak sabar nak balik..Masa tengah tunggu ni dayah pun memulakan acara memerhatikan orang tapi bukanlah tenung je orang tu tengok gelagat mereka, macam-macam karenah ada..Ada yang kelakar, ada yang annoying nya dia ni..Jadi tengah syok-syok tengok orang ni dayah pun terperasanlah ada seorang mamat ni dia dari barisan sebelah, so dayah cuma macam pusing-pusingkan badan and of courselah terpandang kan jadi buat je lah bodohkan tiba-tiba dayah perasan macam dia bergerak perlahan-lahan ke barisan yang dayah tengah berdiri so dayah pun buat jelah bodoh lagi sekali, tak akan nak marah-marah kot dia kan..Lepas tu tiba-tiba macam ada orang bercakap dekat belakang dayah so i thought maybe orang belakang tengah bercakap ke kan so buat bodoh lagi sekali sampailah 2 kali dia cakap "train delaykan hari ni?" so I was like haa!! laa!! dia cakap dengan dayah kot, so dayah pun jawablah "a'ah, sebelum ni pun ada experienced macam ni gak" lepas tu dia tanya selalu ke macam ni, dayah cakap tak lah selalu and kami pun terus berborak-borak pasal pengangkutan awam..Yeah!! kalau kita gunakan pengankutan awam haruslah bercerita pun pasal pengangkutan awam..Sampai cerita pasal teksi pun keluar..

Dari cerita pengangkutan awam, timbul pulak cerita awak tinggal kat mana, kerja kat mana..Dalam hati dayah ni macam ehh!! sibuk jelah mamat ni nak tau macam-macam..Dayah pun jawab macam nak tak nak jawab ohh!! sebelum tu kenalkan nama dulu, entahlah nama dia siapa, tak ingat sebab bukan pun concentrate apa yang dia merepek kan, siap bersalam ni u olls..Ish!! bukan muhrim mana boleh kan..hahahaha!! seingat dayah dia kerja dekat Maxis and dia tersasar dekat situ pun sebab jumpa orang I think, couldn't remember much..

Train ni pun satu punyalah lama, hampir-hampir 1/2 jam jugaklah..Dah borak lama-lama tu dia tanya, boleh dapatkan no phone awak, manalah tau nanti boleh nak contact-contact ke kan and dayah dalam hati pun berkata ehh!! apahal mamat ni baru borak kejap, itu pun tepi landasan kereta api tiba-tiba nak mintak no phone pulak so dayah pun cakaplah sorrylah saya tak bagi no phone dekat orang yang tak kenal lagi and dia jawab "ni kan dah kenal, so bolehlah kan" dalam hati berkata "asallah kau ni annoying sangat" so dayah pun bagilah explanation kena kenal macam mana dulu baru boleh bagi no phone semua..Lepas tu dia macam mengeluh and dia tanya "guna line apa??" dayah jawab "maxis" dia tanya lagi " postpaid ke prepaid??" apahal lah mamat ni banyak sangat tanya, dayah jawab " prepaid" and dia pun ceritalah asal tak nak guna prospaid lagi murahlah, jimatlah siap kalau nak dia boleh bagi RM50 percuma lagi..alaa!! kat sini ada 2 tactic yang berjaya dikesan first in order to get my num and secondly nak promotelah tu, mentang-mentang dari maxis..So dayah balas takpelah guna prepaid pun dah okay..

Train pun sampai and mulalah acara merebut-rebut train so dayah dapat naik dulu sebab dayah duduk barisan depan and jadi jahat kejap dayah cakap dalam hati i wish dia tak dapat naik, entah macam mana dia dapat jugak naik tu..ishh!! bikin kacaulah mamat ni..Nasib baiklah dayah turun 2 station dari Kerinchi tapi masa tu rasa macam train tu bawak punyalah slow, dalam hati merungut bilalah nak sampai ni..Dalam train yang penuh tu tau-tau jelah semua macam rapat-rapat berdirikan so mamat ni dia berdiri betul-betul sebelah dayah je tapi dayah make sure ada jurang diantara kami berdua, wah!! hahaah!! and again tanya lagi soalan bagilah num awak nanti senang saya nak contact mana tau nak jumpa ke kan..Masa ni dayah memang terasa ya allah mamat ni kenapalah kau annoying nak mampos tolonglah kau turunlah lepas ni, tengok tak jugak turun-turun jugak..ishh!! and dayah pun cakaplah tak boleh saya tak kenal awak, tapi dia stick dengan jawapan dia yang dari tadi tu, ni kan dah kenal..Lepas tu dia tanya lagi awak takut eh boyfriend awak  marah, dayah yang agak lurus bendul ni sikit pada hari kejadian cakap mana saya ada boyfriend kawan ramailah and again dia cakap haa!! tak ada boyfriend kenapa tak nak bagi num phone tu..*situasi dalam train masa ni sangatlah sempit and dayah dapat rasakan yang dia cuba untuk berdiri betul-betul sebelah dayah I mean dengan lebih dekat lagilah, dalam hati takutnya kalaulah dia buat perangai tak senonoh ke kan, mana tau dia raba-raba ke memang nak kena sepak terajanglah so masa ni dayah cuba sedaya upaya sampai mamat indon belakang dayah macam pelik asallah minah Malaysia ni dok ketepi ketepi sampai aku yang kurus ini bisa terhimpit* ..Dia asak dayah dengan soalan asal tak boleh nak bagi num phone awak tu punyalah banyak kali sampai dayah malas nak jawab dayah geleng je kepala..Okaylah!! dia tanya lagi awak ni tak suka lelaki eh?? dayah macam haa!!?? terkejut mak tau..Dayah jawablah mana ada, masa ni nak gelak berdekah-dekah pun ada nak sepak muka dia pun ada..Dia tanya lagi, cop!! cerita ni memang banyak sesi soal jawab kan, asyik dari awal cerita sampai nak ke ending ni asyik tanya je..Kali ni dia tanya, habis tu kenapa tak nak bagi num phone awak tu.."Takpelah kalau awak tak nak bagi saya bagi my num kalau awak boring-boring mana tau nak contact saya ke kan" dayah jawab "takpelah tak payah macam tak baik pulak awak bagi num awak saya tak kan, so takpelah tak payah" *padahal, weh!! kita kan dalam train yang sesak bak ikan sardin dalam tin ni lagi kau nak suruh aku salin num kau ditambah lagi dengan daya keseimbangan ku yang memang tak boleh langsung seimbang bila train bergerak ni, kau nak suruh aku jatuh tergolek ke weh!!* ni dalam hati cakap..Serious time ni train tu ibarat jalan dari KL ke Singapore punya lama rasanya...

Jadi dia macam tak puas hati nak jugak lagi tanya tu boleh tak nak num phone awak, memang mamat pendek ni kan banyak sangat songeh..Entah apa sangatlah num phone dayah ni yang dia sibuk nak, macam nak mintak num phone Datuk Siti, punya 10 kali bertanya..Ada lagi soalan dia nak tanya tapi tak sempat sebab lagi beberapa ratus meter je station KL Sentral dah dekat nak sampai..Time ni rasa macam baru terlepas dari penjara pun ada..So dayah turun tanpa say bye pun kat dia, pandang muka dia pun tak..Buat apa kang pandang tanya lagi silap-silap ikut balik, haa!! part ni cuak jugak tau, iyalah mana tau dia turun dekat KL Sentral tu and ikut je dayah kan, dalam kepala memang ada planning macam-macam kalau dia ikut dayah turun sekali tapi nasib baik tak..

Sampai je rumah dengan penuh semangat nak bercerita ni berceritalah dengan fizah, mama, & baba..Dengan rasa teruja lagi dayah siap update status FB pasal cerita ni lagi..

Esoknya sampai je office cerita semua dengan orang, siap digelakkan lagi dengan diorang..
Itulah dia experienced dayah masa guna pengangkutan awam dulu..Bila fikir balik kelakar pun ada, annoyed pun ada tapi biasalah part dari pengalaman tu..hahahah!!

Kesimpulannya, tak payahlah nak ngorat perempuan dekat train kereta api eh!! dan mintak no phone orang tu 10 kali sebab tak macho pun..

1/11/2011

Anugerah Juara Lagu -First class ticket

Agak ketinggalan zaman jugaklah dayah ni sebab ramai penulis-penulis blog mahupun akhbar dah bercerita mengenai Anugerah Juara Lagu ke-25 yang lepas..Ramai yang dah kutuk, tak puas hati, tak adil semua yang 'tak' dah di bicarakan..Bagi versi dayah pulak, memanglah agak terperanjat pada mulanya sebab Ana Raffali yang menang, kalau ikutkan dayah sendiri Faizal Tahir atau Black lagi layak tapi yeah!! telinga kita dan telinga juri ni lain sikit cara pendengarannya..Bagi mereka Ana punya lagu Tolong Ingatkan Aku tu ada seni even my dad sendiri menilai lagu Ana tu sedap didengar *ini kes banyak dengar lagu keroncong setiap malam*..Jadi kita sebagai penonton dan peminat Juara Lagu terima sahajalah kemenagan Ana, mugkin dah rezeki dia, tak payahlah nak kutuk-kutuk lagi..

Bagi Faizal dan Ally yang asyik berlawak je tu, ada jugak sesetengah lawaknya macam tak berapa nak menjadi tapi overall memang terhiburlah..:)

Dayah tengok stadium sesak dengan lautan manusia, atas bawah penuh..Kali ni memang nampak meriah dari segi penonton, ramai yang meluangkan masa pergi tengok live di stadium eh!! rajin u olls ni..Berbalik kepada kami yang mendapat first class ticket ni memang tak akan lepaskan peluanglah kan..Ticket dah lah free, first class treat lagi u olls, siap bagi bantal lagi..Tolong jangan nak jealous-jealous eh!!..Depan-depan dapat tengok artis pujaan cuma tak dapat sentuh je..

Jom layan gambar :


diberi kuaci sebagai kunyah-kunyah semasa acara dilangsungkan, boleh tercekik bila..

shahir muncul..kami sorak habis sampai tu yang tercekik..

Shahir kami suka awak..*jerit kami kepada shahir*

boleh nampak depan-depan tu..

nampak lagi jelas, u olls ada, yang duduk jauh-jauh di belakang tu??

close up je dekat muka shahir sepanjang dia perform..

part ni agak terperanjat sebab mula-mula tak perasan pun yang nasha aziz ada tiba-tiba dengar suara je..

disediakan air kotak lagi u olls..:)

Itu je gambar yang sempat di ambil..Kelaslah layanan kepada kami malam tu, next event pasti kami sekeluarga datang lagi..hehehe!!

Apa-apa pun tahniah kepada semua pada malam AJL tu..:)
dan dayah ada tengok fesyen artis-artis kita masa red carpet, okay!! ada yang sedap mata memandang sebab design bajunya cantik, ada jugak yang hancus..ermm!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...