1/11/2011

Anugerah Juara Lagu -First class ticket

Agak ketinggalan zaman jugaklah dayah ni sebab ramai penulis-penulis blog mahupun akhbar dah bercerita mengenai Anugerah Juara Lagu ke-25 yang lepas..Ramai yang dah kutuk, tak puas hati, tak adil semua yang 'tak' dah di bicarakan..Bagi versi dayah pulak, memanglah agak terperanjat pada mulanya sebab Ana Raffali yang menang, kalau ikutkan dayah sendiri Faizal Tahir atau Black lagi layak tapi yeah!! telinga kita dan telinga juri ni lain sikit cara pendengarannya..Bagi mereka Ana punya lagu Tolong Ingatkan Aku tu ada seni even my dad sendiri menilai lagu Ana tu sedap didengar *ini kes banyak dengar lagu keroncong setiap malam*..Jadi kita sebagai penonton dan peminat Juara Lagu terima sahajalah kemenagan Ana, mugkin dah rezeki dia, tak payahlah nak kutuk-kutuk lagi..

Bagi Faizal dan Ally yang asyik berlawak je tu, ada jugak sesetengah lawaknya macam tak berapa nak menjadi tapi overall memang terhiburlah..:)

Dayah tengok stadium sesak dengan lautan manusia, atas bawah penuh..Kali ni memang nampak meriah dari segi penonton, ramai yang meluangkan masa pergi tengok live di stadium eh!! rajin u olls ni..Berbalik kepada kami yang mendapat first class ticket ni memang tak akan lepaskan peluanglah kan..Ticket dah lah free, first class treat lagi u olls, siap bagi bantal lagi..Tolong jangan nak jealous-jealous eh!!..Depan-depan dapat tengok artis pujaan cuma tak dapat sentuh je..

Jom layan gambar :


diberi kuaci sebagai kunyah-kunyah semasa acara dilangsungkan, boleh tercekik bila..

shahir muncul..kami sorak habis sampai tu yang tercekik..

Shahir kami suka awak..*jerit kami kepada shahir*

boleh nampak depan-depan tu..

nampak lagi jelas, u olls ada, yang duduk jauh-jauh di belakang tu??

close up je dekat muka shahir sepanjang dia perform..

part ni agak terperanjat sebab mula-mula tak perasan pun yang nasha aziz ada tiba-tiba dengar suara je..

disediakan air kotak lagi u olls..:)

Itu je gambar yang sempat di ambil..Kelaslah layanan kepada kami malam tu, next event pasti kami sekeluarga datang lagi..hehehe!!

Apa-apa pun tahniah kepada semua pada malam AJL tu..:)
dan dayah ada tengok fesyen artis-artis kita masa red carpet, okay!! ada yang sedap mata memandang sebab design bajunya cantik, ada jugak yang hancus..ermm!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...