Kalaulah duit tu boleh je kita petik dekat pokok-pokok yang ada sekeliling kita ni mesti rasa macam wehh!! aku nak petik untuk beli ini, aku nak petik untuk beli itu, aku nak petik untuk bayar hutang semualah..Lama-lama pokok tu pun malas nak produce daun lagi tak sempat nak hijau dah kena petik..ishh!! tak naklah macam tu kita kena kerja untuk dapatkan pendapatan *ayat nak sedapkan hati sendiri*
Selama 3 hari berturut-turut ni saya duduk je dekat rumah melayan racangan-rancangan tv, mengemas rumah yang tak berapa nak berselerak *bangga rumah bersih hasil tungkus-lumus last week*, melayari internet dan tak dilupakan jugak membesarkan lagi badan yang sedia ada besar ni..ermm!!
Sepatutnya cuti yang panjang ini ingin dimanfaatkan dengan aktiviti bercanda di tepian pantai Batu Ferringhi tapi apakan daya kita merancang tuhan yang menentukan..Selama 3 hari ni jugaklah kami sekeluarga boleh diibaratkan macam 'patah kaki' sebab dua-dua kereta dalam keadaan 'sakit'..Iya dua-dua kereta kami rosak, diorang ni sepakat nak rosak sama-sama ke?? Jadinya, aktiviti itu terpaksa ditunda mungkin bulan hadapan, insyaallah mintak-mintak dipermudahkan segalanya..Jadi, 3 hari ni kami hanya mengambil angin yang sudi tak sudi nak datang di luar rumah je lah..Tengok gambar Batu Ferringhi dalam internet je sudah memadai *mood sedih sangat*, satu lagi tak dilupakan juga tengok je blog rakan-rakan yang lain menjamah nasi kandar..:'(
Sementara menunggu kereta disiapkan *dijangkakan hari ni siap, sebab dah 2 hari tak siap-siap padahal semua barang-barang dah ada, ini memang lembsss!!* mama telah menyajikan kami dengan ini :
jemput-jemput pisang, Jemput makan..
ditambah dengan kopi..*mood kembali ceria*
Selamat minum petang..:)
2 comments:
adoii... sedap nyer jemput2 tuu... really missed my arwah mak punyer air tangan buat jemput2.. huhu..
alaa!! jgnlah sedih2..xpe nanti i bagi sikit bg ubati rindu u..:)
Post a Comment