1/19/2011

Status FB

Sesi pagi :

  • hari ni sampai awal seperti biasa, selalunya akan bertenggek di pantry sebab kunci bilik tak ada..Sejak kejadian rompak hari tu terus bilik ni berkunci, sebelum ni main door pun siap lock mangga besar tu..walaaweehh!! perompak tu memang nak kena.. Ohh!! tetapi hari ini tidak sebab kakak cleaner tu buka kan pintu sebab dia ingin melakukan kerja-kerja pembersihan, jadi dapatlah lepak dalam office sorang-sorang..:)
  • selepas mengetahui akan keburukan kalau pengambilan dairy terlalu banyak satu hari (sebelum ni tiap-tiap hari milo with 3 sudu teh krimer dan minum sebanyak 2 kali kadang-kadang 3 kali) makanya sekarang ni saya telah mengubah diet iaitu mengambil kopi 'o' di setiap pagi instead of milo dan ditemani 3 keping biskut jacob..sihatkan?? Kopi tu pun minum hanya secawan satu hari eh!! sebab kalau banyak-banyak nanti takut ketagih & bakal masuk geng gigi kuning nanti..*perasan gigi putih sebab konon-konon tiap-tiap pagi guna listerine 'bright & clean teeth tu*

nota kecil si penulis : hari isnin malam menemani baba pergi isi minyak, biasalah seisi keluarga harus ikut tanda support kepada ayah sendiri..nak dijadikan cerita pendek, lepas isi minyak kami pun berjalan-jalan sekitar KL..masuk sini, keluar sini..Sejarah zaman kanak-kanak ibu & bapa kembali tatkala lalu di lorong-lorong sekitar Sentul & berdekatan dengan Titiwangsa, mereka menunjukkanlah ini dulu apa, tak ada semua ni macam sekarang, boleh tulis buku sejarah tu..Ehh!! kembali ke cerita asal, lepas isi minyak kami pun menyusuri jalan sekitar KLCC, tiba-tiba ramai orang dan baba pun bersuara "ni mesti kena rate motor-motor ni"..Mula-mulakan ingat iyalah tapi macam mushkil sikit sebab malam-malam buta orang kerja esok tak akan ada banyak motor parking kot (maklumlah kawasan club lah katakan) sekali tengok banyak camera, orang, lampu dipasang terang benderang kawasan tu..Toleh kiri ternampak seperti seorang pelakon tengah duduk menunggu scene dia, SEKALI ternampak SHAMSUL YUSOF weh!! tengah macam baca skrip dengan salah seorang abang kepada Dania dalam Awan Dania (maaf nama dia tak taulah)..Apa lagi terjeritlah kami dua beradik..*ohh!! sungguh gatal* ..Tak sia-sia keluar malam tu..Malam minggu yang lepas terserempak dengan Hani wachaaa!! dekat Chow Kit tengah shooting di kedai jamu..Sepanjang perjalanan nama SHAMSUL YUSOF tak lekang dibibir kami..hahahahaha!! 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...