1/18/2011

Al-Kisahnya - Letih

Letihhhhhhhhhhhh!! I really need some vacation & rest..Good sleep & relaxing!!

Penat..penat & penat..Memanjang penat pernah ke yang tak penat dalam hidup kita di sehari..Dah balik dari vacation pun still merungut penat..Apa kes??

Okay!! tak tak sama sekali, dayah bukan baru balik dari mana-mana..Cadangan vacation ke Penang tu kan terpaksa di tundakan Insyaallah bulan depan..*tak taulah jadi ke tak kali ni*..So itu lah sebab badan sakit-sakit, kaki lenguh-lenguh..bila selidik balik ohh!! lama tak berjalan..*gewdikss kau ni* hehe!!

Cerita pasal letih ni, this week adalah hari letih dayah sebab..sebab-sebabnya, letih cari konsep baju nak pakai sabtu ni *mak ngah nak melaram ke annual dinner u olls* haruslah letih bagai mencari konsep, mengalahkan artis nak pergi Anugerah Juara Lagu..*gelak sorang-sorang depan PC* ehh!! tak lah glamour mana pun, nak dapatkan sponsor muka tak pernah masuk majalah..hahaha!!
Okay!! straight to the point..Sabtu lepas letih sebab boleh dikatakan the whole day dayah spent time dekat luar rumah, bukan balcony*follow kronologi kejadian ni* :

  • 10:00 pagi - bangun dari tidur yang nyenyak siap mimpi attend rumah orang kawen..
  • 11:00 pagi - completely siap & ready nak ke tempat yang dituju, kawan-kawan yang ikut serta dalam acara ini dah sampai..
  • 11:30 pagi - sampai depan sogo..kecewa tak dapat masuk sogo sebab sogo tengah buat membership day, something macam hari J Card lah so tanpa card membership tu tengok signboard je lah jawabnya..*terkena pada batang hidung sendiri*
  • 11:45 pagi - kami berjumpa di luar buat pertama kalinya, selalu jumpa waktu pejabat je..
  • 12:00 tgh hari - gerak ke Jalan TAR..niat nak cari baju untuk dinner tapi tak nak pakai baju kurung..faham??!! tapi majority yang dijual semua berkaitan dengan baju kurung dan sewaktu dengannya..*HAMPA**
  • 12:30 tgh hari - hampir setengah jam kami masuk keluar kedai tapi tak ada satu pun yang menambat hati akhirnya kami berhenti di tepi jalan kejap discuss mana lagi kedai yang best selain dekat sini yang masuk kedai ni sama je style dengan kedai sebelah..
  • 12:33 tgh hari - yeah!! kami decide nak ke Time Square sebab sana banyak choice & boleh dapat murah-murah..jom, jom!! excited..sekali!! macam mana nak pergi sana??
  • 12:50 tgh hari - dah dapat petunjuk macam mana nak pergi sana..punyahlah lama berfikir nak pergi naik apa last last sekali naik LRT turun Titiwangsa, ambik Monorail turun Imbi dan tadaaa!! dah sampai pun Time Square..
  • 1:30 tgh hari - dah masuk dalam Time Square perut bagi arahan tolong isi dulu sebelum korang jalan-jalan pusing-pusing satu bangunan ni..Okay!! akur dengan itu, kami terus ke Mc'Donalds..makanan paling ringkas lagi mengenyangkan, tak payah pikir panjang nak lauk apa, nasi goreng apa..order je set haa!! ambik kau dah kenyang..Agak payah nak dapatkan tempat duduk sebab Mc'Donalds ni kecil kalau dibandingkan dengan orang yang datang..Tolonglah besarkan sikit supaya kami ni tak berebut-rebut tempat duduk..*si gentle-gentle man mat saleh ni bangun nak bagi kami duduk sekali ada pulak yang pergi ambik tempat tu* heheh!!
  • 2:30 petang - selesai makan, acara mencari baju dimulakan..Mulakan dengan kedai paling hampir dengan Mc'D tu..Tengok tengok, yeah!! ada yang berkenan dan murah..Tapi nanti dulu jalan lagi..Turun naik esclator, jalan dari hujung sini ke hujung sana sampai kaki rasa nak patah *masa ni sangat menghargai kerusi*..
  • 5:30 petang - tak sangka waktu dah petang, patutlah kaki bagi isyarat suruh berhenti and get some rest..Ambik keputusan nak try EspresSOUP, makan sup dalam roti..*teruja sebab first time ever try*..
  • 6:00 petang : kaki agak kurang sakitnya sebab dah dapat duduk dalam half an hour..Okay!! kali ni terus pergi ke kedai baju yang telah menjadi pilihan hati masing-masing..Tanpa berfikir lagi sebab tadi dah puas fikir & survey terus grab dan bayar..Set baju dah lepas sekarang kasut..Masuk kedai pertama, cuba kasut yang dirasakan murah dan cantik tapi malangnya tak sesuai nak dipakai dengan baju yang dah dibeli tu, reject!! lagi satu kedai tu kena reject seumur hidup sebab salesman dia gatal..Sibuk nak mintak no phone..eh!! hello!! orang nak beli kasut..dahlah kepala dah buntu, hari dah semakin gelap kau sibuk nak tanya no phone..ish!! taubat tak nak masuk lagi kedai tu..Pergi ke kedai kedua, kasut dah cantik, harga boleh consider lagi sebab design dia okay!! tapi sayang tak ada size..arghh!! geram..Kedai ketiga, okay!! ada so bolehlah harga pun berpatutan, within the budget..grab dan bayar..Sementara tu 2 lagi kawan dayah pergi mencari tudung..
  • 7:15 petang : masing-masing dah dapat apa yang dikehendaki, masing-masing membawa haluan masing-masing..Dayah & fizah tunggu mama & baba pick up, sementara tu membuang duit di kedai Krispy Kreme Doughnut..

Gambar sisipan dari kronologi cerita ini walaupun tak lengkap tapi sekadar sebagai bukti okaylah eh!!


adik beradik order..

prosperity burger, berharap prosperlah hendaknya lepas ini..ngeee!!

macam biasa kalau hati dah terpaut selagi tak jemu Big N Tasty lah menjadi pilihan..

pada mulanya tak tahu akan kewujudan espresSOUP ni sampailah terbaca satu blog yang menceritakan keunikan yang terdapat disini..Apakah ia??

wah!! menarik ni..Makan sup bukan dalam mangkuk tapi roti..Sup ni bernama creamy brokoli sebabnya saya ni kan hantu brokoli, haruslah ini jadi pilihan hati..Cara makan sila ke gambar rajah satu lagi..

potong begini dengan menggunakan pisau yang disediakan (self-service jadi ambik sendiri eh pisau tu)..Potong dibahagian penjuru untuk tampak lebih menarik kalau tak nak ikut pun takpe, tak ada siapa akan marah..

biarkan sup tadi melimpah ruah ke dalam pinggan yang disediakan..Dah!! makanlah sampai habis..Nasihat, kalau satu ni kongsi 2 orang lagi sedap makan tak muak sangat or in other words, sharing is caring..:)

pertama mengenalinya ketika berada di dalam flight Air Asia sebab AA ada jual donut ni..

mula-mula menggelarkan donut ni as Kaspersky *time tahap knowledge cetek lagi* sekarang dah tau perbezaan dua nama ini..:)

6 ketul dah memadai, kang gemuk siapa nak jawab?? okay!! *senyum*

kegemaranku setakat ini tapi lupalah nama donut ni, ingat rupa je..

antara kegemaran jugak..Ini donut peanut butter sekali lagi memory lost, lupa full name donut ni..Overall donut from Krispi Kreme ni manislah, ada yang kurang mendapat perhatian daripada kami 4 orang jadinya masih lagi stick to OUR family favourite donut..JCO!! not JLO..

Selepas kami dua beradik ni diambil oleh ibu dan ayah bukan terus pulang kerumah malah telah ke pasar Chow Kit *alaa!! yang malam-malam ada jual macam-macam tu dekat belakang Chow Kit* untuk membeli beberapa bahan mentah untuk memasak pada keesokkan harinya..Kali pertama singgah walaupun dah lalu tempat ni lebih dari 10 kali..

Sila rujuk beberapa keping gambar yang sempat di ambil :




'shopping' malam tapi muka macam 'shopping di awal pagi..Ceria!!

semua ada, lengkap..

berbagai jenis sayur yang segar segar dijual..pilih mana nak!!

benda wajib ada dekat dalam fridge, kalau habis macam orang makan tanpa garam rasanya..

tak beli sebab kami bukan pemakan siput sedut, sekadar mengambil gambar sahaja untuk dikongsikan bersama..

Satu lagi letih bila ramai yang tanya ohh!! dah ada boyfriend eh?? sebabnya status tulis I'm in love,..ehh!! ehh!! *siap cekak pinggang ni* kena eh kalau tulis status tu wajib bersangkut paut dengan teman lelaki?? tak kan??!! boleh je kalau cakap yang kita in love dengan tempat yang baru kita pergi ke, baju ke, kasut ke, apa-apa lah yang tak berkaitan dengan orang atau manusia..One more, setiap kali tulis status bersangkut paut dengan tarikh mesti orang akan comment atau cakap..Tarikh nak kawen eh!! ke nak tunang, nanti jangan lupa jemput, siapa gerangan jejaka itu?? and bla bla bla..Omg!! masuk umur macam ni memang soalan tu eh yang diorang tujukan?? RIMASSSSS!! I'm still young, still holding my mom's hand while I'm walking..*haa!! ambik kau budak lagikan saya ni*
Tolonglah!! * sambil nyanyi lagu Ana* I'm quite fed up dengan soalan macam tu..Janganlah tanya lagi soalan macam tu..Saya belum nak tunang, nak kahwin atau nak ada sesiapa dalam hidup ini selain my family & selagi 6 perkara belum terlaksana lagi *wah!! azam ni* hehehe!!

Jadi lepas ni tak mahu lagi eh!! gatal-gatal mulut, tangan nak tanya soalan macam tu..*senyum tak ikhlas* nanti kalau dah rasmi nak Kahwin nak tunang saya umumkan..*ehe!! perasan artis jap, sila muntah*

Sebelum habiskan cerita, penutupnya ialah sepeninggalan kami ke Time Square mama & baba telah bersama-sama beberapa jiran tetangga pergi ke majlis kenduri kahwin salah satu daripada jiran kami yang berdekatan jugak..Anak dia kahwin bertemakan biru cair..

Zaman sekarang kan kalau tak ada goodie bag untuk bekalan tetamu memang tak sah, jadinya :



isinya harus ada kek dan selebihnya ikut suka tuan rumah nak letak apa, kali ini kami dapat pen, motif masih tak dapat dikenalpasti lagi..

p/s : tahap kesabaran harus ada dalam menghandle laptop ku ini..Harus ditukar yang baru nanti..:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...