Selamat Pagi / tengah hari semuaa.....
Wah!! lamanya rasanya tak update blog hitam ni *cadang nak tukar layout tapi entah semua layout macam tak cantik je, nantilah akan diusahakan lagi* Nak kata busy terlampau sangat tak jugak, nak kata gambar belum habis edit TAK semua dah ready tinggal nak pastekan dekat sini berserta dengan ceritanya aje, habis tu kenapa blog ni tak berupdate?? Jawapannya adalah ermmm!! nak jawab MALAS boleh tak?? ehh!! tak naklah macam tak best je alasan tu, okay!! ermm!! *pikir jap alasan lain* ermmmmm!! ermmmm!! baiklah lately ni senang cakap dayah busylah jugak, kalau weekdays memang dayah busy dengan kerja, serious bertimbun sikit kerja last week, this week dah reduce sikit, alhamdulillah..Weekends pulak nak kata busy tak sangat okay!! kali ni boleh diguna pakai alasan MALAS tadi..hehehe!! *terpaksa guna alasan busy, fikir-fikir dah tak ada alasan lain pun* :D
Cerita hari Sabtu, kami pergi mana eh?? tengok lately ni memory dayah sangat berada dalam tahap kritikal tau, dayah selalu lupa apa yang dayah buat sebelum ni *nasib ada diari alam maya ni* Sabtu rasanya dayah tak pergi mana-mana pun, melekat je dekat rumah, malam baru keluar pergi minum-minum dengan family..Sekarang ni our favourite place untuk lepak malam-malam sambil minum-minum, okay!! tipu bukan minum sahaja tapi siap makan bagai *diet tak teratur lately ni* adalah di sekitar Sogo, dayah tak ingatlah nama jalan, okay!! frankly speaking dayah memang tak ingat nama-nama jalan dekat KL ni okay!! kalau ingat pun tempat-tempat yang selalu melawat je contoh macam Jalan TAR *tiap-tiap tahun shopping sini untuk hari raya.. :D * nama jalan rumah sendiri *ni kalau tak tau memang nak kena halau dari kawasan tempat tinggal* , nama jalan di kampung sendiri *ini pun kalau tak ingat memang datuk kata "kau tak layak jadikan KAMPUNG PANDAN ini kampung kau, pergi balik KAMPUNG BARU kau tu" mana dayah ada kampung lagi selain Kampung Pandan itulah satu-satunya kampungku.. dan adalah lagi few jalan yang dayah tau namanya, semua ada sebabnya kenapa dayah ingat..hehehe!!
Berbalik kepada tempat favourite kami yang terbaru tu, nanti malam dayah update berserta dengan gambar dan nama lokasi kedai tu sekali okay!! Kedai tu jual roti naan yang dayah rasa setakat ni inilah naan yang sedap dayah pernah makan dekat Malaysia ni..Kedai ni famous dengan cheese naan nya..Pakai cheese mozarella okay!! cheese yang melimpah ruah banyaknya bila di serve, dah macam makan pizza extra cheese tau.. :) Dah-dah itu sambung malam nantilah yee!! tak suprise nanti.. :D
Semalam pulak pagi memang tak kemana-manalah, macam mana nak keluar hujan selebat-lebatnya, baik lepak dekat dalam rumah je, lagi bestkan..Boleh tarik selimut dan zzzzzzzzzz!! Lagipun bukan senang nak dapat cuaca macam tu kalau waktu-waktu weekends ni kan, baik manfaatkannya sebaik mungkin..Tapi sebelah malamnya walau hujan lebat pun dayah kena jugak keluar rumah sebab malam semalam dayah dapat free tickets from Astro untuk tengok teater Lat Kampung Boy The Musical dekat Istana Budaya..Since tiket hanya untuk 2 orang so dayah dengan Fizah je yang pergi tengok..Wah!! masuk ni dah 2 kali dayah jejak kan kaki dekat IB dan ini semua atas jasa baik ASTRO yang baik hati tu nak bagi lagi sekali tiket free, kalau dulu dapat tengok teater Cuci The Musical 2 for free jugak atas pemberian tiket percuma dan ini sekali lagi..Ini yang sayang Astro lebih-lebih..THANK YOU SO MUCH ASTRO.. :D Itu pun bakal diceritakan dengan bersertakan gambar di lain entri yee!!
Sekian untuk pagi ini dulu yee!! nanti kalau ada masa petang nanti dayah update lagi..Tengah fikir lunch nak makan apa..Malasnya nak menapak ke food court tu..
Bye dan selamat makan tengah hari semua...
Terima kasih kerana menjadi pembaca :)
No comments:
Post a Comment