3/31/2010

Pekanbaru Trip - day 1

Berangkat lagi kami ke Indonesia, kali ni ke Pekanbaru pulak..Macam biasa ticket ditempah oleh encik Salleh pada tahun lepas, pantang kalau buka AA punya website tak sah kalau nak log out tak booking satu flight tak kiralah domestic ke international ke..Tapi kalau booking pun selalunya time promotionlah, kalau tak promotion boleh tahan jugak harganya..

At the first place dayah tak tau pun Pekanbaru ni dekat mana, bila baba tanya "nak tak booking pergi Pekanbaru ni"?? Kami semua macam ternganga, Pekanbaru ni kat mana?? dalam negara kita ke?? tak pernah dengar pun..Semua buat muka blur seblur kalau kita ambik gambar orang yang duduk tiba-tiba dia bangun, kan blur.. Lepas baba tunjuk "ni haaaa??!! dekat Indonesia baru semua macam "Ohh!!, cakaplah Indonesia"..So lepas semua orang dah tak blur baba pun tekan button 'proceed'..Maka terbookinglah..

Memang setiap kali kalau naik flight kitaorang lagi senang ambik bus dari KL Sentral terus ke LCCT..Murah pun murah compared kalau bawa kereta..Selalunya kami naik Skybus tapi masa pergi ni Skybus tak banyak so kena tunggu dalam 15 minit macam tu..Haishh!! selalu berlambak dia tersadai tapi hari satu pun tak ada..Baba tak nak buang masa lagi pun tempat nak menunggu bus dekat bawah tu bukanlah best pun, dengan orang yang lalu lalang, panas lepas tu dengan kita ni berbeg beg, rasa macam tak boleh bernafas..So baba ajak naik Aero bus, alaa yang colour kuning merah tu..Harganya beza RM1 je, kalau Skybus RM9, Aero bus RM8..Tapi bagi dayah, dayah suka Skybus lagi sebab pemandu dia bawa rileks je and satu lagi lapang sikit berbanding Aerobus ni pemandu dia masyaallah bawa punyalah laju, macam nak racing, kalau turun bukit jangan cakaplah lepas tu antara tempat duduk tu sempitlah..Dayah ni ada fobia naik bus kalau dekat sini..Dari cadang nak tidur dalam bus langsung tak jadi..Masa dalam bus kami jumpa balik pilot masa kami pergi Australia..dah kahwin dia..hehehe!! =) Satu lagi dayah dengar pilot tu naik Aerobus sebab dia nak cepat, no wonderlah bawa macam pelesit..

Acara wajib kalau turun dari bus ialah pergi cari makan..Selalunya makan dekat Food court LCCT lah sebab bus station dekat dengan food court..Kan malam sebelum pergi dayah ada bagi tau yang dayah terlebih rajin nak buat sandwich kan so masa dalam food court tu satu tupperware sandwich licin..Cuma beli air, krim puff yang sangat sedap sampai kena tapau untuk makan masa sampai hotel nanti, fruit tart..ohh!! ya baba dia nak makan nasi so baba beli nasi campur..Kenyang makan sandwich yang dayah buat, sedap pulak tu..hehehe!! puji diri sendiri..

nampak pun sedapkan?? nak tgk kesedapan lagi meh tgk pic bawah ni pulak


nyum nyum!! tengok betapa creamy nya cream puff tu..fruit tart tu biasa je..


Kami sekeluarga..

Duduk-duduk dekat food court ni dekat 1 jam jugaklah..Lepas tu kami pergi check-in pulak, lagi sekali que punyalah panjang nasib baik counter buka banyak and boleh check-in mana-mana counter pun..


bukti saya ke Indonesia bukan India..


masa tengah beratur, boring kita bergambarlah

Nasib baik que kitaorang ni jalan laju sikit dari yang lain..tata semua kami dah habis..Memandangkan siang masih muda mudi lagi so dayah ajak mama tolong belikan dayah Starbucks..Sebenarnya banyak lagi masa..Dayah and fizah je yang minum, mama dengan baba dah kekenyangan..


tengoklah orang yang tak kenyang2 ni, siap dengan biskut lagi..


Sepatutnya flight kami 330 petang tapi delayed sebab flight tu dari Banda Acheh lewat..So dalam pukul 4 baru flight tu sampai..Masa tengah que, que yang sebelah kami nak pergi Hong Kong, ee!! jealousnya..ahh!! balik Pekanbaru nak cadang dengan baba and mama nak pergi Hong Kong pulak..hehehe!! lepas tu Macau..2 destinasi yang sangat ingin dilawati..
Dalam 430 jugaklah baru take off..bye bye Malaysia..sob sob!! =(
Perjalanan dari KL ke Pekanbaru sangatlah sekejap tak sampai pun 1 jam, rasanya Langkawi lagi lama sikit..Stewardess tu nak jual makanan pun separuh jalan je..Bayangkan 2 immigration form pun tak sempat nak isi..


laaa!! patutlah lambat rupanya si kecik ni yang isi..

Landed Pekanbaru airport waktu berlepas masa dekat KL sebab waktu Indonesia lewat sejam dari Malaysia..Satu je yang dayah tak suka dekat airport sini sebabnya keluar je immigration terus ambik luggage, kan kalau kat KL lepas immigration jalan dan jalan dan jalan lagi barulah sampai dekat luggage area kan tapi ni tak, sampai baba terlepas keluar lepas tu mintak masuk balik nak ambik luggage dia tak bagi so yang telah menjadi hero mengangkat semua luggage SIAPA LAGI KALAU BUKAN DAYAH..penat okay!! satu hal nak keluar pulak, sesaknya kalau kaki tak terkena roda beg orang tak sahlah tu..Dah keluar ada lagi kena tahan sebab diorang nak check ticket kita dengan sticker dekat beg tu sama ke tak..Bagus memang bagus sebab kalau orang nak curi beg memang tak bolehlah tapi masalahnya tak teratur, dayah rasa macam kat pasar masa tu..adoii!! tak glamour dah..

Keluar first thing first cari counter teksi untuk beli coupon, tak lama sangat pun kami tunggu teksi, ada 2 colour teksi, kami naik yang kuning yang satu lagi tu warna biru..Pekanbaru ni jugak antara bandar yang terbersih di seluruh Indonesia, siap ada menang awards lagi tau..memang betul pun sepanjang ke hotel dayah tengok bandarnya kiri kanan bersih je, landskaping pun terjaga..Banyak jugak hotel-hotel yang selesa dekat Pekanbaru ni..Baba dah booked Hotel Mutiara Merdeka masa dekat KL lagi..Location hotel okay gak dekat dengan mal atau shopping complex..Masuk-masuk macam tau tau je diorang yang kami ni memang tengah dahaga sebab ada welcome drink..Sedap and sejuk, air ape entah main minum je yang paling buruk sekali ialah tak sempat-sempat nak duduk masa tengah minum, berdiri sambil teguk air tu..Burukkan?? bel boy tu tengok je kami..=)


    asal nampak  macam sikit je beg lepas tu macam kecik2 je beg semua?? padahal..


superior room..

Cadang lepas isyak sekalilah keluar pergi makan..Ni nak refreshkan badan dulu..Sebelum nak keluar makan mama complaint aricondnya tak kuat so bila buat aduan dekat receptionist dia cakap suruh tukar bilik so dayah ingat nanti dia bagilah specific no bilik tapi rupanya dia bawa satu floor punya kunci bilik accept untuk suite jelah, asallah tak bawa sekali kunci bilik suite tu..Yang buatkan dayah and fizah tergelak-gelak sebab bilik boleh main pilih-pilih macam tu je, mula-mula baba nak yang no ni tapi dayah nak yang no ni pulak lepas tu bel boy tu bagi suggestion bilik no satu lagi, last-last final ambik bilik yang bel boy tu suggest lah..Padahal masa dekat bilik lama evrything dah set-up so kena kemas balik..Bilik kali ni baru best sebab facing main road, dengar bunyi hon kereta baru rasa best..

mula2 malam tak nampak tau sekali pagi taraa!! depan kuburlah..

Malam tu makan nasi padang, dekat je kedai ni dari hotel..Kalu dekat Indon ni makan nasi padang habis semua lauk dia hidang tapi dia kira mana yang kita makan jelah so malam tu baba ajak cara orang KL makan iaitu campur (orang KL ke yang makan campur??)..Air jeruk jangan dilupakan..Lepas makan balik hotel sambung makan dessert dekat hotel..tulah dayah cakap kalau holiday DIETKU HANCUSSS..


Dinner + Dessert

tidur awal sebab penatlah, bukan penat travelling tapi PENAT MAKAN..hahaha!!

Sudah-sudahlah dayah dah panjang menjela kau merepek so nanti kita sambung lagi eh..
TATA, bye!!

2 comments:

Lady of Leisure said...

bestnya teringin nak ke indonesia...

Hidayahsalleh said...

nanti planning lah pergi..Kalu nak lady pergi Bandung, Jakarta and Bali..Dayah teringin nak ke Bali..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...