4/01/2010

Lepak @ Ikea

Macam biasalah kalau nak pakai kereta pagi-pagi kena hantar baba pergi kerja, padahal boleh bawa 2 kereta tapi sebabkan baba malas nak bawa so dia suruh pakai 1 kereta je and driver of the day jatuh kepada jeng..jeng HIDAYAH..yeye!! Balik hantar baba singgah klinik kejap sebab mama nak buat check-up and ambik ubat..Lepas ambik ubat tengok dah dekat nak tengah hari so mama decide tak nak masak makan luar je, ni yang paling best bila dapat makan dekat luar, tak payah nak kemas dapur..yes yes!! hahaha!! 

Lepas fizah balik sekolah terus pergi Ikea, masa kitaorang nak keluar tu hujan dah renyai-renyai hari pun dah gelap..On-the-way hujan punyalah lebat sampai tak nampak jalan..Sampai ikea dah reda hujan, tapi masa dalama ikea hujan lebat balik so tak kisahlah nak hujan lebat ke tak lebat ke asalkan kitaorang ada dalam bangunan, tak lah kena hujan dahlah semua orang baru baik demam..

Kalau pergi ikea ni makanan yang wajib dimakan ialah meatball sebabnya meatball dia sedap gila, masa dayah belajar dulu ikea dan meatball teman paling rapat dayah and kawan-kawan dayah..Setiap minggu wajib pergi makan dekat sini, normally hari jumaat kami semua mesti pergi jalan-jalan dekat the curve lepas tu makan dekat ikea, kalau seminggu tak makan macam tak kenalah..Tapi kali ni dayah tak nak makan meatball lagi pun dayah kan tengah on diet so meat ohh!! cannot okay..Mama order meatball tapi 5pc je sebab takut tak habis..Dayah and fizah makan fish n chip sebab nampak macam sedap dan memang sedap pun sampai mama teruja tengok order satu lagi fish n chip so kesimpulannya disini mama makan 2 dishes..hahaha!! gemuklah nanti..Dayah ni hantu brokoli so dekat ikea ni ada side dish brokoli with cream gravy agaknya, entahlah dayah main makan je, rasa macam creamy2 sikit..Air yang paling best sebab beli 1 coffee or soft drink dengan harga Rm3.50 (coffee) and RM1.50 (soft drink) boleh refill sampai mesin tu kehabisan air pun diorang tak kisah atau sampai perut kembung tak boleh bangun pun boleh..So memang best kalau kita lepak lama-lama dengan kawan-kawan sambil borak-borak sebab bila haus disebabkan cakap je boleh refill air, kan dah jimat dekat situ..

brokoli favourite dayah..nyum!!

fish and chip yang wah nak order lagi satu boleh??

meatball tapi ni bukan pic yang dayah ambik sebab mama dah tak tahan lapar sangat so tak sempat nak snap mama dah makan dulu..Lagi satu ni yang 10pc, kalau 5pc kecik je plate dia..

muffin and coffee, muffin ni ada cinamon so rasanya bolehlah..


Lepas makan kita jalan-jalan ye kasi semua makanan tadi cepat hadam, heheh!! Pusing dalam ikano kejap sempatlah beli subang, cantik-cantik subang yang ada rasa macam nak beli semua..Okay dah tiba untuk balik, dah jom jom..Balik terus pergi ambik baba..Baba ajak minum susu lembu pulak dekat jalan masjid india and temankan baba makan..



susu lembu, cairlah..


                                   

p/s : diet lari sebab termakan fish n chip..ikan pun tak boleh makankan kalau vegetarian?? =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...