3/30/2010

Musim sakit


bukan mau cerita pasal musim durian, rambutan, facebook, atau yang terdekat dengannya..Ni haa!! cuba tgk cartoon ni batuk dasyatkan, sampai terkeluar anak tekak..tak dayah nak cerita sekarang ni kan tengah musim panas terik, kalau hujan pun alahaii!! berapa titik jelah, kalau parking kereta depan rumah sure bawah kereta mesti tak basah, sekeliling je yang basah lepas tu ada bentuk pulak tu..okay back to the story, okay since cuaca yang panas sangat ni ramailah yang jatuh gedebukk!! ehh!! salah salah, ramai yang jatuh sakit seperti batuk, selesema, sakit kepala, demam..

Ini terjadi kepada dayah sefamily, chewah!! sefamily tau..cute je berkongsi demam sama sama kan..Last week lepas balik dari holiday rasa badan macam tak sedap je, rasa sakit sana, sakit sini tapi dayah malas lah nak makan ubat lagi sebab belum confirm lagi demamkan..Dah lepas 2 3 hari tu jeng jeng!! dia datang..sekali 3 dia datang batuk, demam, selesema..haishh!! ni yang dayah paling tak suka nak nak selesema, rasa macam nak tanggalkan je hidung ni..habis satu kotak tisu gaklah dayah guna sampai luka luka hidung..First day terkena je dayah cepat cepat suruh baba belikan antibiotik dekat farmasi..2 hari telan antibiotik and panadol taraaa!! dah sihat cuma batuk je belum betul-betul reda lagi, on-the-way..

Sekarang ni dayah dah okay gilirin mama pulak tapi tak teruk sangatlah sebab cepat-cepat telan antibiotik, lepas tu baba sampai kena mc last friday sebab tekak dah start rasa lain macam katanya..Tapi baba guna listrine, berkesan lah, bukan setakat nak buang kuman dalam mulut tapi jugak boleh mencengah dari sakit tekak tau..And last but not least yang terkena virus ini ialah fizah..Sampai hari ni masih belum baik lagi, tulah budak ni malas makan ubat nilah jadinya lambat baik..

So memandangkan sekarang ni cuaca panas terik banyak banyak kan lah minum air suam, kalau boleh elakkan minum air yang sejuk sebab nanti mulalah sakit tekaklah lepas tu selesema, batuk semualah..Tiru macam dayah yang minum air suam je ni nanti confirm cepat baik atau tak dapat terus virus-virus ni..

2 comments:

Lady of Leisure said...

cuaca sekarang tak menentu kan.. kejap hujan kejap panas.. semoga kita semua diberikan kesihatan/.

Hidayahsalleh said...

btl2..tgk hr ni bukan main lagi lebat hujan..
Insyaallah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...