1/09/2011

Ambang tahun baru part 2 - Banana Strawberry Smoothie

Aktiviti makan malam dah lepas *terpaksa korbankan diet TAK NAK MAKAN NASI selama seminggu yang lepas pada hari ini* niat tu memang tak nak langsung sentuh nasi sebulan ni, konon-konon nak tengoklah resultnya macam mana kan..ermm!! Mama pergi masak nasi goreng cili padi tengah hari tadi..Siapa suruh masak ni??!! Ohh!! tadi saya makan tom yam, ayam goreng kunyit, sayur campur, telur bistik, teh 'o' ais tak dilupa sambal belacan..Masa nasi sikit lagi nak habis dayah cakap dengan mama "ma, habis diet nor seminggu ni, hari ni sampai 2 kali kena makan nasi" mama jawab balik "dah orang melayu kenalah makan nasi, tak akan nak makan daging je" "ma, nor mana ada makan daging je, seminggu ni makan sayur, salad, sandwich..tak makan daging pun" cuba menegakkan keadilan walaupun dalam seminggu tu ada termakan sandwich bubuh ayam..T_T..Sambung balik makan nasi sampai habis..Tiba-tiba abang duduk daerah mana entah sound dekat kawan dia begini "weh!! kak liza tu aku tengok dah kurus sekarang ni, dia cakap dia 3 BULAN tak makan nasi, malam makan buah je..Lawa dah dia.." kurang dengar apa yang kawan dia reply sebab TERASA dengan statement mamat tu..Persoalannya, adakah dia dengar perbualan kami anak beranak tadi?? nak terbantut makan nasi dah habis..sob sob..!! redha

Aktiviti mengamalkan 10 000 langkah pun dengan jayanya telah dilakukan tadi *semua gara-gara kereta bermalam di bengkel selama 2 hari ni *..Okay!! T_T tipu-tipu mana ada sampai 10 000 langkah..Pergi makan dekat kawasan yang paling dekat dengan rumah sekali, tadi kira 100 langkah pun tak sampai tapi berpeluhlah jugak..Paling tak berkenan tadi bau-bauan yang harum semerbak bila lalu berdekatan dengan rumah sampah..

Aktiviti menonton filem Seram Sabtu di Astro pun dah selesai..Weh!! gila gugur jantung tengok cerita seram Thailand ni..Tapi terbaiklah, bayangkan kau dah mati tapi tak sedar yang kita ni dah mati, faham?? Satu lagi bila kau dalam flight *tugas sebagai stewardess* kena jaga mayat yang duduk tegak di kerusi penumpang sorang-sorang, mayat tu pulak mati gara-gara kau punya angkara, paling seram kejadian tu waktu malam, apa rasa?? Serious masa tengok hanya satu mata je yang buka..:)

Aktiviti makan biskut loacker flavour hazelnut pun dah selesai, minum air je belum lagi ni..Dah tak kisah pasal mamat daerah mana tadi tu pun..

Jadi aktiviti tu semua dah langsai silalah kita ke aktiviti seterusnya menyambung cerita daripada entri lepas eh!!

Kalau dah makan haruslah ada air kan so malam new year tu dayah telah mencuba untuk membuat Banana Strawberry Smoothie..Paling senang je pun buat air ni, kalau order dekat kedai satu mahal satu lagi gelas nampak je besar tapi sekali sedut dengan sekali nafas boleh setengah air tu..

Untuk tidak berlengah-lengah lagi ayuh kita masuk ke dapur untuk membuat air ni..

Bahan-bahannya :


nama pun nak buat Banana Strawberry Smoothie kenalah bahan-bahan utamanya Pisang & Strawberry, disamping itu sertakan sekali fresh milk *low fat is much better for me..:)* vanilla ice cream, dan ramuan yang harus ada dalam apa jenis smoothie..Yoghurt, ni dayah pilih yang strawberry flavour normally guna yang natural pun dah memadai..Depends on ur needs eh!!

letakkan dalam 4 sudu kecil, kalau letak banyak nanti rasa yoghurt lebih,nanti tak sedap..

tuangkan susu, dalam setengah kotak kecil..

masukkan strawberry..Disebabkan tiada siapa yang pergi ke cameron highlands untuk pesan belikan 3 paket strawberry yang murah dekat pasar malam area brinchang setiap malam ahad, jadinya terpaksalah beli strawberry dalam kotak yang mahal dekat JJ Maluri..

masukkan pisang pulak, pastikan pisang yang kita buat makan tau bukan yang goreng punya..Haruslah berterus-terang, nak ambil gambar je pisang tu dipotong ala-ala baik gitu lepas lensa camera dah beralih habis ku carik-carikan dia..:) ohh!! pisang ni letak dalam 2 dah cukup sebab kalau banyak sangat letak, rasa pisang akan lebih daripada strawberry..

ice cream vanilla, letak mengikut citarasa sendiri..Nak banyak pun boleh tapi janganlah banyak sangat, nak sikit pun boleh je..

begini rupanya bila semua bahan-bahan tadi dah dicampurkan..Dayah memang jenis yang tak reti nak letak sikit-sikit so penuh satu blender..

blend kan semua bahan-bahan tadi..

tambahkan ice kalau nak smoothie ni lagi sejuk..Kalau tak nak no hal..

nak minum untuk 2 orang tapi haa!! macam ada 10 orang tetamu lagi bakal muncul..

dah ready untuk minum, cawan mesti dari Ikea tau..hehe!!

Selain 2 makanan ini dayah ada buat sekali cendawan black papper :


panas dari kuali..Simple je pun resipi ni..

bahagi kepada 2 bahagian..Kami memilih untuk menambahkan lagi berat badan jadi kami tambahkan cheese di atas cendawan tadi dan bakar..Jadilah, black papper mushroom in a boat of cheese!! *ambik haa!! panjang nama kalau nak letak dalam menu list nanti*

Sebelum nak sambut new year tu, sehari sebelum, dayah ada pergi ambik kek yang ditempah khas untuk new year..


kek coklat yang marvelous sedapnya, kalau nak tempah silalah email dayah eh!! :)

kalau dapat makan dengan ice cream lagi meletop-letop..

Setelah proses memasak di habiskan dengan jayanya tanpa sebarang gangguan, akhirnya kami dapat berparti pada malam new year tu seramai 4 orang..


organised by me..wink!!


penyambut tetamu paling pendek di dunia malam itu..


Sambut new year bersama-sama family lagi meriah & best..:)




1/08/2011

Ambang tahun baru part 2 - Burger daging bercheeseeee!!

Nak buat satu entri pasal di ambang sore ehh!! Silap ini berlaku gara-gara menaip di kala mata mahu terpejam, inilah dia, nak tulis ambang new year ambang sore yang terkeluar ingat ni lagu ahmad jais ke?? Apa-apa pun maafkanlah si penidur tegar ni *rujuk kepada tuan empunya blog ini yang ada 2 gambar di sebelah sisi kanan blog ini, semua gambar tu baru je diupload beberapa hari lepas *angkat-angkat kening*


Sebelum melalut dengan lebih lanjut lagi haruslah kita berpatah balik ke pangkal jalan kenapa entri ini di ditaip..Kan last entri ada bercerita pasal apa yang penulis blog ni buat di malam new year lepas kan kan??Ramai jugak yang message tanya tak pergi mana-mana ke.. Bukan malam new year je malam krismas pun tanya, malam CNY pun tanya, malam deepavali pun nak tanya, nasib malam raya kau tak tanya pergi mana, kalau tak memang tak reti bahasalah jawabnya..


Maka declaration disini bahawasanya tuan empunya blog ni tak pergi mana-mana pun, dia sibuk duduk dekat rumah dari petang sampailah malam new year..Ohh!! pagi-pagi dia dah keluar temankan ibu & adik tercintanya pergi JJ Maluri beli barang persiapan nak masak malam tu..Kau, siap pergi supermarket bagai macam nak buat party besar besaran malam krismaskan padahal haa!! Tunggu je sampai habis entri ni nak tau macam mana..Tengah hari memandangkan mama tersayang malas nak masak jadi dia ajak je anak-anak dia makan dengan makanan yang ada dekat food court JJ Maluri..Anak-anak dia yang ala-ala tekedek-kedek jalan ni pun teruja nak pilih makanan, last-last 2 beradik ni orderlah nasi ayam..Penulis blog sendiri makan nasi ayam black papper, manakala adik kepada penulis blog ini makan chicken chop nasi ayam, something macam tulah namanya, dan mama hanya menjamah kuih traditional je atas alasan nak jaga badan u olls, habis yang tak sedar diri ni pun terasa sangat2..haha!! ..Okay!! tau, bunyi mesti macam walawehhhh!! Sedapnya chicken chop makan dengan nasi, lepas tu ayam black papper pulak tu, selalunya nasi ayam ayam biasa je paling tragis ayam yang color putih je tu, sedih weh!! Makan nasi ayam macam tu.. *mood sedih meleleh air mata*


TAPI NI LAGI SEDIH TRAGIS MAGIS semua ada sebab namanya macam gempak tapi rasa ya allah tak taulah nak cakap..WEH!! tak sedap langsung and the worst part was dayah termakan ayam yang hanyir..uwekk!! silalah muntah bersama-sama sekarang..Giler!! aku bayar sampai berhinggit-hinggit ayam kau bagi hanyir..yuckks!! terus terbantut nak habiskan, nasib mama ada beli kuih onde-onde jadi makanlah kuih tu bagi hilang rasa hanyir di tekak..Terus dayah habiskan nasi dia je..Inilah dia masak tak nak jaga standard, main hentam je asalkan nampak macam nasi ayam walau rasa macam mee bandung..
Jadi disebabkan tak sedap jadi gambar pun tak ada, nak ambik pun dah lupa sebab :


-pertama, tempat dahlah penuh itu pun nasib baik dapat satu meja selepas berlari macam nak berebut sos cili life dengan seorang kanak-kanak..haa!! *muka harus angkuh memandang budak itu setelah mendapat tempat*


-kedua, kelaparan tahap melampau sebab pagi tak breakfast apa-apa tambah malam tu after pukul 8 memang tak makan dah *cewah!!* jadi teruja tengok nasi ayam macam mana dalam cerita upin & ipin bila ipin kalau cakap ayam je terbayang ayam terbang-terbang sekeliling dia..Tapi terbantut bila nasi ayam yang di order hanyir..


-ketiga, ohh!! yaa!! Lupa mana ada bawak camera time tu..HP pun semua tinggalkan..Jadi memang boleh hidup tanpa HP kalau macam ni..


Baiklah untuk tidak membuang masa lagi mari kita sambung cerita pasal malam new year..okay!!


Menjelang malam lepas maghrib kami berdua di dapur bertungkus lumus menyediakan sajian BURGER DAGING BERCHEESEEE!! & Banana Strawberry Smoothie untuk makan malam sempena new year tu..Mama kira off day selama 2 hari tak masak..


Okay!! Marilah sama-sama kita lihat proses-proses pembuatannya jadi kalau terasa rajin bolehlah salin recipe ni dan cuba weekend ni..


Mula-mula kita perkenalkan bahan-bahan untuk membuat burger dulu ye :

Minced meat atau daging cincang..gunalah ikut suka, nak guna ayam pun tak jadi masalah asalkan dia daging cincang yang tu tengok tu HALAL..tau-tau


bila dah dikeluarkan daripada plastik panjang tu jadilah ianya begini..Satu lagi nasihat, kalau nak buat burger ni seelok-eloknya gunalah daging minced yang kasar-kasar macam ni barulah terasa daging bila gigit nanti..Dayah beli daging ni dekat Carefour, jadi sila serbu sana sekarang untuk dapatkan daging ni..


Bahan-bahan untuk digaulkan bersama daging tadi..Dari kiri: olive oil *kalau tak ada guna minyak masak biasa pun boleh je*, rosemary yang dah dikeringkan, thyme, oregano, italian herbs *kurang pastilah apa nama herbs ni tapi dia adik beradik macam oregano, thyme jugak so cari je dekat supermarket sure ada*, serbuk cili & lada hitam..


Baiklah puan-puan semua, mari kita ke cara-cara membuatnya pulak ye *ala-ala chef selebriti mana-mana yang korang suka nak bayangkan :

mula-mula tuangkan sedikit minyak ke dalam daging tadi, sikit je dah mencukupi ye puan-puan..

letakkan sedikit herbs ni *sampai ke sudah tak ingat nama herbs ni, jadi cuba-cubalah cari italian herbs ada tak ye puan-puan dekat supermarket nanti..rajin-rajinkanlah diri buat explorace dalam supermarket tu nanti*

sedikit oregano..

sedikit thymes square..

satu sudu kecil lada hitam, cari yang lada hitam kasar lagi sedap..Ikut sukalah kalau terasa nak nampakkan lada hitam tu di celah-celah gigi bila senyum lebar silalah tambah lagi beberapa sudu..:)

memandangkan setelah selongkar kesemua almari tidak termasuk almari baju untuk mencari chili flakes tapi tak jumpa jadi gunakalah serbuk cili..Ini terpulanglah kalau suka pedas boleh je letak banyak tapi dinasihatkan satu sudu ni pun dah mencukupi sebab ada lada hitam kan, kang tak pasal-pasal berebut bilik air..

lupa nak bagi tau, letak sedikit garam ye puan-puan..

dah letak kesemua bahan-bahan tadi sekarang bolehlah kita gaulkan rata-rata daging tadi..Dinasihatkan kalau nak gaul tu silalah menggunakan sarung tangan plastik bagi mengelakkan tangan pijau atau macam ni gunalah sudu je..Nak biarkan seketika pun boleh tapi kalau rasa-rasa macam tak sabar nak bakar boleh je ke proses yang seterusnya..

Sebelum tu satu lagi bahan-bahannya, iaitu yang terpenting cheese mozzarella..Nama pun burger cheeseeeeee!! haruslah ini ada..

dapatkanlah yang sudah disagat begini, lebih mudah kerja dan lebih cepat boleh makan..

jadikan daging tadi bebola macam ni..Baiklah ini boleh guna tangan sebab tak kan nak gedik guna sudu pulakkan..

setelah habis membuat bulat inilah hasilnya..

daging tadi dileperkan sedikit macam ni, tujuannya tunggu sat tengok bawah ni..

taadaa!! nak letak cheese lah atas daging tadi..kan nama ni burger bercheseee!!

letakkan satu lagi keping daging untuk tutupkan chesee tadi..

dah ready untuk dibakar..

tuangkan sikit minyak bagi burger tu tak melekat..*sebenarnya teruja dapat guna olve oil dirumah*

susunkan di atas tempat pembakar begini..

nampak tak cheese nya tengah melted tu..bagi tidak merugikan ruang sekaligus merugikan elektrik jadi kita bakar sekali capsicum & bawang..

tak taulah kalau dayah ketinggalan zaman sebab macam baru tau gardenia ada roti burger..

sebelum hidangkan, bakar sekejap..Kalau nak bagi rasa macam burger beli dekat gerai burger abang handsome silalah sapu planta sebelum bakar..memandangkan planta tak ada kita bakar dengan letak minyak sikit eh..


Setelah beberapa jam di dapur akhirnya inilah burger yang dapat kami hasilkan.....:

yeah!! letakkan sedikit sos cili lfe..

Sambung next entry..


1/06/2011

Esoklah eh!!

Diri ini memohon maaf atas kelembapan untuk update blog ketika ambang new year yang lepas..Hehe!! dah hampir seminggu resipi yang dijanjikan tak jugak di taip jadi dengan rasa lembap teramat sangat sebab laptop buat hal, time ni lah dia nak lembss macam siputkan, esok malam eh!! saya ceritakan dengan lebih lanjut lagi part 2..

1/01/2011

Ambang tahun baru part-1

Apa yang dilakukan penulis blog ini ketika di ambang tahun baru??

  • Mungkikah dia menyibuk-nyibuk ke dataran merdeka untuk sama-sama duduk dirumput menyaksikan penyanyi-penyanyi pujaan hati malaya, ohh!! tak sebab dia tak suka duduk atas rumput, dia kalau nak yang ada kerusi punya tapi maaf tak ada itu semua di dataran merdeka..
  • Mungkikah dia sedang terkinja-kinja di club sambil menantikan detik 12 tengah malam, sedang menari-nari mengikut rentak muzik yang di mainkan oleh DJ atau pemuzik di club itu atau sedang menikmati coca-cola, itu pun tidak sama sekali, sebab seumur hidup dia tak pernah lagi menjejakkan kaki ke situ kalau berani silalah pergi *tapi coca-cola adalah minuman kegemaran dia*, esok bangun pagi memang tak bernyawa lagilah dia kena 'kerjakan' dengan kedua orang tuanya..Maka kesimpulannya dia memang tak akan jejakkan kaki di tempat-tempat seperti itu, tinggalkan tapak kasut pun mungkin tidak sama sekali..
  • Mungkikah dia sedang menikmati candle light dinner bersama yang tersayang atau lebih mudah BF dia, ini jugak tidak berlaku sama sekali..
  • Mungkikah dia sedang menikmati dinner bersama keluarga tercinta di restoran-restoran yang menjadi idaman hatinya, dengan diskaun sempena malam tahun baru..Ini mungkin ada kebarangkaliannya..
  • Mungkikah dia sedang cuti-cuti Malaysia bersama keluarganya, sedang menyaksikan ambang tahun baru melalui kaca tv dan siaran tv haruslah RTM..*ini tak mungkin sebab dia tak suka kalau waktu holiday begini pergi cuti-cuti Malaysia sebab dia akan katakan yang dia rimas kerana crowded sangat, dia nak makan pun kena beratur panjang mengalahkan budak sekolah mengadakan hari kantin*

JADI, KEMANA DIA SEBENARNYA????

Jawapannya dia tak kemana-mana pun, dia duduk sahaja di rumah..Pagi dia ke Jaya Jusco Maluri menemankan ibu & adik tercintanya untuk membeli barang kemudian terus ke rumah mengadap laptop pemberian ayahnya..Disebelah petang pula dia menjengah ke dapur untuk membuat persiapan..Persiapan apa??

Haa!! ni yang nak story dengan u olls semua, beberapa hari yang lepas dia telah mendapat idea untuk memasak sempena tahun baru ni..Dia pun sibuklah mengoogle sana sini, memintak pendapat, meminta resipi daripada orang-orang terdekatnya..Akhirnya dia telah mendapat idea apa yang ingin dimasaknya untuk malam tahun baru itu, ini semua gara-gara dia terbeli burger yang semata-mata tepung dan daging boleh dikira berapa gram je pekilang itu letak..Makanya dengan rasa tak puas hati dia telah mencuba satu resipi rekaan sendiri..Resipi apa??*rasanya dah dapat agak apa dia kan??* silalah tunggu di entri yang akan datang ye!!

Resipi ringkas lagi mudah..

p/s : sedang melakukan editing gambar..:)

Salam Tahun Baru 2011


SELAMAT TAHUN BARU
2011

KEPADA SEMUA!! YA KEPADA SEMUA YANG TERBACA UCAPAN INI MAHUPUN YANG MEMANG DIA TUNGGU-TUNGGU NAK BACA UCAPAN INI..

SEMOGA AZAM TAHUN LEPAS KORANG DAH TERCAPAI DAN KALAU TERASA BELUM TERCAPAI LAGI SILALAH CARRY FORWARD KE TAHUN 2011 EHH!!
*AS WHAT IM DOING NOW*

HAPPY NEW YEAR 2011



12/30/2010

Cuti Umum!!

Tengok tadi bola dari mula sampai habis tapi bila time nak ambik hadiah tu kami sekeluarga membahagiakan diri ke tesco, iyalah Harimau Malaya kita dah juara pertama kali pulak tu, haruslah kami pun sambutnya dengan keluar ke tesco..Uikk!! bangga tak terhingga tu, ini baru dipanggil Harimau..Phewitt2!!

Dalam kereta ada jugak tertanya-tanya jadi ke esok cuti ni, betul ke seperti ura-ura yang berkata akan ada cuti umum kalau Malaysia menang?? betul ke PM kita nak bagi cuti?? Semua persoalan yang bersangkut paut bermain-main di ruangan udara kepala otak ni..Kalau jadi memanglah happy tak terhingga kan, *guling-guling* siapa yang tak nak cutikan, siap buat request pada diri sendiri lagi kalaulah Malaysia score banyak gol bolehlah kiranya dapat 2 hari cuti boleh sambung sabtu ahad sekali..Sempena new year!!

Lepas tu kita pendekkan cerita, tak payahlah tau apa lagi persoalan yang bermain di kepala ni..Tadi masa tengah berFB'ian tiba-tiba ada orang post berbunyi begini "dengar je jumaat ni cuti terus hilang rasa ngantok" dayah apa lagi terus tengok older2 post kat FB tu nak surekan betul ke jumaat ni cuti seperti dinyatakan di wall budak ni?? Terbaca lagi satu post berbunyi begini pulak " Najib umum jumaat ni cuti umum.... yeeaayyy!" *okay salin bulat-bulat orang tu post, nasib pendek kalau panjang tiru gak sebijik-sebijik & satu lagi, semua post tu tak berbunyi langsung pun okay!! jangan khuatir sangat*..Masih tak percaya sangat lagi, iyalah FB ni kadang-kadang berinformasi kadang-kadang auta je lebih kan..nak bikin havoc giteww!! So sekali ada sorang ni post lagi *tak payahlah salin balik eh!! sebab ni memang betul-betul panjang tak terkata* cakap memang cuti jumaat ni, asal dayah percaya terus apa yang dia cakap sebab pertama : muka dia nampak jujur, kedua: ayat yang digunakan sungguh sopan dan penggunaan tatabahasa yang penuh tatasusila, ketiga: gambar profile picture dia sangat nampak baik orangnya..Boleh diterima pakaikan reason-reason dayah percaya dia cakap ohh!! satu lagi kira yang keempat: dia kawan sekolah dayah yang masa time sekolah memang tak pernah tegur langsung sebab iyalah saya dulu budak comot je kat sekolah..*emo* tapi lepas sekolah jumpa kat FB terus add as friend tu, dia add dayah okay!! *perasan dah hot sikit je, sikit je tau dari dulu*

Okay!! melalut sampai ke laut, berbalik dari topik tadi so lepas dia post kat FB terus dayah jerit cakap "MA, NAJIB UMUMKAN JUMAAT NI CUTI, ALAMAK BESTLAH, LOVE U LAH PM, I HEART U SO MUCH PM..OHH!! NAJIB BAGI CUTI HARI JUMAAT SO SENANGLAH BOLEH TERUS SAMBUNG SEKALI SABTU AHAD, INFACT NAK NEW YEAR PUN KAN SO CUTI NEW YEAR SEKALILAH NI, ALAMAK SUKALAH MACAM NI, NAK MASAK APA JUMAAT NI EH UNTUK CELEBRATE NEW YEAR NANTI, MA NAK ORDER TAK KEK CHOC TU KE NAK BELI JE KAT SECRET RECIPE, FIZAH KITA NAK BUAT TAK RECIPE YANG DAPAT DEKAT CHANNEL AFC TU?? *terus lari topic asal kenapa jerit*" *kena dalam capital letter sebab nama pun jeritkan mana syiok tulis huruf small2!!* Haaa!! macam tu lah reaksi dayah ketika tau jumaat ni cuti, sangat teruja..

Nak dapatkan lagi 110% confirmation my dad check kat internet, so dia cakap memang CONFIRM HABIS jumaat cuti umum..Nak jerit lagi macam kurang sopan je sebab dah malam buta kang orang terjaga satu hal pulak kan, itu belum kalau kena sound *tapi for surelah diorang tak akan sound punya*..So dayah terkinja-kinja je dalam rumah..Ohh!! nak confirm lagi siap tengok Nightline, bila habis je presenter tu cakap enjoy your public holiday on this Friday okay!! tak terlompat, tak terjerit terima dengan redha..:)

Disebabkan skuad kebangsaan Harimau Malaya kita tu berjaya menjaringkan gol diperlawanan akhir semalam dan membawa pulang buat pertama kalinya piala AFF, hasil berhempas pulas mereka bermain di padang tadi akhirnya dapat rakyat jelata merasa public holiday jumaat ini..Jadi disini *walaupun diorang tak akan datang pun menjengah ke blog ini, takpe* Dayah nak tulis juagk yang I HEART U SKUAD HARIMAU MALAYA..*nak buat bentuk hati tak reti so anggap jelah hatiku berkelip-kelip tanda happy*..

Baiklah, baik tidur sekarang sebab yipeee!! esok cuti beb!! nak siapkan kerja esok awal-awal sebab nanti nak balik awal sebab nak pergi ambik kek, hahaha!! dapat jugak kek untuk new year nanti..

kenyataan berani mati punya, since im a very polite girl which is when i take any photo of me im pretty sure that im always smilling instead of jumping seperti beruk so im always had a very nice-pretty-perasan pictures..It hard for me to find out what picture should i put it here as to show my expression how happy I am due to this cuti umum..So i only got this photo, it was taken 2 years back, it show's how happy am I after get my first ever guitar..*itu pasal posisi bergambar ala-ala rockstar* jadi silalah muntah bila terasa its so annoying-gambar-kau-yang-ini..Sila2!! saya tak marah pun..


crop this picture sebab ada anasir-anasir tak sihat yang rasanya tak perlu dipaparkan untuk tontonan umum sempena esok cuti umum okay!! jadi silalah muntah sekarang..ishh!!

Okay!! sebelum nak akhirkan entri ini, KAGUM yang amat bila tengah tulis entri ni sambil mata jengok tengok American's Next Top Model cycle 15, ni kira yang paling latest punya tanyangan di Malaysia..Apa yang diKAGUMkan sangat ialah bila peserta-peserta ni kena buat runaway atas treadmill, ehh!! bayangkan orang guna tu untuk exercise kuruskan badan ni guna untuk runaway DAN YANG PALING KAGUM sebab diorang kena buat runaway tu in high heels yang ya allah, tinggi gila dengan dress okay!! labuh plus ketat..Cuba membayangkan diri ini yang sememangnya tak layak pun nak pergi audition Dewi remaja apatah lagi American's Next Top Model mencuba cabaran itu, mampos aku tergolek-golek depan tu jugak, ini memang confirm tak bangun-bangun until ada orang handsome tolong pull me up..Serious keseimbangan badanku memang di tahap paling tak seimbang mana taknya makan pun tak seimbang langsung..

p/s: disebabkan cuti 3 hari malam ni saja nak tido lambat-lambat, satu lagi HARIMAU MALAYA  ke HARIMAU MUDA eh!! istilah yang digunakan??





12/29/2010

I'm back to school

Adik-adik sekalian tinggal kurang lagi seminggu je nak buka sekolah, nak bangun lambat, nak keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan sekelas nak buat bising sampai mak suruh korang pergi sekolah lagi baik lah dari duduk rumah..Dah tiba masanya rambut yang blonde tu dihitamkan ye..

Ibu & bapa *ayat macam skema semacam je* pula sibuk menyediakan kelengkapan sekolah untuk anak-anak mereka..Banyaklah shopping mall buat year end sale untuk budak-budak sekolah ni, ingat orang tak sekolah je boleh shopping year end sale..Mak dengan ayah dah dok pening ni sebab baju takda size sebab anak semakin membesar angkara ibu mereka masak sedap sangat cuti sekolah ni..Diet dulu sebelum beli baji sekolah eh!! nanti malu fitting tak muat, nak mintak size XXL tak ada tau *provoke*..Itu belum masuk lagi nak beli kasut, beg sekolah, kalau budak-budak tadika atau sekolah rendah mesti pilih nak beli beg upin & ipin kan siap boleh tarik-tarik lagi, cuti sekolah boleh guna untuk balik kampung..Kalau yang menengah nak yang sestylo boleh, kalau time dayah sebanyak pocket nak dekat beg tu, tak termasuk yang dalam lagi, nak yang ada extra compartment nanti kalau dah habis exam boleh bawak walkman letak dalam tu keluarkan earphone je, kan stylo tu kalau budak-budak lelaki tengok..hehe!!

Nak dijadikan cerita dengan panjang lebar intro itu ialah last week kitaorang jalan-jalan ke Tesco Ampang untuk beli belah barang harian..Tesco adalah sebahagian daripada hidup kami sekarang ni..Biarlah sepuluh kali kutuk, nanti balik-balik situ jugak kami datang..:)


tesco yang kurang orang..





beli sikit ni je pun pergi tesco..*angkat2 kening*

Tujuan sebenar entri ni ditulis adalah kerana ini :


im back to school babeh!! haha!! sekali jejak je dalam tesco terus mata terpandang dekat area stationary, pilih-pilih akhirnya ini menjadi pilihan..Budget isnin nanti boleh pakai di office..ngeee!! muka pun budget nak cute ketika gunakannya..:)

harap maklum yang putih ini kepunyaan saya..budak-budak sekolah tak pulak rebut-rebut nak beli set pencil yang ni, habis-habis kami berdua je sepah-sepahkan..:)


seperti di beritahu tadi, hari isnin je terus gedik guna pensil, pembaris dan pemadam..muka gedik habis bila orang padang..kau tak ada *dalam hati berkata-kata*

Dah berpuas hati dengan hasil belian kami menuju ke gerai mamak untuk :


secawan milo mamak..

ohh!! bukan mamak buat tapi indon..patut rasa lain :)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...