- Mungkikah dia menyibuk-nyibuk ke dataran merdeka untuk sama-sama duduk dirumput menyaksikan penyanyi-penyanyi pujaan hati malaya, ohh!! tak sebab dia tak suka duduk atas rumput, dia kalau nak yang ada kerusi punya tapi maaf tak ada itu semua di dataran merdeka..
- Mungkikah dia sedang terkinja-kinja di club sambil menantikan detik 12 tengah malam, sedang menari-nari mengikut rentak muzik yang di mainkan oleh DJ atau pemuzik di club itu atau sedang menikmati coca-cola, itu pun tidak sama sekali, sebab seumur hidup dia tak pernah lagi menjejakkan kaki ke situ kalau berani silalah pergi *tapi coca-cola adalah minuman kegemaran dia*, esok bangun pagi memang tak bernyawa lagilah dia kena 'kerjakan' dengan kedua orang tuanya..Maka kesimpulannya dia memang tak akan jejakkan kaki di tempat-tempat seperti itu, tinggalkan tapak kasut pun mungkin tidak sama sekali..
- Mungkikah dia sedang menikmati candle light dinner bersama yang tersayang atau lebih mudah BF dia, ini jugak tidak berlaku sama sekali..
- Mungkikah dia sedang menikmati dinner bersama keluarga tercinta di restoran-restoran yang menjadi idaman hatinya, dengan diskaun sempena malam tahun baru..Ini mungkin ada kebarangkaliannya..
- Mungkikah dia sedang cuti-cuti Malaysia bersama keluarganya, sedang menyaksikan ambang tahun baru melalui kaca tv dan siaran tv haruslah RTM..*ini tak mungkin sebab dia tak suka kalau waktu holiday begini pergi cuti-cuti Malaysia sebab dia akan katakan yang dia rimas kerana crowded sangat, dia nak makan pun kena beratur panjang mengalahkan budak sekolah mengadakan hari kantin*
JADI, KEMANA DIA SEBENARNYA????
Jawapannya dia tak kemana-mana pun, dia duduk sahaja di rumah..Pagi dia ke Jaya Jusco Maluri menemankan ibu & adik tercintanya untuk membeli barang kemudian terus ke rumah mengadap laptop pemberian ayahnya..Disebelah petang pula dia menjengah ke dapur untuk membuat persiapan..Persiapan apa??
Haa!! ni yang nak story dengan u olls semua, beberapa hari yang lepas dia telah mendapat idea untuk memasak sempena tahun baru ni..Dia pun sibuklah mengoogle sana sini, memintak pendapat, meminta resipi daripada orang-orang terdekatnya..Akhirnya dia telah mendapat idea apa yang ingin dimasaknya untuk malam tahun baru itu, ini semua gara-gara dia terbeli burger yang semata-mata tepung dan daging boleh dikira berapa gram je pekilang itu letak..Makanya dengan rasa tak puas hati dia telah mencuba satu resipi rekaan sendiri..Resipi apa??*rasanya dah dapat agak apa dia kan??* silalah tunggu di entri yang akan datang ye!!
Resipi ringkas lagi mudah..
p/s : sedang melakukan editing gambar..:)
No comments:
Post a Comment