2/28/2012

Thistle Hotel Johor Bahru (31-12-11 - 1-01-12)

Assalamualaikum dan Selamat Pagi/ Petang semua.....


Walaupun blog ini di update hampir setiap hari sekarang ni tapi isi kandungannya masih lagi berbau basi..Ceritanya semua daripada tahun lepas but don't worry lepas ni ter-update-lah blog ini dengan isi-isi kandungan yang fresh daripada ladang balik pulau..Telah menanamkan sifat tidak-mahu-tangguhkan-kerja yang diharapkan berjaya untuk suku tahun pertama..Yang baki suku-suku tahun akan datang tu kita sama-sama berdoa semoga ianya jugak berjaya.. :)


Bagi sambutan tahun baru kali ini kami memilih Johor Bahru sebagai lokasi sambutan, actually tujuan utama kesini adalah untuk menziarahi kubur arwah datuk dayah dan dah alang-alang tu kita sambutlah sekali New Year disini..


Seperti sebelum ini baba macam biasa akan memilih untuk keluar pada waktu malam walaupun kalau diikutkan Johor mana ada jauh sangat, mungkin dengan sekali pecut kita boleh sampai sana dalam masa satu jam, itu kalau kereta anda Ferrari tapi kalau setakat Honda nampaknya cadangan untuk jalan malam adalah sangat tepat..Familyman-type-bawa-kereta mestilah nak ala-ala makan anginkan, mana boleh pecut-pecut sampai kecut perut dibuatnya..Kami sangat menikmati perjalanan malam itu dengan mimpi-mimpi yang sungguh indah belaka disulami dengan lagu-lagu keroncong yang baba pasang, hehe! kesimpulannya hanya mama seorang yang berjaya menemani baba sehinggalah kami selamat tiba di Johor Bahru..Perjalanan terhenti hampir 3 kali, pertama menikmati makan malam di R&R dan bekalan makanan adalah hasil air tangan baba (nasi briyani kambing satu tupperware), kedua baba dan mama menikmati tidur dalam masa beberapa minit setelah tersedar kawasan yang kami berhenti tu sunyi dan kebetulan ada satu motosikal berlegar-legar disitu, rasa tak sedap hati lalu start enjin dan meneruskan perjalanan dan yang ketiga di R&R sekali lagi untuk menikmati sarapan pagi hasil air tangan pengusaha kedai tersebut..


Lokasi pertama yang dituju adalah pusara arwah datuk dayah, kemudian barulah kami memulakan perjalanan mencari lokasi Thistle Hotel berpandukan map yang telah di-print out-kan beberapa hari sebelum pergi..Tak adalah susah-payah-peluh-ketiak mencarinya, senang je pun..Sebelum membelokkan stering kereta ke lokasi utama kami terserempak dengan gerai makan, sekali lagi menikmati sarapan pagi..Kedai ni seriously best sebab semua yang kami mintak ada tapi sayangnya gambar lokasi tak dapat di tangkap atas dasar-dasar malas nak carry camera (kalau dslr takpe jugak ini digital camera je pun) 




Reception yang super lawa yo!

Memandangkan waktu masih lagi awal pagi dan kalau ikutkan waktu sebenarnya check-in time adalah pada jam 2:00 petang jadi pihak hotel pada mulanya tidak membenarkan kami masuk tapi memandangkan keadaan dayah yang tidak mengizinkan itu menjadi alasan yang mama kemukakan makanya dengan rasa cantik dan ayunya receptionist itu telah membenarkan kami masuk lebih awal daripada waktu sebenarnya, Alhamdullilah..

menuju ke bilik..

sila fokus hanya pada nombor bilik yang ingin ditunjukkan disini, abaikan apa-apa yang u olls nampak selain daripada nombor itu.. :p

Kami hanya memilih Standard Room, kalau ikutkan range harga bilik disini agak boleh tahan tapi berbaloilah dengan konsep bilik dan bintang hotel ini..

oh! lupa nak tunjuk pintu dahulu, nanti u olls ingat kitaorang masuk main redah dinding je.. :p
di sebelah kiri itu adalah mini-walking closet, kecil je tapi bolehlah kalau nak feeling-feeling Kimora Lee Simon sekejap..

flat screen tv dan meja persolekan yang akhirnya menjadi meja meletakkan laptop instead of barang make-up kami..

perkara pertama yang akan dilakukan fizah setiap kali check-in adalah check tandas..

tandas yang dilengkapi dengan tab mandi, bolehlah feeling-feeling filem Hollywood tengah-tengah berendam ada orang tarik kaki lalu lemas *tragik*

\
Sinki..

- bilik air di hotel ini sangat best kerana besar dan bersih -

Kami hanya melepakkan diri di dalam bilik memandangkan ketika ini dayah dapat rasakan demam yang dayah alami semakin bertambah teruk..Daripada tiba sampailah ke petang kerja dayah hanya tidur, bangun kejap (sebab ngingau) tidur balik sampaikan mama risau..Hampir jam 5:00 petang mama ajak untuk ke klinik berhampiran..Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa beratnya kepala dayah pada waktu tu, rasa seperti menjujung satu carton susu cap junjung..Setelah diperiksa oleh seorang doktor wanita yang kalau pada zahirnya memang tidak ada penampakkan seperti seorang doktor, beliau mengesahkan yang dayah ada tonsil dan tonsil tu semakin membengkak dan merah, beliau memberi beberapa jenis ubat untuk dayah makan..

Pada sebelah malamnya pulak sekali lagi kami keluar dan mencari gerai makan yang terkenal di tepi-tepi pantai kalau sebelum ini, tapi rupanya agak dah lama jugak nampaknya kami tidak ke Johor ini kerana gerai-gerai yang berderet di sepanjang jalan tu dah tak ada..Muka cuak kami terlihat seketika tatkala memikirkan kempunanlah jawabnya nak makan makanan celop-celop ni, terpaksalah kami ke depan sogo setiap malam lepas ni..Tapi sinar cahaya kegembiraan terpancar setelah mengetahui yang mereka tidak tutup cuma beralih ke lokasi yang bolehlah tahan strategiknya tapi itu padat jugak dengan orang jadi kerusi first come first serve lah eh!..

tahu bakar yang agak boleh tahan rasanya..

dan makanan celop-celop yang dimaksudkan..

bila digabungkan, inilah makanan kami pada malam itu..

Malam dihabiskan dengan hanya berehat-rehat sambil memilih channel negara Singapura sampailah dengan sendirinya terlelap sehingga keesokkan paginya..

Seawal 6:30 pagi dayah dah dikejutkan oleh mama untuk bersiap-siap diikuti dengan fizah seterusnya..Tepat 8:30 pagi (ini adalah memang waktu standard kami kalau pergi breakfast di hotel) kami dah tercegat depan coffee house..

Line buffet yang banyak, macam-macam ada daripada salad, main dish, dessert, sandwich, fruits and air, rambang mata mana nak makan dulu..

memandangkan ketika ini demam dayah agak meningkat sikit jadinya selera makan memang tak ada langsung, ini je yang dayah rasa boleh telan, rendang ayam tu macam mana dia tergolek dayah ambil macam tu jugaklah dia tergolek ketika waitress tu ambil..

sandwich yang dibuat upon request, pilih roti, pilih filling and pilih untuk toast or not, tadaaa!! siaplah satu sandwich..

bukan satu tapi dua..

bukan dua tapi 3 sandwich..masing-masing tak lepaskan peluang merasa..

kuih melayu pun ada disediakan..

\
salad tidak dilupakan..

dan akhir sekali buah sebagai pencuci mulut..



muka orang sakit yang sedang menahan sakit kepala..


macam Orange Caramel, kepada yang minat K-Pop taulah tu siapa Orange Caremal tu..

- seperti hotel-hotel lain jugak, setiap room akan diberikan 2 breakfast percuma makanya kalau 4 orang seperti kami ni terpaksalah bayar lagi 2 kepala tu, kalau tak silap harga per person around RM30.00 plus -


kesian, santa clause tak dapat nak bawa dia terbang kerana faktor berat badan..hehe!

Malam sebelum tu kami ada terbaca banner tentang jualan murah diskaun sehingga 70% untuk branded stuff bakal diadakan di lobi hotel ni tapi kami sekadar baca banner sambil diberi penerangan oleh one of the staff dekat sana..Tak berani i olls nak jenguk, sah-sah walaupun 70% off tapi masih lagi tidak mampu dimiliki..

Ketika on-the-way ke Kuala Lumpur kami memutuskan untuk ke Johor Premium Outlet (JPO), ianya di perkenalkan oleh seorang rakan dayah, katanya banyak branded stuff dijual dengan harga murah..Memandangkan waktu dayah pergi tu baru sahaja beberapa minggu pembukaannya makanya manusia jangan dihitung dengan jari kerana kalau guna jari kaki pun masih tak terhitung ramainya..Hampir setiap outlet penuh dengan orang dan harus berbaris untuk masuk..Walaupun badan tidak sihat ni tapi dayah gagahkan diri jugak melawat outlet-outlet yang agak-agak mampu dibeli tapi tak ada satu pun berkenan di hati, mungkin kerana faktor orang terlalu ramai..Setelah hampir satu jam berjalan tanpa henti dayah dah terasa lain macam, macam nak pitam, tunggu baba bayar parking terasa ya Allah lamanya, muka dah pucat, kami segera ke parking dan terus pulang ke Kuala Lumpur..

Sekian entri untuk kali ini..

Nota hujungkaki : hari ni kerjanya makan, makan dan makan walaupun sedar berat badan dah naik dan ada majlis pertunangan yang bakal dihadiri minggu ini..

Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...